Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Yang berbahagia Tn Hj Ahmad Sahrel Bin Bechik, Yang


Di-Pertua PIBG SK Tanjung Langsat, Yang berusaha Cikgu Hamdan Bin Atan, Guru Besar Sek.
Keb. Tanjung Langsat, Yang dihormati, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Rodzuan Bin
Raziki, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Rahim Bin Ariffin, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum Cikgu Junaidah Bt Mahfar, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para
pelajar yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat


Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan
yang telah berusaha keras, mengerah kudrat,memerah keingat dalam usaha menurunkan ilmu
kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan
sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak kita
semua .Seorang guru sanggup mengorbankan dirinya untuk melahirkan dan membentuk modal
insan yang berpengetahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia.Justeru, sesuailah pemilihan
tema pada tahun ini iaitu, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.

Rakan-rakan sekalian,

Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru
boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan
kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup
kita. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang
mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi .

Terima kasih cikgu!

Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati  selagi hayat dikandung badan.
Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku dan  sesuatu yang mengguris
perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan bimbingan daripada
guru-guru semua.
Hadirin sekalian,

Mari kita panjatkan doa  agar SK Tanjung Langsat terus cemerlang dan lebih gagah
menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan yang berdikari,
berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik, para
ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini.

Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala
yang berterusan dan berkekalan. Cikgu, kami mendoakan kesihatan dan kesejahteraan cikgu
untuk mengajar dan mendidik kami. Kami berharap cikgu tidak jemu menegur kesalahan kami
agar kami menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapa dan Negara.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan  beberapa bait kata daripada sajak
nukilan Usman Awang.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

“Teachers that love to teach.....Create kids that love to learn .... “Guru yang suka
mengajar ....akan melahirkan murid yang suka belajar”

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya untuk membaca serangkap pantun,

Pesan guru saya ingati,


Kata-katanya saya turuti,
Jasa guru dibawa mati,
Pengorbannya tetap di hati.

. Akhir kata  daripada saya, “Terima kasih cikgu! “

Anda mungkin juga menyukai