Anda di halaman 1dari 5

DRAMA PENGEMBALA BIRI-BIRI

Pa pa pa pa pa pa pa pa da zaman dahulu, ada seorang penggembala


biri-biri. Setiap hari, dia akan menjaga biri-biri di tepi bukit.

Penggembala : “Hai..”
Saya gembala biri-biri
Semua dijaga rapi-rapi
Sudah dibawa makan mari
Boleh berehat senang hati

Biri-Biri : “Embeeeeeeek”
Kami biri-biri Si Kevin
Hari-hari makan rumput je
Jalan bersama atas bukit
Nikmati indahnya dunia

Biri-Biri 1 : Kami kambing yang paling sihat


Biri-Biri 2 : Dia kata kami terlembeeek
Biri-Biri 3 : Kami kambing yang paling cantik
Saya suka, saya suka!
Biri-Biri : Mari-mari dengar cerita kami
Kisah penggembala dan biri-biri
Penggembala menjaga biri-biri tiap hari. Lama-kelamaan dia mulai
bosan dengan kerjanya. Tetapi pada suatu hari…
Biri-Biri : “Embeek embeek”
Penggembala : “Saya tau, saya tau. Ahahaha, Bravo Bravo !”

Dia pun menjerit…

Penggembala : Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!


Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!
Penduduk : Serigala? Serigala? Mana? Mana? Mari kita tolong!
Penduduk 1 : “Mana serigala?”
Penggembala :”Ahahahahahaha
Penduduk 1 : “Kenapa kamu ketawa?”
Penggembala : “Biri-biri ada, serigala tak ada. Aahahahahahah”
Penduduk : “Ha? Tak ada?”
Penggembala : “Janganlah marah. Main-mainpun tak boleh kah?”
Penduduk : “Huh!”

Penggembala itu langsung tidak merasa resah dengan perbuatannya.

Penggembala : “Seronok juga. Panggil lagi sekali, tak apa kan?”


Tolong! (Jangan!) Tolong! (Jangan!) Ada serigala di sini!
Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!
Penduduk : Serigala? Serigala? Mana? Mana?Mari kita tolong!
Penggembala : Ahahahahahahhahahahahaaha
Penduduk 1 : “Uh, kamu tipu lagi?”
Penggembala : “Saya main-main saja, ahahahahahha”
Penduduk 1 : “Wahai penggembala! Kalau kamu panggil, kami tak
percaya lagi”
Penduduk : “Betul betul betul. Penipu!”
Penggembala : “Ahahahahaha, sakit perut saya. Ahahahahaha.
Baiklah baiklah, saya tak mau lagi.”

Penduduk pulang dengan perasaan marah. Dan tiba-tiba…

Serigala : Grrr! Auuuuuuuuuu!


Akulah serigala yang lapar!
Aku mahu biri-biri!
Nyam, nyam! Aum! Hahahaha!

Penggembala : Tolong! Tolong! Ada serigala di sini!


Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!

Penduduk : Serigala? Serigala? Mana? Mana?


Kami tak percaya lagi
Dia selalu mainkan kami
Penduduk 1 : “Biarkanlah dia. Kita sambung kerja kita!”
Penduduk : “Jom!”

Biri-Biri : “Tolong, tolong! Embeeeek! saya tak mau kena makan!”
Serigala : “Hahahaha, kamu biri-biri, kenyanglah aku. Hahahaha”
Biri-Biri : “Tolong, tolong! Embeeeek!”

Penduduk 1 : “Kenapa dengan kamu wahai penggembala?”

Penggembala : Biri-biri saya dah hilang


Habis dimakan serigala
Kamu semualah, tak ada datang
Tinggal saya seorang saja

Penduduk : Itulah orang sudah kata


Jangan biasa memperdaya
Nanti orang dah tak percaya
Bila terkena padan muka!

Penggembala : “Huhuhu, maafkan saya. Saya menyesal, huhuhu!”


Penduduk 1 : “Kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu. Kalau kita
bercakap benar sekalipun, orang dah tak percaya.”

Penduduk : “Betul betul betul!”

Semua : Tamatlah sudah alkisah tadi


Terima kasih dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai