Anda di halaman 1dari 2

Pengembala dan Biri-Biri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang


dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan
seperjuangan sekalian.

Pada zaman dahulu, hiduplah seorang pengembala biri-biri. Setiap hari, dia selalu mengembala
biri biri di sisi bukit.

"Saya gembala biri-biri, semua dijaga rapi-rapi, sudah dibawa makan mari, boleh
berehat senang hati...", nyanyi Jarjjt.

"Kami biri-biri Si Jarjit, hari-hari makan rumputnya, jalan bersama atas bukit, nikmati
indahnya dunia..." , nyanyi kambing biri-biri.

"Saya kambing yang paling sihat, dia kata saya terlembik, saya kambing yang paling
cantik...", nyanyi kambing biri-biri itu lagi.

"Mari-mari dengar cerita saya, kisah pengembala dan biri-biri..."

Pengembala menjaga kambing biri-biri setiap hari. Lama kelamaan, dia mula bosan dengan
kerjanya. Tetapi, pada suatu hari… Jarjit si pengembala itu mendapat satu idea. Dia pun
menjerit,

"Tolong, tolong!! Ada serigala di sini...Tolong, tolong! Selamatkan biri-biri saya."

Kemudian ada dua orang kampung yang datang untuk membantu pengembala itu. Apabila
mereka bertanya pengembala, Pengembala pun berkata.

"Hahahahahaha, biri-biri ada, serigala tiada." Kemudian, orang kampung itu berasa
marah terhadap pengembala tetapi, pengembala sudah berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Selepas beberapa minit, pengembala pun berkata,

"Buat sekali lagi, tidak mengapa kan?"

Dia pun meminta bantuan sekali lagi,

"Tolong, tolong saya! Selamatkan biri-biri daripada dimakan serigala! Tolong!".

Orang kampung itu pun datang semula untuk membantu pengembala. Apabila mereka
mendapat tahu bahawa pengembala itu menipu, mereka pun berkata,

"Selepas ini, kami tidak akan membantu awak lagi".


Selepas beberapa minit, serigala pun datang. Apabila pengembala itu meminta bantuan orang
kampung, orang kampung tidak lagi membantunya. Selepas kambing biri-birinya dimakan
serigala, orang kampung terdengar pengembala itu menangis. Mereka pun bertanya,

"Mengapa kamu menangis wahai pengembala?"

Pengembala itu pun berkata,

"Biri-biri saya sudah tiada kerana mereka telah dimakan oleh serigala, semua sebab
kamu, kamu tidak datang untuk menyelamatkan biri-biri saya"

Orang kampung pun berkata bahawa, jika kita telah menipu, orang tidak akan percaya kepada
kita lagi. Pengajarannya, kita tidak boleh menipu kerana, jika kita menipu, orang dah tidak
percaya kepada kita lagi.

Anda mungkin juga menyukai