Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
َّ ‫ َوال َعاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬, ‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru tahun 2022 peringkat Sekolah Kebangsaan ciku tiga
pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati kami agar menjadikan
seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu
semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada kami warga pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana kami mengasihi dan
menyayangi anak- anak kami sendiri , kurniakanlah kepada kami kesabaran , ketabahan ,
semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan
semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai
seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di
arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah
kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-
mudahan kami dapat melahirkan murid dan pelajar yang berjaya di dunia dan
akhirat.Engkau jadikanlah usaha-usaha kami yang sedikit ini sebagai satu ibadat yang
berkekalan dan ibadat yang diterima dan diredhai.

‫قِ ًّيا‬,,‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش‬، ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َجمْ ًعا َمرْ ح ُْومًا‬
‫ َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬.

Anda mungkin juga menyukai