Anda di halaman 1dari 2

P

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk menyambut dan meraikan lawatan kerja
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.......... pada petang yang berbahagia ini . Mudah-mudahan lawatan ini
akan menjadi medan yang subur untuk kami bekerjasama demi
memantapkan proses pendidikan anak-anak kami di samping
menghubungkan silaturrahmi antara kami .
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru hati yang
ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya . Lorongkanlah hati para guru agar menjadikan seluruh
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan ,
memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa
kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anakanak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi
anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada para guru kesabaran
, ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal
erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran
demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar
sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan ,

permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia


mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan
keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada
kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan
Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau
mengizinkannya .
Ya Allah , jadikanlah majlis ini sebagai perkongsian pintar yang
diberkati dan dirahmati . Dan berikanlah kami kekuatan untuk
melaksanakan apa yang telah kami perolehi dan sepakati dalam majlis
ini .

Anda mungkin juga menyukai