Anda di halaman 1dari 56

PUISI MODEN

1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti)


2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)
3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh)
4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)
5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali)
6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin)
7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)
8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman)
9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)
10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain)
11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said)
12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)
13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)
14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S)
15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)
16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)
17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra)
18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)
19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)
20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)
21. Ranting (Hilmi Rindu)
22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly)
23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)
24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat)
25. Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)
26. Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)

Virus dari Langit Global


(Nur Suhada Sayuti)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi
fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi
darah daging generasi muda.
Rangkap 2
Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda
kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.
Rangkap 3
Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda
generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi
muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan
harapan kepada generasi muda semakin musnah.
Tema
Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.
Persoalan
1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya yang mementingkan keseronokan.
2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia
luar..
3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah
mempengaruhi generasi muda masa kini.
Seorang Tua di Kaki Tamadun
2

(Fadh Razy)
Maksud
Rangkap 1
Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan
sawah padi.
Rangkap 2
Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan
sawah sedaya upaya.
Rangkap 3
Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi
yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.
Rangkap 4
Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu,
walaupun sukar.
Rangkap 5
Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan
dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.
Rangkap 6
Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab.
Rangkap 7
Sawahnya yang selama

ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah

dibangunkan dengan perubahan pemodenan.


Tema
3

Tema

sajak

ini

ialah

kemasyarakatan.Pembangunan

yang

dijalankan

telah

melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.


Persoalan
1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas
dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan
sawahnya.
2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya
sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa


menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

Selamat Tinggal Eropah II


4

(Muhammad Haji Salleh)


Maksud
Rangkap 1
Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain
kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh
mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak
memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai
pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah
itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.
Rangkap 2
Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat
perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang
dihadapi.
Rangkap 3
Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan
seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.
Rangkap 4
Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara
Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa
hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.
Tema
Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara
Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah
banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang
pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.
5

Persoalan
1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan
Contoh:

aku harap ingatanmu masih


luas untuk menakung sejarah
yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat


Contoh:

sekarang kau harus berkata

3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa


Contoh:

pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan


Contoh:

di mukamu kulihat luka baru


senyummu dibelah seksa

Menterjemah Bahasa
6

(Abd. Rahim Omar)


Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar
ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan
penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.
Rangkap 2
Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya
hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu
dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.
Rangkap 3
Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri
bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.
Rangkap 4
Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah.
Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada
kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan
negara bangsa.

Tema
Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

Persoalan
1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan
pelbagai bangsa dan budaya.

2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban
bangsa.

3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan
terus berkembang

menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh

cendekiawan yang bijaksana.

4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah
dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.

Citra Pelangi 1 Malaysia


(A.Halim Ali)
8

Maksud
Rangkap 1
Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa
hadapan.
Rangkap 2
Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu
dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu
bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa.
Rangkap 3
Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi
antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai
kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk
kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara
biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta.
Tema
Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersamasama memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan
1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi
kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.
2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan
hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi
untuk saling mengenal dan memahami.

3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara


melalui satu bahasa.
4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bangsa.
5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.
6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di
bawah satu negara.
7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam
menangani sesuatu perkara.
8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan
negara.

Mencintai Tanah Ini


(Lim Swee Tin)
Maksud
Rangkap 1
Penyair

mencabar

sesiapa

sahaja

yang

berani

mencemarkan/menimbulkan

ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini.


10

Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak
agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan
membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai
lagi sejahtera.
Rangkap 2
Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih
tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan
penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan
yang silih berganti

(Portugis, British, Jepun, Komunis)

Walaupun zaman telah

berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.
Rangkap 3
Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus
mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka
sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih
sayang yang suci dan murni.
Tema
Bertemakan

semangat

patriotik

dan

sentiasa

bersemangat

dan

bersedia

mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta.


Persoalan
1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan
tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara.
mereka

yang

menimbulkan

ketegangan

dan

konflik

Menentang

dalam

melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa.


Contoh : -

Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini

Contoh :-

Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini

11

negara

2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa
nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa
menentang penjajah yang datang silihberganti.

Kini negara berada dalam

keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah


Contoh : -

sejarah pertiwi masih cermat tersimpan


dalam album purbanya
ngilu hiris cengkam penjajah
berganti silih
mencakar sukma ibunda
hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan
rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada
negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang
kepada ketidakharmonian negara bangsa.
Contoh:-

siapakah berani merobek angin musim sentosa


sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit
dan denai-denai desa
dengan pedang terhunus dendam
berpercikan silau kebencian

4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau
sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu
penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah
dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi
mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita
yang menjadi dalang di tanah air sendiri.
Contoh:-

degup ingin anak-anak bangsa


masih kental mengisi mimpi
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
12

dengan anyam kasih tak tercelakan.


5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan
generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk
mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa.
Contoh:-

degup ingin anak-anak bangsa


masih kental mengisi mimpi
membenteng tanah yang sesusuk ini
dengan harga cinta tak tertawarkan
dengan anyam kasih tak tercelakan

Ini Tanah Kita


(Salman Sulaiman)
Maksud
Rangkap 1

13

Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya
akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati
Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang
tua yang hampir meninggal dunia.
Rangkap 2
Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia
menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk
menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.
Rangkap 3
Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana
kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.
Rangkap 4
Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di
hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi
daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah.
Rangkap 5
Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.
Rangkap 6
Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang
menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah
bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)
Tema
Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang
hidup akan berakhir dengan kematian.

14

Persoalan
1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh
alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju
akhirat.
2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa
bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia.
3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat
menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan
menempuhi kematian.

Sekeping Kartu Kecil


(Mohd. Aidid Abd Rahman)
Maksud
15

Rangkap 1
Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah
lama berpisah.
Rangkap 2
Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.
Rangkap 3
Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada
masa lampau.
Rangkap 4
Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai
kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai
sahabat.
Tema
Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara
dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.
Persoalan
1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan.
Contoh:

ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu


bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin

2. Kasih sayang dalam keluarga


Contoh:

dan tiga orang anak tercinta

3. Melayan tetamu dengan baik


Contoh:

sambutlah sebagaimana kebiasaan


engkau menyambut tetamu
16

Kubentang Sehelai Peta


(T. Alias Taib)
Maksud
17

Rangkap 1
Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun.
Rangkap 2
Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah
dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing.
Rangkap 3
Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam
dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.
Rangkap 4
Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai
impiannya sebagai penulis/karyawan.
Rangkap 5
Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta
peranannya dalam masyarakat.
Rangkap 6
Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan
budaya nenek moyang.

Tema
Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi
kehidupan.
Persoalan
1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup
18

Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan


2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
Contoh:

menajamkan kalam dan berkaki ayam


menyusur denai basah ke sekolah

3. Kegigihan mencapai cita-cita


Contoh:

antara bakat menulis puisi


dengan mengasah perasaan

4. Mengenal diri sendiri


Contoh:

Di atas rakit ini kukayuh usiaku


Mudik ke hulu hari mencari diri

Sepi Syawal Tanpa Bonda


(Amylia Hussain)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam
hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar
pada wajah penyajak
Rangkap 2
Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana
dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati.

19

Rangkap 3
Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan
sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.

Tema
Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap
utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak
terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.
Persoalan
1 Kematian orang yang tersayang penyajak menerima kematian ibunya walaupun
dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.
2 Kesepian menjalani kehidupan penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya
dan sentiasa terkenangkan ibunya.
3 Kesabaran menjalani kehidupan ibu penyajak merupakan seorang yang
penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan
penyajak.
Kata Bukit Kepada Jentolak
(Mohd Faizal Said)
Maksud
Rangkap 1
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah
berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan.
Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan
deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.

Rangkap 2

20

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.
Rangkap 3
Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan
sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh.
Rangkap 4
Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak
mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Tema
Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin
kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia.
Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.

Persoalan
1 Kuasa wang Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih
mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.
2 Peristiwa bersejarah Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah
berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak.
3 Kemusnahan alam sekitar Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut
keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh
menyebabkan kejadian tanah runtuh.
21

Lidah Anakku Berbelang-Belang


(Abizai)
Maksud
Rangkap 1
Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini
mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini
lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri.
Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan
sebelum masa terlambat.

22

Tema
Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan
gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula
mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda.
Persoalan
1.

Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara


bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding
bahasa ibunda.
Contoh :

hasil didikan serampang bermata dua


keliru menilai martabat bahasa ibunda

2.

Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri


Contoh:
memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang

3.

Amalan budi bahasa yang semakin terhakis


Contoh :
teduh budi bahasa tiada lagi terasa
ditawan terik mentari langit terbuka

4.

Seruan kembali ke pangkal jalan


Contoh:

segeralah pulang sebelum menghilang


setia menghadam kulit dan isi warisan

23

Ingatan Kepada Kawan XXIV


(Zaen Kasturi)
Maksud
Rangkap 1
Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya
dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga.
Rangkap 2
Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat
sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya
maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa
dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan
oleh Tuhan dalam kehidupan.
24

Rangkap 3
Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang
lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta
menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini.
Rangkap 4
Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan
mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin
ada yang menghadapi pelbagai masalah.
Rangkap 5
Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian
masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai
dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.

Tema
Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup
berkongsi masalah bersama-sama.
Persoalan
1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.
2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang
tersembunyi di sebaliknya.

3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk
mengkhianati sahabat atau kawan.
25

Jalur yang Tidak Pernah Padam


(Jasni Matlani)
Maksud
Rangkap 1
Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk
dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di
kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram.
Rangkap 2
Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke
seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam
satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim
kemarau.
Rangkap 3
Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun
telah sampai ke penghujung petang.

Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu

sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari
26

tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada
pandangan mata.

Tema
Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk
bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada
penghujung.

Persoalan
1 Berbuat jasa Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira
manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan.
2 Kesetiaan dalam perhubungan Perhubungan manusia dengan matahari sangat
rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun
jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.
3 Kesyukuran Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh
kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.

27

Pancang Kenangan
(Khadijah Hashim)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak
menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang
kemusnahan alam akibat proses pembangunan.
Rangkap 2
Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa
kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka
terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi
pembangunan.

Rangkap 3
Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar
suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan
kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah
tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu
menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan
sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.

Tema
28

Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.

Persoalan
1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.
2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar.
3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang
bersifat negatif.
4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.
Kolek Bonda
(Aminah Mokhtar)
Maksud
Rangkap 1
Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari
tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan
sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah
pulang nanti.
Rangkap 2
Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua
berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan
maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini
telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.
Rangkap 3
Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda
apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya.
Dia dengan penuh hemah
meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang
tinggi.
Rangkap 4
Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya)
memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan
29

penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan


mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.
Rangkap 5
Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya.
Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan
jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang
hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi
dunia.

Rangkap 6
Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek
bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua
kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda.
(menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)
Tema
Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan
berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi
contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan
memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.
Persoalan
1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda
dalam mencorak wawasan negara.
2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi
dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.
3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam
mempertahankan kelestarian budaya bangsa.
4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi
muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh
menjejaskan kelestarian budaya warisan.

30

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara


serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/
perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.
6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.
7. Mengotakan apa yang dikata.
8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan
kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat
9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,
mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik
Kuntum Rahsia dari Taman Takdir
(WB. Rendra)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk
kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam

kehidupan.

Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia.


Rangkap 2
Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini,
walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan.
Rangkap 3
Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita
hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua
ini

memerlukan

kesabaran. Akhirnya,

kesabaran

itu

akan

membina

sebuah

kebahagiaan.
Tema
Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan
perlu disemai dengan kesetiaan.
31

Persoalan
1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan.
Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia
2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian.
sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa
3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan
Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa
Aku Tidak Berani Berjanji
(Rosli K. Matari)
Maksud
Rangkap 1
Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang
difikirkannya.
Rangkap 2
Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau
pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.
Rangkap 3
Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba
menggugat dirinya.
Rangkap 4
Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding
ancaman daripada orang lain.
Rangkap 5
32

Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan


begitu sahaja.
Rangkap 6
Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah
kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.
Rangkap 7
Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras
namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.
Rangkap 8
Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin.
Rangkap 9
Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya.
Tema
Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita
membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak
hatinya.
Persoalan
1. Jati diri seorang pemimpin.

Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun

menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.


Contoh:

Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah


Sang Pelita membiarkan sahaja
Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

2. Tabah dalam menghadapi dugaan.


dugaan yang mendatang.
33

Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai

Contoh:

Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk


Sang Pelita berdiam diri sahaja
Tidak peduli sekuat-kuat mana
Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab.

Pemimpin sedar dan berasa

insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya


sebagai seorang pemimpin.
Contoh:

Aku ngeri pada maut,


Lebih daripada jeritan mu

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak
mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.
Contoh:

Hanya sekali, ia pernah menjawab:


Aku tidak berani berjanji apa-apa.

5. Pengorbanan seorang pemimpin.

Pemimpin terpaksa berkorban demi

kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.


Contoh:

Menjadi helang mengepak-ngepak sayap


Meniru orang tua terbongkok-bongkok
Merungut atau berdekah-dekah
Menjelma atau menyelinap sementara

6. Kebebasan bersuara.

Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi

pandangan terhadap pemimpin mereka.


Contoh:

Sang Pelita membiarkan sahaja


Bayangnya bermain sepuas-puasnya
Atau membebel sekehendak hatinya

34

Aku Hanya Mahu ke Seberang


(Hashim Yaacob)
Maksud
Rangkap 1
Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan
emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan.
Rangkap 2
Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga
sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.
Rangkap 3
Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya
sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya.
Rangkap 4
Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan
terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya
berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.
35

Rangkap 5
Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu
dimakbulkan.
Tema
Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman
yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam
mengubah kehidupan.

Keyakinan dalam

doa dan bertawakal kepada Tuhan agar

segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.
Persoalan
1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik
(sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu
pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya.
Contoh :Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
3. Pengetahuan dan persediaan

yang

mantap mengenai keadaan persekitaran

yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.


36

Contoh :mengharung samudera


melawan ombak dan pantai
4. Mengetahui keupayaan diri

dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.


Contoh :Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan
yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan
dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang
punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam
kehidupan.
Contoh :Tenanglah laut, kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah.
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam


merealisasikan cita-cita.
Contoh :Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang

37

Wanita dan Laut


(Mahaya Mohd Yassin)
Maksud
Rangkap 1
Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh
bertukar bergelombang jika perasaannya terusik.
Rangkap 2
Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut
menyimpan dendam.
Rangkap 3
Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia
dan penuh misteri.
Rangkap 4
Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa
yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan
kadangkala menjadi pendiam.
38

Rangkap 5
Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional.

Mempunyai kesungguhan dalam

menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi
yang mulia.
Rangkap 6
Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa
untuk seluruh umat manusia

Tema
Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut
mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga
bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha
pencipta untuk seluruh umat manusia.
Persoalan
1 Kasih sayang seorang wanita Wanita digambarkan sebagai insan yang
mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.
2 Kesetiaan kaum wanita Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu
keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.
3 Wanita adalah anugerah Tuhan Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak
adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.

39

Ranting
(Hilmi Rindu)
Maksud
Rangkap 1
Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh
peranan individu atau organisasi.
Rangkap 2
Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan
sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa
mengharapkan balasan.
Rangkap 3
Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak
menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu
dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan
perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu
yang membantu.
Rangkap 4
Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan
tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap
yang

disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan

perhargaan orang lain


Rangkap 5

40

Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi


kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selamalamanya.

Tema
Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi
dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang
lain.
Persoalan
1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas
sumbangan orang lain atau pihak tertentu.
2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan


tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.

41

Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda


(Shapiai Muhammad Ramly)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir.
Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang
rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang
meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab.
Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar
daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.

Rangkap 2
Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa
sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan
sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.

Rangkap 3
Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan
keindahan alam semula jadi.

Rangkap 4

42

Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar
disekeliling begitu mesra dengannya.

Rangkap 5
Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula
jadi yang terdapat di gunung legenda ini.

Tema
Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.

Persoalan
1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan.
2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.
3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada
orang ramai.
4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada
masyarakat.

43

Pada Glaukoma ke Ahmar


(Abd Razak@Rezeki Othman)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan
fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan
masa.
Rangkap 2
Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya
tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian
disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati
kematian.
Rangkap 3
Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar
pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun
dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah
melumpuhkan setiap pergerakannya.
Rangkap 4
Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit

glaukoma yang telah

menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun
menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar
44

ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya


yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.
Rangkap 5
Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana
dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya
sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang
tidak ternilaikan itu.
Tema
Bertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya

yang begitu

tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga
dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu
ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang
berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti
dan membalas budi ibunya selama ini.
Persoalan
1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan
penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana

kehidupan manusia.

Meragut

kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin.
Contoh : -

Dari ruang cahaya


kini ke sudut suram

Contoh :-

Bagai bayu siang bertiup bebas


kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:-

Sesudah glaukoma
45

pada usia delapan puluh


kamu diterpa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan
kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun
cacat penglihatan selama hampir tiga dekad.
Contoh : -

Sesudah glaukoma
pada usia delapan puluh
kamu diterpa ahmar pula
ia mengunci bahasa kaki
dan mengekang bahasa tangan
yang selama ini menggerakkan
ke wuduk dan solatmu

Contoh:-

Pun glaukoma itu


telah hampir tiga dekad
membawa pergi
indera kau miliki

3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera
yang berfungsi

yang memberi kebahagiaan

dan harapan kepada kehidupan.

Oleh itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat.


Contoh:-

Dari ruang cahaya

Contoh:-

Bagai bayu siang bertiup bebas

46

Contoh:-

ke seri taman budimu


yang tak tertanam olehku

4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu
berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka.

Hal ini dapat mengurangkan

tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum


tibanya saat kematian.
Contoh:-

dan mungkinkah deru ahmar ini


bakal membawa pergi
satu-satunya yang aku miliki
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
yang tak tertanam olehku

5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai
beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang
ditanggung.

Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama

menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih
atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal
ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya.
Contoh:-

Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar
betapa baki kesempatan ini
biar kusisip bunga bakti
ke seri taman budimu
47

yang tak tertanam olehku

6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi


penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal
perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan.
Contoh:-

kini ke sudut suram

Contoh:-

kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:-

ia mengunci bahasa kaki


dan mengekang bahasa tangan

Contoh:-

Ibu, pada glaukoma ke ahmar


teruji lagi reda dan sabar

48

Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai


(Napie Mat)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia.
Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia
memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan
fitrah Allah untuk mencari rezeki.

Rangkap 2
Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah
yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah
yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang
teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti
nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.

Rangkap 3
Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup
mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu.
Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan
masayrakat yang hidup dalam kesusahan.

Rangkap 4
49

Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam


masyarakat di dunia ini.

Rangkap 5
Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang
dialami selama-lamanya.

Tema
Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan
dalam mencari rezeki.

Persoalan
1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.
3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan
untuk mencari rezeki.
4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.

50

Mari Kita Cipta Alam Lestari


(Nimoiz T.Y.)
Maksud
Rangkap 1
Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan
pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya.
Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi
atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di
ternama/terulung negara.

landskap indah universiti

Hal ini demikian kerana di situlah tempat

lahirnya para

cendekiawan/ilmuan negara.
Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka
hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang.
Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita
menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus.
Rangkap 2
Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi
yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan
pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di
pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya.
Rangkap 3

51

Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/


ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan
mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih
kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik
serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini.
Rangkap 4
Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat
pengiktirafan tertinggi dunia

dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti

terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau
berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya

dipelihara untuk

mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka,


kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana
yang pernah berlaku di serata dunia.
Rangkap 5
Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan
alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya.

Harapan supaya masyarakat

Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut.
Tema
Menghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus
lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban
dan kemajuan zaman.
Persoalan
1. Alam sekitar :
Para intelektual, ahli korporat, golongan

profesional dan ilmuan seharusnya

memainkan peranan penting dengan menghargai


keseimbangan alam sekitar seiring dengan

dan terus memelihara

perkembangan zaman dalam

melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Contoh:52

Mari kita jabat tangan transformasi


Membingkis salam segar atas nama bestari
Di landskap indah universiti berkualiti
Kerana di sini lahirnya graduan berjaya
Di menara gading yang tersohor dan ternama.
2. Jati diri dan moral
Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus
memelihara alam sekitar

dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh

dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain.
Contoh:Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya
Segulung ijazah dari universiti ternama
Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita
Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita
Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang
Laung gunung berapi pernah mengutus salam
Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang
Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.

3. Wawasan Negara
Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu
mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat
pembangunan negara.
Contoh:Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan
Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam
Apalah maknanya kemajuan
Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam
Apalah maknanya perubahan
Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan
53

4. Khazanah warisan negara harus dipelihara


Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia
akan

mengakibat

bencana

alam

yang

boleh/telah/akan

mengakibatkan

kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan


nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan
oleh manusia sebelumnya.
Contoh:
Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju
Hari muka bumi berdaulat
Pada mencium puspita dari bunga persada
Kita masih sayang akan alam dan sumbernya.
5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan
kemajuan negara secara lokal dan global.
Contoh:Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian
Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari
Cantik di mata anggun di atma, nantinya
Untuk semua pencinta pesona

54

Kembali ke Rumah Nurani


(Husna Nazri)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai
hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti
serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap
tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang
disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan.
Rangkap 2
Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang
murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek
moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh
melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat
membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan
berjaya mendepani dugaan dan cabaran.
Rangkap 3
Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa.
Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan
kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.

Tema

55

Bertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya
ke jalan yang benar.

Persoalan
1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia.
2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu
yang boleh membawa kepada keburukan.
3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh
pengaruh dari luar.
4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap
masyarakat mempunyai hati yang murni.

56

Anda mungkin juga menyukai