Anda di halaman 1dari 8

Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.

00 dalam
pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut.

Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai
sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena Hari Inovasi dan Teknologi.
Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara.

Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di


KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami. Kami
sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang dua jam menikmati ayam goreng
dan pelbagai hidangan lain.

Selain itu,saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat
keperluan melukis yang sedia ada sudah lama dipakai. Alatan yang baru akan
menaikkan lagi semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat melukis dengan
gembira.

Selain itu juga, saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia
ada sudah terkoyak di bahagian hadapan dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Saya
membeli beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..

Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya boleh
menggunakannya pada masa saya susah. Ia juga boleh digunakan ketika saya masuk
universiti.

Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai lebih banyak
pertandingan melukis. Saya harap akan memenangi pertandingan lukisan pada masa
akan datang dan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan saya.
SOALAN ; Kamu dan kakak kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tiba-
tiba, kamu ternampak seekor kucing hampir lemas di dalam longkang. Ceritakan
tindakan-tindakan yang kamu ambil untuk menolong anak kucing itu.

Ketika pulang dari sekolah, hujan renyai-renyai mulai turun. Aku dan kakak
mempercepat langkah kami. Tiba-tiba, telingaku menangkap bunyi anak kucing
mengiau-ngiau dari arah longkang yang berhampiran.Hujan semain lebat, namun aku
kuatkan semangat untuk melihat di dalam longkang itu.

Alangkah kasihannya apabila kami melihat seekor anak kucing tercungap-


cungap kerana hampir lemas di dalam longkang itu. Oleh sebab longkang itu agak
dalam dan arusnya deras, sukar bagi aku dan kakak untuk menyelamatkan anak kucing
itu. Nasib kami baik kerana seorang pemuda lalu di situ lantas kami meminta
pertolongannya untuk mengambilkan anak kucing itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya
mengambil anak kucing dari dalam longkang tersebut.

Anak kucing itu menggigil kesejukan. Tanpa membuang masa, aku dan kakak
membawa anak kucing itu pulang ke rumah. Dalam keadaan hujan yang semakin lebat,
kami mempercepatkan langkah kaki menuju ke rumah. Sesampainya di rumah, aku
terus membawa anak kucing itu ke dapur. Aku mencari kain tuala lamaku yang sudah
tidak digunakan lagi. Aku mengelap seluruh badan anak kucing itu sehingga kering.
Anak kucing itu kelihatan seperti terkejut dan ketakutan.

Kakak membawa sepiring susu untuk diberikan kepada anak kucing itu. Kami
berdua duduk di tepinya sambil memerhatikan perilaku anak kucing yang comel itu.
Apabila kucing itu sudah kenyang, kami meletakkannya ke dalam sebuah bakul.
Mungkin kerana keletihan, anak kucing itu terlena. Aku selimutkan anak kucing itu
dengan sehelai kain supaya badannya kembali hangat.

Sekembalinya ibu dan bapaku dari tempat kerja, aku dan kakak menceritakan
apa yang berlaku. Ibu dan bapaku berbangga dengan kami kerana prihatin dan baik
hati menyelamatkan anak kucing itu. Aku amat gembira kerana ibu dan bapaku
membenarkan kami memelihara anak kucing itu. Aku dan kakak menamakan anak
kucing itu Comel. Sejak hari itu, Comel menjadi binatang peliharaan kesayangan aku
dan kakak.

SOALAN : Kamu dan rakan kamu telah memancing di sungai. Tanpa diduga,
rakan kamu telah tergelincir lalu lemas. Tulis cerita kamu selengkapnya.

Aku dan Hasan tinggal berjiran. Kami berkawan sejak kecil lagi. Hubungan kami
sangat akrab. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing ikan.

Pada suatu hari, aku dan Hasan merancang untuk memancing ikan di sungai
berdekatan. Setelah menyiapkan semua peralatan seperti joran dan umpan, kami pun
bertolak ke lokasi yang ditetapkan. Aku dan Hasan menunggang basikal untuk ke
sungai yang terletak di hujung kampung kami.

Setibanya kami di lokasi, aku dapati banyak kanak-kanak sedang mandi-manda


di sungai itu. Aku mencadangakan kepada Hasan supaya mencari lokasi yang lebih
sesuai dan jauh daripada riuh-rendah kanak-kanak. Kami meletakkan peralatan di
bawah pokok, kemudian terus melabuhkan punggung untuk memancing.

Lokasi yang kami pilih memang sesuai. Dalam beberapa minit sahaja, kami
sudah berjaya memancing pelbagai jenis ikan seperti ikan talapia, ikan lampam dan
ikan puyu.Oleh sebab terlalu asyik memancing, kami tidak sedari hari sudah semakin
senja. Ketika bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba pancing Hasan ditarik sesuatu. Hasan
cuba menarik pancingnya tetapi tidak berjaya.

Hasan masih terkial-kial menarik pancingnya. Tiba-tiba, Hasan tergelincir lalu


terjatuh ke dalam sungai. Dia cuba berenang ke tepi tebing tetapi tidak berjaya kerana
arus deras. Aku cuba menghulurkan joranku untuk dicapai olehnya tetapi gagal. Aku
segera menjerit meminta tolong apabila melihat Hasan semakin lemah.

Jeritanku didengari oleh seorang pemuda yang kebetulan memancing di lokasi


berhampiran. Dia bergegas terjun ke dalam sungai dan menarik Hasan ke tepi tebing.
Hasan berjaya diselamatkan. Kami berdua mengucapkan terima kasih kepada pemuda
berkenaan. Sejak hari itu, kami berdua lebih berhati-hati apabila memancing di sungai .
SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat
kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan
untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.

No 1, Lorong 12,
Taman Tambun Jaya,
14120 Simpang Empat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

21 Julai 2013

Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga
dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-
sihat sahaja. Sahabatku,

Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan
sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu
yang lau. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini.

Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan
saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah
membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah
pertama saya saya ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan
menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga
pukul 11.00 malam setiap hari.

Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas
tambahan Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas
tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam
pelajaran. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak
menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang


sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya
saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan.
Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap
hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan
oleh guru-guru.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan


Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya
saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu
sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-
kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya


berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali,
sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga.

Sahabatmu,
.............................
(Afiqah binti
Aiman )
SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana
terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup.
Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali
iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.

Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku
turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik
Kemahiran Hidup. Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh
kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut
mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah
pada tahun lalu.

Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut.
Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih
atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup
tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih.

Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran
Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa
pengajaran dan pembelajaran.
SOALAN : Baru-baru ini pasukan pengakap sekolah kamu telah mengadakan
aktiviti perkhemahan. Sebagai pemberita majalah sekolah, kamu dikehendaki
menyediakan berita tentang perkhemahan itu.

SIMPANG AMPAT. 1 Jun - Pasukan pengakap Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun


telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Mertajam selama dua hari
satu malam.

Cikgu Adli Zakaria selaku ketua komandan perkhemahan ini berkata, seramai 40
orang peserta daripada murid-murid Tahap 2 terlibat dengan perkhemahan ini.
Manakala 10 orang guru pengiring bersama-sama membantu menjayakan aktiviti yang
diadakan kali ini.

Tujuan perkhemahan ini adalah untuk melengkapkan kursus Keris Perak di


peringkat sekolah. Sebanyak 10 buah khemah telah didirikan di tapak perkhemahan.
Para peserta diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang mereka
berada di sini.

Pelbagai aktiviti telah disusun agar program perkhemahan ini berjalan lancar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad, 'junggle tracking', persembahan
kebudayaan, masakan rimba dan sebagainya.Para peserta kelihatan begitu teruja
melakukan setiap aktiviti yang dijalankan.

Semangat tolong-menolong dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti yang


dilaksanakan. Setiap peserta begitu bersungguh-sungguh melakukan aktiviti walaupun
ada antara mereka yang nampak keletihan. Berdasarkan laporan kem komandan,
selain berjaya melengkapkan kursus Keris Perak, setiap peserta mendapat pengalaman
berguna. Sikap berdikari, bekerjasama dan kepimpinan peserta telah berjaya dipupuk.
Oleh kerana perkhemahan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada para peserta, pihak sekolah telah bercadang untuk menjadikan aktiviti ini
sebagai aktiviti tahunan. Hal ini dicadangkan sendiri oleh guru besar sekolah ketika
berucap pada majlis penutup kursus tersebut.

Anda mungkin juga menyukai