Anda di halaman 1dari 6

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung". Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Laporan ; Kejohanan Sukan Tahunan sekolah


M o n d a y, 4 F e b r u a r y 2 0 1 3 | 0 C o m me n t s

Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.Majlis ini diadakan pada 25 Mac yang lalu dan telah berlansung dengan jayanya. Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu -aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuk a gelanggang dengan pelbagai aksi murid murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4100 meter. Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli -ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik. Seterusnya ialah acara penyampaian ha diah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini. Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang bersama -sama. Kejohanan berakhir kira kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2009 (NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH) Wartawan, Majalah sekolah, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

Post a Comment

Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan berseko1ah di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik sekolah kamu.

Kampung Padang Lalang, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman. 9 Oktober 2000 Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu. Ayahanda, Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa agar ayahanda sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah ayahanda bimbangkan. Anakanda sihat dan riang di samping nenda berdua. Nenda berdua juga sihat. Mereka sampaikan salam buat ayahanda. Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk meminta ayahanda rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah anakanda. Majlis itu akan diadakan pada 22 Oktober 2000, pada pukul 10.30 pagi. Anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu nanti. Ayahanda pasti gembira mendengar berita bahawa anakanda telah mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu. Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas anakanda. Anakanda sangat berharap agar ayahanda dapat hadir pada majlis itu nanti. Sudah tentu kehadiran ayahanda akan mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir. Mereka sangat gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu. Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda di sana. Anakanda yang merindui,

Eliza
Tuliskan sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti. A60, Kampung Bendahara, 84100 Muar, Johor Darul Takzim. 16 Julai 2000 Ke hadapan nenda berdua yang bcrada di Taman Cenderawasih dengan selamatnya. Nenda, Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat sejahiera. Cucunda dan keluarga di sini, sihat walafiat. Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan akan datang. Cucunda akan menyertai pertandingan bola sepak di sekolah. Pertandingan bola sepak itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini. Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda sahaja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas di Kuala Lumpur. Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat cucunda coretkan pada kali ini. Doakan kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti. Cucunda yang jauh.

Aminah

Latihan Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Dia telah berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.
Dicatat oleh Wan Mohd Affendy di 7:09 PTG

Karangan Aku Sebatang Pen


Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna merah. Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke destinasi. Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan seorang guru. Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik. Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini tuanku Linda telah mempunyai pen yang baru.
Dicatat oleh SUHAIMI di 4:01 PTG

Anda mungkin juga menyukai