Anda di halaman 1dari 6

Noor Izzati Abdul Hanid

i.

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Masa Kini


Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa

Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada
zaman kemasyuran Kesultanan Melayu Melaka (Dewan Bahasa, Mac 2012). Namun begitu,
pada era kini, kebanggaan terhadap bahasa Melayu semakin tenggelam dek pelbagai isu dan
cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari.
Berikut merupakan ringkasan isu dan cabaran bahasa Melayu masa kini yang akan penulis
huraikan dalam penulisan ini :

Isu dan
Cabaran
bahasa
Melayu
pada masa
kini

Persaingan dengan
bahasa Inggeris

Persepsi negatif terhadap


bahasa Melayu

Kemampuan guru
mengajar bahasa melayu

Pengaruh teknologi

Bahasa rojak

Pengaruh dialek

Antara isu dan cabaran tersebut ialah persaingan dengan bahasa Inggeris di tanah air
sendiri, Malaysia. Ini disokong oleh Ridzuan Kamis (2012) yang menyatakan bahawa bilangan
pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak
dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain,
dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Namun begitu,
penulis tidak dapat menafikan bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris begitu sukar
ditepis, malah terpaksa diterima kerana bahasa itu merupakan bahasa ilmu dan komunikasi
sejak berzaman lamanya. Dalam erti kata lain, bahasa Melayu sendiri banyak meminjam
perkataan daripada bahasa Inggeris lalu diserapkan ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Antara
contoh kosa kata bahasa Inggeris yang dipinjamkan itu termasuklah catalog (catalog), number
(nombor), activity (aktiviti) dan message (mesej). Ini sangat mengecewakan penulis kerana
walaupun secara dasarnya bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa ilmu, namun
kebergantungan bahasa Melayu terhadap kosa kata bahasa Inggeris telah menidakkan keaslian
1

Noor Izzati Abdul Hanid


dan ketulenan bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini adalah sebaliknya berlaku jika di Negara
China. Semua nama asing akan dimandarinkan termasuk nama negara lain dan nama
makanan. Sebagai contoh, orang China akan menyebut dan mengeja nama Malaysia sebagai
Malaixiya. Aiskrim pula dipanggil xue gao yang bermaksud kuih salji. Bunyinya kedengaran
pelik tetapi itulah hakikat yang membuktikan betapa mereka sangat mengagungkan bahasa
sendiri sehingga sedaya upaya menolak peminjaman istilah bahasa asing (September 2012).
Selain itu, cabaran persaingan bahasa ini jelas terbukti pada 2003 apabila dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
dilaksanakan. Perubahan dasar bahasa ini dikatakan perlu untuk mempercepat kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi negara. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa
bahasa Melayu tidak mampu menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dalam bidang
tersebut (Dewan Bahasa, April 2012). Melihat situasi ini, bangsa Melayu perlu mengambil iktibar
daripada sejarah ketamadunan Jepun, Korea dan China. Negara itu mencipta kemajuan sains
dan teknologi dalam bahasanya sendiri. Ilmu yang diperoleh dari negara Barat telah melalui
proses penjepunan, pengkoreaan atau pencinaan di negara mereka. Alangkah baiknya jika
proses seperti ini turut berlaku di negara kita.
Seterusnya, cabaran kedua ialah persepsi negatif terhadap bahasa Melayu. Hamdan
dan Rohana (2012) turut menyatakan perkara yang sama iaitu bahasa Melayu sebenarnya
bukan menghadapi masalah bahasa, tetapi masalah luar daripada bahasa itu sendiri, iaitu
permasalahan yang berkaitan dengan sikap atau persepsi tidak yakin terhadap kemampuan
bangsa tersebut. Permasalahan ini telah menular daripada golongan rakyat bawahan
sehinggalah ke peringkat golongan pemimpin. Contohnya, golongan pelajar menganggap
bahasa Melayu hanya perlu dipelajari atas keperluan peperiksaan semata-mata. Tanpa
kelulusan Bahasa Inggeris pun, para pelajar masih boleh mendapat tempat di institut pengajian
tinggi dan kolej swasta yang bertaburan di dalam dan luar negara.
Tidak cukup dengan itu, persepsi negatif terhadap bahasa Melayu turut dizahirkan dengan
persepsi yang mengatakan bahawa graduan yang belajar dalam bahasa Inggeris lebih laku di
pasaran kerja berbanding graduan bahasa Melayu. Hal sedemikian bukan kerana bahasa
Inggeris lebih maju atau bernilai tinggi tetapi kerana kita sendiri yang meletakkan nilainya akibat
kealpaan, kerendahan nilai dan jati diri, kekaguman akan bahasa lain, khususnya bahasa
Inggeris.

Noor Izzati Abdul Hanid


Tambah menyedihkan lagi, persepsi memandang rendah akan keupayaan bahasa Melayu
ini turut menular dalam kalangan segelintir pemimpin. Ada pemimpin yang dilihat selesa
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris walaupun majlis dihadiri 100 peratus orang Melayu dan
diadakan di Malaysia. Lidah mereka seolah-olah kelu untuk bertutur dalam bahasa Melayu
sebaliknya selesa berucap dalam pengaruh minda bahasa Inggeris (Dewan Bahasa, Mac
2012). Tidak hairanlah jika pemimpin kita sanggup membiarkan bahasa asing untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai bahasa pengantar ilmu utama dalam sistem pendidikan
negara bagi subjek Matematik dan Sains pada satu ketika dahulu. Penulis percaya semua
persepsi negatif ini adalah disebabkan sikap bermegah dengan bahasa Melayu mula luntur
pada semua peringkat lapisan masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh Prof Dr. Teo Kok
Seong, pengkaji bahasa Melayu. Berikut merupakan antara petikan kata-kata beliau;
Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif kepada bahasa
Melayu, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat kepada bahasa Melayu. Baik
dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik, atau dalam kapasitinya sebagai bahasa
negara.
Cabaran ketiga ialah persoalan tentang kemampuan guru mengajar bahasa Melayu.
Isu ini timbul akibat kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini
terpaksa diajar oleh guru opsyen lain. Faktornya pada masa kini, kegilaan para pentadbir
sekolah untuk mendapatkan guru-guru Bahasa Melayu yang berkualiti mengajar di sekolah
mereka sudah tiada lagi seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pada mereka, subjek
Bahasa Melayu bukan lagi subjek penting yang harus menduduki tempat tertinggi di sekolah.
Bukan sekadar itu sahaja, bilangan guru yang berkualiti untuk mengajarkan Bahasa Melayu
juga sudah tidak diambil peduli lagi. Apabila banyak kursus Pendidikan Bahasa Melayu di
universiti dan maktab perguruan mulai ditutup, suasana pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah akhirnya menjadi lebih mudah. Pembelajaran Bahasa Melayu tidak lagi memerlukan
guru yang berkebolehan dalam bidang tersebut untuk mengajarkannya. Ustazah, ustaz, guru
sains dan matematik, guru pendidikan jasmani atau sesiapa sahaja boleh disuruh untuk
mengajarkan subjek yang suatu ketika cukup penting ini, atas alasan bagi mencukupkan
bilangan waktu dalam jadual waktu guru berkenaan. Bayangkan guru yang tidak pernah kenal
dengan tatabahasa bahasa Melayu dipaksa mengajarkan subjek bahasa Melayu. Hal tersebut
mungkin tidak janggal kepada masyarakat di luar sekolah, tetapi dalam kalangan guru Bahasa
Melayu, hal tersebut

merupakan suatu kepelikan kerana dikhuatiri yang lahir daripada

Noor Izzati Abdul Hanid


pengajaran guru berkenaan bukan sistem bahasa yang betul, tetapi mungkin sistem bahasa
pasar atau bahasa slanga yang bercempera sifatnya. Apabila timbul kritikan oleh sesetengah
pihak yang peka terhadap nasib bahasa Melayu, maka bermacam-macam alas an diberikan,
termasuklah andaian yang melucukan ini, bahawa semua guru yang boleh bercakap bahasa
Melayu, tentu boleh pula mengajarkan subjek Bahasa Melayu.
Di samping itu, isu ini berlaku kerana kekurangan pengetahuan dalam kalangan guru
bahasa Melayu itu sendiri. Ini disokong oleh Koh Boh Boon (1986) yang menyimpulkan
berdasarkan hasil kajiannya bahawa taraf penguasaan perbendaharaan kata yang diperlihatkan
oleh bakal guru Bahasa Melayu masih tidak memuaskan. Daripada kajian yang telah dilakukan
itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa Melayu pada peringkat yang paling asas pun masih
belum mantap dalam kalangan bakal guru yang sedang mengikuti program pengkhususan
Bhasa Melayu, inikan pula guru-guru yang tidak terlatih langsung dalam ilmu bahasa ini
(Dewan Bahasa, Mei 2010).
Cabaran keempat ialah pencemaran bahasa akibat pengaruh teknologi semasa,
seperti penggunaan sistem mesej singkat (SMS), yang menular terutama dalam kalangan
remaja dan pelajar. Hal ini merujuk bahasa singkatan yang sering digunakan seperti ko
(engkau), amik (ambil), yg (yang), dr (dari), mkn (makan), askum (assalamualaikum)
dan awk (awak). Situasi ini menunjukkan betapa tercemarnya bahasa Melayu dalam konteks
komunikasi massa. Keaslian, ketulenan dan keindahan bahasa Melayu seolah-olah hilang
keupayaan untuk gah dan gagah dalam kalangan masyarakat terutamanya orang Melayu
sendiri. Perkataan yang disingkatkan ini dilihat mencemarkan budaya fikir bangsa Malaysia.
Pelajar, khususnya remaja, sentiasa terdedah dengan bahasa SMS yang dianggap mudah,
cepat dan ringkas untuk berkomunikasi tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap
kemarbatan bahasa Melayu. Akibat daripada kebiasaan menggunakannya, pelajar cenderung
mengaplikasikan bahasa SMS dalam karangan mereka di sekolah dan menyiapkan tugasan
universiti. Hal ini menampakkan tiada kesedaran patriotik terhadap bahasa sendiri. Jika
dibiarkan bahasa Melayu akan terpinggir dan seakan-akan hilang upaya untuk bersaing dengan
bahasa lain di dunia komunikasi.
Cabaran kelima ialah penggunaan bahasa rojak.

Menurut

Ridzuan Kamis (2012),

bahasa rojak ialah bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain ke dalam pertuturan dan penulisan. Contohnya ayat
berikut:
4

Noor Izzati Abdul Hanid


i. I nak pergi shopping di supermarket. (Saya hendak pergi membeli-belah di pasar raya.)
ii. Cutenya baby itu. (Comelnya bayi itu.)
iii. Sorry, I tak sengaja (Maaf, saya tidak sengaja.)
Isu bahasa rojak ini telah banyak diperkatakan oleh tokoh-tokoh bahasa dan para
pemimpin. Misalnya, Allahyarham Dato Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menyatakan kekecewaannya kerana orang Melayu tidak
mementingkan mutu penggunaan bahasa, seperti menggunakan bahasa Melayu bercampur
dengan Inggeris dalam pertuturan seharian. Dalam pada itu, Menteri Kesenian, Kebudayaan
dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah kenyataan akhbar, beliau menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia
dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak. Kini, jarang kita dapati orang yang boleh
bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh. Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu
sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris.
Kecenderungan mencampur adukkan bahasa timbul dipercayai kerana didorong oleh factor
berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau merasakan perkataan bahasa Inggeris
mampu meberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada
menggunakan bahasa Melayu.
Cabaran keenam dan yang terakhir ialah pengaruh dialek terhadap bahasa
Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang secara evolusi dan unik bertambah
pula dengan adanya dialek daerah, seperti dialek Utara, dialek Kelantan, dialek Terengganu
dan dialek Perak, serta sukuan Sabah, bahasa sukuan Sarawak dan sebagainya. Ada sarjana
bahasa menyatakan banyak dialek dan slanga dalam bahasa Melayu sedikit sebanyak menjadi
penghalang dan kekangan kepada perkembangan serta kebakuan bahasa Melayu. Jika dilihat
dalam konteks negara Malaysia sendiri, dialek percakapan yang wujud sebenarnya atas factor
geografi dan asal usul serta susur galur keturunan. Menurut kajian ilmiah, dialek tidak boleh
membabitkan mereka yang tidak memahaminya kerana hanya akan menimbulkan salah faham
dan kekeliruan makna. Contoh dialek yang digunakan dalam masyarkat Malaysia adalah seperti
yang berikut:
i. Dialek Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tidoq ka? Jom pi pekena nasi kandaq. (Tidurkah? Mari makan nasi kandar.)

ii. Dialek Terengganu.

Aku ada kije. (Aku ada kerja.)


5

Noor Izzati Abdul Hanid


iii. Dialek Negeri Sembilan

Ekau nak poi mana peneh-peneh ni? (Awak hendak pergi ke mana dalam cuaca panas
ini?)

Jelaslah bahawa faktor dan pengaruh dialek, longat dan slanga juga meninggalkan impak
dalam menghalang keperkasaan bahasa Melayu, baik di peringkat negara mahupun
antarabangsa.
Kesimpulannya, bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam era
globalisasi masa kini. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama memikul
tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu yang pernah dikecapi
suatu ketika dahulu. Apalah gunanya kita saling menuding jari antara satu sama lain kerana ini
sama sekali tidak akan membantu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Bahkna
mungkin akan menjerumuskan pula bahasa yang tercinta ini ke lembah kemunduran yang lebih
dalam lagi.

Anda mungkin juga menyukai