Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPD

Mukaddimah Bahasa Arab

Kami menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala limpahan nikmat dan rahmat serta
diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Majlis
Perhimpunan Bulanan Bilangan 5 Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana pada kali ini.

Allahuma Ya Allah..

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah lafaz ikrar yang akan kami lafazkan nanti, akan dapat
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja yang berintegriti, cekap, berdedikasi
dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan
penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama,
memelihara maruah bangsa dan Negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada Pejabat
Pendidikan daerah Petaling Perdana yang kami kasihi ini.

Allahuma Ya Allah..

Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji, jauhilah kami dari
sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam suasana semangat bekerjasama dan
persaudaraan yang sejati, ke arah mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala
hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti mana yang engkau kehendaki.

Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..

Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami ini sentiasa di dalam keadaan
aman dan damai, makmur dan bahagia, sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan
penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan dosa yang diampunkan serta
dijauhkan daripada segala kekacauan dan huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup
tenteram dan bahagia di dunia dan akhirat..

Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini,
perpisahan yang diberkati dan dilindungi..

Penutup Doa Bahasa Arab

Anda mungkin juga menyukai