Anda di halaman 1dari 5

Alibaba dan 40 Penyamun

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia. Terima kasih kepada pengerusi

majlis, Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang

sentiasa peka, guru-guru dan pada hadirin yang dihormati sekalian.

Alibaba dan 40 Penyamun. Kawan-kawan pernah mendengar cerita ini?

Kalau nak dengar, tepuk la tangan dulu...

Pada zaman dahulu, hidup dua beradik bernama Kasim dan Alibaba. Alibaba

adalah adik Kasim yang hidup miskin dan tinggal di daerah pergunungan. Dia

menghabiskan hidupnya dengan menjual kayu api, manakala abangnya, Kasim,

seorang yang kaya raya tetapi tamak dan tidak pernah mahu membantu adiknya.

Suatu hari, ketika Alibaba pulang dari mengumpulkan kayu api, dia melihat

segerombolan penyamun yang berkuda. Kerana terlalu takut, Alibaba segera

bersembunyi. Dia memerhatikan para penyamun yang sedang sibuk menurunkan

harta rompakan mereka. Tiba-tiba ketua penyamun menjerit, “Alakazam ! Buka…..”.

Pintu gua itu pun terbuka perlahan-lahan. Kesemua penyamun segera memasukkan

harta rompakan mereka ke dalam gua itu. “Alakazam ! tutup… ” jerit ketua

penyamun, lalu pintu gua itu pun tertutup.

Setelah para penyamun pergi, Alibaba memberanikan diri keluar dari tempat

persembunyiannya. Dia mendekati pintu gua tersebut lalu menjerit seperti ketua

penyamun tadi. “Alakazam! Buka…..” Seperti yang dilihatnya tadi, pintu gua itu

terbuka seluas- luasnya. Alibaba terpana sebentar kerana melihat harta yang tinggi

menggunung. “Baik aku ambil sedikit untuk diriku dan jiran- jiranku yang
kesusahan”, bisik Alibaba. Setelah mengambil harta dan wang yang banyak, Alibaba

segera menutup pintu gua lalu pulang ke rumah.

Ting ting tang ting tara ting ta ke ting tang ting

Ting ting tang ting tara ting ta ke ting tang ting

Wahai isteriku, abang sudah pulang

Pulang dengan harta dan wang yang banyak

Jom-jom kita kongsi bersama-sama

Dengan jiran-jiran yang dalam kesusahan.

Ha, kawan-kawan sekalian, kerana terlalu banyak wang emas, mereka sepakat

untuk meminjam kendi sebagai timbangan wang emas daripada abangnya, Kasim.

Isteri Alibaba segera meminjam kendi daripada isteri Kasim. Namun kerana curiga,

dia mengoleskan minyak di bawah kendi.

Setelah kendi dikembalikan, ternyata ada wang emas yang melekat di

bawahnya. Isteri Kasim segera menceritakan hal tersebut kepada suaminya. Kasim

yang seakan tidak percaya pergi ke rumah Alibaba untuk menanyakan hal tersebut.

Setelah semuanya diceritakan Alibaba, Kasim segera pulang ke rumah untuk

mempersiapkan kudanya dan pergi ke gua harta. Setibanya di depan gua, dia

menjerit “Alakazam ! Buka…”, pintu gua pun terbuka. Kasim segera masuk dan

mengambil kesemua emas dan harta yang ada didalam gua Malangnya , Kasim

terlupa mentera untuk menutup pintu gua. Lebih malang lagi apabila pada ketika itu,

kumpulan penyamun itu baru pulang dari merompak. Menyedari kehadiran Kasim,

ketua penyamun menangkap Kasim lalu membunuhnya.


Isteri Kasim berasa risau apabila Kasim tidak pulang. Setelah diceritakan

kepada Alibaba, Alibaba segera pergi ke gua harta. Alangkah terkejut Alibaba

apabila melihat tubuh badan Kasim sudah dipotong. Setibanya dirumah, isteri

Kasim menangis teresak-esak mendengar nasib suaminya itu. Mengetahui perangai

kakak iparnya, Kasim menghadiahkan sekarung wang untuk meredakan

kesedihannya. Selepas itu, Alibaba membawa tubuh Kasim kepada tukang jahit

untuk disambung semula dan memberikan beberapa keping wang emas sebagai

upah.

Kawan-kawan sekalian,

Di dalam gua harta, para penyamun terkejut kerana mayat Kasim sudah tiada

lagi. Mengesyaki ada orang lain yang tahu tentang gua harta, mereka pun mencari

sekeliling kota dan bertanyakan orang sekeliling. Tukang jahit yang baru menerima

wang emas sebagai upah menceritakan tentang Alibaba. Para penyamun meminta

tukang jahit menghantar mereka ke rumah Alibaba dan menandakan rumahnya.

Para penyamun akan datang semula untuk membunuh Alibaba. Namun nasib

menyebelahi Alibaba apabila jirannya, Morgina yang baru pulang dari berbelanja

melihat dan mendengar percakapan para penyamun.

Malam harinya, Alibaba didatangi ketua penyamun yang menyamar sebagai

seorang pedagang minyak memohon untuk menginap sehari dirumahnya. Alibaba

yang baik hati mempersilakan tetamunya masuk tanpa menyedari itulah ketua

penyamun. Morgina, tetangga Alibaba yang sedang berada diluar rumah mengenali

wajah penyamun tersebut lantas berfikir bagaimana cara untuk memberitahu

Alibaba. Akhirnya, dengan menyamar sebagai seorang penari, dia pergi ke rumah
Alibaba untuk menari. Ketika Alibaba, isteri dan tetamunya sedang asyik menonton

tarian, Morgina memacak keris kecil yang diselit dibajunya ke dada tetamu Alibaba.

Alibaba dan istrinya sangat terkejut apabila Morgina membuka samarannya

segera menceritakan perkara yang telah dilihat dan didengarnya. Alibaba

mengucapkan terima kasih kepada Morgina kerana telah menyelamatkan nyawanya.

Selepas peristiwa itu, Alibaba memberikan wang peninggalan para penyamun

kepada jiran- jirannya yang kesusahan. Akhinya, kehidupan jiran- jiranya bertambah

baik dan mereka hidup aman damai dan saling bantu- membantu.

Kawan – kawan sekalian,

Apakah pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita ini? Ya kawan-

kawan, antara pengajaran yang terdapat dalam cerita ini adalah yang pertama,

janganlah kita bersikap tamak kerana itu akan membinasakan kehidupan kita satu

hari nanti dan yang kedua, hargailah jiran tetangga. Jika kita menghormati dan

menyayangi jiran tetangga, mereka sudah pasti akan membantu kita apabila berada

dalam kesusahan.

Begitulah cerita dahulu kala,

Kisah bersaudara Kasim dan Alibaba,

Ambil pengajaran panduan bersama,

Semoga hidup diberkati sentiasa.

Sekian, wbt.

Anda mungkin juga menyukai