Anda di halaman 1dari 3

Kisah Pengembala Kambing dan Serigala

(MAN JIA YING-3S)

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim yang


arif lagi bijaksana, guru besar, guru – guru dan rakan-rakan
sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk ‘Pengembala Kambing dan Serigala’.

Mei Ling seorang pengembala kambing yang tinggal di


sebuah kampung yang aman dan damai. Sebagai pengembala
kambing, Mei Ling akan membawa kambing kambingnya untuk
meragut rumput.

Mei Ling sering kali bosan dengan pekerjaannya. Pada


suatu hari, Mei Ling mendapat ilham untuk menghiburkan
kehidupan hariannya.

Tiba-tiba, Mei Ling menjerit "Tolong ! Tolong ! Ada serigala


yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Mei Ling
menjerit dengan sepenuh kekuatannya. Orang kampung yang
mendengar jeritan Mei Ling, bergegas untuk membantu.

Setibanya orang kampung ditempat Mei Ling, mereka


hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun.
Mei Ling ketawa terbahak bahak. "Hahahahaha. Aku main-main
sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku.
Hahahahaha."
Orang kampung yang telah ditipu oleh Mei Ling,
memberikan nasihat kepada Mei Ling agar tidak mengulangi
perbuatannya itu. Mei Ling sedikit pun tidak rasa bersalah.
Pada esok hari, Mei Ling membawa kambingnya meragut
rumput. Dia yang kebosanan, sekali lagi menjerit meminta
tolong. "Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan
kambing aku! Tolong ! Tolong !" Orang kampung yang
mendengar jeritan Mei Ling tetap bergegas hendak membantu
Mei Ling walaupun mereka pernah ditipu oleh Mei Ling.

Setibanya orang kampung ditempat Mei Ling, mereka


hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun.
Mereka sedar mereka telah ditpu sekali lagi oleh Mei Ling. Mei
Ling ketawa terbahak bahak. "HAHAHAHA.

Orang kampung benar-benar marah. Mereka terus


bergegas meninggalkan Mei Ling dan kambing kambingnya.
Mei Ling tidak menghiraukan penduduk kampung.

Setelah beberapa minit kemudian. Mei Ling yang sedang


gembira menjadi pucat. Kali ini dia betul betul nampak ada
serigala yang datang menghampiri kambing kambingnya.

"Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing


aku! Tolong ! Tolong !" Malangnya, penduduk kampung tidak
menghiraukan jeritan Mei Ling. Mei Ling menjadi panik.
"Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku!
Tolong ! Tolong ! Aku tidak tipu. Percayalah aku !" Tetapi tiada
orang kampung yang datang untuk membantunya.

Kambing kambing Mei Ling selamat dimakan oleh serigala


tersebut. Mujur Mei Ling selamat daripada menjadi makanan
Serigala.
Barulah dia sedar. Dia sudah mempermainkan hati dan
perasaan orang orang kampung. Pada dasarnya, orang orang
kampung ini percaya kepada Mei Ling. Mereka berusaha
bersungguh sungguh untuk membantu Mei Ling ketika Mei Ling
meminta tolong. Tetapi mereka ditipu oleh Mei Ling sehingga
mereka tidak lagi percaya kepada Mei Ling.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan


bercakap bohong kepada orang lain. Sikap suka berbohong
lambat-laun akan merugikan kita jua.

Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai