Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Covid 19- satu pengajaran

Seluruh dunia dihantui dengan penularan wabak Covid-19 dan lebih mengerikan,
masih tiada penawar berjaya ditemui sehingga kini. Malaysia juga tidak terkecuali.
Disebalik pandemik yang berpunca daripada wabak ini, banyak perkara negatif yang
terlintas dalam pemikiran kita. Apatah lagi, wabak ini dikatakan amat berbahaya
sehingga boleh membawa maut. Namun jika dipandang dari sudut berbeza, banyak
pengajaran yang dapat kita perolehi akibat daripada penularannya wabak ini.
Pengajaran yang pertama, kita lebih menghargai kesihatan diri. Seperti mana
yang kita tahu, wabak ini berisiko kepada golongan berumur yang biasanya
mempunyai sejarah penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dan
penyakit-penyakit yang lain. Jadi, apabila wujudnya wabak ini, ia dapat memberi
kesedaran kepada kita agar sentiasa menjaga dan menghargai kesihatan diri dengan
mengamalkan pemakanan yang sihat serta gaya hidup yang baik. Pengajarannya tidak
kira sama ada wabak melanda atau tidak, kesihatan perlu menjadi perkara utama
kerana tanpanya, kehidupan kita tiada lagi maknanya.
Pengajaran yang kedua, kita lebih menitikberatkan kebersihan diri dan
persekitaran. Cecair pembasmi kuman, penutup hidung dan mulut merupakan benda
wajib yang perlu ada di setiap rumah. Kita seboleh-bolehnya mengelakkan penyakit
ini menjangkiti kita dan keluarga. Oleh itu, amalan seperti membasuh tangan dan
mandi sebaik sahaja tiba di rumah merupakan salah satu langkah pencegahan yang
boleh kita lakukan di rumah. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Pengajaran yang seterusnya, sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan atau PKP
yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak ini, ahli
keluarga terpaksa berada di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Dalam tempoh ini,
kita lebih menghargai masa bersama keluarga dan menjadikan hubungan
kekeluargaan bertambah erat. Apa tidaknya, sebelum ini kita berlumba-lumba untuk
mencari wang demi kelangsungan hidup sehingga kita terlupa perkara yang sangat
penting iaitu masa bersama keluarga.
Terdapat banyak lagi pengajaran yang kita peroleh daripada penularan wabak ini.
Apa yang penting, kita perlu berkerjasama dan saling berganding bahu untuk
membasmi wabak ini dari terus merebak. Bak kata pepatah, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Bersamalah kita melindungi, menyokong
dan membantu antara satu sama lain dalam membasmi wabak ini dari terus menular.
Kita jaga kita.

Anda mungkin juga menyukai