Anda di halaman 1dari 3

1.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Di awal pagi ini, dengan segala kerendahan hati,

kami mempersembahkan puji dan syukur kehadrat-mu,

atas nikmat rahmat yang engkau anugerahkan kepada kami

Kurniakanlah kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran,

kekuatan mental dan fizikal dalam diri kami

Tanamkanlah Sifat-sifat terpuji dalam diri kami,

agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami,

Dan supaya kami, sentiasa melakukan penambahbaikan,

Dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masarakat, agama dan


Negara

Allahhumma ya hayyum ya qayyum

Kurniakanlah kesejahteraan keatas kami, pemimpin-pemimpin kami,

Serta seluruh rakyat negara ini, agar kami dapat hidup dalam suasana yang
aman damai, dan dapat melaksanakan segala kewajipan yang diamanahkan
kepada kami dengan sempurna. Hindarkanlah kami dari segala kesulitan,
keburukan dan segala kejahatan
2.

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Di pagi yang mulia ini, Kami memohon kepada mu
Kurniakanlah taufik dan hidayahmu , Supaya kami,
Sentiasa berada dibawah lindunganmu,

Restuilah perancangan kami,


Bimbinglah kami kearah jalan yang engkau redhai,
Pimpinlah kami kejalan yang benar,
Agar kami beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,


Berilah kesihatan yang baik pada diri kami,
Dan juga kepada semua warga PTSB,
Kurniakanlah kami kekuatan ya Allah,
Agar dapat berkhidmat dan belajar dengan lebih cemerlang,
kearah kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan Negara.
3.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang mulia ini,


Kami menadah tangan menzahirkan rasa syukur kepadamu,
Kurniakanlah kepada kami Hati yang tenang,
Dan dada yang lapang
Kesihatan tubuh badan, Dan kesihatan akal fikiran,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Jadikanlah budaya kerja kami, sebagai budaya kerja yang berkualiti
Tingkatkanlah ilmu pengetahuan kami, eratkan rasa ukhuwwah antara kami,
Agar menjadi satu pasukan yang mantap,
demi memberikan perkhidmatan yang berkesan,

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Hanya padamu tempat kami beharap dan berserah,
Engkau sematkanlah dalam diri kami ini,
Rasa tanggungjawab, Dalam memegang amanah bangsa,
Sentiasa taat dan setia berkorban tenaga,
Demi membela bangsa dan Negara

Anda mungkin juga menyukai