Anda di halaman 1dari 6

Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Yang berusaha Puan Junaidah bt Tahir, Guru Besar Sek. Keb Sungai Petani.
Yangdihormati, PK Kurikulum, Puan Hasmah bt Ismail, PK Hal Ehwal Murid,
Puan Zaiton btRamli, PK Kokurikulum Encik Barathi A/L Perumal , PK
Petang, Encik Noordin bin Abdullah, barisan guru-guru yang diraikan
seterusnya para pelajar yang saya hormatisekalian.Assalamualaikum wbt
dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana
dengan limpah kurniaNYA, dapatkita berhimpun pada hari ini bagi meraikan
insan yang telah berusaha keras, mengerahkudrat,memerah keingat dalam
usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalahguru-guru berjasa yang
amat kita sayangi.Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,Perlu kita ingat bahawa
gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Perananguru bukan sahaja
untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiahdan akhlak
kita semua .Seorang guru bolehlah dianggap adalah seorang jurutera
sosialkerana bidang pendidikan adalah peneraju dalam membangunkan modal
insan yangberpengetahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia.Justeru,
sesuailah pemilihan tema
pada tahun ini iaitu, “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

 Rakan-rakan sekalian,Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan


mencurahkan ilmupengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita
yang kedua yang berupayamencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan
mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.Saya
juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru
yangmengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh
dengansemangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi . Terima
kasih cikgu!Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi
hayat dikandungbadan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah
laku dan sesuatu yangmengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan
yang masih memerlukanbimbingan daripada guru-guru semua.Hadirin
sekalian,Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik.
Hari Guru bukansahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga
menjadi dorongankepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan
dan meningkatkan kualitimengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan
bilangan ilmuwan di negara kita.Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar
SKSP terus cemerlang dan lebih gagahmenghadapi cabaran serta mencapai visi
kita dalam melahirkan modal insan yangberdikari, berwaja diri dan berjasa kepada
negara. Bersama kita berpadu tenaga, wargapendidik, para ibu bapa dan murid-
murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segalapengorbanan guru ini akan
menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yangberterusan dan
berkekalan.Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan
saya membacakan beberapa bait katadaripada sajak nukilan Usman
Awang.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di
dulang ilmu
 
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
“Teacher 
s that love to teach.....Create kids that love to learn ....
“Guru yang suka mengajar ....akan melahirkan murid yang suka belajar”
 
 Akhir kata daripada saya, “Terima kasih cikgu! “
 
TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA HARI GURU – 2023

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum wm..wbt..
 
YANG DI HORMATI ………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………..

Yang Berbahagia ……………………………………………………………..Yang

Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Telaga Papan.

 Yang Berusaha Encik Zainuddin bin Dollah, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, En Saifullizan bin Awang , Guru
Penolong Kanan Pentadbiran ,
Pn. SYUHAIDA BINT MOHAMAD , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, En Hussain bin Saamah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum..
Yang dihormati YDP PIBG STePS , Seterusnya  barisan  guru-
guru,  ibu  bapa dan  juga  rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan
hari guru.
 
"Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami sayangi"
Rakan-rakan sekalian,
Guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi
berilmu bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu “ GURU INSANI
PEMANGKIN GENERASI MADANI ‘”
 
Segala kejayaan yang kita kecapi, semalam, hari ini dan esok terletak padatugas
yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu
tugasyang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh
kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah guru
dapat melonjakkan transformasi pendidikan negaraagar lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.
 
Hadirin yang dihormati sekalian,
 
Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai. Akankami
gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri.
Seterusnya,berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
 
Kami sebagai generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran dan
keharmonian negara ini.
 
Cikgu, , OH cikgu…
Kalau dalam lautan Atlantik,
dalam lagi jasamu,
cikgu.
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.
Terima kasih cikgu,
 
 Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat
HariGuru. Kami doakan semoga cikgu-cikgu panjang umur, murah rezeki, sihat
dan dapat terus berbakti dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan modal insan
minda kelas pertama.
 
Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur di hujung dahan
Ilmu pengetahuan yang guru beri
Syukur dan terima kasih kami ucapkan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai