Anda di halaman 1dari 17

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.

Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

PROLOG

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Ketika itu jam ditanganku menujukkan pukul 8.23 pagi. Kakiku mula melangkah masuk ke halaman Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Aku melihat ramai ibu bapa atau mungkin waris yang menghantar anak masing-masing. Mataku meliar mencari tempat pendaftaran. Hari inilah rasanya aku paling bergaya. Berbaju lengan panjang berwarna putih dan bertali leher biru. Perasaanku bercampur baur antara takut dan gembira. Sesuatu yang tidak aku duga, hadir sebagai seorang pelajar di maktab perguruan yang akan menjadikan aku seorang guru. Kakak dan abang ipar yang menghantarku pada hari pendaftaran tersebut. Semasa pendaftaran aku diberitahu bahawa maktab ini tidak mempunyai asrama. Para pelajar akan ditempatkan di beberapa taman perumahan yang berdekatan. Aku akan ditempatkan di Taman England atau lebih terkenal dalam sebutan inggeris England Garden. Fikiranku tertanya-tanya, mungkinkah taman ini dihuni oleh golongan mewah. Namanya sahaja sudah menggambarkan penghuninya. Aku juga diberitahu bahawa tempat yang akan aku tinggal ini merupakan banglow dua tingkat. Aku akan berkongsi dengan Sembilan pelajar yang lain termasuk pelajar senior. Selepas selesai membuat pendaftaran, kakak dan abang iparku membantu mengangkat barangbarang-barangku ke dalam kereta semula. Tadi sebelum pendaftaran, semua barangku dikeluarkan. Aku menyangkakan asrama terletak disekitar bangunan maktab, ternyata jangkaanku salah. Abang iparku memandu keretanya perlahan kerana mengikut sebuah motosikal pelajar senior yang menujukkan arah ke Taman England. Sesampai saja di perkarangan rumah tersebut, kami disambut oleh beberapa orang pelajar senior berbaju batik biru. Sekali lagi kakak dan abang iparku membantu mengankat barang-barangku untuk dibawa naik ke tingkat atas. Aku ditempat disebuah bilik berkongsi dengan seorang pelajar dari Rembau, Negeri Sembilan.

Selepas selesai mengemas barang-barangku, kami keluar makan tengahari di sebuah restoran yang berhampiran. Seperti biasa, aku memesan makanan kegemaranku iaitu sambal tumis ikan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

keli bersama dengan sirap bandung. Namun seleraku tidak seperti biasa apabila mengingatkan bahawa aku terpaksa berpisah dengan ibuku dalam jangka masa yang lama serta jarak yang jauh. Ibu tidak dapar menghantarku kerana terikat dengan pekerjaan nya sebagai penoreh getah di sebuah estate berdekatan dengan rumahku. Walau pun ibu tidak dapat ikut serta tetapi pesanannya sarat di mindaku. Dix, kenapa makan tak habis? Teguran kakak membuat aku tersedar dari lamunan. Mmmmm Aku melepaskan sebuah keluhan kemudian tersenyum memandang wajah kakak dan abang iparku. Aku tetap menghabiskan makanan walaupun seleraku sudah tiada. Ibu selalu berpesan agar tidak meninggalkan walau sebiji nasi pun di dalam pinggan selepas makan. Kata-kata tersebut memaksa diriku menghabiskan nasi yang ada. Sebaik sahaja sampai ke rumah sewaku, aku melangkah malas keluar dari kereta. Aku cuba menyembunyikan perasaanku. Aku cuba memaksa diriku mengukirkan senyuman, namun senyumanku hambar. Perlahan-lahan ku hulurkan tangan, besalaman dengan kakak dan abang iparku. Kakak menarik nafas panjang kemudian memandangku. Dix, belajarlah betul-betul ya. Pandai-pandai jaga diri di tempat orang. Kalau ada masalah bagitau kakak. Jangan diam ja. Tangan kakak memaut lembut bahuku. Aku mengesat air mata yang mula mengalir laju. Aku cuba menyelindungkan perasaanku dari kakak.

Rasa sebak menyelubungi diriku. Aku sekali lagi bersalaman dengan kakak dan abang iparku sebelum mereka pulang.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

kakak balik dulu. Berkawan baik-baik. Assalammualaikum. Perlahan-lahan aku melambaikan tangan pada kakak dan abang iparku. Walaikummussalam. Hati-hati memandu bang. Pesanku. Suara kakak kedengaran tenang. Namun aku tahu hati kakak juga sayu sepertiku memandang akulah anak bongsu dan harapan terakhir dalam keluarga. Menurut teori Alfred, anak bongsu selalu menjadi bayi dalam keluarga dan terlalu dimanjakan. Dia selalu mendapat cara tersendiri dan membina sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh ahli keluarga yang lain untuk melakukannya.

Bab 1 Kenangan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Aku melemparkan pandangan ke luar. Aku hanyut dengan kenangan silam yang membuatkan aku berada di sini. Jam 1.55 tengahari, 07 November 1965 aku dilahirkan di Kangar, Perlis. Ibu memberitahu bahawa aku dilahirkan di Hospital Kangar. Seorang doktor berketurunan sikh menyambut kelahiranku. Selepas lima hari aku dilahirkan, abangku yang sulung berbincang bersama ibu dan ahli keluarga yang lain untuk mencari namaku. Mereka bersetuju meletakkan nama kepadaku, Mohd Yatin Yazix. Ayahku meninggal dunia ketika kandungan ibu menjangkau lapan bulan. Zaman kanak-kanakku merupakan zaman yang tak dapat aku lupakan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak susah. Maklumlah segala-galanya dipikul oleh ibuku selepas ayah meninggal dunia. Aku membesar di dalam sebuah kampong yang hubungan penduduknya sangat rapat. Saling mengambil berat antara satu sama lain. Ketika aku berusia enam tahun, aku sering bermain bersama rakan-rakan sebayaku.Antara permainan kegemaran kami ialah tuju kasut. Salah seorang dari rakanku iaitu Sabri lahir pada tarikh yang sama denganku. Namun Sabri merupakan anak sulung dalam keluarganya. Menurut teori Alfred Adler, anak sulung berjaya mendapat perhatian yang baik kerana pada masa dilahirkan mereka adalah seorang anak sahaja yang ada. Dia juga menjadi tumpuan perhatian ibu bapa dan keluarga.Selain itu,dia cenderung bergantung dan rajin serta selalu berusaha untuk berada di hadapan.Oleh itu mereka akan rasa diketepikan daripada kedudukan ini apabila adiknya lahir. Sabri berasal dari Melaka. Keluarganya berpindah ke Perlis kerana mengikut bapanya yang bertugas di situ. Rumahnya juga bersebelahan dengan rumahku.Kami berdua sangat rapat sehingga kami berdua sama-sama melangkah kaki kea lam persekolahan.

