Anda di halaman 1dari 10

1.

MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang
guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan
merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku
mengatur langkah dan merancang mengadakan )
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan
merancang mengadakan kutipan dan derma kilat daripada
murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni
meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja
bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak
guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat.
Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta, kata
Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk
membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat
kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi
kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul
sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu
kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan
amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka
adalah murid yang prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar
menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu

Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta


menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air
mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi.
Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh suami
Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang
beriman.
2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang
menarik.
Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia
tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di
salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai anak yatim piatu
aku dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku
dijaga)

Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga
keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih
sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka
sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan
bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun
sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek
supaya bersabar. Nenek pernah berkata,Setiap yang hidup kan
mati.
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah
meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak

itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,Sekali air bah,


sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang
selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap
bersabar. Perasaan sedih yang kualami kucurahkan kepada Cikgu
Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi,
aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan
persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu
Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya
menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup
sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu
Rahim dan isterinya sungguh bahagia.
3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas
rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan
semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia
memegang prinsip Mengapa aku tidak boleh jika orang lain
boleh. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk
memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah.
Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku
ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada
Jabatan Pendidikan.

Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi


kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks.
Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai
pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima.
Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar.
Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran
peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan
daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak
berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat
bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah
itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha
gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya
aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas
rahmatNya.

4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah
kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung
nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya
pada waktu senja.

Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia


turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu petang
bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak,
manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak
dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah
kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman
rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku
mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku
mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari
tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot
bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang
kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya
pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku
sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada
keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen
bas. Sementara menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu
memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah
karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.

Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun


begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul.
Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku
berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku
juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula
sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil
menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap
juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat
enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun,
sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini
menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar
menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanakkanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman
kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di
sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula
berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat
dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat
pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin
telahpun sampai.

2.KARANGAN GAMBARAN

Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di


sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari.
Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam
persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian
seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama
itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula yang
mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga
masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu
bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar
yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku
dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam
barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta
memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata
nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masingmasing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik
komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui
tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan
pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir
murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi
pada pagi esoknya.

3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)


Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan
perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai
perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai
pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing
apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah
tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai
perkhemahan ini. Pergilah untuk menambah pengetahuan dan
pengalaman hidup berdikari. Kata-kata ayah membuatku
bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku
hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang
duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang
persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti
sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan.
Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan
melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu
menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah
seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan
terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini
oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu
membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil

berkata,Hutan ini perlu terus dipelihara. Jamil mengangguk


tanda bersetuju dengan kata-kataku.

4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)


Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu
sudah selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan
sebuah karangan tentang Pengalaman Anda Ketinggalan Bas
Sekolah.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung
menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun
semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas
untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh
ibu bapa masing-masing. Aku masih belum pulang kerana
menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku
yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku
keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku
berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan
menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir
pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta
kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk
menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan
datang mengambilku tidak lama lagi.

Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur


kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman
itu tidak dapat kulupakan

Anda mungkin juga menyukai