Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah

mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2012 peringkat SMK

Pertang pada pagi yang berbahagia ini dengan tema: (GURU TUNJANG NEGARA

SEJAHTERA)

Ya Allah , Ya ‘Aziz Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang

zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam

menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah

hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai

ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan

pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih

sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik

mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka

sendiri ,kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama

yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak

mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan

berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti

akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena

pendidikan perdana amnya

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya

Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang

luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-

guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang

sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta

Anda mungkin juga menyukai