Anda di halaman 1dari 18

PENGGEMBALA YANG NAKAL

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA YANG NAKAL.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang budak yang nakal. Namanya ialah
KUDIN.

Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja Kudin ialah
membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada setiap pagi. Dia akan
menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang. Setelah petang, dia akan
membawa biri-biri pulang ke kandangnya.

Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di pinggir sebuah
hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh
bosan. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu. Mereka
bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut rumput. Apabila sampai di
sana mereka melihat Kudin sedang tertawa.

“ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di kawasan ini.,”
kata Kudin sambil tertawa. Dia berasa gembira kerana dapat
mempermain-mainkan orang lain.
“Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang pekerja itu dengan
marah.

”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan.
Serigala itu terus menyerang biri-biri. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit
minta tolong.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Namun begitu, jeritan Kudin tidak diendahkan oleh pekerja-pekerja di situ.


Mereka menyangka Kudin hanya bergurau.

Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi. Disebabkan tiada
orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-biri yang dijaga oleh Kudin telah
dibaham oleh serigala.

Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang. Akibatnya dia


sendiri yang rugi.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka berbohong kerana
dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan orang tidak akan percaya
dengan kita lagi.

Sekian, terima kasih.


ANGSA YANG PINTAR

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk ANGSA YANG PINTAR.
Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar. Setiap hari,
angsa-angsa ini akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang
dan bermain.

Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu
kerana perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.

Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor
serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak
angsa. Serigala itu mendekati sungai itu sambil berfikir: aku boleh makan
sepuas-puasnya hari ini.

"Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita
itu dengan segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.

Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata,
"Encik serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara
yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar
nyanyian kamu?".

Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata,
"Tentulah boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang
mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa
sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan
diri dari situ.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita perlulah berhati-hati apabila tiada
orang yang menjaga keselamatan kita.

Sekian, terima kasih.


ANAI-ANAI DENGAN GERGASI

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk ANAI-ANAI DENGAN GERGASI.

Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh
Raja Anai-anai yang sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.

Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih.
Beberapa ekor anai-anai berusaha menyelamatkan raja mereka.

"Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana.
Istana itu mesti disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.

Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut


kepada Ratu Anai-anai.

"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai.

"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai.

Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan
malam. Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah
terhadap mereka.
"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan
istana itu dalam masa sepuluh hari," katanya sambil ketawa.

Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.

Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai.

Alangkah terkejutnya gergasi apabila melihat sebuah istana tersergam indah.


Gergasi pun membebaskan Raja Anai-anai seperti yang dijanjikan. Semua
anai-anai berbesar hati.

Berkat kerajinan, mereka dapat menyelamatkan Raja Anai-anai.

Pengajaran daripada cerita ini ialah jangan memandang rendah akan kelemahan
yang dimiliki oleh orang lain.

Sekian, terima kasih.


SINGA DAN TIKUS
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk SINGA DAN TIKUS.

Pada suatu hari, di sebuah hutan, seekor singa sedang nyenyak tidur. Tidak
jauh dari situ, seekor tikus sedang bermain dengan rama-rama.

Perbuatan tikus dan rama-rama itu telah mengganggu raja rimba. Singa berasa
amat marah dan ingin menyerang tikus. Tikus cuba melarikan diri.

Tiba-tiba, tikus berkata, “Jika awak melepaskan saya, saya tidak akan
melupakan jasa baik awak hingga ke akhir hayat.” Singa pun bersetuju dan
melepaskan tikus itu.

Beberapa hari kemudian, singa mengaum sambil meronta-ronta. Tiba-tiba,


Singa terkena perangkap pemburu. Tikus datang dan memutuskan jaring dengan
giginya.

Singa berkata, “Kalau engkau tidak menolong aku, sudah tentu aku dibunuh
oleh pemburu.”

Sejak hari itu, mereka telah menjadi kawan baik.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah selalu menepati janji.

Sekian, terima kasih.


SANG MERBAH DAN SANG MURAI

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk SANG MERBAH DAN SANG MURAI.

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung
merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya.

Sambil ketawa, Sang Murai berkata, “ Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan
melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah
aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.”

Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat
sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan
tiba.”

Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang
Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telahpun siap dibina.
Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup.
Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya.

Lalu Sang Merbah berkata, “ Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang,
tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri
sendiri yang akan rugi.”

Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah
kebolehan orang lain.

Sekian, terima kasih.

PANDAI EMAS DAN PANDAI BESI

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk PANDAI EMAS DAN PANDAI BESI.

Dalam sebuah negeri, terdapat seorang pandai emas yang kaya dan seorang
pandai besi. Malangnya, besi yang dijual oleh pandai besi tidak selaris emas yang
dijual oleh pandai emas.
Pandai emas selalu memandang rendah terhadap pandai besi. “Besi tidak
berguna. Emas lebih tinggi dan mahal harganya,” kata pandai emas.

Pada suatu malam, pencuri memasuki rumah pandai emas. Kesemua emasnya
telah dicuri. Namun begitu, pandai emas tidak berputus asa. Dia terus bekerja
keras. Akhirnya, dia berjaya mengumpulkan emas.

Nasib malang menimpa pandai emas lagi. Pencuri masuk ke rumahnya dan
mencuri kesemua emas yang dikumpulnya.

Pandai emas sungguh kecewa. Akhirnya, dia berjumpa dan mengadu kepada
pandai besi.

Pandai besi mencadangkan pandai emas membuat senjata bagi mengawal


rumahnya. Pandai emas bersetuju. Dengan menggunakan senjata buatan pandai
besi, akhirnya pencuri itu dapat ditangkap.

Kedua-dua mereka berasa gembira. Pandai emas dan pandai besi akhirnya
menjadi rakan karib.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah
kebolehan orang lain.

Sekian, terima kasih.

ARNAB DENGAN BUAYA


Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk ARNAB DENGAN BUAYA.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada


arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya
pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di
dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin
sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini.
Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh
kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan
sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor
buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati
buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah
pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa
sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau itu?” Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata,
“Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa
gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi.

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi
buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya
dan menelan arnab itu.

Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek
akal itu.

Pengajaran daripada cerita ini ialah jangan bersikap sombong dan terlalu
mementingkan pujian. Sekian, terima kasih.
PUTERI SULUNG DAN PUTERI BONGSU

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk PUTERI SULUNG DAN PUTERI BONGSU.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat
cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat
disayangi oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai ke pengetahuan


Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri
Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan
berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita
sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambun telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung.

“Rancangan ini tentu berjaya,” kata seorang pembesar.

“Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung
mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun
diterima.

Raja Tinggi pun berkahwinlah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri
Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau.
Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut
kerana darah itu tidak berwarna putih.

“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya?” tanya Raja Tinggi
sambil menghunus kerisnya.

“Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,” kata Puteri Sulung sambil
menggeletar.

Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang
negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri
Ambun.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah suka berbohong kerana dengan
berbohong hanya merugikan diri sendiri. Sekian, terima kasih.
AMPAI-AMPAI DAN PUTERI LAUT

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para guru , para juri yang
adil lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian.

Saya ……………………....................................dari kelas .................. ingin menyampaikan


sebuah cerita yang bertajuk AMPAI-AMPAI DAN PUTERI LAUT.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang hamba Raja Laut yang sangat setia
kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja
untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama
beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh
seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja
terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian
juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang
sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri
itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya
supaya menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.

Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai
tetapi kapal itu sudahpun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana
lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh
Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut
menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.

“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta,” titah
baginda.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada


ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang
hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi
air.

Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu
lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai