Anda di halaman 1dari 1

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

ْ
‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِيْنَ َوال‬, ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬
َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫َوَأ‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud 
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam   Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2021 SMK Tanjong Lumpur pada pagi
ini. 

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid 
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan
menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini . 
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan
dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun
aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan
demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan
datang. 

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid , 


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima slip keputusan spm pada hari ini sebagai pelajar-
pelajar yang bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur,  mudah mudahan majlis ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-
pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk
mencapai kecemerlangan diri dan mengharumkan nama sekolah ini. 

‫ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
ِ ‫سبَقُ ْونَا ِباِإل ْي َم‬
َ ‫سنَة ًَوقِنَا َع َذ‬
‫اب النَّار‬ َ ‫ِ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ ‫سنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِميْن‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai