Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah , Ya Rahman Ya Rahim

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2022 peringkat SK SG. KEM BATU
18 pada pagi yang berbahagia ini dengan tema:
(GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang
ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami, agar menjadikan seluruh
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan
dan pimpinan-Mu, agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan
pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana
mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,kurniakanlah
kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini
khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya
Allah, sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan
akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang
sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-
guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara tercinta

Anda mungkin juga menyukai