Bab 2 Alam Persekolahan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Pada usia tujuh tahun, aku ke alam persekolahan. Aku bersekolah di Sekolah Tengku Budriah, Arau, yang letaknya lebih kurang 4 kilometer dari rumahku. Hari pertama persolahan aku dihantar oleh ibu. Ramai juga rakan-rakan yang aku kenal semasa aku mengikut ibu ke ladang getah. Mereka adalah anak-anak kawan ibuku yang tinggal di rumah ladang. Di sekolah rendah aku dapat belajar banyak perkara. Terdapat banyak matapelajaran yang diperkenalkan oleh guru di sekolah iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam,Ilmu Hisab,Bahasa Inggeris,Sains dan Sivik. Matapelajaran yang paling aku minati ilah Bahasa Melayu. Aku sering memperolehi markah yang tertinggi di dalam kelas dan mendapat hadiah ketika Hari Penyampaian Hadiah yang diadakan di sekolah.Setiap tahu aku pasti naik ke pentas untuk menerima hadiah. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah apabila aku menerima RM 1 daripada guru Bahasa Melayu, Cikgu Shafie. Ketika itu aku berada di darjah tiga. Cikgu Shafie meminta pelajar-pelajar datang ke depan dan membaca karangan masing-masing.Sampai giliran aku membaca karangan yang bertajuk Cita-Cita. Mungkin menjadi rezekiku, karangan aku terpilih sebagai yang terbaik. Peristiwa tersebut sukar untuk aku lupakan sehingga sekarang. Peristiwa itu juga member aku perangsang untuk sentiasa menulis karangan yang terbaik. Semasa di darjah tiga, aku juga terpilih untuk mewakili kelas di dalam pertandingan bercerita sempena bulan kemerdekaan. Cikgu Shafie, guru kelas membantu aku menulis sebuah cerita bertajuk Pahlawan Negara. Hampir setiap hari sebelum pertandingan aku terpaksa balik lebih lewat dari rakan-rakan yang lain. Cikgu Shafie akan melatih aku selama tiga puluh minit. Pada mulanya sukar juga aku hendak menghafal cerita yang agak panjang itu. Dengan tunjuk ajar cikgu Shafie dan kegigihan aku, akhirnya aku dapat menghafal sepenuhnya cerita tersebut. Cikgu Shafie juga gembira dengan pencapaian aku. Tiba hari pertandingan yang diadakan di kantin sekolah, aku sangat gementar. Aku terpaksa bersaing dengan lima orang pelajar lain. Aku jadi tidak menentu,beberapa kali berulang ke bilik air. Nasib baiklah cikgu Shafie sentiasa ada disisi aku untuk memberi nasihat. Aku mendapat giliran yang terakhir apabila undian giliran persembahan diadakan. Sampai giliran, aku

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

melangkah naik ke pentas. Aku buang jauh-jauh rasa gementar. Syukur kepada Allah kerana aku tidak melakukan sebarang kesilapan. Rasanya akulah peserta yang mendapat tepukan paling gemuruh.Selepas semua peserta selesai membuat persembahan, majlis berehat selama dua puluh minit. Aku tidak sabar-sabar untuk mendengar keputusan.Cikgu Shafie membisikkan keyakinannya bahawa aku pasti menjadi johan ke telingaku. Walaubagaimana pun aku berserah kepada Allah. Pada aku menang dan kalah itu adat pertandingan. Kini tibalah giliran yang aku nanti-nantikan. Pengacara majlis sudah bersedia untuk mengumumkan pemenang pertandingan bercerita peringkat sekolah. Debaran jantungku kian kencang. Pengacara majlis mengumumkan tempat ke tiga dan kemudian tempat ke dua. Namun namaku masih belum disebut. Akhirnya aku diumumkan sebagai johan pertandingan bercerita peringkat sekolah. Aku melangkah ke pentas dengan penuh bangga untuk menema hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar. Sebaik sahaja aku turun dari pentas, orang yang pertama mengucapkan tahniah sudah pasti cikgu Shafie. Pengacara juga mengumumkan bahawa aku terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat kawasan. Peristiwa ini menjadi satu detik indah dalam hidupku yang sudah pasti tidak dapat aku lupakan.

Bab 3 Alam Peperiksaan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Pada tahun ini aku akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah. Ketika ini aku di Tahun 5. Peperiksaan padaku hanya perkara biasa. Rakan-rakanku juga sebegitu. Tidak banyak kelas-kelas tambahan yang guru-guru lakukan di sekolah. Kami hanya belajar seperti biasa di dalam kelas. Berbeza dengan zaman sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak ke kelas tambahan, sama ada yang diadakan di sekolah atau kelas berbayar swasta. Matlamatnya anak mereka cemerlang dalam UPSR. Ketika itu kalau ada kelas tambahan sekalipun aku pasti tidak dapat hadir. Tiada ada sesiapa yang boleh menghantarku ke sekolah. Ibu sibuk dengan menoreh dan bendang. Kelas pagi pun aku terpaksa berjalan sejauh empat kilometer setiap hari. Sungguh meletihkan. Aku hanya mengulangkaji di rumah. Cuti awal tahun sekolah aku isikan dengan sebaik-baiknya. Setiap hari aku akan mengulangkaji pelajaran. Nasib baiklah di rumah aku ketika itu masih belum mempunyai televisyen. Jika tidak pasti masa aku akan habis begitu sahaja di depan televisyen. Ibuku tidak pernah memaksa aku untuk belajar. Dia Cuma memberi kata-kata perangsang kepadaku agar belajar bersungguhsungguh jika hendakkan kesenangan. Ibu selalu memberitahu bahawa dia tiada harta untuk diwariskan kepadaku kecuali ilmu pelajaran. Aku juga sedar tentang keperitan ibuku mencari rezeki. Apatah lagi pada tahun ini banyak duit yang diperlukan untuk membiayai pelajaran kakakku yang berjaya ke Universiti Sains Malaysia. Aku berazam untuk belajar bersungguhsungguh agar satu hari nanti kami akan lebih senang. Selepas cuti persekolahan,aku kembali ke sekolah seperti biasa. Guru-guru sibuk member soalan untuk kami jawab. Selepas menjawab soalan-soalan yang diberikan, cikgu matapelajaran masing-masing akan berbincang untuk menyemak jawapan yang kami buat.Akhirnya tibalah hari peperiksaan yang sebenar.Pagi itu aku berasalaman dengan ibu sebelum pergi ke sekolah. Aku pergi lebih awal. Peperiksaan tamat selepas empat hari diadakan.

Tidak lama kemudian, keputusan peperiksaan pun diumumkan. Aku hanya mendapat keputusan 3B2C. Walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang aku tetap bersyukur dengan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

keputusan yang aku perolehi. Ibu pun tidak kisah sangat tentang berapa yang aku dapat, maklumlah ketika itu peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat menjadi tumpuan. Apa yang lebih penting pada ibu kami akan ke sekolah. Ibu juga tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pelajaran dan peperiksaan di sekolah. Pun begitu setiap kali aku memberitahu keputusan peperiksaanku, dia sentiasa akan menasihatiku supaya belajar bersungguh-sungguh. Selepas tamat darjah enam aku dan rakan-rakanku meneruskan pengajian ke tingkatan satu. Ketika itu kami tidak mempunyai peluang untuk memilih sekolah.Aku dan kawan-kawanku diarah untuk mendaftar ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad bersebelahan dengan sekolah rendahku.

Bab 4 Sekolah Menengah

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Ibu telah menemani aku mendaftar di Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad. Sekolah ini letaknya berhampiran dengan sekolah rendah tempat aku belajar. Dari rumahku lebih kurang empat kilometer. Setiap hari aku dan dua orang rakan sekampung akan berjalan ke sekolah. Kami terpaksa melalui batas sawah. Kasutr yang kami pakai pasti akan kotor jika musim hujan. Pun begitu itu semua bukan sebagai pematah semangat kami untuk ke sekolah. Hari pertama di sekolah menengah,aku terpaksa bangun awal pagi sendiri tanpa dikejutkan ibu. Aku rasa dah tiba masanya aku berdikari. Aku bukan lagi budak sekolah rendah tetapi sudah menginjak alam remaja. Ibu bangun seawal empat setengah pagi untuk menyediakan sarapan pagi dan bersiap-siap untuk ke ladang, menoreh getah. Selepas solat subuh aku bersarapan dan terus ke sekolah. Aku sangat gembira pada hari pertama persekolahan kerana hampir kesemua rakan-rakanku di sekolah rendah belajar di sekolah menengah yang sama. Beberapa subjek baru diperkenalkan seperti Seni Perusahaan dan Geografi. Subjek Geografi menjadi subjek yang paling aku minati kerana banyak ilmu baru yang aku perolehi daripada subjek ini. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pelancongan dan bentuk muka bumi menarik minatku untuk belajar lebih mendalam.Minatku semakin bertambah kerana guru yang mengajarku sangat baik terhadap pelajar-pelajarnya termasuk aku.Kesan daripada minat ini menyebabkan aku sering memperoleh markah yang tinggi dalam ujian bulanan atau pun peperiksaan penggal. Setelah hampir tiga tahun aku belajar di Sekolah Menengah dato Sheikh Ahmad, sekali lagi aku akan menduduki peperiksaan awam iaitu Siji Rendah Pelajaran (SRP).Banyak persediaan yang telah aku lakukan untuk menghadapi SRP. Aku banyak menghabiskan masa mengulangkaji kembali tajuk-tajuk semasa di tingkatan satu dan dua. Aku korbankan masa bermain pada sebelah petang. Buku-buku lama kakakku banyak membantu. Ibu tidak perlu lagi membelanjakann banyak duit untuk membeli buku-buku baru. Aku pun seboleh-bolehnya tidak mahu membebankan ibuku. Berapa sangat yang ibuku dapat hasil dari menoreh getah. Hanya cukup untuk makan pakai kami sekeluarga sahaja.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Peperiksaan SRP akan berlangsung beberapa hari lagi. Banyak nasihat yang ibu bagi.Aku mencium tangan ibu memohon restu. Walaupun ini kali kedua aku akan menduduki peperiksaan, namun kali ini aku lebih gementar. Apa yang aku tahu pelajar yang gagal dalam SRP tidak akan diterima melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Situasi ini amat menakutkan aku. Namun perasan gementar dapat aku atasi dengan petua guru-guru dan ibuku sebelum melangkah masuk ke dewan. Aku berada agak ke belakang di barisan tepi dengan mengikut angka giliran yang diberikan oleh guru sekolahku.Aku menjawab soalan dengan tenang walaupun terdapat juga soalan-soalan yang memeningkan kepalaku untuk dijawab. Selepas dua minggu, peperiksaan pun berakhir. Aku dapat menghembuskan nafas lega setelah tamat menduduki peperiksaan.Keputusannya nanti aku hanya berserah kepada tuhan setelah melakukan yang terbaik. Tidak lama kemudian, keputusan pun diumumkan. Aku mendapat sijil pangkat A, walaupun tidk cemelang sepeti yang diharapkan. Bagaimanapun keputusan ini melayakkan aku melangkah kaki ke tingkatan empat. Biarpun aku berasa sedikit kecewa, namun aku masih bersemangat untuk melanjutkan pelajaranku ke tingkatan empat. Aku belajar di sekolah yang sama. Di tingkatan empat aku belajar bersungguh-sungguh lagi. Apatah lagi dengan subjek yang banyak telah ku ambil untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu lapan subjek.Subjek-subjek tersebut ialah Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Kesusasteraan Melayu,Pengajian Agama Islam,Sejarah Geografi,Rampaian Sains dan Lukisan. Aku di tempatkan di tingkatan Empat Sastera 1. Disamping akademik, aku juga aktif dalam bidang kokurikulum. Aku terlibat dengan pasukan pengakap. Pengakap merupakan unit beruniform yang paling aktif di Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad. Pasukan pengakap sedang mengadakan persiapan untuk mengikuti Jambori pengakap peringkat sekolah-sekolah negeri Perlis. Aku dan rakan-rakanku sibuk mengadakan persiapan dan latihan.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Banyak pertandingan yang akan diadakan dalam jambori tersebut. Kami mengadakan latihan pada waktu petang selepas habis waktu persekolahan. Masa untuk aku mengulangkaji pelajaran semakin singkat. Namun, aku tetap melakukan yang terbaik dalam akademik. Akhirnya setelah bertungkus lumus menjalankan latihan, kami menyertai pelbagai pertandingan di dalam jambori tersebut. Nasib tidak menyebelahi kami, pasukan poengakap sekolah kami hanya mampu mendapat naib johan keseluruhan dalam jambori tersebut. Jaohan pertandingan disandang oleh Sekolah Menengah Derma. Aku mula memberikan tumpuan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun sekolah. Tajuk-tajuk yang kurang aku faham, aku terus rujuk dengan guru-guru dan rakan-rakanku yang lain. Usiaku tidak sia-sia kerana aku dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Bab 5 SPM Penentu Kejayaan Tahun ini merupakan tahun penting dalam hidupku. Tahun 1982, aku akan menduduki Peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil yang menunjukkan sama ada aku layak atau tidak untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam atau memasuki mana-mana maktab

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

perguruan. Aku mengikut jadual belajar yang aku rangkakan sendiri, tetapi kadang-kadang jadualku berubah disebabkan mengikuti program-program lain yang tidak dirancang awal. Disamping itu aku tetap aktif dlam aktiviti kokurikulum. Skali lagi aku terlibat dengan aktivitiaktiviti pengakap sama ada di peringkat sekolah atau pun negeri. Banyak perkhemahanperkhemahan pengakap yang aku hadiri. Walaubagaimana pun aku tetap memberi tumpuan kepada akademik. Percubaan SPM telah berlangsung. Peperiksaan ini membuatkan aku lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang sebenar. Keputusan yang aku peroleh dalam percubaan ini agak kurang memuaskan. Namun aku tetap tidaj terus berputus asa. Aku lebih tabah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Ibu dan rakan-rakan banyak member dorongan kepadaku agar terus berusaha. Hari yang ditunggu telah tiba. Pagi itu aku seperti biasa mencium tangan ibu memohon restu. Aku tahu dalam diam ibu sentiasa mendoakan kejayaanku. Walaupun ibu tidak mempunyai pendidkan tetapi yang pasti dia mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. SPM berlangsung dalam jangka masa yang panjang. Akhirnya setelah berlangsung selama tiga minggu peperiksaan pun tamat. Aku amat mengharapkan agar skurang-kurangnya aku dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Sementara nmenunggu keputusan peperiksaan diumumkan, aku berkerja dengan sebuah syarikat pemasangan kabel telefon. Wang yang aku dapat sekurang-kurangnya mampu meringankan beban ibuku.

Akhirnya keputusan peperiksaan diumumkan. Aku ke sekolah bersama rakan-rakanku. Aku terus pergi ke pejabat sekolah untuk mengambil slip keputusan. Perasaanku berdebar-debar sebaik

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

sahaja sampai di depan pintu pejabat. Kerani sekolah menyerahkan slip keputusan tersebut. Dia mengucapkan tahniah kepadaku kerana aku lulus. Tahniahkeputusan adik bagus Terima kasih Aku mendapat Pangkat satu. Keputusan ku tidaklah begitu cemerlang, namun aku bersyukur dan redha dengan keputusan tersebut. Ibuku turut rasa gembira. Aku menyambung pengajianku ke tingkatan enam di sekolah yang sama. Ramai juga rakan-rakanku yang tidak dapat menyambung ke tingkatan enam. Ada juga yang diterima masuk ke maktab perguruan. Apapun aku bersyukur kerana diterima masuk ke tingkatan enam. Aku mendapat rakan-rakan yang baru. Mereka datang dari sekolah-sekolah menengah yang berdekatan. Aku bertuah kerana sekolah ini mempunyai kelas tingkatan enam, jadi aku tidak perlu berpindah ke sekolah lain. Matapelajaran yang aku belajar ialah Kertas Am, Bahasa Malaysia, Geografi,Sejarah dan Lukisan. Gaya hidup kami di tingkatan enam agak berubah. Kami terasa amat dewasa. Guru-guru pun melayani seperti seorang kawan. Walaubagaiman pun kami tetap sedar batas-batas anyara guru dan murid. Hanya terdapat enam puluh orang calon yang akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bilangan pelajar dalam kelasku pula ialah seramai dua puluh orang sahaja. Oleh itu, hubungan kami sangat rapat. Guru kelas aku ialah Cikgu Ayub. Beliau mengajar subjek Bahasa Malaysia. Semua pelajar tingkatan enam menyertai kelab Pra university. Dalam kelab ini kami menjalankan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Contohnya, Program Teknik Menjawab Soalan . Program ini membantu kami untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan STPM. Setelah hampir dua tahun belajar di tingkatan enam, aku sekali lagi telah menduduki peperiksaan. Semua warga sekolah mendoakan kejayaan kami sama seperti kakak-kakak dan

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

abang-abang sebelum kami. Ramai di kalangan mereka telah pun belajar di university pada masa tersebut. Tiba hari keputusan diumumkan. Sebelum pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan peperiksaan, aku dan rakan-rakan berjanji untuk pergi ke sekolah bersama-sama. Sebaik sahaja sampai di depan pintu pagar sekolah, aku melihat ramai ibu bapa yang datang bersama anak masing-masing. Kami semua diarah masuk ke dalam dewan. Ramai guru-guru yang sedang menantikan kehadiran kami ke sekolah pada hari tetsebut. Majlis menyerahkan slip keputusan peperiksaan akhirnya berlangsung. Pengetua sekolah menyampaikan ucapan dan beliau mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM agak cemerlang. Peratus lulus menjangkau 92 %. Tepukan gemuruh oleh semua yang hadir pada hari itu sebaik sahaja pengetua mengumumkannya. Seorang demi seorang nama pelajar disebut untuk naik ke pentas dan menerima slip daripada pengetua. Akhirnya tiba giliranku. Tiga principal dua subsid, itulah pencapaianku. Pencapaianku tidaklah cemerlang seperti yang aku harapkan. Aku berasa agak kecewa. Namun aku bersyukur atas apa yang aku dapat. Aku cuba juga mengisi boring ke university. Bebeapa hari selepas itu, aku bermimpi perkara yang tidak baik. Mimpi tersebut sangat menakutkan aku kerana ia seolah-olah benar-benar berlaku dalam kehidupanku. Menurut Teori Psikoanalisis, mimpi sebagai satu jalan kepada tahap tidak sedar kerana melalui mimpi keinginan,keperluan dan ketakutan yang tidak sedar dapat diluahkan. Akhirnya aku mendapat tahu aku tidak ditawarkan untuk belajar di mana-mana universiti. Aku berasa sedikit kecewa, pun begitu aku gembira kerana ramai rakan-rakanku diterima masuk ke universiti tempatan. Aku mengambil keputusan untuk memohon ke maktab perguruan, sesuai dengan minatku untuk menjadi seorang guru.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH Tugasan 2 : Kehidupan sejak kecil hingga menjadi guru.
Mohd Yatin Yazix b. Ahmad D20111049935

Epilog Tibalah waktu kemuncak dalam hidupku, apabila aku menerima sepucuk surat yang di hantar oleh seoran posmen yang amat aku kenali. Tahniah. Anda ditawarkan ke Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana doa ibu dan doaku dimakbulkan. Memang sejak di sekolah rendah lagi aku menaruh minat untuk menjadi seorang guru. Hal ini bersesuaian dengan Teori Ginzberg yang menyatakan pilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan yang berlaku dalam jangka masa lebih dari sepuluh tahun. Proses perkembangan ini tidak boleh berpatah balik serta berakhir apabila wujud kompromi antara minat, kebolehan nilai dan peluang. Pada tarikh 6 Jun 1987 aku akan bertolak ke Maktab Perguruan Raja Melewar di Seremban Negeri Sembilan. Di sana aku belajar dalam pengkhususan Pengajian Melayu. Setelah tamat pengajian selama dua tahun setengah, aku ditempatkan di sekolah yang pertama pada tahun 1989. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Telaga Nanas di daerah Manjung Perak. Maka disitulah bermulanya kerjayaku sebagai seorang GURU.

Anda mungkin juga menyukai