Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI KANAK-KANAK

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َٰم ِن‬ ِ ‫ِبس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا حُمَ َّم ٍد َو َعلَى آلِِه‬
َّ ‫الصالَة َُو‬َّ ‫ َو‬، َ ‫العاقِبَةُ لِْل ُمت َِّقنْي‬ ِ ‫ب‬
َ ‫ َو‬، َ ‫العالَمنْي‬
ِ
َ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد هلل َر‬
ِ ِ
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫َو‬
,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan
kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di dalam
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH, SK
TENGKU BENDAHARA AZMAN 1 2022

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada murid-murid kami
hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada
mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh
badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada
mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di
akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam
setiap hati murid-murid yang diraikan pada hari ini, dengan rasa
kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini
dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk
mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang
kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri agar dapat
menjadikan diri mereka sebagai modal insan yang terbaik.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang
beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat

Anda mungkin juga menyukai