Anda di halaman 1dari 6

Cerita arnab dan kura-kura sudah lama kita dengar.

Cerita itu kita dengar melalui lisan atau buku bacaan. Tiada seorang pun tahu siapakah sebenarnya yang mencipta cerita itu. Kita hanya mengetahui cerita itu dicipta oleh orang tua-tua dahulu dan dituturkan melalui mulut ke mulut. Ceritanya mengisahkan arnab berlumba dengan kura-kura. Dalam perlumbaan itu, kurakura yang menang. Musang menjadi pengadil. Punca perlumbaan itu diadakan ialah kerana arnab mengejek kura-kura, justeru kura-kura berkaki pendek. Berjalan amat perlahan. Kura-kura rasa terhina dengan ejekan arnab. alu kura-kura mengajak arnab berlumba. !rnab menerima pela"aan kura-kura dengan senang hati. !rnab #ikir ia dapat mengalahkan kura-kura dengan mudah. $ari perlumbaan ditetapkan. Musang diminta menjadi pengadil pelepas dan pengadil penamat. Pagi-pagi lagi, arnab dan kura-kura berada di tempat pelepas. %auh perlumbaan itu ialah sepanjang sebatang anak sungai.

&emua binatang lain keluar untuk menonton perlumbaan itu. Di tempat permulaan, kura-kura diejek oleh arnab dan puaknya. Binatang-binatang lain pun ada yang turut mengejek kura-kura. Di garisan permulaan, musang bersiap-sedia. !rnab dan kura-kura bersedia di garisan. Musang meniup "isel. !rnab melompat ke depan. 'a berlari dan melompat laju ke depan. &ekejap sahaja, arnab tidak kelihatan lagi. Kura-kura baru sedepa berjalan ke depan. Binatang lain riuh-rendah bersorak. (amai yang mengekori kura-kura. Di garis penamat, banyak juga binatang yang menunggu di situ untuk mengetahui keputusan pertandingan itu. Binatang-binatang itu yakin baha"a arnab akan menang. Binatangbinatang itu menunggu dan mengharapkan arnab akan muncul sebagai juara. Tetapi binatang-binatang itu terkejut besar apabila melihat kura-kura yang muncul dan tiba di garisan penamat. Kura-kura amat letih. 'a kehilangan na#as lalu pengsan.

Ketika kura-kura dirawat oleh kawan-kawannya, arnab baru muncul. Semua binatang mengejeknya kerana tewas. Arnab sangat malu lalu beredar dari situ. Mengapa arnab kalah? Semua orang tahu sebabnya. Arnab memandang ringan terhadap perlumbaan itu. Arnab tidur di pertengahan jalan lalu terlena dengan nyenyaknya. Kura-kura pula terus bergerak sedaya upaya. Ketika kura-kura sudah sampai ke garisan penamat, arnab baru sedar dari tidur. Tetapi ia sudah terlambat. lagi Mulai hari itu, arnab tidak lagi mengejek kura-kura. Tetapi arnab bera am akan berlumba dan mengalahkan kura-kura.

!ada suatu hari, arnab mencabar kura-kura berlumba sekali lagi. Arnab bera am mengalahkan kura-kura kerana ingin menyapu arang di mukanya. Kura-kura tidak menolak. "ari perlumbaan ditetapkan. Tempatnya sama. !engadilnya juga sama, iaitu musang. Kura-kura membuat ramalan, kali ini ia akan kalah. Arnab tidak akan tidur untuk kali kedua. Kura-kura mesti mencari helah supaya menang sekali lagi.

Kura-kura mengajak ka"an-ka"annya berjumpa. Kura-kura mesti mencari helah untuk mengalahkan arnab. Dalam perjumpaan itu, mereka mendapat suatu akal. &etelah menyusun cara dan helah, kura-kura itu pulang dengan senang hati. $ari perlumbaan pun tiba. &emua binatang lain keluar menonton. Musang siap sedia dengan tugasnya sebagai pengadil. !pabila arnab dan kura-kura sudah bersedia di garisan, musang meniup "isel. !rnab berlari laju menuju ke depan. Kura-kura seperti biasa merangkak perlahan-lahan sambil menjeling ke kiri dan ke kanan. Binatang lain bersorak memberi semangat. &emua binatang tersenyum melihat "ajah kura-kura hari itu. 'a kelihatan cantik. Kura-kura memakai bedak, gincu, dan celak kening. )ajah kura-kura kelihatan seperti pengantin baru. &emua binatang meramalkan arnab mesti menang kali ini. Dalam perlumbaan pertama, arnab kalah kerana tertidur di pertengahan jalan. Kali ini arnab tidak akan mengulang kesilapan itu lagi. !rnab terus meluncur dengan lajunya ke depan. 'a tidak berpaling ke belakang lagi. Di lorong laluan perlumbaan tidak ada binatang yang menunggu. &emua binatang berada di garisan penamat. Mata semua binatang itu tertumpu pada lorong perlumbaan.

Tiba-tiba semak bergerak. Muncul kura-kura. #a menghayunkan kakinya dengan laju. Kura-kura kelihatan tercungap-cungap lelah. Apabila kura-kura mencecah kaki ke garisan penamat, barulah arnab muncul. #a berlari laju ke garisan penamat, namun kura-kura sudah lebih awal mencecahkan kaki di garisan penamat itu. Arnab berasa sungguh malu. Tetapi ia tidak menunjukkan perasaan kecewanya itu. Arnab bersalam dan memeluk kura-kura sambil mengucapkan tahniah. !erlumbaan itu tiada hadiah. Kura-kura dan arnab pulang dengan tangan kosong. Apakah rahsianya menyebabkan kura-kura menang lagi?

$ahsianya ialah kura-kura berpakat dengan semua kawannya supaya bersembunyi di sepanjang anak sungai itu. %ika arnab menoleh ke belakang, kura-kura lain yang berada dihadapan hendaklah berpurapura berlari. &engan demikian, arnab akan terus berlari lagi. 'leh sebab itu, semasa arnab sudah hampir tiba ke garisan penamat, seekor kura-kura lain sudah bersedia di situ. Kura-kura itu muncul dan terus pergi ke garisan penamat. lain &engan cara demikian, kura-kura dapat memenangi pertandingan tersebut. Semua haiwan tidak ter(ikir akan helah itu.

"al ini demikian kerana setiap kura-kura adalah sama saja rupa dan bentuknya. &emikianlah kecerdikan kura-kura.

Anda mungkin juga menyukai