Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENJAWAB KEFAHAMAN

Tip Menjawab Soalan Sistem Bahasa UPSR

1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJK C/T).

2. Masa yang diperuntukkan 50 minit sahaja. Elak mengambil masa


yang terlalu lama untuk menjawab.

3. Konteks sistem bahasa dalam ujian pemahaman.


                     
A. Morfologi

i. Bentuk kata
  kata tunggal
  kata terbitan
  kata majmuk
  kata ganda

* Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui:


  pengimbuhan
  penggandaan
  pemajmukan
   
ii. Golongan kata
  kata nama
  kata kerja
  kata adjektif
  kata tugas

B. Sintaksis

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut


ragam yang
sesuai.

Ayat soalan
Ayat jawapan
Ayat sama maksud
Ayat aktif / Ayat pasif
Struktur ayat
Cakap ajuk / pindah
Ayat yang betul
Ketepatan kata
Kesalahan tatabahasa dalam ayat

C. Peribahasa                     

Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam


ayat atau
penulisan.
                      
     
D. Sistem ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah :


                                                    
i.      Kata asli Bahasa Melayu
ii.    Ejaan kata pinjaman
iii.   Ejaan kata dasar dan kata terbitan

4. Baca setiap soalan dengan teliti.

5. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan


dengan gambar yang disertakan.

6. Bilangan soalan adalah sebanyak 30 daripada 40 soalan.  Jenis


soalan ialah;
a. Aneka pilihan mudah. Soalan menghendaki calon memilih
satu jawapan betul atau terbaik.
                                i.    Empat opsyen jawapan A, B,c dan D
b. Aneka pilihan kompleks. Soalan menghendaki murid memilih
satu gabungan jawapan yang  betul atau  terbaik.
                                i.    Empat pilihan jawapan bernombor roman
                              ii.    Empat opsyen jawapan A, B,C dan D

7. Kata tugas dalam soalan.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Perkataan seerti bagi
Perkataan berlawan bagi
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilih ayat yang betul.

8. Jawab soalan yang mudah dahulu.

Tip Menjawab Soalan Pemahaman Petikan UPSR

1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan


tentang teks yang dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan
teks lalu mencari maklumat yang disoal.

2. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.

3. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan


dengan teliti.

4. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan.


Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.

5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat


ditemukan dalam petikan.

6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan


yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.

7. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis  kata tanya)


Membayangkan kerencaman  (kepelbagaian) tugasan dalam buku
soalan. Contoh kata tugas:

Bil Kata Tugas Respons yang Diharapkan


Memberikan maklumat yang khusus atau
1 Apakah
spesifik
Mengenal pasti individu dalam konteks
2 Siapakah
tertentu
Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu
3 Bilakah
peristiwa
Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi
4 Di manakah
sesuatu peristiwa
Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang
5 Bagaimanakah
cara/ keadaan/ langkah/ kejadian
6 Mengapakah Memberi sebab
7 Berapakah Menyatakan kuantiti
8 Manakah Menyatakan pilihan
Menulis maklumat berdasarkan respons yang
9 Tuliskan
diharapkan
Memberi jawapan yang spesifik tanpa
10 Nyatakan
memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan
11 Ulaskan Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik
12 Pilih Membuat pilihan jawapan
13 Isikan Memasukkan jawapan yang sesuai
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara
14 Bezakan
dua atau lebih perkara
Memberikan penerangan / pandangan
15 Bincangkan
daripada pelbagai aspek
16 Catatkan Merakam sesuatu maklumat

8. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap


oleh teknik penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata
kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.

9. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan


pemahaman anda tanpa merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan
yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata dan
maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks
ayat dalam petikan.

10. Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya,


soalan yang bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan
seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan logik.
11. Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting
dan tajuk, anda perlu memahami petikan tersebut secara
keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.

Anda mungkin juga menyukai