Anda di halaman 1dari 1

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TEKS DOA
PEMBUKA MAJLIS

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬

َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬


َ‫اب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬
ِ ‫ص َح‬ َ ‫السالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة َُو‬
َّ ‫َوال‬

Ya Karim , Ya Wadud

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan


kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang
sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis


_______________________________________ pada hari ini.
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu
pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah


kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan
hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,


ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬


َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai