Anda di halaman 1dari 5

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Tahap Penggunaan Bahasa Rojak 3

2.1 Punca Utama 4

2.2 Kepentingan Menghentikan Penggunaan Bahasa Rojak 4

3.0 Kesimpulan 5

4.0 Rujukan 6

1
1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan sesuatu perkara yang digunakan setiap hari. Daripada (Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia, 2017), bahasa adalah kata-kata yang disusun sama
ada dalam penulisan atau pertuturan. Setiap negara mempunyai bahasanya yang
tersendiri termasuk Malaysia. Namun satu isu iaitu kerancuan bahasa atau dikenali
dengan bahasa rojak kini memberi kesan kepada pertuturan dan penulisan
masyarakat Malaysia. Kejadian isu ini dapat dilihat di mana-mana sahaja, termasuk
di media sosial, di majlis-majlis rasmi, pada siaran radio, dan lain-lain. Penulisan ini
akan memberi gambaran akan tahap kekerapan isu ini berlaku, mengapa ia berlaku
dan, mengapa pentingnya untuk menghilangkan kerancuan bahasa di sesebuah
negara.

2.0 Tahap Penggunaan Bahasa Rojak

Ketika ini, penggunaan bahasa rojak yang ketara adalah campuran bahasa Melayu
dan juga bahasa Inggeris. Dalam artikel oleh (Pendidik, 2017), campur aduk di
antara bahasa Melayu dan Inggeris sama ada pada peringkat perkataan, frasa, ayat
atau wacana, dikenali sebagai penukaran kod atau code switching. Ianya merupakan
suatu gejala linguistik dan berlaku dengan meluas. Kejadian ini tidak berlaku dengan
jarang, tetapi amat kerap di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Tidak kira
seorang pelajar mahupun seorang yang sudah bekerja, akan berhadapan dengan
kejadian ini. Hal ini disebabkan, penggunaan bahasa rojak berlaku di dalam majlis-
majlis rasmi dan urusan perniagaan yang rasmi. Dalam masjlis rasmi, sesiapa sahaja
yang berucap secara spontan akan menggunakan bahasa rojak. Ini menyebabkan
audiens yang masih muda akan terbiasa dengan penggunaan bahasa rojak tersebut
dan mula menggunakannya walaupun hakikatnya ia adalah salah.

Selain daripada itu, saluran radio turut memperlihatkan penggunaan bahasa


rojak. Sesetengah penyampai radio yang menggunakan bahasa rojak semasa
menyampaikan hiburan-hiburan dan berinteraksi dengan pendengarnya akan
mempengarhi mereka yang mendengar. Daripada penilitian yang dilakukan oleh
(Halid, 2019), didapati banyak penyampai radio yang mencampur-adukkan bahasa.
Perkara ini tidak dilihat pada saluran-saluran radio milik kerajaan, kerana seseorang
penyampai radio di saluran radio milik kerajaan mesti berkebolehan dalam
menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dengan betul. Berbeza dengan
penyampai-penyampai radio swasta yang mementingkan penyampai yang hanya
boleh menarik pendengar walaupun penyampai tersebut tidaklah mempunyai

2
kebolehan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Hasilnya, kerancuan bahasa terjadi semasa penyampai radio swasta tersebut
menjalankan kerjanya.

2.1 Punca Utama

Jika diteliti dengan lebih lagi, jika sekadar terdedah dengan penggunaan
bahasa rojak daripada ucapan-ucapan di majlis rasmi dan daripada siaran
penyampai radio, tidaklah menjamin akan pengaruh penggunaan bahasa rojak
kepada rakyat untuk berlaku. Tetaoi, salah satu punca utama penggunaan bahasa
rojak ini berlaku adalah apabila seseorang itu lemah dalam kemahirannya dalam
berbahasa Melayu. Apabila individu tersebut mula didedahkan dengan bahasa lain
tanpa mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh, sudah tentu individu tersebut
akan bertutur dan melakukan penulisan menggunakan bahasa rojak akibat daripada
tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk melengkapkan satu-satu ayat dalam
satu-satu bahasa. Dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu, sememangnya
terdapat banyak kata pinjaman yang memperkayakan lagi perkataan bahasa Melayu,
menurut (Zaharani, Hashimah, Fazal, Harishon, & Shabri, 2011). Namun, ianya tidak
sama dengan kerancuan bahasa kerana kerancuan bahasa melibatkan penggunaan
perkataan yang bukannya kata pinjaman.

Selain daripada itu, sikap rakyat sendiri yang memandang rendah terhadap
Bahasa Kebangsaan Malaysia sendiri juga membuka peluang kepada penggunaan
bahasa rojak untuk menular. Dalam keratan akhbar, (Sarjit) menyatakan bahawa
kemungkinan masyarakat Melayu ingin menjadi orang barat. Ini mengakibatkan
bahasa sendiri mula dipinggirkan dan dianggap sebagai remeh. Sekiranya hal ini
terus berlaku, kemungkinan besar rakyat Malaysia akan lebih menitik beratkan
penggunaan bahasa asing berbanding Bahasa Kebangsaan sendiri. Ini amat
merugikan kerana Bahasa Kebangsaan Malaysia amatlah unik dan telah wujud
sekian lama. Ianya mempunyai seninya tersendiri seperti pantun, sajak, syair dan
sebagainya yang menunjukkan kesamaan tarafnya dengan bahasa lain yang
dipandang tinggi seperti bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

2.2 Kepentingan Menghentikan Penggunaan Bahasa Rojak

Amatlah penting bagi kesemua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan


masing-masing dalam memastikan penggunaan bahasa rojak atau kerancuan
bahasa tidak berlarutan lagi. Salah satu sebab utamanya adalah bahasa dapat
menjadi satu titik permulaan kehancuran ataupun kesepaduan sesebuah negara.
Daripada (Aida, Faizah, & Nasariah), menulis bahawa Gill (2014) menyatakan

3
bahasa mempunyai dua peranan, iaitu sama ada sebagai alat pemupuk perpaduan
atau alat pemecah perpaduan. Daripada pernyataan tersebut, dapat dikatakan
bahawa salah satu aspek penting dalam pembinaan Negara Bangsa adalah pada
bahasanya. Negara Bangsa disini membawa maksud keadaan dimana kesemua
rakyat mencapai kesepaduan sepenuhnya di dalam sesebuah negara. Dalam negara
Malaysia, ini merujuk kepada bahasa lingua franca Malaysia iaitu Bahasa
Kebangsaan Malaysia sendiri. Bahasa ini perlu dimartabatkan oleh kesemua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum. Penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan betul oleh
semua rakyat akan memastikan kesemua rakyat Malaysia dapat mencapai
kesefahaman pada tahap yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, Bahasa Kebangsaan sendiri perlu dijaga keasliannya dan
sepatutnya dibawa ke mata dunia dengan pelbagai usaha. Melihat kepada beberapa
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan
Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, ia mendapat banyak sambutan daripada
peserta-peserta daripada negara luar. Bahkan mereka amat berminat untuk
mendalami bahasa Melayu dengan lebih dalam lagi kerana keunikannya. Perkara ini
dibuktikan pada keratan akhbar (Utusan Malaysia, 2008), yang menunjukkan
beberapa pelajar asing yang berminat untuk belajar bahasa Melayu. Ini membuktikan
bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia adalah setaraf dengan bahasa-bahasa utama
di dunia seperti bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Maka, tidak ada alasan bagi
rakyat Malaysia untuk tidak berbangga dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia
sendiri.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, kerancuan bahasa atau penggunaan bahasa rojak yang berlaku di


negara Malaysia pada ketika ini berada pada tahap yang amat merisaukan. Ianya
dapat dilihat di majlis-majlis rasmi, saluran radio dan lain-lain lagi. Perkara tersebut
sudah pasti akan mendatangkan kesan kepada mereka yang menghadiri majlis-
majlis itu dan yang mendengar kepada saluran-saluran radio. Bukan itu sahaja,
beberapa sebab seperti pengetahuan bahasa Melayu yang lemah dan sikap
memandang rendah terhadap bahasa Melayu turut menyumbang kepada kerancuan
bahasa yang semakin berleluasa. Melihat daripada kepentingan untuk
menghilangkan penggunaan bahasa rojak seperti menjaga keaslian bahasa dan juga
mengukuhkan perpaduan rakyat, diharapkan rakyat Malaysia dapat menyedari akan
kemestian dalam menggunakan Bahasa Kebangsaan Malaysia dengan betul.

4
4.0 References

Aida, M. N., Faizah, A., & Nasariah, M. (n.d.). KERANCUAN BAHASA: CABARAN
DALAM PENDIDIKAN NEGARA DAN PEMBINAAN. Retrieved from
ResearchGate:
https://www.researchgate.net/profile/Noor_Mahmor/publication/304471121_K
ERANCUAN_BAHASA_CABARAN_DALAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN_
PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA/links/5770a40a08ae842225aa4a0e/KERA
NCUAN-BAHASA-CABARAN-DALAM-PENDIDIKAN-NEGARA-DAN-
PEMBINAAN-NEGARA-BANGSA

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. (2017). bahasa. Retrieved from Pusat
Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=bahasa

Halid, A. (2019, Januari 12). Kerancuan penggunaan bahasa di radio. Retrieved from
Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerancuan-
penggunaan-bahasa-di-radio-195762

Pendidik. (2017, October 28). Bahasa rojak – Ancam Kelestarian Bahasa Melayu.
Retrieved from Pendidik: https://www.pendidik.com.my/2017/10/28/bahasa-
rojak-ancam-kelestarian-bahasa-melayu/

Sarjit, S. G. (n.d.). Bahasa Melayu dipinggir bangsa sendiri. Retrieved from Core:
https://core.ac.uk/reader/42989100

Utusan Malaysia. (2008). Pelajar asing tertarik bahasa Melayu. Retrieved from Core:
https://core.ac.uk/download/pdf/42991206.pdf

Zaharani, A., Hashimah, J. N., Fazal, M. S., Harishon, R., & Shabri, Y. M. (2011).
Pemerkasaan Dan Pembinaan Jati Diri Bahasa Melayu. Retrieved from
eJournal UKM: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/4969/2523

Anda mungkin juga menyukai