Anda di halaman 1dari 4

Cabaran jati diri

Cabaran dalaman:

1. Pemikiran.
Setelah membuat beberapa pembacaan melalui internet, buku rujukan dan berdasarkan
pemerhatian, kami dapati antara punca mengapa sukar untuk membentuk jati diri rakyat
Malaysia adalah disebabkan pemikiran individu itu sendiri. Jati diri tidak akan dapat dibentuk
jika individu itu menolak untuk berubah. Pemikiran mereka yang kebanyakan masih di takuk
yang lama, menolak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan segala yang
dimajukan adalah untuk kebaikan rakyat juga. Perbezaan pemikiran dan percanggahan
pendapat inilah yang mendatangkan jurang dalam usaha kerajaan untuk membentuk
perpaduan rakyat. Orang Melayu khususnya dari generasi lama biasanya terkenal dengan
sikap mereka yang akan menentang habis-habisan jika tidak bersetuju jika pembaharuan
dilakukan oleh kerajaan. Mungkin juga kerana masih trauma akibat kesan penjajahan yang
pernah oleh penjajah-penjajah sebelum ini. Selepas penjajahan, usaha untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi lebih sukar malah sehingga ke hari ini,usaha untuk
meningkatkan sikap
kecintaan terhadap negara masih lagi dijalankan. Hal ini kerana, untuk membawa semua
kaum yang sudah memahami budaya dan adat kaum sendiri, secara tiba-tiba disuruh bersatu
dengan kaum lain, tentulah bukan mudah.
2. Kurang kesedaran
Mungkin sebilangan dari kita, rakyat Malaysia masih tidak menyedari betapa pentingnya jati
diri dalam kehidupan kita yang masih lagi bersatu, membangun bersama kaum yang berbilang
bangsa di negara ini . Bila mana tiada jati diri di dalam diri masing-masing, maka
persengketaan mudah berlaku. Malahan, jika tiada sedikit sikap hormat pun, boleh
mendatangkan perbalahan. Kita sebagai generasi muda tidak langsung mengambil iktibar
daripada peristiwa 13 mei 1969, rusuhan yang melibatkan kaum-kaum di negara ini sehingga
mengorbankan nyawa. Lebih teruk dari itu,ada juga yang tidak tahu menahu mengenai
peristiwa berdarah ini. 3. Tidak celik ilmu dan juga buta sejarah Ramai di antara kita yang
hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif perjuangan mereka. Kebanyakan
dari mereka hanya mengikut arahan dan bertindak membuta tuli tanpa memikirkan kesannya
kepada negara. Mereka hanya mahukan suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada
baiknya,kerana sikap inilah yang membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat
gerun dengan orang Melayu. Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda
zaman ini. Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah
pandai bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang pelajar.
Mereka terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah semata- mata untuk
peperiksaan dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan tokoh-tokoh pejuang Tanah
Melayu dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya dalam diri mereka.
Cabaran luar
1. Perbezaan budaya
Cabaran dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan
perbezaan budaya yang terdapat pada kaum di negara ini. Masingmasing mahu
mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain. Sikap tidak
menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh
meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum tersebut. Dan ini menyukarkan
proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi
budaya masyarakat di mana kita dibesarkan. Bahasa merupakan asas kepada setiap
budaya masyarakat. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka
penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara
pelbagai bangsa.  Amat ketara jika orang melayu dibandingkan dengan orang cina dan
india. Majoriti orang cina dan india di negara ini fasih bertutur,menulis dalam Bahasa
Malaysia, tetapi hanya segelintir dari orang melayu yang pandai bertutur atau menulis
dalam Bahasa Cina ataupun Bahasa Tamil. Agak pelik bukan? Jadi, tidak mustahil jika
kebanyakan orang melayu tidak dapat menyesuaikan diri apabila berada di dalam
kelompok cina atau india.

2. Pengaruh barat terhadap negara kita


Hiburan. Merupakan penyebab utama mengapa jati diri rakyat Malaysia sukar  dibentuk.
Hiburan yang merupakan saluran utama barat untuk menjajah minda rakyat kita.
Sekaligus dengan hiburan kita akan mudah leka dan terpengaruh dengan budaya orang
barat. Tidak kira dari segi percakapan, malahan perwatakan orang barat juga telah diikuti
oleh generasi muda kini. Gaya hidup orang barat yang bebas dan tidak keterlaluan jika
dikatakan sangat sosial mungkin menjadi idaman golongan muda remaja di Malaysia.
Generasi tua pun apa kurangnya, sibuk menyertai program realiti yang dianjurkan oleh
pihak televisyen. Tidak salah,tetapi jika berterusan, boleh mengundang leka. Sedangkan di
negara lain, golongan-golongan ini bersatu dengan pemuda-pemudi dan bertungkus-
lumus untuk mempertahankan agama dan negara dari serangan musuh.
Penyelesaian

1. Kita perlu memahami dan menghayati sejarah Negara, perjuangan dan susah payah
membangunkannya.
Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap
materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke negara ini sebagai buruh
paksa suatu masa dahulu. Golongan bukan Melayu khususnya mesti diperjelaskan bahawa
mengkaji sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang
Melayu. Sejarah negara adalah sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua
kaum. Ini sama dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu
tetapi ia adalah perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak boleh
dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama
Islam. Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di
negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-apa
atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul masing-
masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal. Kegagalan mengenal
sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah
air.Orangorang Melayu pula perlu benar-benar memahami dan sedar bagaimana negara
Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah
menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat
majmuk yang terdiri dari etnik Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-
lain. Orang Melayu perlu tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat
hak sebagai warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil
suatu hari nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri.

2. Kita kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan,
menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi
mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.
Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Perundangan Negara dan diperkenalkan pada 31 Ogos
1970. Ia dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri
rakyat Malaysia. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat
Perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia sebagai satu Bangsa
Malaysia. Ramai kalangan rakyat Malaysia yang lancar menyebut lima prinsip Rukun
Negara ,menyanyikan lagu Negaraku dan menyenaraikan warna-warna serta lambanglambang
yang terdapat pada Jalur Gemilang tetapi tercengang dan tergagapgagap apabila diminta
menerangkan maksudnya. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang
didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. ”
3. Memperkasakan bahasa kebangsaan
Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan perlu digerakkan dengan
mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh dan koordinasi antara badan
penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk memupuk perasaan cintakan Bahasa
Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga
bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden. Matlamatnya
adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang fasih, menghormati dan
berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka sehingga dapat mempromosikannya
di mana sahaja mereka berada.

4. Menjadikan agama Islam sebagai panduan dalam hidup seharian


Sebagai agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yang wajar dalam
penyelesaian masalah seperti yang diperakui dalam Perlembagaan Malaysia. Ajaran Islam
yang mengandungi norma-norma yang bercorak universal dan menentang paksaan terhadap
orang bukan Islam sangat sesuai untuk masyarakat berbilang kaum. Unsur toleransi dalam
Islam harus ditonjolkan dan diterima dalam konteks penyelesaian cabaran yang wujud dalam
pembentukan jati diri rakyat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai