Anda di halaman 1dari 3

Pada zaman dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang nakal

bernama Kurimput . Kurimput bekerja  mengambil upah menjaga kambing biri-biri di


sebuah ladang, iaitu pengembala biri-biri. Oleh kerana kerjanya itu, Kurimput lebih
dikenali sebagai Kurimput Biri-biri.

Setiap hari, Kurimput akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu
untuk meragut rumput. Kurimput akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari
pagi hingga ke petang. Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu akan dibawa
pulang ke kandangnya. Begitulah rutin kerja Kurimput setiap hari.

Pada mulanya, Kurimput amat menyukai kerjanya itu. Mengembala biri-biri tidaklah
susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Kurimput boleh berehat atau
melakukan apa saja yang dia suka ketika menunggu biri-biri meragut. Saban hari
Kurimput menghabiskan masanya dengan tidur di bawah pokok dan berangan-angan.

Lama kelamaan, Kurimput menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada kawan
untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang begitu asyik
meragut rumput-rumput. Kebosanan Kurimput semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.
Saban hari Kurimput bermenung dan merungut sendirian mengenangkan nasibnya.
Suatu petang, Kurimput mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu.

"Tolong! Tolong! Serigala menyerang!"


"Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!"

Jeritan Kurimput itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yang  sedang
bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu bergegas ke
tempat Kurimput untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat
Kurimput sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!"


"Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Kurimput bersulam dengan
ketawanya.

"Cis! Kurimput, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu


sambil berlalu menuju ladang mereka.

Kurimput rasa terhibur dengan kejadian itu. Perasaan bosan yang menguasai diri
Mamat sebelum ini, hilang ditiup angin petang itu. Kurimput berkira-kira untuk
mengulangi kejadian seperti petang itu.

Selang beberapa hari, Kurimput mengulangi lagi perbuatannya menipu orang


kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Kurimput mengulanginya.
Perbuatan Kurimput membuat onar di kampung itu telah tersebar luas. Biarpun ada di
antara penduduk kampung itu menasihati Kurimput, tetapi dia tetap dengan hobi
barunya itu. Nasihat demi nasihat yang diberikan penduduk kampung itu, tidak
pernah diambil peduli.
Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka hanya
membiarkan sahaja Kurimput menjerit dalam penipuannya. Kurimput juga menjadi
bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang.

Pada suatu hari sedang Kurimput bermenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya
berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Kurimput terperanjat melihat
kehadiran sekawanan serigala yang sedang berusaha mengejar biri-birinya.

"Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala..."


"Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Kurimput menjerit berulang
kali, tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh kawanan serigala itu. Serigala itu
berlalu pergi meninggalkan Kurimput dan saki baki biri-biri yang tinggal setelah
kekenyangan. Kurimput yang terperanjat dan ketakutan itu, menangis semahu-
mahunya. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu telah menyebabkan orang kampung
tidak datang menolongnya. Dan akibatnya, biri-birinya telah menjadi habuan kepada
serigala.

Ingat kawan-kawan jangan suka bercakap bohong nanti orang tak percaya lagi..

ANJING DENGAN BAYANG –BAYANG

Hai kawan-kawan.. Nama saya Joshua Evan.


Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Anjing dengan bayang-
bayang”.
Ada seekor anjing yang bernama si Kuning. Si Kuning berasa sangat lapar. Dia berjalan-jalan
untuk mencari makanan. Tiba-tiba dia ternampak seketul tulang. Dia pun mengambil tulang
itu untuk dimakan.
Ketika si Kuning melalui sebuah jambatan, dia ternampak ada seekor anjing lain di dalam
sungai. Anjing itu sedang mengigit tulang itu. Tanpa berlengah lagi, Si Kuning pun mengambil
tulang itu. Tiba-tiba tulang yang berada di dalam mulut Si Kuning terjatuh ke dalam sungai.

Kasihan si Kuning, itulah balasan orang yang tamak.

Ingat kawan-kawan, jangan jadi seperti si Kuning ya..

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai