Anda di halaman 1dari 1

Impak pandemik Covid-19 telah membuka mata banyak pihak secara langsung bukan sahaja

di peringat negara kita, bahkah menjadi isu global. Apabila virus sebegini melanda, umumnya
secara praktik masyarakat akan memberikan perhatian yang khusus kepada keperluan asas
sumber harian untuk meneruskan kelangsunggan hidup. Ia mengambil kira bahan keperluan
harian seperti makanan, ubat-ubatan serta alat perubatan lain untuk perlindungan diri.

Hal ini telah menunjukkan bahawa segala barangan mewah dan duniawi yang sebahagian
besar daripada kita kejarkan selama ini tidak lagi penting. Apa yang diperlukan adalah
keperluan asas untuk meneruskan kehidupan seharian semasa ancaman wabak ini melanda.

Jika tidak dibelenggu dengan konflik sedemikian, mungkin kita tidak ingat akan kepentingan
masa bersama keluarga. Sebahagian besar daripada masyarakat sebelumnya leka akan masa
bersama keluarga kerana faktor urusan kerja. Namun, situasi sedemikian dapat dinilai serta
dirasai setelah berlaku ancaman wabak sedemikian kita dapat merasai masa yang lebih
berharga bersama keluarga tercinta.

Wabak ini juga mengingatkan kita betapa banyaknya masa yang kita bazirkan selama ini. Ia
membuatkan kita untuk pulang dan kekal di rumah untuk seketika, sekaligus menguatkan
hubungan kekeluargaan yang selama ini entah ke mana.

Bagi sesetengah daripada kita, kerja segala-galanya bagi mereka yang bekerja 7 hari
seminggu dan mendedikasikan hidup semata-mata kepada syarikat.

Wabak ini secara tak langsung mengingatkan kita bahawa pekerjaan bukanlah segala-galanya
dan kekayaan bukan ukuran.
Kita sebenarnya kerja untuk hidup, dan bukannya hidup untuk bekerja.Apa yang perlu
dititikberatkan adalah kita perlu membantu, melindungi dan menyokong antara satu sama
lain.

Apabila sesuatu masalah global berlaku, kita mempunyai pilihan secara individu.Kita boleh
memilih sama ada untuk bekerjasama, menyokong, berkongsi, memberi dan membantu antara
satu sama lain.

Kesimpulannya, kita juga boleh memilih untuk hanya mementingkan diri sendiri dan tidak
mempedulikan orang lain.Dan saat-saat genting inilah yang akan memperlihatkan siapa kita
sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai