Anda di halaman 1dari 3

Dua Orang Sahabat Dengan Beruang

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis Yang saya hormati para
hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Dua Orang Sahabat Dengan Beruang.
Dua orang sahabat mengembara melalui hutan. Mereka berehat seketika untuk
makan tengah hari. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi yang aneh.
Dua orang sahabat tahu bunyi itu ialah deraman beruang!
Salah seorang daripada mereka memanjat pokok dengan cepat. Dia mahu
menyelamatkan dirinya.
Seorang lagi meminta pertolongan daripada sahabatnya, tetapi dia tidak dipedulikan.
Orang itu terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya.
Orang itu berbaring di atas tanah dan tidak bergerak. Dia berpura-pura mati . Dia
tahu beruang tidak makan mayat.
Tiba-tiba seekor beruang besar keluar dari semak. Beruang berjalan perlahan-lahan
kea rah orang yang berbaring itu. Ia tunduk lalu menghidu orang itu. Apabila
mendapati orang itu sudah mati, beruang pun pergi dari situ.
Sebaik sahaja beruang telah pergi, orang yang berada di atas pokok itu turun. Dia
berlari kepada sahabatnya lalu bertanya, Apakah yang dikatakan oleh beruang itu
tadi?
Sahabatnya menjawab, Kata beruang itu, janganlah percaya kepada seseorang
yang meninggalkan sahabatnya dalam bahaya!
Kawan-kawan, sikap mementingkan diri sendiri harus dielakkan supaya kita tidak
dibenci orang lain. Sekian, terima kasih.

Si Merak dengan Si Gagak

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Merak
dengan Si Gagak.
Pada zaman dahulu, Si Gagak dan Si Merak berkawan baik. Pada waktu itu, bulu merak
tidak berwarna-warni.
Pada suatu hari, mereka terjumpa beberapa tin cat di tepi sungai.
Eh, siapa punya tin cat? tanya Si Gagak.
Si Merak memandang tin-tin cat itu. Si Merak mendapat satu akal.
Wahai Gagak, apa kata kita cat bulu-bulu kita? kata Si Merak.
Si Gagak berfikir seketika. Bagus juga idea kamu, kata Si Gagak. Si Merak tersenyum.
Kamu catkan bulu aku dahulu, kata Si Merak.
Baiklah, tetapi kamu mesti duduk dengan senyap. kata Si Gagak. Si Gagak pun mula
mengecat bulu Si Merak.
Sudah siapkah kamu mengecat buluku? Tanya Si Merak kepada Si Gagak. Si Gagak
membuat beberapa corak menarik pada ekor Si Merak.
Wah, cantiknya buluku ini! kata Si Merak sambil melihat baying-bayangnya di tepi sungai.
Aku hendak tunjukkan kepada kawan-kawan kita.
Sebelum itu, kamu mesti cat buluku dulu, kata Si Gagak.
Baiklah, kata Si Merak. Si Merak berfikir, Kalau aku cat bulu Gagak dengan cantik, sudah
tentu tiada binatang lain yang memujiku nanti.
Si Merak mencurahkan setin cat hitam ke atas badan Si Gagak. Si Gagak berasa amat
pelik. Dia cuba bersuara tetapi Si Merak menyuruhnya duduk diam. Nah, sudah siap! kata
Si Merak.
Si Gagak pergi ke tepi sungai untuk melihat bulunya. Eh, kenapa buluku hitam? Apa yang
telah kamu buat? tanya Si Gagak dengan terkejut.
Si Merak ketawa. Sudahlah Gagak. Bulu kamu itu cantik juga. Aku pergi dulu! Si Gagak
berasa sedih dan menyesal kerana menolong Si Merak yang tidak mengenang budi.
Kawan-kawan, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri seperti Si Merak. Janganlah cepat
lupakan pertolongan orang lain kerana sifat dengki.
Sekian, terima kasih.

Singa yang Sombong

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.
Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Suatu hari,
semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana
untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawankawannya. Masing-masing tunduk diam.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan
antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka ternampak Singa masih tidur di
bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata
Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil
ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan engkau. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan
mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang
luas itu. Lalu menyengat Singa.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan. Akhirnya, Singa tewas dalam
pertarungan itu. Semua haiwan menyanjung keberanian Tebuan.
Kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah. Kita juga mestilah berusaha jika ingin berjaya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai