Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN UPSR (Surat Tak Rasmi) : Persediaan Hadapi UPSR

SOALAN : Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.

No 1, Lorong 2. Taman Tambun, 14000 Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya. Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Sahabatmu,
&&

(Alif bin Arif))

Surat Tidak Rasmi : Musim buah-buahan


SOALAN : Tulis surat kepada kakak anda yang sedang belajar di luar negara untuk menceritakan musim buah-buahan di kampung anda. No 1, Lorong 2, Taman Tambun, 14000 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 1 Januari 2012. Menemui kakandaku yang disayangi dan dirindui yang kini berada di Kota London dengan selamatnya. Kakandaku, Apa khabar kakanda di sana ? Adinda dan keluarga di sini sihat walafiat. Diharap, keadaan kakanda juga begitu. Untuk pengetahuan kakanda, warkah yang kakanda kirimkan telah selamat adinda terima tempoh hari dan faham akan isi kandungannya. Tujuan adinda menulis warkah ini adalah untuk menceritakan mengenai musim buah-buahan seperti yang kakanda tanyakan dalam warkah tersebut. Syukurlah, musim buah-buahan pada kali ini sungguh menjadi. Pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. Buahnya juga elok dan bermutu tinggi. Durian, manggis, mangga, rambutan dan langsat sudah mulai masak. Datuk mengambil kesempatan menjual sebahagian daripada buah-buahan tersebut di pasar malam. Datuk mendapat hasil yang lumayan. Ada juga kenalan-kenalan datuk dari pelbagai tempat memesan pelbagai jenis buah untuk dibeli daripada datuk. Adinda juga berpeluang membantu datuk mengutip buah-buahan di dusunnya selepas pulang dari sekolah. kadang-kadang geli hati juga adinda mendengar omelan datuk yang terlalu bimbang apabila adinda memanjat pokok rambutannya yang rendang untuk memetik buah rambutan. Tentu suasana di sini menjadi lebih meriah jika kakanda ada bersama. Sampai di sini sahaja warkah adinda untuk kali ini. Waktu pun sudah hampir menjelang tengah malam. Adinda mendoakan agar kakanda berjaya dengan cemerlangnya dalam pelajaran kakanda. Semoga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain pula. Sekian, terima kasih. Adinda sudah mengantuk. Adinda berharap kakanda pulang segera. Sekian, terima kasih. Yang benar, &&&&&&

Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah


Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zool Azhari. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Boria oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4 Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh ,

20 OKTOBER 2012

............................. (ALI BIN AHMAD) Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun

Anda mungkin juga menyukai