Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Pengetahuan di dalam pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan
dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Menurut Yudrik Jahja
(2011), pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelaah. Walaupun tidak
terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal
cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia.
Perkembangan adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku
individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.

Menurut Janna (2013), perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi


kanak-kanak untuk penghasilan peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap
tertentu. Perkembangan juga merupakan perubahan yang bersifat kualitatif tetapi dapat
dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Menurut
Sitti Aisyah Mu’min (2013), perkembangan adalah tahap-tahap perubahan yang progresif
yang terjadi dalam kehidupan manusia dan kehidupan lain, tanpa membezakan aspek-
aspek yang terdapat dalam diri kehidupan-kehidupan tersebut. Sedangkan menurut
Santrock (2008), perkembangan adalah corak pergerakan atau perubahan yang bermula
pada konsepsi dan berterusan sepanjang kitaran hidup. Salah satu aspek yang mengalami
perkembangan manusia adalah kognitif.

1
2.0 Analisis Berdasarkan Video

Sebuah video mengenai seorang anak selebriti terkenal iaitu Lara Alana telah dipilih untuk
diperkaitkan dengan teori perkembangan yang dipelajari. Di dalam video tersebut, Lara
yang berumur 5 tahun telah di bawa oleh ibu bapanya ke sekolah sempana “Cempaka
Schools Open Day” untuk menilai tahap perkembangan kognitif dan sosio-emosi.

2.1 Perkembangan Kognitif

Istilah kognitif menjadi popular sebagai domain atau domain psikologi manusia yang
merangkumi setiap tingkah laku mental yang berkaitan dengan pemahaman, pertimbangan,
pemprosesan maklumat, penyelesaian masalah, musyawarah dan keyakinan.
(Sukmadinata dan Nana Syaodih, 2012). Dapat disimpulkan bahawa perkembangan
kognitif adalah peringkat perubahan yang berlaku dalam jangka masa kehidupan manusia
untuk memahami, memupuk maklumat, menyelesaikan masalah dan mengetahui sesuatu.
Menurut Teori Perkembangan Jean Piaget, untuk memahami tingkah laku dan
perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata,
asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema (pola penyusunan tingkah laku) ialah
struktur-struktur kognitif yang sering digunakan oleh individu untuk mendapatkan
pengetahuan dalam persekitaran. Sebagai contoh, semasa Lara melihat alat inovasi yang
dicipta oleh senior, dia menunjukkan minat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alat
inovasi tersebut. Teori Piaget mempunyai empat peringkat perkembangan kognitif. Lara
Alana berada di peringkat kedua iaitu dinamakan Peringkat Praoperasi yang berumur 2
hingga 7 tahun. Peringkat Praoperasi ini ialah dimana kanak-kanak menggunakan simbol
untuk mewakili objek disekelilingnya. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mula bertutur
tetapi berkisar tentang dirinya iaitu bersifat egosentrik yang melakukan aktiviti mengikut
kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya. Di
dalam video, ibu Lara mengatakan mereka patut mempunyai ‘hourglass’ di rumah dan Lara
menyokong tindakan ibunya untuk membeli ‘hourglass’ kerana ayahnya tidak mendengar
arahannya di rumah.

Selain itu, teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell (1949), merupakan teori
kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual
masa yang tetap. Bagi Arnold Gesell kematangan merupakan faktor utama dan menentukan

2
proses pembelajaran. Kanak-kanak harus diberi rentak untuk berkembang dengan sendiri
dan tidak perlu untuk dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan. Personaliti,
kadar pertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu.
Oleh itu perbezaan individu sering berlaku dan harus diketahui di semua peringkat. Gesell
membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat. Lara Alana berada di
peringkat kelima (4 – 6 tahun), iaitu kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya
mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Pada tahap ini juga, kanak-kanak juga
dapat membezakan perkara yang betul dan salah serta sedia mendengar pendapat orang
lain. Sebagai contoh, Lara melakukan aktiviti ‘play time’ bersama-sama rakannya dan guru.
Aktiviti yang mereka lakukan ialah bermain tanah liat dan melihat alat teknologi. Selain itu,
Lara juga matang dalam memahami arahan yang yang ditanya oleh ayahnya seperti “What
do you do first thing in the morning?”. Lara terus pergi mengambil tag nama dan letak di
bahagian kehadiran untuk menandakan bahawa dia hadir ke sekolah pada hari tersebut.
Jelaslah bahawa, ibu bapa juga penting dalam merangsangkan perkembangan dan
pertumbuhan anak-anak tidak sahaja di rumah tetapi juga disekolah.

2.2 Perkembangan SosioEmosi.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud semua hal yang berkaitan
dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa
emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi
boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu gembira, sedih, takut marah dan lain-lain.
Oleh itu, sosioemosi di kalangan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai satu proses
berinteraksi dan mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Menurut Syah Muhiddin (2010),
perkembangan sosioemosi khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi
serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Ianya dapat
dilihat melalui tingkah laku kanak-kanak. Tingkah laku yang positif merujuk kepada
berkongsi, berdikari, mengikut peraturan dan lain-lain. Manakala menurut Wong et.al
(2013), tingkah laku yang negatif merujuk kepada bergaduh dan mengasingkan diri. Belajar
melalui bermain dapat menyumbangkan kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang
kanak-kanak. Sebagai contoh, di dalam bilik darjah semasa ‘play time’ Lara memberi fokus
kepada aktiviti bermain bersama rakan-rakannya. Aktiviti permainan yang dibuat oleh Lara
ialah bermain tanah liat dan belajar untuk membuat pelbagai bentuk dengan menggunakan
tanah liat tersebut. Lara juga telah diajar oleh ibu bapanya untuk membeli makanan dengan
menggunakan sejumlah duit. Hal ini menunjukkan Lara memahami arahan yang diberikan

3
oleh orang sekelilingnya seperti guru dan ibu bapa dan memberi respon positif terhadap
arahan tersebut.

Selain itu, menurut Teori Perkembangan Erik Erikson (1989), beliau menegaskan
bahawa pengaruh sosial dan budaya akan membentuk personaliti seseorang. Beliau juga
mempercayai manusia berpontensi untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya
mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses perkembangan. Erikson telah mengenal
pasti lapan peringkat di dalam perkembangan manusia iaitu bermula dari peringkat bayi
sehingga peringkat tua. Namun begitu, Lara berada pada peringkat inisiatif lawan kesalahan
(3-6 tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan ingin
meneroka serta mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Sebagai contoh, pada
permulaan video tersebut, Lara cuba untuk memberanikan diri untuk bercakap di hadapan
kamera walaupun pada mula-mulanya dia menunjukkan perasaan malu. Tetapi setelah ibu
bapanya memberikan dorongan kepadanya, dia lebih berani dan yakin untuk bercakap di
hadapan kamera. Lara juga menerima teguran ibunya kerana dia tahu perkara tersebut
salah. Lara cuba memperbaiki cara berdiri dengan betul setelah ditegur oleh ibunya. Disitu
jelas bahawa lara cuba belajar sesuatu dan cuba membina kemahiran sosial dan membina
keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

4
3.0 Faktor-faktor Persekitaran

Teori pembelajaran sosial Bandura (1997) turut menekankan tentang peranan


persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang
mendefinisikan tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan
tingkah laku. Manusia pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui
permerhatian terhadap apa yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga
berpendapat, kanak-kanak dan remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya,
tingkah laku remaja terhasil akibat daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak.
Mengenai pembangunan sosial, tanpa disedari bahawa kanak-kanak itu mengalami
perkembangan beremosi dalam kehidupan sehariannya. Pembangunan emosi adalah
suasana getaran jiwa yang kompleks dan mengiringi atau muncul sebelum atau selepasnya
berlakunya tingkah laku (Juntika, Achmad dan Mubiar, 2013). Oleh itu, kebanyakan tingkah
laku remaja adalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat. Tingkah laku yang
menyeleweng pula adalah akibat pengasuhan dan proses sosialisasi yang kurang
sempurna. Perubahan-perubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan
dalam persepsi terhadap masyarakat.

Menurut Bronfenbrenner (1977), Teori Ekologi memberi penekanan bahawa individu


melalui proses pertumbuhan dan perkembangan di dalam sistem persekitaran yang
mementingkan interaksi antara satu sama lain. Ini bermakna interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran dipercayai dapat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak. Berdasarkan teori ini, keluarga khususnya ibu bapa merupakan agen
sosialisasi paling penting dalam kehidupan sesorang kanak-kanak itu dan sebagai individu
terdekat dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah
laku kanak-kanak. Kajian di dalam dan luar negara menunjukkan bahawa faktor
persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan kepada
perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa Lara yang sanggup datang untuk
menyertai ‘Cempaka Schools Open Day’ merupakan tindakan yang bijak. Hal ini kerana
peranan ibu bapa sangatlah penting untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di
prasekolah. Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan
kanak-kanak. Program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti

5
dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6
tahun. (Rohana Musa, 2005).

Selain itu, bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Nik Asiah (2005), sistem pendidikan awal kanak-kanak dalam
konteks bilik darjah merupakan tunjang terhadap apa yang berlaku di persekitaran kanak-
kanak itu. Hal ini kerana proses pembelajaran kanak-kanak itu telah membawa kepada
kedinamikan perancangan dan pengurusan dalam bilik darjah prasekolah. Sebagai contoh,
Michelia Reception merupakan bilik darjah Lara Alana sebelum dia melangkah ke tahun 1.
Michelia Reception merupakan bilik darjah yang menggabungkan proses pembelajaran
akademik dan ‘play time’ sekali. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk belajar
akademik sambil bermain supaya mereka dapat fokus dan lebih mudah untuk memahami
sesuatu perkara. Bahan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas tersebut juga dapat
membantu perkembangan Lara di dalam kehidupan sehariannya.

6
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pandangan teori perkembangan kognitif mempunyai pengaruh besar


untuk memahami bagaimana anak memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Ini
menunjukkan bahawa anak-anak memiliki tahap pemahaman yang berbeza pada usia yang
berbeza. Pengetahuan kanak-kanak terbentuk secara beransur-ansur dengan pengalaman
kesinambungan dan pemahaman yang lebih luas mengenai maklumat dijumpai.
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak memberi
banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan
mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Setiap satu teori mempunyai
penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu, kita
perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas
perkembangan kanak-kanak.

7
Rujukan

Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Bronfenbrenner, U. (1977). Toward an experimental ecology of human development.


American Psychologist, 32,513-531.

Erik H. Erikson. (1989). Identitas dan Siklus Hidup Manusia, Jakarta: Penerbit Gramedia.

Gesell, Arnold, M. D. Frances L. Ilg, M. D. Glenna E. Bullis Asisted By Vivienne Ilg, O. D.


And G. N. Getman, O. D. Paul B. Hoeber. (1949). Vision its Development in Infant
and Child. Connenticut: Medical Book Department of Harper I-Brothers Preface.

Janna, S. R. (2013). Konsep Pendidikan Anak Dalam Perspektif Al-Ghazali (Implikasinya


Dalam Pendidikan Agama Islam). Jurnal Al-Ta’dib, 6(2), 41-55.

Juntika, Achmad dan Mubar Agustin. (2013). Dinamika Perkembangan Anak dan Remaja
Tinjauan Psikologi,Pendidikan dan Bimbingan Bandung PT Refika Adiatama.

Nik Asiah. (2005). Persepsi guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan


bertema dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah di Negeri Kelantan.

Rohana Musa. (2005). Pentaksiran di Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di


Daerah Kota Bharu, Kelantan. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Santrock, John. W. (2008). Psikologi Pendidikan (terjemahan) Edisi kedua, Jakarta:


Kencana.

Sitti Aisyah Mu’min. (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Jurnal Al-Ta’dib,
6(1), 89-99.

8
Sukmadinata dan Nana Syaodih. (2012). Metode Penelitian Pendidikan. Bandung:
Remaja Rosdakarya.

Syah Muhiddin. (2010). Psikologi Pendidikan dengan pendekatan baru, Bandung: Remaja
Rosdakarya.

Yudrik Jahja. (2011). Psikologi Perkembangan, Jakarta:Kencana.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid &
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak, Selangor: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai