Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon
ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Khairom bin Patong
yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya
selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan
dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
عوتعفعرَرقععنا لمجن بعجعلدله تعفعصرمقا عمجع ص. عاللمهصمم اججععجل عججمعععنا هععذا عججممعا عمجرصحجوعما
عوعل تعججععلل.صجومما
طصرمدا عوعل عمجحصرومما عوعل عمعععنا عوعل عمجن يعجتبعصععنا عشقل يميا عولضا عم ج.عاللمهصعم فلجيعنا.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang Engkau
rahmati, dan perpisahan kami selepas majlis ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada
bala bencana dan kemaksiatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
guru-guru kami dan dosa mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang
telah meninggal dunia.
وعلى اللله. وصلى ا على سيدنا محمد. وقنا عذاب النار.ربنا اتنا في الدنيا حسنة
والحملللللللللللللد لللللللللللللل رب العلللللللللللللالمين.وصلللللللللللللحبه وسللللللللللللللم.