Anda di halaman 1dari 14

Puisi Tradisional

PANTUN
PANTUN
o Pantun ialah karangan berangkap yang
menggunakan bahasa-bahasa indah.
o Ia adalah nilai masyarakat Melayu, sebab
itu tidak disebutkan penciptanya.
o Sifat pantun yang sederhana, ringkas dan
mudah menjadikan pantun sebagai puisi
tradisional yang masih kekal dan popular
sehingga kini.
Ciri-ciri Pantun
o Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap
yang sempurna dari segi maknanya.
o Setiap rangkap pantun terbahagi kepada
dua bahagian iaitu bahagian pembayang
dan satu lagi bahagian maksud.
o Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua
adalah pembayang, manakala baris tiga dan
empat adalah maksud.
o Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama
adalah pembayang dan baris kedua adalah
maksud pantun.
o Contoh:
o Pantun Empat Kerat

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Pembayang
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Maksud
Budi yang baik dikenang juga.
o Contoh:
o Pantun Dua Kerat

Gendang gendut tali kecapi, Pembayang

Kenyang perut suka hati. Maksud


o Rima atau bunyi akhir di hujung baris
adalah sejajar.
o Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk
‘aa’ .
o pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk
‘abab’
o Contohnya:

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)


Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)
o Setiap baris dalam pantun mempunyai 4
hingga 5 perkataan.
Contoh:

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

o Setiap baris dalam pantun mempunyai 8


hingga 12 suku kata.
Pantun Dua Kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,


Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok di balik tiang,


Ayam berkokok alamat nak siang.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,


Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,


Dahulu sayang sekarang benci.

Tukul takal muka pintu,


Orang nakal memang begitu.
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,


Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,


Tersepak kaki terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,


Perut lapar semua lemak.
Maksud Pantun
1 Orang yang suka berbohong lambat laun

akan melakukan perbuatan mencuri.

2
Seseorang yang suka mengata atau memburuk-burukkan

orang sedangkan dirinya mempunyai lebih banyak


keburukan.

3 Semakin ramai orang, maka semakin banyak



kerenah atau tingkah laku yang berbeza-beza.

4 Bunyi ayam yang berkokok



menandakan hari hampir siang.


5 Orang yang sudah kenyang atau mendapat

sesuatu yang lumayan pasti akan gembira.

6
Sindiran kepada orang yang berpura-pura tidak tahu

akan sesuatu perkara sedangkan sebenarnya dia sudah


tahu.

7 Perasaan seseorang yang berubah-ubah



daripada sayang kepada benci.

8 Orang yang nakal akhirnya akan mendapat



balasan kerana perbuatannya itu.


9 Perubahan waktu dari siang ke

malam.

10 Sesuatu itu sepatutnya berada di



tempat yang sesuai.

11 Orang lain yang melakukan kesilapan tetapi



orang lain pula yang menerima akibatnya.

12 Apabila perut lapar, semua makanan



terasa sedap.
Aspek-aspek Sastera
Gaya Bahasa

o Anafora
o Epifora
o Personifikasi
o Repitisi atau perulangan
o Sinkof
o Imej alam