Anda di halaman 1dari 14

Puisi Tradisional

PANTUN
PANTUN
o Pantun ialah karangan berangkap
yang menggunakan bahasa-bahasa
indah.
o Ia adalah nilai masyarakat Melayu,
sebab itu tidak disebutkan
penciptanya.
o Sifat pantun yang sederhana, ringkas
dan mudah menjadikan pantun
sebagai puisi tradisional yang masih
kekal dan popular sehingga kini.
Ciri-ciri Pantun
o Sebuah pantun wujud dalam satu
rangkap yang sempurna dari segi
maknanya.
o Setiap rangkap pantun terbahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan satu lagi bahagian
maksud.
o Bagi pantun empat kerat, baris satu dan
dua adalah pembayang, manakala baris
tiga dan empat adalah maksud.
o Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama
adalah pembayang dan baris kedua
adalah maksud pantun.
o Contoh:
o Pantun Empat Kerat

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Pembayang
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah, Maksud
Budi yang baik dikenang juga.
o Contoh:
o Pantun Dua Kerat

Gendang gendut tali kecapi, Pembayang


Kenyang perut suka hati. Maksud
o Rima atau bunyi akhir di hujung baris
adalah sejajar.
o Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam
bentuk ‘aa’ .
o pantun empat kerat, rima akhir dalam
bentuk ‘abab’
o Contohnya:

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)


Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)
o Setiap baris dalam pantun mempunyai
4 hingga 5 perkataan.
Contoh:

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

o Setiap baris dalam pantun mempunyai


8 hingga 12 suku kata.
Pantun Dua Kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,


Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok di balik tiang,


Ayam berkokok alamat nak siang.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,


Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,


Dahulu sayang sekarang benci.

Tukul takal muka pintu,


Orang nakal memang begitu.
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,


Senduk di dinding, panggang di atap.

Secupak padi, setahil berangan,


Tersepak kaki terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,


Perut lapar semua lemak.
Maksud Pantun
• Orang yang suka berbohong lambat laun akan
melakukan perbuatan mencuri.
1

• Seseorang yang suka mengata atau memburuk-


burukkan orang sedangkan dirinya mempunyai
2 lebih banyak keburukan.

• Semakin ramai orang, maka semakin banyak


kerenah atau tingkah laku yang berbeza-beza.
3

• Bunyi ayam yang berkokok menandakan hari


hampir siang.
4
• Orang yang sudah kenyang atau mendapat
sesuatu yang lumayan pasti akan gembira.
5

• Sindiran kepada orang yang berpura-pura tidak


tahu akan sesuatu perkara sedangkan
6 sebenarnya dia sudah tahu.

• Perasaan seseorang yang berubah-ubah


daripada sayang kepada benci.
7

• Orang yang nakal akhirnya akan mendapat


balasan kerana perbuatannya itu.
8
• Perubahan waktu dari siang ke malam.
9

• Sesuatu itu sepatutnya berada di tempat


yang sesuai.
10

• Orang lain yang melakukan kesilapan tetapi


orang lain pula yang menerima akibatnya.
11

• Apabila perut lapar, semua makanan terasa


sedap.
12
Aspek-aspek Sastera
Gaya Bahasa

o Anafora
o Epifora
o Personifikasi
o Repitisi atau perulangan
o Sinkof
o Imej alam

Anda mungkin juga menyukai