Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA

ALAM SEKITAR

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan


kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora
dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam
semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara
satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh
dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada
angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu
daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan
yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini
akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan
habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air
terpelihara.

Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar


manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran
air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan
sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia.
Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan.
Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan
mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan
hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-
hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam
kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.
Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai
untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan
sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan
air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.

Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan


buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat
dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan
cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara
bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan
global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan
ini, kesihatan manusia akan terjamin.
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula
jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini
seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.
Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan
penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab bersama  setiap generasi supaya
pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat
diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

PENGENALAN
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma
atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat
mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar
semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar
karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan
beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien
kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas
semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula
mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air
pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air
yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.

Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam
seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam
tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam
sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.

Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang


menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan
gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha
kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar
kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai
yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.

LANGKAH-LANGKAH 
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang
dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan
suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat
dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur.
Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi,
Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi
melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula
yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan
Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja


organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-
sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh
petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan
baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar
terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik
dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak
perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran
najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah biologi

 Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah
biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang
digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang
kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap
tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Pertanian tetap

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian


pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap.
Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah.
Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan
tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang
terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada
pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga
dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan
dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:

Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-
perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak
dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti
alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi
hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah
pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.

Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu


pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi
mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah
aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang
terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun
padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

~ Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

~ Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.

~  Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global.

~  Untuk mengelakkan organism-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan


tertentu daripada ancaman  
     kepupusan.

~ Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.

~ Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas.

~  Untuk memastikan bahawa bekalan logam dan bukan logam di dalam kerak Bumi


tidak kehabisan.
KESIMPULAN

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan
global , pencemaran sungai , pembalakan dan sebagainya tidak akan dapat
diatasi.  Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya
masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting.
Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan
tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama ,
kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang
lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan
memulihara alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai