Anda di halaman 1dari 30

BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS

RENCANA
NORSIAH SALENG ASIHWINIY FRANCISCO NOOR AZIZAH ISMAIL SARRANYA PANNIR SELVAM

Definisi Rencana
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rencana bermaksud cerita, karangan, kisah( dalam menulis esei), Karangan ( terutama dalam surat khabar, majalah) yang merupakan pendapat surat khabar atau majalah itu. Catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat.(laporan) rangka sesuatu yang dikerjakan. (pelan, rancangan)

Karangan jenis rencana mengandungi laporan atau ulasan terperinci berkaitan sesuatu isu atau perkara. Oleh hal demikian, pembaca akan memperoleh banyak maklumat, fakta an pendangan tentang isu atau perkara dalam sesebuah rencana tersebut. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat (a) peringkat prapenulisan (b) peringkat penulisan

Peringkat prapenulisan
Melibatkan penentuan tajuk, pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle, Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid.

Peringkat penulisan
Menggunakan idea, isi, data yang dicari dalam peringkat prapenulisan untuk menghasilkan sebuah rencana yang berkualiti.

Ciri-ciri Rencana

Rencana digolongkan ke dalam bentuk esei formal


Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang labih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal. Rencana mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang logik. Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana.

Tujuan penulisan rencana adalah serius


Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya.Oleh itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran perlu disertakan sokongan bagi sesuatu fakta.

Ada digniti (maruah)


Rencana mempunyai martabatnya kerana ia mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana memerlukan penyelidikan, rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana rencana ini tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu. Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka,Perpustakaan Negara dan sebagainya.

Ada ukuran kepanjangan


Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang tertentu. Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya. Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih. Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

Penulisan yang jelas dan jitu


Kepanjangan rencana yang disyorkan mempunyai maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapat maklumat. Rencana yang meleret-leret dan tidak ekonomi akan menghambarkan selera pembaca. Penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit, tepat untuk semua idea, mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.

Menyampaikan maklumat
Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kepada pembaca. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W+1H, iaitu Who (siapa), When (bila), What (apa), Why(mengapa), Where (di mana) dan How (bagaimana) Persoalan-persoalan ini mampu membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa dengan menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh

Rencana bersifat ulasan subjektif


Rencana seumpama ini biasanya dimuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis. Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri yang membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan.

Tempoh tarikan tidak terhad


Tempoh tarikan adalah tidak terhad seperti dalam penulisan berita. Rencana bergantung kepada gaya penulisan rencana tersebut. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari atau bulan di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu. Dengan itu, rencana tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah imbasan kembali.

Organisasi penulisan yang logik


Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan. Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan, data, jadual, peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.

Pembatasan pembicaraan
Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

Tujuan. Suatu rencana yang akan dilaksanakan harus mempunyai tujuan yang jelas dan mempunyai batasan akan tujuan tersebut (fokus). Dalam batasan ini dirinci tentang limit waktu yang akan dipakai, bagaimana cara pencapaian tujuan tersebut dan lain sebagainya. Politik. Yang dimaksud dengan politik ini adalah kewenangan, delegasi dan pertanggung jawaban dalam pelaksanaan sebuah rencana. Sehingga tujuan yang telah direncanakan akan berhasil. Prosedur, merupakan urutan tindakan atau kegiatan yang terorganisir dalam rangka pencapaian tujuan tersebut. Anggaran atau budget merupakan bagian yang tak terpisahkan dalam pencapaian tujuan. Anggaran ini harus dibuat serealistis mungkin, sehingga beban dari pelaksanaan ini tidak tidak lah begitu berat. Program, merupakan gabungan dari politik, prosedur dan anggaran serta perlu adanya alternatif tujuan bilamana tujuan utamanya tidak tercapai sebagaimana yang diharapkan.

Format dan Struktur Rencana


Rencana terdiri daripada Tajuk dan Nama Penulis Struktur binaan karangan rencana sama dengan perbincangan, pendapat, ulasan dan komen. Struktur karangan terdiri pendahuluan, perenggan isi atau idea dan perenggan penutup fakta karangan.

TAJUK: [NAMA PENULIS] Pendahuluan.............................................................................................. ... Perenggan 1. .............................................................................................................. Perenggan 2. ............................................................................................................... . Perenggan 3. .............................................................................................................. Perenggan 4. ..............................................................................................................

JENIS-JENIS RENCANA

Rencana jenis penerangan


Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa hasil kumpulan fakta dari berita harian. Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

Rencana jenis berita


Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki melaporkan perkara yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

Rencana jenis profil


Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal. Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

Rencana jenis penyiasatan


Ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang sebenarnya. Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid- murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-seba berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

Rencana jenis pendapat


Menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu. Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

Rencana jenis perbahasan


Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujahhujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapatpendapat pihak lain.

Rencana jenis kritikan


Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya. Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-alasan lain kemudiannya. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian.

Rencana jenis umum


Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

Mencuri maklumat melalui Internet Oleh: RABIAH AHMAD Kejuruteraan sosial atau social engineering adalah satu bidang di mana maklumat diperoleh oleh pencuri maklumat tanpa disedari oleh penyimpan maklumat. Melalui perbualan di telefon misalnya, penjenayah memperkenalkan diri sebagai pekerja bank dan meminta mangsa menyerahkan nombor kad pengenalan atau kad kredit. Ini adalah contoh paling mudah. Selain itu kita sering berhadapan dengan kaedah jurujual yang datang ke rumah dengan helah ingin membuat kaji selidik terhadap sesuatu perkara dan bertanyakan bermacam-macam maklumat peribadi. Mangsa selalunya terpesona dengan pujukan janji dan pujukan penjenayah lantas menyerahkan maklumat dengan rela hati. Menerusi Internet jurutera sosial ini juga dapat mencari mangsa. Contoh yang paling mudah adalah menerusi laman laman web yang kononnya menawarkan skim cepat kaya melalui pelaburan Internet. Halaman web palsu direka dan pelbagai tawaran skim cepat kaya dipaparkan untuk menarik pelanggan. Bagi yang mudah terpedaya dengan senang membuat bayaran pendahuluan dan memberikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank. Bayangkan hanya dengan tawaran AS$380 pada bulan pertama mangsa memberikan nombor akaun bank kepada orang yang tidak dikenali. Setelah mendapat maklumat penting ini langkah seterusnya iaitu mencuri wang secara atas talian dapat dijalankan tanpa disedari oleh mangsa. Jurutera sosial juga akan menggunakan sistem mel elektronik untuk mendapatkan maklumat mangsa. Penghantar mel ini menyatakan penerimanya telah memenangi sesuatu pertandingan dan hadiah yang amat lumayan. Jika terperdaya mangsa akan membalas mel ini dan menyerahkan segala maklumat rahsia kepada penjenayah. Kaedah ini dinamakan social phising yang merupakan salah satu cabang dalam social engineering. Pelbagai contoh cerita benar yang berkaitan dengan jenayah komputer berasaskan kepada social engineering. Mempercayai kenalan siber tanpa sebarang pengenalan diri menyebabkan mangsa dengan rela hati membuka saluran maklumat kepada penjenayah. Aplikasi chating kadangkala mendorong mangsa meyakini seseorang tanpa sedar. Menurut kajian, jenayah komputer dan Internet bersandarkan kepada kaedah ini dapat dikawal dengan kesedaran yang mendalam terhadap keselamatan terutama bidang maklumat. Sistem keselamatan maklumat yang paling berkesan perlu bermula dengan kesedaran pengguna. Kurang kesedaran mengenai keselamatan komputer dan Internet punca utama maklumat disalurkan kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Polisi keselamatan maklumat yang terperinci dan tegas dikatakan mampu mengawal mangsa dari menyalurkan maklumat tanpa sedar.

Anda mungkin juga menyukai