Anda di halaman 1dari 5

Nasionalisme : Mengapa Kurang Penghayatan ?

Nasionalisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yang

merujuk terhadap kesetiaan atau pengabadian terhadap bangsa dan negara. Semangat

nasionalisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya

golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung nasib

bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi

dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita perlu sedar segala apa yang kita nikmati

sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang

dan rakyat demi mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat nasionalisme

semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang

mendorong kepada lunturnya semangat dan penghayatan nasionalisme dalam masyarakat

dewasa ini.

Kepentingan Diri Sendiri

Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka

yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang

penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan

semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan nasionalisme

kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat

nasionalisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan

tidak lagi mendapat sambutan.


Tiada Perasaan Cinta akan Negara

Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara

dan semangat nasionalisme. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan

pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan.

Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita

seharusnya bersyukur dapat hidup aman damai atas pengorbanan dan jasa golongan

terdahulu. Semangat nasionalisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat

kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan

diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,

semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Terpengaruh dengan Budaya Barat

Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat, dalam tidak

sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Mereka tidak lagi menjajah dengan

kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah, sebaliknya dengan

pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat banyak mempengaruhi golongan

remaja dan pemikiran mereka.

Mereka terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang

lain yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat nasionalisme

terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan

pengaruh daripada barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring dengan peredaran
zaman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia

melarat. Semangat nasionalisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih

mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.

Kurang Menghayati Perjuangan Tokoh-Tokoh Tempatan

Generasi kini kurang menghayati semangat nasionalisme kerana mereka tidak merasai

kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan.

Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Malaysia kita yang aman dan

makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh

tempatan kurang dikenali di kalangan masyarakat walaupun telah banyak berjasa kepada

negara. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-

tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

Leka Dengan Lambakan Hiburan

Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang

menyeronokkan. Berhibur tidak menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga batas-batas

dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat

khususnya golongan remaja terbabit dengan pelbagai aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga

akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam diri mereka.

Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah

negara.

Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain

untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz


kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit

sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati dan

memahami semangat nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan negara, generasi muda

yang terdiri daripada golongan remaja seharusnya menanam semangat nasionalisme dalam

diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara

di persada dunia.

Nasionalisme Berasaskan Kaum

Malaysia umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Secara kasarnya

Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya

bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat nasionalisme

ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara.

Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua

adalah rakyat Malaysia. Kita seharusnya berbangga kerana walaupun dalam kepelbagaian

bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan

menghayati semangat nasionalisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat

mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan.

Pengaruh Media Cetak / Media Massa / Internet

Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media

massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah

terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa

mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang


berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu

tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum.

Mereka membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan

dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya

memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini supaya pihak yang tidak

bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa

dan media cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai

rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga

seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita, bukan hanya

setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak

langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat nasionalisme dalam

segenap masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai