Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa


Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada
zaman kemasyuran Kesultanan Melayu Melaka (Zaidi Ismail,2012). Namun begitu, pada era
kini, kebanggaan terhadap bahasa Melayu semakin tenggelam dengan pelbagai isu
terpaksa dihadapi hari demi hari. Bahasa Melayu telah digantikan dengan bahasa-bahasa
yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa rojak. Dengan ini, pelbagai cabaran telah
dilalui oleh bahasa Melayu dalam Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Cabaran ini telah
merendahkan kedudukan bahasa kebangsaan kita.

2.0 ISU DALAM BAHASA MELAYU

2.1 Bahasa Rojak

Zubaidah Ibrahim (2017) yang mendakwa bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda semakin lesu dan celaru.Salah satu
cabaran Bahasa Melayu di Malaysia adalah disebabkan oleh bahasa rojak banyak
digunakan dalam komunikasi seharian kita. Hal ini demikian kerana walaupun kita
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam kelas tetapi apabila berada di luar kelas
atau di luar kawasan sekolah, bahasa rojak akan digunakan sepenuhnya dalam komunikasi
kita. Apa itu bahasa rojak? Bahasa rojak merujuk kepada bahasa bercampur aduk yang
digunakan dalam tulisan dan juga lisan seperti bentuk dan penggunaan bahasa Melayu
yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sama ada pada peringkat perkataan, frasa,
ayat atau wacana. Contoh bahasa rojak seperti “Menu kat Pahang Club ni best sangat”.
(Bahasa Melayu campur dengan bahasa Inggeris), “nak makan di sini ke nak tapau?”
Kebanyakan orang yang menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi akan memberi
alasan untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, iaitu
bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak akan menghakis kekuatan bahasa Melayu
sekiranya hal ini terus dipandang remeh.

2.1 Pengaruh Bahasa Asing

Bahasa Melayu telah dipengaruh oleh bahasa asing sejak zaman dahulu tetapi pada zaman
sekarang, pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan bahasa
Melayu semakin merosot. Sebelum ini bahasa Melayu amat dihormati oleh semua bangsa
dan rakyat, terutamanya para pemimpin yang menunjukkan semangat mengutamakan

1
bahasa Melayu dalam segala urusan termasuk berucap di majlis-majlis rasmi dan
mesyuarat. Kini, bahasa Melayu tidak digunakan begitu banyak. Contohnya apabila kita
ditemu bual dan menyampaikan maklumat melalui televisyen, mereka menggunakan bahasa
Inggeris berbanding bahasa Melayu. Hal ini berlaku apabila ahli korporat kita menggunakan
bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Negara kita bukan ingin untuk memusuhi bahasa
Inggeris tetapi kalau kita berfikir secara rasional, bahasa Melayu pada zaman dahulu
digunakan oleh pemimpin kita untuk mewujudkan perpaduan. Bahasa melayu telah
termaktub dalam bahasa Perlembagaan, perkara 152 iaitu bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan.

2.2 Pengaruh Bahasa Ibunda

Bahasa melayu juga dipengaruhi oleh bahasa ibunda sesebuah kaum terutamanya di
sekolah. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merupakan satu cabaran
kepada para pendidik. Sebenarnya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
akan mengambil masa yang lama, susah dan kebih mencabar. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi proses penguasaan bahasa Melayu. Faktornya termasuk kepelbagaian
budaya dan bahasa di sekolah. Bahasa yang digunakan dalam rumah adalah bahasa
ibunda sendiri dan ketika berada di sekolah, murid-murid akan dibiasakan dengan bahasa
ibunda mereka berbanding bahasa Melayu yang hendak dipelajari oleh murid-murid.
Contohnya seperti di SJK(C) dan SJK(T), guru mereka akan menggunakan bahasa ibunda
mereka untuk mengajar murid seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bukan itu sahaja,
subjek-subjek seperti Matematik, Sains, Pendidkan Moral dan sebagainya akan diajar dalam
bahasa Cina atau bahasa Tamil. Buku teks subjek -subjek yang disenaraikan di atas juga
dicetak dalam bahasa Cina dan Tamil. Oleh itu, sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini tidak
mementingkan bahasa Melayu. Impaknya, murid-murid akan menghadapi cabaran yang
amat besar untuk menguasai bahasa Melayu kerana mereka tidak pernah diajar dengan
menggunakan bahasa Melayu.

2.3 Pengaruh Teknologi Maklumat

Menurut Marie-Laure Ryan (1999),yang menyatakan bahawa penghasilan variasi bahasa


yang tersendiri disebabkan kerana pengguna dunia siber kini suka menggunakan mod
tulisan daripada mod lisan.Bahasa Melayu juga menghadapi cabaran kerana dipengaruhi
oleh teknologi maklumat.Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa utama dalam aplikasi teknologi maklumat ini. Dengan ini semua bangsa dan kaum

2
perlu mempelajari atau memahami bahasa Inggeris untuk menguasai teknologi maklumat
yang begitu cepat dan berkembang.Perkembangan teknologi komunikasi memberi satu
tamparan hebat terhadap bahasa Melayu dan bahasa Melayu semakin dihakis akibat
perkembangan teknologi komunikasi. Oleh itu, generasi akan datang tidak lagi akan
menjiwai bahasa Melayu sebagaimana generasi sebelum ini. Bahasa Melayu yang suatu
ketika dahulu menjadi lidah atau medium dalam perjuangan bangsa untuk menentang
penjajah dan perjuangan menentang Malayan Union tetapi kini telah dicemar oleh penutur
bahasa itu sendiri.

2.4 Kesalahan Ejaan dan Istilah

Kesalahan ejaan dan istilah bahasa Melayu yang sering dilakukan oleh remaja masa kini
juga akan menghakis bahasa Melayu. Masyarakat kini sering menggunakan perkataan
singkatan dalam pesanan ringkas yang mereka hantar kepada orang lain. Contohnya seperti
(X payah), tdk, dan sebagainya telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu pada masa kini
semakin dipandang rendah atau remeh oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini demikian
kerana masyarakat kini telah menjadi malas untuk menaip keseluruhan perkataan tersebut
dan akhirnya mereka menggunakan perkataan singkat seperti yang dinyatakan di atas.
Bukan hanya dalam pesanan ringkas, papan-papan tanda yang kita sentiasa jumpa di jalan
raya juga akan mempunyai kesalahan ejaan yang amat ketara. Pekerja-pekerja yang
menghasilkan papan tanda yang terdapat di jalan raya kemungkinan merupakan golongan
yang tidak berpendidikan tinggi. Golongan-golongan seperti inilah yang mengakibatkan
papan-papan tanda di jalan raya. Contohnya seperti kelinik, phone tangang dan sebagainya.
Papan-papan tanda yang mempunyai kesalahan seperti ini akan mengakibatkan pejalan
kaki akan salah faham akan papan tanda yang mereka baca. Bukan itu sahaja pejalan kaki
juga mungkin akan sesat jalan apabila mereka hendak ke sesuatu tempat.

3.0 KESIMPULAN

Walaupun bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang pelbagai, tetapi dengan usaha
pelbagai pihak, cabaran-cabaran tersebut dapatlah kita atasi. Kita sebagai rakyat Malaysia
perlu menghidupkan semula bahasa kebangsaan kita supaya bahasa Melayu tidak akan
pupus pada masa akan datang.Kita perlu sentiasa ingat slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
supaya negara kita akan terus berkembang maju dengan bahasa kebangsaaan kita.

3
RUJUKAN

Ibrahim, Z. (2017). Bahasa mudah,cepat,santai pilihan generasi. Retrieved from Y.Kosmo:


http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2017&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru 02.htm

Ismail, Z. (2012). Bahasa Kita,Tanggungjawab Kita. Bual Bahasa.

Ryan, M.-L. (1999). Immersion vs Interactivity. Virtual reality and literary theory, 110-137.

Anda mungkin juga menyukai