Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2016/ SEMESTER 2

Program : PISMP Nama Pelajar:

Nama FALSAFAH DAN Semester/Tahun: Semester 1/Tahun 1


Kursus: PENDIDIKAN DI MALAYSIA Ambilan: JUN 2016

Kod: EDUP3013 Kumpulan:


(SK, SJKC, SJKT)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Pembentangan 8 Ogos 2016 15 Ogos 2016

2. Penulisan Akademik 22 Ogos 2016 2 September 2016

3. Kuiz 15 Ogos 2016 22 Ogos 2016

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah


perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. (C2, LO1)
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap
ilmu dan pendidikan melalui tinjauan literatur. (C2,A2,LO1,LO6,LL1)
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan. (C5,LO3,CTPS2)
4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah
dalam aktiviti pembentangan. (C4,A4,LO3,LO4,CS4,CTPS3)
5. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang
relevan. (C4,LO3,LO6,CTPS3,LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,4,dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang


sesuai.
2. Menganalisis dan membentangkan model kurikulum dari aspek kekuatan dan
kelemahan model serta mengenalpasti persamaan dan perbezaan model dengan
KSSR.
3. Menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan beberapa tajuk yang dipelajari.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 : Individu – Penulisan akademik (60%)

GURU PERLU KAWAL EMOSI TANGANI ISU DISIPLIN PELAJAR

KOTA BHARU 26 Julai – Semua guru perlu bijak mengawal emosi dalam menangani isu disiplin dan salah
laku membabitkan pelajar di sekolah masing-masing
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan berkata, guru menggalas tugas berat kerana bukan
sahaja memberi ilmu pengetahuan malah bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar.
“Bukan semua orang boleh jadi guru, bila kita dipanggil guru, kita menggalas tanggungjawab besar. Dalam
mendidik pelajar, kawalan emosi amat penting”
“Di sekolah anak-anak ada banyak ragam, ada yang baik, ada yang nakal malah ada yang terlalu nakal. Bila
kita ambil tindakan disiplin ke atas mereka, sila maklumkan juga kepada ibu bapa”, katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan(3K) bersama
guru besar dan pengetua sekolah seluruh negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab. Aziz Abdullah.
Kalamanathan mengulas mengenai kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Tanah
Merah yang mengalami kekejangan saraf selepas ditampar ustazahnya Selasa lalu.
Pelajar tersebut dituduh mencukur kening, namun menafikannya menyebabkan ustazah berkenaan hilang sabar
lalu bertindak menamparnya.
Kamalanathan dalam pada itu berkata, pihak kementerian menganggap kes tersebut selesai selepas kedua-dua
belah pihak iaitu pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bertemu dalam suasana muhibah, kelmarin.

Utusan Malaysia Online


26 Julai 2016

Petikan akhbar di atas adalah salah satu contoh isu berkaitan pendidikan yang
melibatkan guru, murid, sekolah dan ibu bapa. Justeru, anda dikehendaki
mengenalpasti TIGA (3) isu pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan
profesion dan profesionalisme guru serta membuat analisis terhadap isu-isu
tersebut dari aspek mengenalpasti isu, punca-punca isu dan cadangan pada masa
hadapan.

Tugasan 2: Kumpulan – Pembentangan (20%)

Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi


segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi
ke generasi yang lain (Danial Tanner, 1980)

Dalam kumpulan bertiga (3) anda dikehendaki memilih satu Model Kurikulum.
Buatkan satu analisis dari aspek kekuatan dan kelemahan model tersebut dan
jelaskan persamaan dan perbezaan model dengan kurikulum yang digunakan di
sekolah rendah di Malaysia (KSSR). Anda dikehendaki membentangkan hasil kerja
kumpulan anda dengan kreatif dalam masa 30 minit.
Tugasan 3 – Kuiz ( 20 % )
Satu kuiz yang yang mengandungi 20 soalan anika pilihan. Kuiz dilaksanakan
merangkumi Tajuk 1, Tajuk 2 dan Tajuk 3 berdasarkan jadual berikut:

Masa Tajuk/ Kandungan Kuiz-bilangan/jenis/aras


Interaksi
3 jam Konsep Asas Falsafah dan Falsafah 4 soalan (C2-kefahaman )
Pendidikan
6 jam Cabang-cabang Falsafah 6 soalan (C2-kefahaman )
9 jam Perkembangan Pendidikan Di Malaysia 10 soalan ( C2-kefahaman )

A. Panduan Pelaksanaan Kerja Projek:

1. Panjang esei adalah 1000 patah perkataan atau 6 muka surat.

2. Esei perlu bertaip dengan font jenis Arial, saiz huruf-11, dan langkau 1.5 baris.

3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan,dan sumber internet.

4. Rujukan mesti ditulis mengikut format APA (American Psychology Association).

5. Muka depan esei merangkumi:

 Nama pelajar

 Angka giliran

 No kad pengenalan

 Kumpulan /unit

 Kod dan nama kursus

 Tajuk tugasan projek

 Nama pensyarah akademik

 Tarikh hantar

6. Jawab esei dalam Bahasa Melayu.

7. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.


B. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti, bahan dan “quotation” yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam


menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

C.Kriteria Pentaksiran:

1. Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Markah Penuh Tugasan : 100 %


Markah Wajaran : 50 %

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… …………………………………….

(Dr. MOHD ALI BIN JAAMAT ) (Dr. HASNAH BT. ABDULLAH)


Penyelaras Kursus EDUP3013, Pakar Bidang Pengajian Profesional,
Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus RajaMelewar.

Disahkan oleh :

…………………………

( RAMLAH BT. ALIAS )


Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Raja Melewar.

Anda mungkin juga menyukai