Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi.

Kami
menadah tangan merafa'kan kesyukuran kepada-Mu diatas segala
limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang
berbahagia ini dapatlah kami bersama di hari ini.
Allahuma Ya Allah.
Bersempena dengan program ini kami mohon inayah dan taufik-Mu.
Kurniakanlah kebahagiaan yang hakiki serta kesihatan jasmani dan
rohani demi mengecapi kenikmatan hidup sebagai hamba-Mu.
Bukakanlah pintu hati-hati kami dan lapangkanlah dada kami untuk
menerima segala kebaikan dan kebajikan.
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, agar kau meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan kami sebagai warga kerja kesihatan yang berintegriti,
cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam
menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh
kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan
kesucian agama, memelihara maruah bangsa dan Negara seterusnya
membawa kemajuan dan kejayaan kepada profesyen farmasi yang kami
kasihi ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kau Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan
kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan
sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi.
Kurniakanlah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea
dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan perkhidmatan
kesihatan.
Allahuma Ya Allah..
Ya Allah, hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang
mulia lagi terpuji, jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina
lagi dikeji, tanamkanlah ke dalam diri kami sifat rajin bekerja dalam
suasana semangat bekerjasama dan persaudaraan yang sejati, ke arah
mencapai kecemerlangan dan keredhaanmu Ya Ilahi. Terimalah segala
hasil usaha dan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah seperti
mana yang engkau kehendaki.
Allahumma Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Zaljala liwal ikram..
Ya Allah, kami juga memohon jadikanlah diri, keluarga, dan negara kami
ini sentiasa di dalam keadaan aman dan damai, makmur dan bahagia,
sentiasa dianugerahi kebaikan dan kebajikan, pemeliharaan dan
penjagaan, perlindungan dan pengawasan, doa yang dimakbulkan dan
dosa yang diampunkan serta dijauhkan daripada segala kekacauan dan
huru hara, musibah dan penyakit. Semoga kami dapat hidup tenteram
dan bahagia di dunia dan akhirat..
Ya Allah, Engkau jadikanlah pertemuan ini pertemuan yang dirahmati,
dan perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang diberkati dan
dilindungi..

Anda mungkin juga menyukai