Anda di halaman 1dari 2

COVID 19 MENYATUKAN KITA

.
Bukan seorang, bukan sepuluh, bukan seratus bahkan berjuta umat manusia
telah meninggal dunia dek kerana makhluk bernama coronavirus ini.
Assalamualaikum W.B.T dan salam kita jaga kita. Cetusan barakah buat
saudara peneraju acara, barisan kehakiman berkarisma, penjaga masa, guru-
guru seterusnya rakan-rakan penerus wadah tonggak negara. Berpandukan
wacana para sarjana, saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
“Covid 19 menyatukan kita”.
Secara amnya, frasa covid-19 dapat dirungkaikan sebagai fenomena virus
yang sedang menghantui seluruh masyarakat dunia. Manakala menyatukan kita
dapat disimpulkan sebagai ikatan persaudaraan bertambah rapat. Rumusanya,
covid 19 yang melanda, membuatkan silaturrahim kita bertambah kuat. Oleh
yang demikian, saya akan bawakan tiga idea utama bagi merungkai tajuk pidato
saya pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Idea pertama, “ Kita jaga kita”. Tanpa mengira usia, pangkat mahupun
warna kulit, masyarakat Malaysia hari ini berganding bahu saling menjaga satu
sama lain untuk memerangi covid-19. Belasan ribu kes jangkitan berlaku setiap
hari sedikitpun tidak melunturkan semangat ‘frontliner’ kita ini sehinggakan ada
yang berjuang hingga titisan nyawa terakhir. Terima kasih ‘frontliner’. Memetik
kata-kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique,
perjuangan rakyat Malaysia untuk melawan covid 19 ini telah mengetepikan
jurang pemisah yang ada pada setiap individu seterusnya mengukuhkan lagi
perpaduan mayarakat Malaysia. Hakikatnya, covid 19 ini telah mewujudkan
empati serta meningkatkan lagi kecaknaan kita kepada keadaan sekeliling kita
untuk saling menjaga.
Kedua, “Senang kita beri, susah kita bantu”. Menurut data Jabatan
Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran meningkat sebanyak 4.8%
bersamaan dengan 772900 orang sejak berlakunya pandemik ini. Banyak
syarikat gulung tikar, ada yang dibuang kerja bahkan ada yang sanggup
membunuh diri. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2.0
yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berjumlah M250 bilion telah memberi manfaat kepada semua. Tambahan pula,
masyarakat mula mengambil bahagian apabila pihak NGO mahupun
persendirian turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
COVID 19 MENYATUKAN KITA

Benar kata orang, cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Begitulah hikmah
disebalik ujian ini apabila semua lapisan masyarakat saling membantu mereka
yang memerlukan.
Hadiri sekalian,
Ketiga, “Bersama kita untuk menang”. Sikap saling mencintai,
mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit,
maka anggota tubuh yang lain turut merasainya. Covid-19 untuk dirasakan dan
diperjuangkan kebebasan bersama. Hari ini, setiap individu sedang melalui
kesusahan bersama.. Apa kita mampu buat? Paling mudah, ambillah vaksin
untuk mewujudkan imuniti kolompok bagi melindungi diri dan orang tersayang.
Sehingga penghujung Julai 2021, seramai 20 juta lebih telah mendaftar dan 12
juta orang telah divaksinkan sekurang-kurangnya dos pertama. Tahniah rakyat
Malaysia!. Inilah contoh terbaik, apabila kita bersama dengan pihak kerajaan
membendung wabak ini.
Akhir kata, terpikul tanggungjawab atas bahu kita semua. Tiga idea saya
telah membuktikan bahawa covid 19 telah menyatukan kita semua. Benar, di
sebalik ujian pasti ada hikmahnya. Teruskan perjuangan kerana kita belum
menang dan yang pasti, kita pasti akan menang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai