Anda di halaman 1dari 3

TAJUK:PENGGEMBALA YANG NAKAL

1. ASSALAMUALAIKU dan selamat pagi diucapkan kepada


para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan
puan puan serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.

2. Saya …………………… dari sk seri pematang rengas ingin


menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA
YANG NAKAL.

3. Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang


nakal. Namanya ialah KUDIN.

4. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri.

Kerja Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk meragut


rumput pada setiap pagi.

5. Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga


petang.

Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang ke


kandangnya.

6. Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di

pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu


meragut rumput, Kudin berasa sungguh bosan.

7. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”


”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

8. Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan


itu.

Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut


rumput.

9. Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang tertawa.

10. “ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada
serigala di kawasan ini.,” kata Kudin sambil tertawa.

11. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan


orang lain.

12. “Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang


pekerja itu dengan marah.

13. ”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

14. Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari


arah hutan. Serigala itu terus menyerang biri biri.

15. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.


”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

16. Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-


pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau.
17. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi.

18. Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa


ekor biri-biri yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh
serigala.

19. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang.


Akibatnya dia sendiri yang rugi.

20. Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah suka


berbohong

kerana dengan berbohong hanya merugikan diri sendiri dan


orang tidak akan percaya dengan kita lagi.

21. Sekian sahaja cerita saya pada hari ini dan saya sudahi
dengan
wabillahitaufikwalhidayah…Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai