Anda di halaman 1dari 163

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html#!/2012/05/patriotisme_08.

html Patriotisme Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.1[1] Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, memandangkan rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Meskipun negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, ini tidak bermakna semangat patriotisme tidak lagi penting bagi rakyatnya. Malah jika dikaji dengan lebih mendalam, semangat patriotisme amat penting pada masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi yang menuntut semangat patriotisme yang tinggi. Era globalisasi2[2] dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir anasir yang mampu merosakkan negara3[3]. Jangan kita membiarkan pemikiran rakyat dikuasai oleh sesuatu fahaman yang salah dan merugikan khususnya generasi muda. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neocolonialism dan melanjutkan agenda western imperialism ke atas negara membangun. Sejajar dengan kemajuan teknologi ini, negara membangun dipaksa supaya tunduk mengikut arahan dan mematuhi pandangan yang dikeluarkan oleh diktator barat yang angkuh dan sombong. Kecenderungan media barat melaporkan sesuatu mengikut kaca mata mereka yang bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat timur seperti meniup dan melaga-lagakan isu budaya, agama, hubungan kaum, demokrasi, kebebasan akhbar dan memperkecilkan pencapaian dan kejayaan masyarakat timur merupakan sesuatu yang mengecewakan. Malaysia menghadapi pelbagai ancaman negatif dan destruktif media barat serta ada kalanya kritikan dan laporan yang begitu menggugat dan memberi kesan buruk kepada kepimpinan negara. Majalah The Economist keluaran 5-11 April 2003 mengupas kepimpinan Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun tidak 1[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, Kertas Kerja Persidangan
Kebangsaan : Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8- 12 Oktober 2001, hlm. 1

2[2] Istilah globalisasi dikatakan pertama kali digunakan oleh Roland Robertson dalam tahun 1980-an.
Globalisasi ini boleh diertikan sebagai dunia tanpa sempadan. Sebagai contoh Margerat Thatcher pernah menggambarkan globalisasi sebagai There is no alternative TIN A yang cuba memberitahu dunia bahawa globalisasi akan melanda seluruh pelosok dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Untuk maklumat lanjut mengenai globalisasi. Lihat Noraini Othman dan S.K. Mandal , (pnyt) Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau mangsa?,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,2000

3[3] Media asing berperanan menjajah pemikiran masyarakat di negara membangun. Ini menyebabkan
masyarakat di negara membangun mudah terpengaruh dengan propaganda, laporan dan kritikan yang dibuat. Malah ada yang menyifatkan perang propaganda ini lebih hebat daripada perang ketenteraan dan persenjataan. Lihat Abd. Rahim Abd. Rashid, Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2004, hlm. 139-141

berjaya membawa banyak perubahan terutama dari segi kepimpinan yang bersifat authoritarianism. Tulisan dalam laporan ini mengandungi kritikan yang bersifat destruktif dan memburukkan imej kepimpinan Malaysia. Media barat juga menjadi dalang kepada berlakunya pelbagai masalah yang menyulitkan dan mengancam keharmonian negara seperti kebencian terhadap kerajaan, memburuk-burukkan kredibiliti kepimpinan negara dan sebagainya. Keadaan ini lebih genting lagi apabila kesedaran mengenai patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistik dan materialistik. Apabila rakyat tidak cintakan negara, mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan. Justeru itu, semangat patriotisme ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin. Peristiwa berdarah 13 Mei 19694[4] merupakan satu pengajaran kepada kita bahawa sekalipun negara telah 12 tahun mencapai kemerdekaan pada ketika peristiwa itu berlaku, kita masih menghadapi pelbagai kekangan untuk membentuk sebuah bangsa yang berjiwa Malaysia. Ini disebabkan Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, kepercayaan dan fahaman politik5[5]. Peristiwa hitam itu juga membuktikan bahawa kita masih gagal membentuk bangsa Malaysia yang tidak bersandarkan etnik dan kaum. Kefahaman dan semangat patriotisme generasi hari ini tidak sekuat semangat yang didukung oleh generasi sebelum merdeka. Ini kerana generasi sebelum merdeka hidup di bawah telunjuk imperialis, mereka terkongkong, tidak bebas dan menghadapi pelbagai sekatan daripada pihak penjajah British. Mereka mempunyai semangat patriotik yang meluap-luap dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kebebasan daripada kolonial British. Sebaliknya bagi generasi pasca-merdeka lebih memfokuskan ke arah usaha pengisian kemerdekaan yang menyebabkan mereka lalai dan lupa sejarah serta tidak pernah bersyukur bahawa segala nikmat yang dirasai hari ini adalah hasil perjuangan air mata dan darah serta pengorbanan wang ringgit pejuang terdahulu. 4[4] Ramai sarjana dan tokoh politik menulis tentang Peristiwa 13 Mei 1969, umpamanya Tunku (1969)
Sa-belum dan Sa-lepas 13 Mei; Slimming (1969) Malaysia: Death of a Democracy, Gagliano (1970) Communal violence in Malaysia 1969: the political aftermath; Goh Cheng Teik (1971) The May Thirteenth Incident and democracy in Malaysia; Comber (1983)13 May 1969: a Historical survey of Sino-Malay relations. Peristiwa pertumpahan darah itu terus menerus berlangsung sehingga 31 Julai 1969, barulah keadaan kembali normal. Angka rasmi kematian daripada peristiwa tersebut seramai 196 orang ,manakala jumlah kecederaan pula ialah 439 orang. Di samping itu seramai 9143 orang telah ditangkap dan 5561 telah dihadapkan ke mahkamah. Lihat Malaysia, The 13 May Tragedy: A Report of National Operation Council, Government Press, 1969, hlm. 88-92

5[5] Dari aspek politik Malaysia masih bersifat perkauman dan masih belum mencerminkan proses
pembinaan satu bangsa Malaysia.Seolah-olah mengambarkan kita takut untuk melepaskan tradisi lama yang masih mengongkong rakyat untuk menggabungkan diri dalam parti yang mewakili etnik atau kaum masing-masing, Hal ini terbukti bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional masih kekal dengan politik berasaskan perkauman.Begitu juga parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP. PAS umpamanya masih memperjuangkan negara Islam dan majoriti ahlinya adalah orang Melayu.Manakala DAP pula didominasikan oleh orang Cina yang memperjuangkan kepentingan orang Cina. Abdul Samad Ismail, Sahabat dan Seteru dalam Politik, Dewan Budaya 4 Jun 1999, hlm. 4

Malah kebimbangan ini pernah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad: Patriotisme semakin hilang di kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha-usaha pemupukan perlu dilakukan oleh orang-orang dewasa untuk menghidupkan dalam sanubari generasi muda tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan dan kesatuan arah-tuju negara.6[6]

Lebih malang lagi apabila para pelajar hari ini menganggap mata pelajaran sejarah tidak sepenting mata pelajaran sains dan matematik kerana tidak mempunyai nilai komersialnya. Sejarah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman oleh para pelajar zaman dan tidak begitu sesuai pada zaman millenium ini. Tanggapan seperti inilah yang perlu diperbetulkan oleh guru-guru, para pensyarah dan pemimpin negara agar kita tidak menjadi satu bangsa hanyut yang hanya tinggal nama sahaja kerana kesedaran sejarah adalah pra-syarat kepada patriotisme. Orang yang tidak mengetahui dan memahami sejarah, sukar menjiwai semangat patriotisme.

Perpaduan amat penting bagi negara Malaysia, ia tidak boleh diambil mudah sebaliknya kita seharusnya berusaha lebih gigih ke arah pemupukan perpaduan masyarakat dan negara yang berpaksikan identiti kebangsaan dan integrasi nasional. Walau bagaimanapun, dalam usaha memupuk semangat patriotisme ini perlu berhatihati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara7[7]. Malaysia masih menghadapi masalah pertubuhan yang bersifat perkauman. Ini juga menjadi faktor penghalang untuk proses perpaduan kebangsaan di negara ini. Kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan kaum telahpun wujud di Malaysia sejak zaman kolonial lagi seperti Malay Club, Chinese Club dan Indian Club atau Ceylonese Club. Sebahagian besar pertubuhan perkauman ini telah melangkaui batasan-batasan toleransi atau bertindak ekstrem demi memelihara kepentingan kaum sendiri. Meskipun pertubuhan ini tidak bermotifkan politik, namun tindakan mereka memperoleh sokongan yang kuat daripada etnik mereka sendiri. Sebagai contoh, pada

6[6] Ramlah Adam (penytg), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme, Melaka, 2004, hlm. 44

7[7] Malaysia kita , Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, hlm. 446

tahun 2001, hubungan antara kaum tergugat sedikit apabila Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu)8[8] telah mengemukakan tuntutan terbuka 83 perkara kepada kerajaan yang mana sebahagian daripadanya telah menyentuh isu-isu sensitif tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Rentetan daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)9[9] mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara yang menuntut Menteri Pelajaran berkuasa untuk menutup kesemua sekolah dan juga kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masing-masing dinaikkan kepada 70% dan 60% untuk pelajar bumiputera. GPMS juga menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan kepada Suqiu.10[10]
Salah satu kaedah yang sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia adalah kembali kepada sejarah. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan kita kepada negara. Dengan mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Malaysia memerlukan semua rakyatnya berjiwa patriotik yang tulen, rakyat yang sayang, kasih,dan cinta kepada pemimpin serta negara. Dengan berbalik kepada sejarah pembinaan negara dan bangsa, rakyat Malaysia akan lebih mengenali dan memahami asal-usul bangsa. Perkara ini sering ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir, beliau berpendapat sesuatu bangsa itu perlu sensitif terhadap perkembangan semasa di serata dunia untuk membandingkan dengan sejarah silam di negaranya sendiri dan sejarah silam di seluruh alam. Dengan cara ini sejarah akan menjadi cermin perjuangan11[11]. Dengan mengetahui dan memahami sejarah tanah air, akan membolehkan sesuatu bangsa menganalisis segala kelemahan dan kemungkinan yang akan terjadi. Sejarah juga akan membantu sesuatu bangsa menentukan gaya, cara dan merangka masa yang paling sesuai untuk melaksanakan segala 8[8] Presidennya ialah Encik Quek Suan Hiong. Beliau merupakan Presiden kepada Dong Jiao Zong
(nama kolektif bagi dua badan peringkat nasional iaitu Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Berita Harian 7 Januari 2001hlm. 2

9[9] GPMS ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 . Ketika itu di bawah pimpinan Presidennya Datuk Suhaimi
Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Benta, Pahang.

10[10] Ramlan Abd. Wahab, Integrasi Nasional semakin tercabar, Dewan Masyarakat, Mac 2001 hlm. 13 11[11] Mahathir Mohamad, Cermin Perjuangan Bangsa Malaysia dlm Patriotisme Malaysia Penangkis
Neoimperialisme, Kuala Lumpur, Utusan Publication Sdn. Bhd. 2005, hlm. 6

strategi yang telah direncanakan secara halus dan teliti, demi keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kecemerlangan pada hari muka. Semestinya kita mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku pada zaman lampau dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli sejarah yang telah memberi sumbangan dalam penulisan sejarah negara kita. Perkara ini ditegaskan oleh George Santayana ahli fikir Barat bahawa Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.12[12]

2.1 Definisi Patriotisme

Dalam negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, semangat patriotisme sangatlah penting bagi memastikan negara dan rakyatnya berada dalam suasana aman, harmoni dan stabil serta dapat menikmati kekayaan di bumi bertuah ini secara adil. Patriotisme berperanan penting dalam pembentukan bangsa Malaysia. Ia juga penting untuk mengukuhkan ketahanan nasional. Ini kerana patriotisme adalah semangat kenegaraan yang melangkaui batas-batas bangsa, agama, bahasa dan budaya. Semestinya patriotisme ini lebih mudah diterima oleh rakyat yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti Malaysia. Istilah patriotisme hanya mula digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990an. Sebelum ini, bagi menggambarkan patriotisme kebanyakan ahli akademik, sejarawan dan tokoh-tokoh politik kerap menggunakan istilah kewarganegaraan dan cintakan negara. Istilah patriotisme berasal dari perkataan patriot yang bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara atau pembela negara. Patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap

12[12] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan, Kertas Kerja Persidangan
Kebangsaan: Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8-12 Oktober 2001, hlm. 2

negara.13[13] Istilah patriotisme dikatakan berasal daripada bahasa Latin iaitu Patriota dan patriote dalam bahasa Perancis dan patriot dalam bahasa Greek yang membawa pengertian individu yang mencintai negara sehinggakan sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan dan berpanjangan. Manakala isme pula merujuk kepada fahaman, perasaan dan juga semangat. Cantuman dua rangkai kata ini akhirnya telah melahirkan satu istilah baru dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu bagi menggambarkan semangat dan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada musuh.14[14] Manakala menurut Webster, 1990; love of country or devotion to the welfare of ones country. Those who are loved their country simply because it is their country because it is the birth place and the mansion of their father. Selain daripada itu, beberapa definisi patriotisme telah diberikan berdasarkan kepada pandangan Barat seperti Bertrand Russel yang mengatakan patriotism is the willingness to kill and be killed for triviak reasons.15[15] Bernard Shaw pula menyatakan patriotism is the conviction that this country is superior to all other countries because you were born in it16[16]. Jika kita merujuk kepada Kamus Webster istilah patriotisme telah didefinisikan sebagai love of country, devotion to welfare of ones country: The virtues and actions of a patriot, the passion which inspires one to serve ones country.17[17] Manakala menurut Walter memberikan definisi patriotisme sebagai those who are love their country simply because it is because it is their country because it is the birthplace and the mansion of their father. Menurut Idris Mohd. Noor, patriotisme telah difahamkan sebagai satu bentuk penerimaan, pengamalan dan keupayaan untuk mempertahankan sesuatu asas atau pokok yang menjadi dasar

13[13] ________,Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm.
987

14[14] ________,The Concise Oxford Dictionary, Ninth Edition, Oxford University Press, United States of
America, 1995, hlm. 1002

15[15] Maharoom Mahmood, Penerapan unsur patriotisme dalam kursus pendidikan negara bangsa,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Ogos 2000, hlm.1

16[16] Ibid, hlm. 1 17[17] Ibid,hlm. 1

negara.18[18] Dengan ini dapat difahami bahawa patriotisme adalah satu bentuk perasaan kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap negara sehinggakan sanggup mempertahankan kedaulatan dan maruah negara daripada individu yang dianggap sebagai pembelot negara. Menurut Mohd. Taib Osman, patriotisme adalah perasaan, sikap, world-view serta nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Perasaan seperti cinta, kasih dan menghormati terhadap objek yang ditujukan. Sikap pula difahamkan sebagai perlakuan yang positif seperti sanggup berkorban terhadap sesuatu atau menyanjung tinggi terhadapnya. World-view pula ialah pandangan hidup bahawa negara itu melindungi hak-hak warganegara, iaitu sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Nilai diertikan sebagai satu pertimbangan yang tinggi lagi positif terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan tanahair.19[19] Patriotisme juga dilihat sebagai sesuatu yang abstrak dan mempunyai nilainilai dalaman yang berkaitan dengan perasaan dan emosi seseorang. Professor Nik Anuar Nik Mahmud mentakrifkan patriotisme sebagai kesetiaan dan ketaatan sesorang kepada negaranya sendiri, apabila segala amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme. Patriotisme itu adalah sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme yang ada pada diri seseorang itu dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku atau perbuatan seseorang itu20[20]. Menurut Saifuddin Abdullah dari Majlis Belia Malaysia, patriotisme merupakan sesuatu yang amat besar dan ia bukan sekadar semangat, bukan isu politik mahupun gimik kerana ia melibatkan setiap dan seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana patriotisme melibatkan aspek-aspek yang meliputi keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia.21[21]Patriotisme juga boleh dimaksudkan sebagai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara khasnya apabila berhadapan dengan individu yang dianggap pembelot negara tanpa tolak-ansur. Istilah ini juga sering dikaitkan

18[18] Idris Mohd. Noor, Erti Kemerdekaan: Cabaran dan Halangan Generasi Masa Kini dan akan
datang, Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2001, hlm. 2-3

19[19] Mohd. Taib Osman, Patriotisme Ala Malaysia dlm Journal IKSEP, Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme, Melaka, 1998, hlm. 1

20[20] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, hlm. 1 21[21] Saifuddin Abdullah, Patriotisme Alaf Baru, Kertas kerja Seminar Kongres Patriotisme Negara,
Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) pada 24-26 Oktober 2002 anjuran Universiti Utara Malaysia dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, hlm. 1

dengan kemerdekaan dan kebebasan. Seseorang itu akan dianggap patriot apabila mempunyai perasaan cinta, sentiasa menyokong negara dan mempertahankan negara secara berterusan dan berpanjangan.22[22] Berdasarkan beberapa definisi yang diberikan di atas, penulis dapat mendefinisikan patriotisme sebagai semangat cintakan tanahair dan berbangga sebagai warganegara merdeka di atas tempat kelahiran yang sama di bumi Malaysia. Islam merupakan agama yang syumul dan sudah pastinya patriotisme dapat dilihat sebagai sesuatu yang baik. Perpaduan merupakan senjata penting bagi sesuatu ummah, lebih-lebih lagi bagi bangsa Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbagai etnik dan keturunan. Kesatuan dan perpaduan yang dibina atas asas-asas ini melangkaui sempadan bangsa atau keturunan, malah sempadan geografi. Segala perbezaan bahasa dan pertuturan serta warna kulit akan tenggelam dalam perpaduan yang bersifat global ini. Nikmat perpaduan ini diperingatkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: Dan ingatlah nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas kamu ketika mana kamu dahulunya bermusuhmusuhan, lalu Allah menjinakkan hati-hati sesama kamu, justeru dengan nikmatNya itu kamu manjadi insan-insan yang bersaudara.

Bangsa yang selalu berpecah dan bermusuh sesama sendiri lebih mudah bagi mana-mana musuh hendak memusnahkannya. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud: Janganlah kamu berbantah-bantah (berpecah-belah) nescaya kamu akan lemah, hilangkan kekuatan kamu23[23]

Perpecahan pasti timbul di kalangan masyarakat apabila mereka mempunyai matlamat kehidupan yang berbeza. Perbezaan pendapat di kalangan manusia memang tidak dapat dielakkan24[24].

22[22] http://www.25.brinkster.com/web.ht/btn.asp?lokasi =2&menuId=2 23[23]Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm. 16.

24[24]Ibid.

Itulah lambang keistimewaan akal yang dikurniakan kepada kita. Perbezaan inilah yang melahirkan kehidupan. Tetapi perbezaan pendapat mesti selari dengan asas yang ditetapkan oleh perlembagaan25[25] yang menjadi rujukan kita. Sebarang idea yang bercanggah dan tidak selari dengan perlembagaan mesti ditolak dan dikesampingkan. Malah dua hadith Nabi s.a.w di bawah ini menjelaskan lagi bahawa Islam menganjurkan perpaduan bukan keganasan sebagaimana dilabelkan oleh pihak yang bersikap anti-Islam. Nabi bersabda yang bermaksud: Bersatu membawa rahmat dan berpecah mengundang seksa Sabda Nabi lagi yang bermaksud: Adakah kamu mengetahui amalan yang fadhilatnya lebih baik daripada darjat puasa dan sholat? Sahabat menjawab Ya. Nabi s.a.w bersabda: Menyelesaikan permusuhan dan berusaha mewujudkan perpaduan kerana sesungguhya kemusnahan ikatan mesra di kalangan masyarakat itu boleh mengundang kebinasaan.

Ajaran Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mempunyai semangat cintakan tanahair dan di dalam konteks Islam ia sering dikaitkan dengan watan. Ini dapat dirujuk berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa cintakan tanahair merupakan sebahagian daripada keimanan.26[26] Dalam hadith ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam tidak melarang umatnya berkelompok dan bersatu untuk mempertahankan negara tetapi tindakan yang diambil haruslah berlandaskan kepada hukum syarak yang telah ditetapkan. Patriot ialah orang yang memperjuang dan mempertahankan kebebasan dan hak tanahair kerana sayangkannya. Setiap patriot perlu menjaga harga diri, kehormatan, ada maruah dan mempunyai rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ciri-ciri patriotisme. Sifat-sifat lain yang sering dikaitkan dengan seseorang patriot ialah mempunyai semangat keperwiraan, keberanian, kepahlawanan dan kependekaran serta mempunyai rasa cinta kepada keluarga, bangsa dan tanahair. Patriot juga digambarkan seseorang yang mempunyai cita-

25[25]Ibid., hlm. 17. 26[26]Buyong Adil, 1951, Sejarah Alam Melayu, Malaya Publishing House Ltd., Singapura, Jilid IV, hlm. 106.

cita untuk berjaya, berprinsip dan berpendirian tegas.27[27] Patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap negara. Dalam bahasa Melayu biasanya disebut cintakan negara. Dalam bahasa Arab patriotisme disebut wataniyyah bermaksud cintakan negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Sehinggakan seorang ulama Patani; Syeikh Daud bin Abdullah pernah menyatakan bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing adalah fardhu ain28[28]. Ini bermakna kita wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau luar negara. Perpecahan merupakan tajaan para pendurhaka kepada negara apabila mereka melakukan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada persengketaan. Justeru itu, kumpulan petualang ini perlu diingatkan supaya kembali sedar akibat daripada tindakan buruk mereka itu kepada negara. Patriotisme mempunyai perbezaan dengan apa yang dikatakan dengan perpaduan dan integrasi nasional29[29]. Ini kerana patriotisme merupakan tonggak utama kepada kewujudan perpaduan mahupun integrasi nasional. Perpaduan dan integrasi nasional boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Patriotisme pula dapat dirumuskan secara keseluruhan sebagai satu semangat cintakan negara dan taat setia kepada negara tanpa wujudnya batasan terutamanya daripada aspek perkauman dan juga kebudayaan yang berbeza. Patriotisme juga adalah suatu ideologi atau sesuatu kumpulan sikap dan kepercayaan yang merujuk kepada kasih sayang dan ketaatan individu kepada negara mereka.

2.2 Patriotisme Dari Sudut Pandangan Malaysia Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, patriotisme merupakan satu perkara yang sering dikaitkan dengan perpaduan serta keharmonian negara. Ini kerana tiadanya patriotisme maka segala dasar yang dibentuk dan diwar-warkan oleh kerajaan tidak akan terhasil. Perpaduan dan keharmonian negara hanya akan terbentuk sekiranya lahir semangat patriotisme di dalam jiwa 27[27]Buyong Adil, 1951, Sejarah Alam Melayu , hlm. 12. Buyong Adil, Sejarah Alam
Melayu, Malaya Publishing House Ltd., Singapura, Jilid IV, hlm. 12.

28[28]Buyong Adil, 1972, Sejarah Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
hlm. 14.

29[29]Ibid., hlm. 15.

setiap warganegara Malaysia. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perpaduan, keharmonian dan juga semangat nasionalisme merupakan jantung kepada patriotisme. Menyedari hakikat mengenai kepentingan semangat ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan begitu aktif mengadakan programprogram yang dikatakan dapat membantu menanam semangat cintakan negara. Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan tegas mengatakan bahawa jika sekali merdeka tidak pasti selama-lamanya akan merdeka. Malaysia perlu bersedia untuk mengelakkan diri daripada bentuk penjajahan baru melalui konsep yang diperkenalkan oleh Barat yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menjajah dan menakluki apa yang dimiliki oleh orang lain. Beliau turut menyatakan bahawa patriotisme perlu ada pada setiap warganegara dan perlulah ditonjolkan melalui sikap seperti berdisiplin.30[30] Tun Dr. Mahathir menyeru semua rakyat agar berdisiplin bagi membentuk satu pasukan yang mantap untuk mempertahankan negara dalam memajukan negara. Semangat dan keberanian perlulah bertempat dan bukannya semata-mata berani tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada negara. Apa yang difahamkan di sini ialah semangat juang dan keberanian setiap warganegara perlulah berada di landasan yang betul dan bukan melulu tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. Setakat ini patriotisme sering digambarkan sebagai sesuatu yang mulia dan satu pegangan yang positif sehingga melahirkan satu slogan yang ditampilkan sebagai merujuk kepada patriotisme iaitu right or wrong, my country atau benar atau salah negeriku. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai pegangan yang sebegitu kerana pegangan ini akhirnya akan merosakkan negara. Oleh itu, saranan pemimpin Malaysia agar patriotisme yang disemai perlulah ada landasan yang sesuai. Dalam mewujudkan semangat cintakan negara kata-kata John F. Kennedy kepada rakyat Amerika boleh dijadikan panduan kepada kita. Kata-katanya berbunyi jangan fikirkan sangat apa yang negeri boleh manfaatkan kita tetapi fikirkanlah bagaimana kita boleh menyumbang kepada kebaikannya.

Semangat patriotisme yang perlu ada pada rakyat Malaysia bukanlah seperti semangat asssabiyah31[31] yang tidak wajar. Oleh sebab itu, dalam memperjuangkan pemupukan semangat

30[30]Ibid., hlm. 17. 31[31]Buyong Adil, 1983, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, hlm. VII.

ini perlulah berhati-hati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara. Semenjak tahun 1957 lagi kerajaan Malaysia telah mengutamakan proses pembangunan dan pembinaan negara agar masyarakat mempunyai semangat dan identiti kebangsaan yang tersendiri dan benar-benar bercorak Malaysia. Patriotisme pada pandangan Malaysia bukanlah di dalam ruang lingkup yang sempit tetapi patriotisme yang dapat membina sebuah negara bangsa yang utuh. Patriotisme Malaysia tidak hanya dilambangkan melalui perlambangan bendera, jata negara atau logo semata-mata tetapi patriotisme Malaysia perlulah mempunyai nilai-nilai estetika yang murni serta berlandaskan kepada Rukunegara32[32], Perlembagaan Negara dan ajaran agama yang menjadi pegangan kaum masing-masing. Untuk mengejar cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, damai di samping mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan juga sosialnya seperti yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 202033[33] diperkenalkan. Demi mencapai cita-cita yang murni ini, didapati cabaran yang paling rumit untuk diharungi ialah cabaran yang pertama iaitu : Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilyah dan kelompokkelompok etniknya, menikmati kehiduapan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.34[34]

Dalam cabaran tersebut, mendapati bersatu padu atau perpaduan yang dimaksudkan di atas bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah tetapi lebih dari itu. Negara Malaysia yang bersatu padu itu mestilah dicirikan oleh kesejahteraan rakyatnya yang bersama-sama menikmati kehidupan yang aman dan persamaan hak serta keadilan. Hanya apabila

32[32]Ibid., hlm. VIII.

33[33]Buyong Adil, Sejarah Alam Melayu , hlm. 5. 34[34] Zurinah Hassan, Huraian 9 Cabaran Wawasan 2020, Shah Alam, Penerbitan Pewarna 1994, hln.
1-9

kesejahteraan hidup ini dicapai barulah proses pembentukan satu Bangsa Malaysia35[35] yang taat setia dan sanggup mengabdikan diri terhadap negara dan bangsa tersebut dapat menjadi realiti. Justeru itu, dalam melahirkan sebuah negara yang mantap semangat cintakan negara adalah lebih penting daripada semangat perkauman atau individualistik. Hasrat kerajaan Malaysia untuk mewujudkan bangsa Malaysia adalah satu langkah yang bijak. Dalam pada itu, perpaduan merupakan asas utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, segala cabaran Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu kesemuanya menekankan soal-soal perpaduan termasuklah aspek negara bangsa, identiti, sikap dan pendirian positif yang perlu ditanam pada setiap hati sanubari warga Malaysia. Wawasan 2020 juga membuka ruang yang lebih luas dan jelas untuk menghindari sebarang sejarah hitam seperti 13 Mei 1969 agar tidak berulang kembali. Malahan jika dinilai semula, Wawasan 2020 yang murni ini menggalakkan masyarakat yang berbilang kaum supaya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap perpaduan nasional. Ini adalah penting untuk memastikan cita-cita pembinaan sebuah negara bangsa dan mengukuhkan struktur sosio-budaya negara tercapai dengan jayanya. Patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Soal bangsa adalah sinonim dengan soal negara, oleh itu soal ketuanan Melayu menjadi tonggok kepada negara. Ketuanan Melayu merupakan satu konsep nasionalisme yang memerlukan satu kerangka bagi menonjol dan mendaulatkan Melayu sebagai satu bangsa yang mencorakkan negara. Soal-soal kemelayuan adalah lambang adalah identiti bagi negara. Meskipun ada bangsa-bangsa lain yang diberi tempat dan dibawa berkongsi dalam hal-hal kenegaraan, tetapi ia perlu bernaung di bawah panji-panji Melayu. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan segenap lapisan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar adalah satu tanggungjawab rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang amat penting. Unsur ini perlu ditanam di kalangan generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Nilai patriotisme seperti kesetiaan,

35[35] Tun Dr. Mahathir mentakrifkan bangsa Malaysia sebagai penduduk yang dapat menyatukan diri
mereka dengan negeri ini, bertutur dalam bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dan menerima Perlembagaan Negara. Mandal S.K., Bahasa Inggeris dan keperibadian nasional, Pemikir, JulaiSept.1998, hlm. 65

keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Satu rangka bagi membangunkan semangat patriotisme perlu dilakukan melalui dasar pembangunan manusia, ekonomi, politik, sukan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisme. Nasionalisme dalam konteks ini merupakan satu langkah bagi menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa.

2.3 Unsur-unsur Patriotisme

Apabila memperkatakan tentang patriotisme ia merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya sesorang individu tersebut mempunyai ciri-ciri36[36] yang dinyatakan maka ia bolehlah dikatakan mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme yang ada di dalam diri setiap individu.

a. Berbangga sebagai rakyat Malaysia Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam di kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang dikatakan patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat melalui perlakuan, tingkahlaku atau perbuatan seseorang. Sebagai contoh kita boleh menunjukkan perlakuan menghormati raja dan pemimpin negara. Selain itu bagi menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia boleh ditunjukkan melalui cara menghormati lambang-lambang atau simbol-simbol negara seperti bendera negara atau negeri, jata negara, dan lagu kebangsaan atau negeri.

36[36] Penulis mengambil ciri-ciri patriotisme ini kerana ia dilihat begitu signifikan dalam usaha kerajaan
menerusi Kementerian Pelajaran yang menyemai, memupuk semangat patriotisme kepada para pelajar di peringkat sekolah. Lihat Maharoom Mahmood, Penerapan Unsur Patriotisme di Sekolah Rendah dn Menengah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000, hlm. 2-3

Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah dengan cara memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini tentang peri pentingnya kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan dengan sejarah, bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi hari ini tidak dapat mengecapi erti nikmat kemerdekaan. Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis Barat37[37].

b. Bersemangat Setia Negara Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting di dalam memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan kemerdekaan.38[38] Raja berpelembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat 37[37] _______________, Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Buletin IKSEP, Institut
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, Julai-Dis 2001, hln. 12-13

38[38] Razak Yahya, Chorak Perlembagaan Malaysia, Penerbitan Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,
1967, hln. 2

Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja amatlah penting terutamanya untuk maksud perpaduan negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai sistem raja berpelembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mendokong Perlembagaan Negara dan mendokong institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan yang cukup istimewa. Fasal (1) Perkara 32 memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan sesuka hati39[39]. Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh.40[40] Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita.

c. Bersemangat Kekitaan Semanagat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Bersemangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti sesebuah negara keamanan dan kemajuan negara merupakan perkara yang penting. Lantaran itu, kehidupan masyarakat yang bersatu padu, harmoni, bertolak ansur, bekerjasama,

39[39] Syed Hussin Ali, Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan, Vinlin Press Sdn. Bhd, Petaling Jaya,
1993, hlm. 95

40[40] http://members.tripod.com/skypin/umum/uma.html

bersefahaman dan bermuafakat merupakan asas kepada semangat kekitaan. Dasar kebudayaan Kebangsaan, Kempen Kejiranan dan Masyarakat Penyayang merupakan usaha-usaha murni yang perlu diberi perhatian dalam membentuk sebuah masyarakat yang unggul.

d. Berdisiplin Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks membentuk perpaduan di kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan setiap warganegara tidak akan menerima keistimewaan dari segi perundangan sekiranya melakukan kesalahan.

e. Berusaha dan Produktif Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah neagra perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah, sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigama terhadap sikap dan nilai daripada hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikapsikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang baru melalui proses R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Justeru itu, sekiranya wujud perasaaan patriotisme yang jitu di

kalangan rakyat Malaysia memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah membangunkan dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju. Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bekerja kuat demi untuk memartabatkan maruah negara: Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan bekerja dengan rajin, buka sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.41[41]

f. Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri Untuk menjadi satu bangsa yang kuat dan disegani, masyarakat Malaysia hendaklah memiliki ilmu dalam segala bidang. Malah faktor penentu kejayaan kita ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 ialah penguasaan ilmu. Justeru sebagai seorang warganegara yang patriotik seharusnya kita menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, pekerja yang berilmu dan kewujudan budaya ilmu dalam masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat Malaysia bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu dunia. Perkara ini ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapan beliau: Justeru itu, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan pemerolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara membuta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain.42[42]

Menuntut ilmu bagi tujuan mengukuhkan ummah adalah suatu jihad. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan

41[41] Ramlah Adam (penyt), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme, 2004, hlm. 54

42[42] Mahathir Mohamad, Ucapan Perdana, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2002, hlm. 12

musuh. Tanpa ilmu pengetahuan, pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Malah agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu seperti dalam surah alMujahadah ayat 11: Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan kamu43[43] Kepentingan untuk menambah atau meningkatkan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu pernah ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di mana berliau berkata Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Selari dengan semangat sayang dan cintakan negara setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai rasa ingin tahu terhadap isu-isu yang berlaku di dalam atau di luar negeri. Tahap kepekaan yang tinggi sudah tentu dapat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Sebagai contoh kekejaman dan serangan tentera Israel ke atas Lubnan yang telah mengorban ratusan nyawa yang tidak berdosa telah menuntut negara-negara Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman tentera zionis itu. Perasaan simpati dan sedih terhadap mangsa peperangan yang entah bila selesainya itu dapat dijadikan iktibar bahawa setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan warna kulit mesti mempunyai kewajipan untuk mempertahankan negara daripada ancaman pihak yang tidak bertangungjawab.

Posted 8th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

Add a commentLoad more

AZMAN SHARIF

43[43] H. Oemar Bakty, Surah Al-Mujaadalah (Mengajukan Perkara) ayat 11 dlm Tafsir Rahmat

BLOG SEJARAH PENDIDIKAN


Classic Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide

BERITA UTAMA ORGANISASI SEJARAH PMR SEJARAH SPM GAMBAR-GAMBAR PAUTAN

1.
May 19 Haji Buyong Adil -Sejarawan Dua Zaman

Penentangan orang Melayu terhadap orang-orang Siam, Portugis, Belanda dan Inggeris yang datang hendak menjajah ke negerinegeri Melayu itulah yang diceritakan dalam buku ini dengan tujuan semoga janganlah hendaknya ada orang yang memikirkan bahawa orang Melayu itu suatu bangsa yang begitu mudah dijajah oleh bangsa asing. Dan penentangan orang Melayu terhadap penjajahan bangsa asing yang disebutkan dalam buku ini, tiadalah dimasukkan orang Melayu di Kepulauan Melayu (Indonesia sekarang), kerana jika dimasukkan pula kisah

penentangan orang-orang Melayu di sana terhadap penjajahan bangsa asing, buku ini akan menjadi sebuah buku yang tebal.

Semoga khidmat pejuang-pejuang Melayu menentang penjajahan bangsa asing pada zaman yang silam itu tinggal menjadi kenangan megah kepada bangsa Melayu sepanjang abad.

Haji Buyong bin Adil (Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19) Pengenalan Nama Haji Buyong Adil memang sudah terkenal dalam bidang penghasilan perkembangan pensejarahan Malaysia. Beliau merupakan seorang sejarawan yang prolifik pada zamannya dan sumbangan serta penglibatan beliau di dalam penghasilan karya-karya sejarah yang bermutu sentiasa menjadi sebutan para pencinta dan pengkaji sejarah hingga kini. Apa yang menarik, pembabitan beliau dalam bidang ini adalah dalam tempoh yang agak lama dan dikenali sebagai seorang penulis yang berada di dalam dua zaman, iaitu zaman sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua. Nama sebenar beliau ialah Hj. Yusof bin Adil. Beliau telah dilahirkan pada 27 haribulan Januari 1907 di Bandar Teluk Anson, Perak.44[1] Anak kepada seorang peniaga ini telah menunaikan fardhu haji di kota Mekah pada tahun 1963. Nama Buyong Adil muncul apabila bapa saudaranya yang tidak mengetahui nama sebenarnya telah mendaftarkan beliau dengan nama sedemikian ketika hendak memasuki alam persekolahan. Beliau

44[1] CAB 98/41, CMB (44) 4 :Draft of a directive on policy in Malaya : Memorandun by mr.
Stanley for War Cabinet Comitee on Malaya and Borneo bertarikh 15 Jan. 1944, hal. 70

lulus Darjah V (darjah tertinggi di sekolah Melayu ketika itu) di Sekolah Melayu Laki-laki Teluk Anson (kini Teluk Intan) pada tahun 1918. Beliau kemudiannya bertugas sebagai seorang guru pelatih di Sekolah Melayu Teluk Anson. Seterusnya beliau pernah menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan dari tahun 1928 hingga 1941 telah bertugas sebagai pensyarah di situ. Pada awal tahun 1942 ketika pihak Jepun telah menguasai keseluruhan Tanah Melayu, beliau bertukar kerja menjadi Kerani Melayu di Pejabat Pelajaran Perak Selatan di pekan Teluk Anson. Beliau turut dilantik sebagai pegawai Giyutai, berpangkat Leftenan, pasukan sukarelawan bagi pihak Jepun yang terdiri dari orang-orang tempatan di Teluk Anson. Setelah tamat menerima latihan dari pihak Jepun, pasukan ini telah ditugaskan untuk melatih ahli-ahli di dalam kumpulan-kumpulan giyutai yang lain.45[2] Tugas utama mereka ialah mengajarkan bahasa dan tulisan Jepun kepada ahli-ahli giyutai itu.46[3] Setelah lebih kurang tiga tahun menjadi pegawai giyutai di Teluk Anson itu, kirakira dalam pertengahan tahun 1945 Buyong Adil telah dihantar oleh pihak tentera Jepun untuk belajar di sekolah perguruan tinggi Jepun, iaitu Jokyo Shihan Gakko, yang terletak di Kajang, Selangor.47[4] Beliau dihantar ke sekolah itu

45[2] Selepas Perang Dunia kedua, semangat perjuangan Melayu telah diasaskan dan menjelma
apabila orang Melayu berjuang menentang Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu). Menerusi persatuan-persatuan Melayu yang bergabung dalam Kongres Melayu SeMalaya, kemudiannya menerusi UMNO. Terdapat sekurang-kurangnya 2 cara perjuangan orang Melayu pada masa itu cara UMNO dan cara PKMM. Silat lihat Zainal Abidin Wahid ; Semangat Perjuangan Malayu, dalam Jebat Bil. 7/8 (1977-1978) hal. 1- 9.

46[3] E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula: 1860-1910, Singapore : 1969, hal: 234 47[4] CO 537/ 2144, no 318 hal. 371 dalam [Dato Onn] : inward savingram no. 52 from Sir E
Gentto Mr. Creech Jones bertarikh 17 Dis. 1947.

untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bahasa Jepun. Walau bagaimanapun kira-kira hanya empat bulan sahaja Buyong Adil berada di Kajang, pihak Jepun telah menyerah kalah kepada pihak Berikat. Berikutan dengan kekalahan pihak Jepun, Buyong Adil berserta pelajar-pelajar lain telah diarahkan kembali ke negeri masing-masing.

Setelah kembali semula ke Perak, Buyong Adil telah dilantik sebagai guru besar di sebuah sekolah Melayu di Ipoh. Buyong Adil bersetuju dengan tawaran itu dan dengan persetujuan Hicks, Nazir sekolah-sekolah di Perak, beliau kemudiannya menamakan sekolah itu sebagai Central Malay School.48[5] Di samping menjadi guru besar, Buyong Adil juga turut bergiat secara aktif di dalam pertubuhan `Perikatan Melayu Perak yang kemudian ditukarkan namanya menjadi UMNO Cawangan Negeri Perak, diketuai oleh Tuan Haji Abdul Wahab, Datuk Panglima Bukit Gantang.49[6] Beliau telah dilantik menjadi Pegawai Penerangannya dan sesuai dengan jawatan itu beliau sentiasa pergi ke

48[5] Ramlah Adam, Dato Onn bolehlah dikatakan berketurunan pembesar-pembesar Melaka
dan Pahang. Moyang lelakinya berasal daripada Bendahara Tepok Melaka iaitu Bendahara terakhir di waktu Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Manakala moyangnya perempuannya yang bernama Che Burok adalah anak Orang Kaya Semantan, Pahang.Dengan itu keluarga Dato Onn adalah orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu Lihat Ramlah Adam, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur :1997, hal : 118.

49[6] Lawatan Sultan Abu Bakar ke England pertama kalinya dibuat pada bulan Mac 1866. Kemudian baginda melawat Austria, Perancis, Jerman, Switzerland dan Turki. Baginda mangkat pada 4 Jun 1895 di England . Fawzi Basri dan Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-1840, Satu Perbandingan Pelbagai Aspek, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1978, hal. 34-36
Di samping itu juga Dato Jaafar adalah bapa mertua kepada Sultan Ibrahim Johor. Kerana anaknya Che Dara menjadi isteri Sultan Ibrahim yang ketiga. Dato Onn telah dihantar ke England bersama-sama anak-anak Sultan Ibrahim iaitu Tengku Ismail, Tengku Abu Bakar dan Tengku Ahmad. Dato Onn telah dibesarkan sebagai seorang anak kelas atasan.. lihat Ramlah Adam, Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur :1997, hal : 118.

beberapa tempat di negeri Perak memberikan penerangan dan syarahansyarahan mengenai UMNO. Dalam pada itu, beliau juga telah ditugaskan menjadi Pengarang majalah Tenaga iaitu suara rasmi UMNO cawangan negeri Perak. Beliau menyandang jawatan pengarang majalah Tenaga ini hingga ke tahun 1948.

Setelah lebih kurang 4 tahun berkhidmat sebagai pendidik serta berkecimpung dan bergiat dalam politik Perak, Buyong Adil kemudiannya telah dipindahkan pula oleh E.C. Hicks ke Singapura sebagai Ketua Siaran Radio ke sekolah-sekolah Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, mulai 1hb. Mac, 1950.50[7] Dalam tempoh ini juga beliau telah menulis beberapa buah buku serta menterjemah beberapa buah karya asing untuk bacaan di peringkat kanakkanak.51[8] Beliau juga telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mulai tahun 1957, beliau juga menjadi anggota Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil telah bersara dari perkhidmatan kerajaan (kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura) dengan menamatkan tugasnya sebagai Ketua Siaran Radio ke sekolah-sekolah Melayu mulai 26hb. Jan.

50[7] Anwar Abdullah, Biografi DatoOnn, Kuala Lumpur, Pustaka Antara : Kuala Lumpur, 1971,
hal: 5

51[8] W.R.Roff ,The Origin of Malay Nationalism, Singapura, University of Malaya Press, 1967,
hal. 168

1962.52[9] Pada bulan April tahun yang sama, beliau telah menjawat pula jawatan sebagai Ketua Bahagian Penerbitan buku-buku utusan Melayu Press Limited, yang beribu pejabat di Singapura. Tapi jawatan ini hanya dipegang selama dua bulan sahaja kerana mulai bulan September tahun itu, beliau telah menyertai Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan Singapura sebagai Pengarang Bahagian Melayu. Pada masa bertugas di sini, Buyong Adil juga sempat menghasilkan sebuah buku iaitu 62 Pelajaran Bahasa Kebangsaan (1963). Pada tahun 1963 juga, Buyong Adil telah menunaikan fardhu haji di Mekah dan sejak itu beliau juga dikenali sebagai Haji Buyong bin Adil.53[10] Pada 3hb. Jun, 1963, Buyong Adil telah dianugerahkan Bintang Bakti Masyarakat (The Public Star Service) oleh kerajaan Singapura sebagai mengenangkan jasa-jasa yang telah beliau curahkan kepada negeri itu.54[11] Majlis penganugerahan itu telah diadakan di Istana Negara Singapura. Selepas menamatkan tugasnya di Dewan Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan Sinapura pada bulan Januari 1964, setelah beliau berhenti dari jawatan itu, beliau telah dilantik pula oleh kerajaan Singapura sebagai salah seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan jawatan ini telah disandangnya hingga tahun 1969.55[12] Dalam pada itu beliau tetap meneruskan kegiatan penulisannya dengan menyusun dan mengarang beberapa buah buku sejarah negeri-negeri di tanahair, iaitu Johor, Selangor,

52[9] Ramlah Adam, hal. 120 53[10] Ramlah Adam, hal. 121 54[11] CO 825/42/3, no.28. dalam [Directives on policy]: letter (reply) from Admiral Mountbatten
to Mr. Stanley bertarikh 6 Sept. 1944, hal. 86

55[12] W.R. Roff, hal. 168

Perak dan Pahang.56[13] Setelah tamat perkhidmatannya sebagai anggota Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Singapura, Buyong Adil telah terus menetap di republik tersebut. Namun mulai pertengahan tahun 1970, Buyong Adil sentiasa pula berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur kerana membantu Senu Abdul Rahman, yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO Malaysia, menyusun dan menerbitkan sebuah buku yang berjudul Revolusi Mental.57[14] Tatkala dalam urusan tersebutlah beliau telah berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tun Abdul Razak dan hasil pertemuan itu juga, Tun Abdul Razak telah membayangkan kepada beliau supaya bekerja di Kuala Lumpur untuk lebih memudahkan beliau menyiapkan buku-buku sejarahnya. Berikutnya beliau telah dilantik sebagai Penyelidik Sejarah. Tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Buyong Adil di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, mulai 1hb. Januari, 1971.58[15] Semenjak itu bermulalah tugasnya secara khusus untuk menulis buku-buku sejarah tanahair.59[16] Pada tahun 1971, dua buah karya sejarah beliau iaitu Sejarah Johor dan Sejarah Selangor telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 1972 diterbitkan pula Sejarah Pahang, Sejarah Perak dan Sejarah Singapura. Ini diikuti dengan Sejarah Melaka pada tahun 1973 dan Sejarah Terengganu serta Sejarah Sarawak dalam tahun 1974.

56[13] CO 825/42/3. no.7, dalam [Publicity for postwar policy]: letter from Admiral Mountbatten to
Major-General H. R Hone bertarikh 4 Feb. 1944, hal. 71-72.

57[14] Cheah Boon Keng Asal-Usul dan Asas Nasionalisme Malaya dalam Nasionalisme : Satu
Tinjauan Sejarah , R. Suntralingam & Abdul Rahman Haji Ismail, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985, hal. 94

58[15] Tiga perkara utama yang dimaksudkan dalam dokumen iatu ialah Perjanjian dengan Rajaraja Melayu, kedua; menyentuh mengenai hak istimewa orang Melayu adalah perkara yang penting kerana orang Melayu tidak dapat bersain secara sama rata dengan orang Cina dan India dan perkara ketiga pula mengenai ketaatsetiaan orang Cina dan India yang condong dan terarah kepada negara asal mereka. Rujuk CO 825/42/3, no. 27 dalam [ Directive on policy in Malaya]: letter (reply) from Mr. Stanley to Admiral Mounbatten bertarikh 21 Ogos 1944, hal. 84

59[16] ibid

Di samping buku sejarah beliau juga menghasilkan artikel-artikel sejarah yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan jurnal sejarah.60[17] Buyong Adil bercita-cita Dengan itu menghasilkan seterusnya buku-buku berusaha sejarah menyusun tanah dan

selengkapnya.61[18]

mengarang buku-buku sejarah Kedah, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan sebuah buku sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu. Selain dari itu, beliau juga giat menghasilkan beberapa buah buku fiksyen untuk bacaan kanak-kanak bersama dengan beberapa orang pengarang lain.62[19]

Walau bagaimanapun, hasrat beliau menatap semua hasil karya pensejarahannya diterbitkan tidak kesampaian. Dalam bulan Mei, 1976, beliau tiba-tiba diserang sakit dan tidak sedarkan diri serta tidak boleh berbicara ketika pulang dari pejabatnya di DBP.63[20] Beliau telah dimasukkan ke hospital dan setelah berada di sana hampir 4 bulan, beliau telah kembali ke rahmatullah pada 31hb. Ogos, 1976. Menurut anaknya Encik Makhzan, bapanya meninggal akibat

60[17] CO 825/35/6, no.14, Post war constituional arrangements for the mainland of Malaya:
memorandum by Major-General HR Hone bertarikh 28 Julai 1943, hal. 53

61[18] CAB 98/ 41, CMB (44) 1, [Future policy]: minutes of the War Cabinet Committee on
Malaya and Borneo bertarikh 22 March 1944 , hal. 73-74

62[19] CO 825/42/3, no.27 [Directive on policy in Malaya] letter (reply) from Stanley to Admiral
Mountbatten bertarikh 21 Ogos 1944, hal. 84

63[20] Nik Anuar Nik Mahmud, Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu, Jebat 28 (2001),
Jabatan Sejarah , Universiti Kebangaan Malaysia, 2001, hal. 29

penyakit `darah beku dalam otak.64[21] Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang pada 1hb. September, 1976.65[22]

Kesedaran dan Kaedah Penyelidikan Sejarah

Melalui karya-karya beliau memang dapat dilihat bahawa beliau memang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap sejarah dan kaedah

penyelidikannya. Ertinya beliau merupakan sejarawan yang mempunyai pandangan yang jelas tentang sejarah, kaedah penyelidikan, tafsiran dan juga penggunaan sumber. Beliau mempunyai sikap kritis baik terhadap peristiwa sejarah, tarikh mahupun terhadap sumber-sumber yang digunakan. Hakikat ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang sejarawan moden dan

sememangnya telah pula terlatih di bidang tersebut dan menjadikan bidang sejarah itu sebagai kerjayanya untuk tempoh beberapa lama dalam

kehidupannya. Penggunaan Sumber

Menyentuh tentang sumber rujukan misalnya, sungguhpun kebanyakannya terdiri dari sumber kedua, tetapi ia tidak bergantung kepada sumber-sumber sejarawan Barat (terutama British) sahaja, malah sumber tempatan dan lisan
64[21] Initial relations with Malay sultans on the liberation Malaya: instructions from Admiral
Mountbatten to General Sir M Demsey . Rujuk WO 203/5642, no. 28/16/45 bertarikh 9 Sept. 1945.hal 129.

65[22] ibid

juga digunakan. Hal ini ditambah dengan kesedaran sejarah yang dimilikinya, menjadikan karyanya seperti Sejarah Alam Melayu itu misalnya sebagai satu warisan pensejarahan yang sememangnya penting.66[25] Dalam karya Sejarah Alam Melayu ini, beliau menggunakan rujukan yang diambil dari karya-karya seperti Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munshi, Hikayat Tanah Besar Melayu, One Hundred Years of Singapore oleh W.E. Makepeas, Malaya oleh R.O. Winstedt, British Malaya oleh L.A. Mills dan beberapa rujukan lain.

Dalam penulisan berkaitan sejarah Johor abad ke 17 dan 18, sumber awalan yang digunakannya adalah terdiri dari laporan-laporan rasmi Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C). Terdapat juga sumber kedua yang merupakan kajian yang berasaskan sumber awalan dan oleh itu boleh dianggap sebagai berbentuk ilmiah. Antaranya ialah dua buah karya penting yang telah dihasilkan pada awal abad ini iaitu The History of Johore (1365-1800) oleh R.O. Winstedt dan The Dutch East India Company and the States of Malacca oleh Dianns Lewis. Hasil mutakhir yang juga penting ialah The Kingdom of Johore oleh Leonard Y. Andaya, Tawarikh Johor oleh Shahrom Hussain. Dalam karya Sejarah Pahang pula, Buyong Adil tidak mengenepikan sumber-sumber tempatan seperti Hikayat Abdullah (1749), Tarikh Atjeh dan

Nusantara oleh H.M. Zainuddin (1961), Kitab Silsilah Melayu dan Bugis (Jawi) oleh Raja Ali Haji (1865) di samping menggunakan sumber-sumber luar seperti karya R.O. Winstedt The Early Rulers of Perak, Pahang and Acheh (1932), D.G.E. Hall A History of South East Asia (1968) dan lain-lain lagi.

Dalam kebanyakan penulisannya seperti di dalam Sejarah Alam Melayu, Jilid IV, beliau kerap merujuk kepada bab-bab yang dibincangkan terdahulu sepeti dari Jilid I, II dan III. Ini menunjukkan beliau begitu terpengaruh dan menyetujui dengan hasil-hasil penulisan tersebut. Namun terdapat juga pandangan beliau yang seolah-olah pro kepada pihak penjajah sebagaimana kenyataannya berikut: Ada pun orang yang membuka Pulau Pinang itu ia-lah sa-orang Inggeris bernama Francis Light .67[26] Dalam konteks ini, Francis Light sebenarnya telah mengambil Pulau Pinang dari Kedah. Dalam pada itu sebelum kedatangannya, sebagaimana di Singapura juga, Pulau Pinang sudah mempunyai petempatan sendiri yang dibuka oleh penduduk setempat secara kecil-kecilan. Dalam konteks hari ini, tidak keterlaluan jika umum sering menganggap kedatangan orang-orang Barat seperti Inggeris ini sebagai perampas kepada hasil bumi dan wilayah Tanah Melayu.

Gaya penulisan yang dibawa oleh Buyong Adil adalah beriwayat dan peristiwa peristiwa disusun mengikut kronologi yang baik dengan menjadikan Tahun Masehi sebagai dasar pentarikhan. Bab-bab disusun sedemikian bagi

memudahkan para pembaca memahami peristiwa dan perkembangan yang dituliskan. Dalam Sejarah Pahang ini, beliau mendahului penulisan dengan menyentuh kedudukan Pahang pada zaman batu, di bawah Kerajaan Melayu Melaka, Perang Saudara, Pahang (1874-1881), Pembabitan Residen, Orangorang Melayu di bawah naungan British dan Pahang dari 1895 hingga 1970. Pendekatan yang digunakan ini dapat mengemukakan pandangan dan buktibukti yang teratur yang boleh menjelaskan keadaan samar-samar tentang sejarah negeri Pahang itu.

Dalam Sejarah Perak (1972) pula, beliau menghuraikan pensejarahan lengkap dari zaman purbakala dan zaman pemerintahan sultan-sultan Perak dari Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549) hingga Sultan Ideris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (1963) termasuk Perang Saudara di Perak. Begitu juga dalam Sejarah Kedah (1980), karya tersebut disusun teratur bermula pemerintahan Maharaja Derbar Raja I hingga Sultan Abdul Halim Muazzam Shah.

Konsep penulisan sejarah yang dibawa oleh Buyong Adil dalam pensejarahannya adalah bersahaja, menarik dan kadang kala diselitkan dengan

unsur-unsur humor yang tidak membosankan. Umpamanya dalam karya Sejarah Alam Melayu ada menyatakan bahawa:

Pada masa Raffles belayar di-Sungai Singapura itu, pendudokpendudok Singapura yang sedang berperahu di-sungai itu ketakutanlah melihatkan orang-orang yang datang itu, kesemua-nya habis lari mudek ka-hulu lagi.sa-telah itu Raffles dan Farquhar pun naik ka-darat menuju ka-rumah Datuk Temenggong; sa-sampai dirumah Temenggong mereka itu pun lalu di-jamu oleh Temenggong makan rambutan.68[27]

Semangat Kebangsaan Seperti juga gurunya, iaitu Abdul Hadi Hassan, Buyong Adil memang kerap menyelitkan unsur-unsur semangat kebangsaan dalam karya-karya

pensejarahannya. Dalam hal ini beliau menggambarkan bahawa sejarah boleh berfungsi sebagai alat memperjuangkan atau membela bangsa. Beliau tegas menyatakan dan membuktikan bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang bukan mudah untuk ditunduk dan diperhambakan oleh orang-orang asing mahupun penjajah Barat. Beliau menegaskan dari tahun 1511 hingga 1957 iaitu hampir 500 tahun, orang Melayu telah dijajah berganti-ganti oleh bangsa barat iaitu Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris. Tetapi yang sebenarnya, bukanlah semua orang Melayu di Tanah Melayu ini dijajah oleh orang-orang

Barat. Semasa Portugis berkuasa, sebenarnya kuasa mereka hanya terbatas di Melaka sahaja. Mereka cuba menakluki Naning dan Rembau tetapi tidak berjaya. Daerah Muar, terutama Pagoh, dan beberapa buah tempat di tepi Sungai Johor telah juga diserang tetapi tidak berhasil dan mereka mendapat tentangan hebat dari orang-orang Melayu di situ. Pendeknya, selain dari bandar Melaka, negerinegeri Melayu lain tidak pernah ditakluk apatah lagi dijajah oleh Portugis. Ketika Melaka diperintah Portugis, negeri-negeri Melayu lain seperti Johor, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu tetap terus diperintah oleh raja-rajanya yang masih bernaung di bawah kuasa dan kedaulatan Sultan Melaka dan pewaris-pewarisnya. Kedah, Perlis dan Kelantan sahaja yang kemudiannya telah diserang serta dijajah oleh Siam sejak dari tahun 1821 hingga 1909. Malah selama Siam menjajah Kedah, mereka terpaksa bertempur beberapa kali dengan orang-orang Melayu Kedah.69[31] Bagaimanapun penjajahan Siam itu tidak sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh Inggeris kemudiannya, tetapi lebih merupakan penguasaan dari luar dan kadang kala dilihat sebagai persahabatan antara dua negara sahaja.

Belanda pula hanya dapat menjajah Melaka dan daerah Naning serta memerintah di Kuala Selangor selama setahun (1784-1785). Negeri-negeri Melayu lainnya, tiada sebuah pun yang pernah ditakluk Belanda. Di negerinegeri Melayu itu, Belanda hanya datang berniaga atau membeli bijih timah. Bagi

orang-orang Inggeris pula, mereka mengambil Pulau Pinang dan Singapura dari raja-raja Melayu yang telah dipujuk dan diperdayakan. Mereka mengambil Pulau Pinang dari Sultan Kedah, manakala Singapura dari Sultan Husain Shah dan Temenggung Abdul Rahman setelah diperdayakan oleh Residen Crawford dan Melaka dari tangan Belanda mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824. Kesimpulan Setelah berkecimpung di bidang pensejarahan dan penulisan secara amnya sejak 1930an hingga ke saat-saat terakhir hayatnya, Buyong Adil memang layak dilihat sebagai sejarawan yang tidak pernah kenal lelah dalam menabur jasanya di bidang pensejarahan Melayu. Pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada tahun 1976 lebih-lebih lagi bertepatan dengan Hari Kebangsaan negara adalah dianggap satu kehilangan besar kepada dunia penulisan dan arus perkembangan pensejarahan di negara ini. Beliau bukan sahaja seorang penulis sejarah yang cekal dan gigih malah hasil-hasil penulisannya yang mudah, lengkap dan bermesej sentiasa sahaja mendapat tempat di hati masyarakat tanahair. Malah para pencinta sejarah menganggap beliau antara sejarawan Melayu Malaysia yang unggul yang jasanya akan terus dikenang.

Posted 19th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

2.
May 9 DATO ONN BIN JAAFAR, UMNO DAN MALAYAN UNION oleh :Azman Bin Sharif (P 32528)

Sinopsis

Dalam melihat kejayaan sesebuah organisasi sama ada dalam bidang politik (siasah), ekonomi mahupun organisasi sosial, kita seharuslah melihat ketokohan dan kredibiliti tokoh- tokoh yang memainkan peranan dalam merancang dan menggerakkan organisasi tersebut. Oleh itu, penulisan ini cuba melihat kekuatan dan ketokohan seorang pejuang yang amat berjasa dalam politik tanahair khususnya dalam menyatukan orang Melayu dan seterusnya penentangan terhadap Malayan Union. Kertas kerja ini akan cuba menyingkap ketokohan Dato Onn Bin Jaafar memimpin gerakan penentangan orang Melayu terhadap gagsan Malayan Union berdasarkan dokumen dan buku-buku yang berkaitan dengan tokoh perjuangan beliau termasuklah akhbar sezaman. Tokoh ini dipilih oleh penulis disebabkan nama dan ketokohan beliau yang sudah sinonim dengan UMNO dan Malayan Union. Kemunculan Dato Onn Bin Jaafar tepat pada masanya telah berjaya memimpin umat Melayu menentang Malayan Union yang cuba dilaksanakan oleh British selepas tamatnya Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu selama 6 bulan. Ketokohan dan keupayaan Dato Onn Bin Jaafar memimpin satu gerakan penentangan yang berterusan telah menyebabkan British akur dengan tuntutan, desakan dan permintaan orang Melayu dan akhirnya Malayan Union telah dibubarkan dan digantikan dengan Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu yang mula dilaksanakan pada 1 Februari 1948.

Pengenalan

Malayan Union adalah satu bentuk gagasan baru yang telah direncanakan oleh British ketika Perang Dunia Kedua. Meskipun Malayan Union bertentangan dengan Piagam Atlantik 1941, namun British terpaksa meneruskan dasar penjajahannya ke atas Tanah Melayu kerana kepentingan ekonominya di rantau ini. Kekalahan British dalam masa 55 hari di Tanah Melayu benar-benar telah mengaibkan mereka, oleh itu British ingin kembali ke Tanah Melayu untuk membina reputasi baru setalah perang tamat. Penaklukan Jepun berakhir pada 12 September 1945, pemerintahan British balik ke Tanah Melayu dan nyatalah bahawa Tanah Melayu tidak boleh ditadbir seperti sebelum perang dengan pelbagai corak pemerintahan dan berazam untuk mengakhiri zaman pemerintahan diraja di Tanah Melayu. The restoration of the pre-war constitutional and administrative system will be undesible in the interest of efficiency and security and of our declared purpose of promoting self-government in Colonial-teritories.70[1]

Namun kehadiran British selepas perang amat berbeza dengan sebelum ini, akibat kesan pejajahan tentera Jepun di Tanah Melayu selama tiga tahun enam bulan. Meskipun tempoh penjajahan tentera Jepun agak singkat, tetapi ia sangat signifikan kepada para pejuang negara ini untuk bangkit menentang penjajah British. Semangat yang telah ditunjukkan oleh golongan ini telah menyedarkan kita bahawa untuk membebaskan tanahair tercinta ini kita tidak boleh bergantung kepada mana-mana kuasa asing. Pengajaran dalam masa 14 hari , Tanah Melayu dikuasai oleh tentera Bintang Tiga (PKM) juga telah turut menyedarkan orang Melayu bahawa mereka perlu bersatu untuk memelihara watan ini daripada dikuasai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Latar Belakang Dato Onn Bin Jaafar

Dato Onn Bin Jaafar bukanlah seorang tokoh yang asing di dalam sejarah politik Persekutuan Tanah Melayu. Beliau adalah seorang tokoh politik dan pentadbiran yang menonjol sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jasa dan sumbangan beliau yang tidak mungkin dilupakan sehingga kini kerana telah membangkitkan semangat kesedaran kebangsaan Melayu dan memimpin orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka.71[2] Dato Onn dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru dari keturunan yang ternama. Ayahnya, Dato Jaafar Haji Muhammad (1838-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama72[3] yang memajukan pentadbiran negeri Johor bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan Johor yang lain di zaman Sultan Abu Bakar (1862-1895). Ibunya, Hanim Rogayah adalah keturunan Scarcia, Turki. Dalam sepucuk surat yang pernah dihantar oleh Sir Edward Gent kepada Mr. Creech Jones menyatakan : He is not pure Malay but mother was Circassian and his character, thought and speech are of keener and more restless nature than customary Malays.73[4]

Mereka mendapat enam orang anak, Antara anaknya yang terkenal ialah Dato Abdullah, Menteri Besar Johor yang ketiga, Dato Mustapha, Menteri Besar Keempat dan Che Dara (Enche Engku) , bonda Tengku Temenggung Ahmad.74[5]Disebabkan kedudukan bapanya , Dato Onn membesar dengan segala kemewahan hidup. Kehidupannya menjadi lebih berdarjat lagi ketara kerana hubungan keluarga yang sangat rapat dengan kerabat Diraja Johor. Ini kerana DatoJaafar adalah orang kepercayaaan Sultan Abu Bakar dan menjadi pemangku raja dan ketua pentadbiran negeri sekiranya Sultan Abu Bakar di luar negara.75[6]

Dalam persekolahannya, Dato Onn telah menunjukkan kebolehannya di dalam bidang bahasa dengan menjadi penuntut terbaik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan di sekolahnya dan menjadi kapten pasukan bola sepak, kriket dan menunggang kuda. Kebolehannya diteruskan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) apabila beliau dihantar selama dua tahun oleh bapanya bagi mempelajari bahasa Melayu. Ini terpaksa dilakukan kerana sekembali dari luar negara DatoOnn tidak boleh berbahasa Melayu dan memandang rendah terhadapnya. Namun segala anggapannya berubah apabila beliau membawa hikayat-hikayat Melayu dan mempelajari tulisan jawi. Malah beliau begitu mahir, menghargai dan yakin dengan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa penyambung kebudayaan Melayu. Pada tahun 1919, setelah tamat belajar di MCKK, DatoOnn telah menjadi kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Setahun kemudian beliau telah dilantik sebagai kerani penuh dan bertugas di beberapa buah jabatan kerajaaan Johor sebelum memasuki Johor Military Force (JMF) pada tahun 1917 dengan pangkat Leftenan. Dua tahun kemudian, beliau kembali ke pentadbiran awam Johor, tetapi pada bulan Jun 1920 beliau telah diberhentikan daripada jawatannya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Sultan Ibrahim yang telah melelong harta dan rumah Dato Jaafar di Bukit Senyum dan Majidi. Dato Jaafar yang telah meninggal dunia pada pertengahan tahun 1919 dikatakan telah berhutang dengan kerajaan Johor sebanyak $21,000. Dua tahun kemudian DatoOnn diambil semula bekerja sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah (Assistant Collector of Land Revenue), Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru. Namun pada tahun 1927, beliau diberhentikan sekali lagi kerana mengkritik Sultan Ibrahim dalam Sunday Mirror, sebuah akhbar di Singapura. Beliau telah membidas Sultan Ibrahim kerana memberi layanan buruk terhadap askar-askar Timbalan Setia Johor dan orang asli yang membina padang kuda, membuka ladang getah dan tebu di Pasir Pelangi dan Tasek Utara. Mereka tidak disediakan rumah tumpangan, kemudahan pengangkutan dan makanan yang cukup76[7]. Akibatnya Dato Onn telah dihalau ke Singapura. Perkembangannya di Singapura merupakan satu titik tolak yang penting di dalam kehidupan DatoOnn. Kesempitan hidup yang dialaminya sehingga beliau terpaksa menjadi nelayan dan tinggal di kawasan sesak. Di Singapura telah menyebabkan beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Beliau telah menjadi pengarang Warta Malaya pada tahun 1930. Akhbar ini telah diterbitkan oleh Syed Hussein Al- Sagof, biras Dato Onn. Tiga tahun kemudian Syed Ali Abbas Al-attas pula telah menawarkan DatoOnn menjadi pengarang Lembaga (1935) dan Lembaga Malaya (1934). DatoOnn telah menjadi pengarang Warta Ahad, cawangan akhbar Warta Malaya. Dengan itu DatoOnn telah mengendalikan empat buah akhbar dalam masa enam tahun penglibatannya (1930-1936). Penglibatan DatoOnn di dalam akhbar-akhbar tersebut itu dengan sendirinya menjadikan DatoOnn salah seorang daripada penggerak gerakan semangat kebangsaan Melayu tahun 1930-an.77[8] Ini kerana kegiatan politik orang Melayu yang awal memang bermula dengan penulisan di akhbar-akhbar iaitu sejak daripada kemunculan Kaum Muda pada awal kurun

ke-20, Al-Imam, Neracha, Saudara dan banyak lagi akhbar lain digunkan bagi tujuan tersebut. DatoOnn melalui rencana pengarang dan ruangan Pak Pandirnya telah membidas dasar negatif British terhadap kedudukan Raja-raja Melayu , Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu. DatoOnn mengkritik British kerana tidak mengutamakan orang tempatan di dalam jawatan kerajaan sebaliknya membawa masuk pegawai Eropah lebih banyak ke dalam pentadbiran Tanah Melayu. DatoOnn juga membidas British dan kerajaan-kerajaan negeri Melayu kerana mengenepikan bahasa Melayu di dalam pentadbiran kerajaan, sehingga menyulitkan fahaman orang Melayu di luar bandar.78[9] DatoOnn juga membidas British yang tidak memajukan pertanian padi sehingga pesawah-pesawah Melayu ditinggalkan jauh ke belakang daripada pendatang-pendatang luar yang maju di dalam bidang perdagangan dan perniagaan getah dan bijih timah. Dengan kritikan-kritikan itu menjadikan DatoOnn seorang yang anti-British, tetapi sikapnya tidak radikal. DatoOnn mengkritik British di dalam ruang politik yag dibenarkan oleh British. Sikap politik DatoOnn itu sebenarnya tidak berbeza dripada wartawan-wartwan akhbar lain, seperti Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Zainal Abidin Ahmad (Zaba). Sikap mereka itu menjadikan gerakan politik orang Melayu di dalam tahun tahun 1930-an sebagai satu gerakan yang tidak mencabar kestabilan kolonial British. Oleh itu pihak British tidak melarang dan mengharamkan sebarang penerbitan atau menangkap mana-mana wartawan. Sebagai reformis, DatoOnn mengkritik sikap dan perangai orang Melayu yang dianggapnya sebagai punca kepada kemunduran mereka sendiri. Masalah keengganan orang Melayu mengutamakan pelajaran anak-anak, tetapi lebih mengutamakan emas dan hiburan, sikap membazir di dalam kenduri-kendara, tidak ada penyatuan semangat kebangsaan sesama sendiri, tidak menyokong perniagaan bangsa sendiri, suka memilih kerja, mengabaikan pelajaran anak perempuan, sikap mementingkan diri oleh pembesarpembesar Melayu dan tidak ada penyatuan di dalam pentadbiran agama Islam di kalangan orang Melayu, telah dilihat oleh DatoOnn sebagai penyakit-penyakit yang buruk yang mesti diubah oleh seseorang Melayu bagi mencapai kemajuan. DatoOnn telah menggunakan kerajinan orang Cina dan India sebagai kayu ukur mendesak orang Melayu mengubah sikap dan kehidupan mereka.79[10] Kritikan-kritikan yang telah dituliskan oleh DatoOnn Bin Jaafar itu mungkin betul dan perkara ini jelas telah digambarkan dalam sepucuk surat yang telah dikirimkan oleh Lord Mountbatten kepada Mr. Stanley mengatakan sikap orang Melayu bahawa: I am sorry to see from your letter that the Malays should by general consent be found incapable of competing on equal terms, economically and educationally, with the Chinese and Indians. I have no reason to suppose that this opinion is not fully borne out; but it seems to me that indigenous

people sometimes appear lazy and unambitious, largely because they are unwilling to compete... 80[11] Maka dengan meneliti tulisan-tulisan DatoOnn di dalam Warta Melaya, Lembaga Melaya dan Lembaga, DatoOnn bolehlah digolongkan sebagai seorang wartawan yang penting kerana terlibat di dalam proses kebangkitan politik Melayu di tahun tahun 1930-an. Walaupun peranannya itu dijalankan hanya selama enam tahun sahaja (1930-1936) , namun beliau telah diakui sebagai wartawan yang berperanan di dalam kegiatan politik Melayu tahun 1930-an.81[12] Pada akhir tahun 1936, melalui desakan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail yang merupakan kawan rapat DatoOnn, Sultan Ibrahim telah berkenan memberi jawatan ahli tidak rasmi di dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor kepada DatoOnn. DatoOnn telah dapat menyejukkan hati Sultan Ibrahim dengan menyunting dan menerbitkan satu buku bergambar tentang sejarah raja-raja Johor sempena hari keputeraan Sultan Ibrahim ke-40. Buku itu dinamakan Selamat Johor. Baginda, kerana terlalu gembira telah memberi $5 000 untuk DatoOnn akhbar Lembaga dan Lembaga Malaya ke Johor Bahru dari Singapura. Sebenarnya pemilihan DatoOnn adalah selari dengan kehendak penduduk negeri Johor yang telah memilih DatoOnn sejak bulan Mac 1931 hasil daripada pilihanraya tidak rasmi yang dijalankan di daerah-daerah utama di Johor. DatoOnn telah mengalahkan Dr. Hamzah Taib, seorang doktor yang berasal dari Muar. Dengan itu, DatoOnn mempunyai kuasa tawar-menawar politik yang baik dengan Sultan Johor sehingga beliau memberi syarat supaya dibenarkan mengkritik dengan bebas di dalam Majlis Mesyuarat Negeri tersebut. Semasa DatoOnn menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri Johor, DatoOnn telah membuat dua sumbangan politik kepada rakyat Johor. Pertamanya beliau telah berjaya mendesak kerajaan Johor menubuhkan Biasiswa Sultan Ibrahim pada tahun 1936 bagi menampung tiga anak negeri Johor bagi mendapat pelajaran tinggi di luar negara. Biasiswa ini kekal sehingga ke hari ini. Perkara kedua yang dicadangkan oleh DatoOnn ialah pegawai-pegawai Islam kerajaan Johor diberikan tambang percuma untuk menunaikan haji. Di waktu pendudukan Jepun, DatoOnn menjadi Pangawal Makanan Johor. Dengan menggunakan kedudukannya, DatoOnn telah membantu anggota bawah tanah Kesatuan Melayu Muda (KMM) dengan membekalkan beras-beras tanpa pengetahuan tentera Jepun. Dengan kerjasama itu DatoOnn telah dilantik menjadi Ketua Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) Johor. DatoOnn juga telah dikatakan menghadiri mesyuarat KRIS di Singapura. Malah, DatoOnn turut dimasukkan sebagai seorang anggota kabinet kerajaan Rakyat Indonesia Semenanjung yang dicadangkan oleh KRIS di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakub. Penglibatan DatoOnn dalam golongan kiri ini sangat menarik, kerana selama ini DatoOnn adalah seorang yang berhaluan kanan. Sebenarnya, DatoOnn seperti juga

pegawai-pegawai kerajaan Melayu yang lain tidak mempunyai pilihan selain daripada bekerjasama dengan golongan kiri. Ini kerana golongan tersebut diterima oleh Jepun sebagai pemimpin Melayu yang penting seperti Ibrahim Haji Yaakub, yang menjadi ketua pasukan tentera Melayu. Ini bermakna mereka menjadi penting lebih daripada golongan kanan yang menjadi pegawai-pegawai kerajaan. Oleh itu, bagi pegawai-pegawai kerajaan yang berminat dalam politik seperti DatoOnn, beliau terpaksa mencampuri persatuanpersatuan pimpinan golongan kiri seperti KRIS. Tindakan Dato Onn ini bolehlah dianggap sebagai marriage of convenience dengan golongan tersebut. Ia adalah satu political survival bagi DatoOnn. Menjelang akhir tahun 1945, satu pergaduhan Melayu-Cina telah berlaku di Batu Pahat, Johor. Ia terjadi kerana Bintang Tiga , pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang dianggotai 90% orang Cina telah menyerang orang Melayu yang dianggap pro-Jepun. Orang Melayu telah membalas semula serangan mereka sehingga meletus pergaduhan secara terbuka di beberapa buah kampung di Batu Pahat. DatoOnn telah dilantik menjadi pegawai daerah Batu Pahat demi menyelesaikan masalah itu. Keupayaan DatoOnn membawa kedua-dua pihak berunding dan bersetuju berdamai dan menghentikan serangan telah menaikkan maruah DatoOnn sebagai pemimpin yang berkebolehan. Peristiwa pergaduhan itu memberi satu kesan positif kepada DatoOnn. Beliau melihat perpaduan orang Melayu adalah sangat penting bagi menjaga kepentingan mereka. Oleh itu pada 3 Januari 1946, di Masjid Jamek Batu Pahat, satu perhimpunan 1,000 orang telah diadakan. Mereka bsersetuju menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) sebagai badan perpaduan mereka. Penggunaan nama Semenanjung di dalam PMSJ itu memperlihatkan cita-cita DatoOnn untuk mencantumkan seluruh tenaga orang Melayu di dalam satu pertubuhan kebangsaan. DatoOnn melihat perpecahan masyarakat Melayu kerana semangat kenegerian dan kedaerahan sangat meluas sekali. DatoOnn juga mahu mengelakkan pengaruh Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang menggunakan ideologi Indonesia Raya terus memecahkan perpaduan orang Melayu. PKMM mendapat simpati dengan menggunakan kemerdekaan Indonesia dan penyatuan Indonesia- Tanah Melayu sebagai umpannya. Bagi Dato Onn semua orang keturunan Indonesia yang tinggal di Tanah Melayu dianggap sebagai orang Melayu. DatoOnn dengan itu menubuhkan PMSJ sebagai jalan keluar kepada orang Melayu keturunan Indonesia. PMSJ adalah satu impian Dato Onn yang menjadi sebuah kenyataan. Dalam tahun 1930 (semasa beliau menjadi wartawan) DatoOnn telah menyatakan kebimbangannya kerana orang Melayu tidak mempunyai satu pertubuhan kebangsaan yang boleh menyatukan mereka. Maka penubuhan PMSJ itu adalah untuk menyahut cadangannya 16 tahun lalu. Untuk menjadikan PMSJ benar-benar memenuhi hasratnya, cawangan PMSJ telah ditubuhkan di beberapa daerah di Melaka. Ia tidak dapat disebarkan ke negeri lain kerana kemunculan UMNO, hasil daripada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Peranan Dato Onn Bin Jaafar Menentang Malayan Union

Dalam bulan Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan bersama-sama dengan Pejabat Perang telah mula membuat rancangan-rancangan bagi pembaharuan politik di Tanah Melayu. Pada bulan Julai 1944 (Unit Perancang Tanah Melayu) telah ditubuhkan bagi

menyediakan rancangan pembaharuan ini. Maka satu rancangan yang dinamakan Malayan Union telah dirangka. Hal in telah dinyatakan oleh pemerintah tentera Berikat Lord Mountbatten kepada Sir Ralph Hone , pemerintah Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu dalam suratnya menyatakan : To begins with, I feel very strongly that whole of Malaya (that is the Unfaderated and Federated Malay States as well as the Straits Settlements) should become one unified adminstration under such as Union of Malaya82[13] Walau bagaimanapun , penubuhan Malayan Union akan diasaskan dengan perjanjian-perjanjian baru antara raja-raja Melayu dan kerajaan British iaitu raja-raja itu akan diminta menyerahkan kedaulatan di negeri masing-masing kepada baginda raja British. Tanah Melayu akan dijadikan sebuah tanah jajahan British bukan lagi sebagai negeri naungan.83[14] Pada pandangan Mr. Stanley dalam suratnya kepada Lord Mountbatten menyatakan peri pentingnya perjanjian baru itu demi memudahkan pentadbiran pihak British . Beliau masih menyatakan bahawa perjanjian baru dengan raja-raja Melayu tiada pilihan. Ini adalah keranan untuk memperoleh kuasa perundangan perlulah mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Raja-raja yang degil untuk mematuhi perundangan kelak akan menyushkan pihak British. Perjanjian itu akan dijalankan oleh misi khas daripada Setiausaha Tanah Jajahan. As I see it, there are three main point84[15] on which you are not fully satisfied about our present policy. The first point is the proposal to negotiate , immediately on the liberation of Malaya, fresh treties with the Sultans in order to provide us with the jurisdiction we need.85[16]

Kesembilan buah negeri Melayu beserta Pulau Pinang dan Melaka akan menjadi sebuah negara Kesatuan dari segi politik serta diletakkan di bawah Gabenor British. Sultan hanya akan dikekalkan pada nama sahaja dan berkuasa dalam hal- ehwal agama Islam.Perkara ini telah dicatatkan oleh Major Jeneral Sir Ralph Hone mengenai perlembagaan baru selepas perang menyatakan bahawa: I have reflected further on the question of the proposal new treaties by which the Sultan will cede jurisdiction to H.M, in all states both Federated and un-faderated.. Sultan have in fact no power at all.86[17] Dicadangkan juga bahawa mulai dari waktu itu undang-undang mesti ditandatangani dan disahkan oleh Gabenor dan bukannya sultan. Manakala seluruh harta negeri-negeri Melayu termasuk tanah akan diambil oleh kerajaan Malayan Union kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan hak persendirian raja-raja Melayu. Jika sesuatu yang bertentangan berlaku, Clement Atlee dalam minit perjumpaan Jawatankuasa Perang menyatakan bahawa: To revise the treaties in such a way that while the social and religious position of the Rulers was unimpaired, the object at (a) should be achieved and the Rulers prevented from denying right of citizenships to non Malay elements in the community.87[18]

Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha Tanah jajahan telah membuat pengumuman mengenai Malayan Union dalam Dewan Rakyat (House of Common) British. Pada 11 Oktober 1945, pengumuman ini tela diterbitkan melalui akhbar-akhbar di Tanah Melayu pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael, seorang utusan khas Kerajaan British telah tiba di Port Swettenham. Sir Harold Mac Michael telah diamanahkan tugas untuk memperoleh tandatangan pemerintah Melayu yang menandakan Raja-raja Melayu bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Menurut surat yang ditulis oleh Mr. Stanley kepada Lord

Mountbatten menyatakan bahawa perjanjian baru dengan raja-raja Melayu tidak ada pilihan. Ini adalah kerana untuk memperoleh kuasa perundangan perlulah mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. The first point is the proposal to negotiate , immediately on the liberation of Malaya, fresh treties with the Sultans in order to provide us with the jurisdiction we need.88[19]

Rancangan British mungkin akan gagal jika raja-raja Melayu enggan menurunkan tandatangan untuk menyerahkan kuasa mereka kepada kerajaan British.Bagi mengatasi masalah ini, seorang pegawai kanan British di Pejabat tanah jajahan, H.R. Hone mencadangkan suapya kerajaan British menyingkirkan atau membuang negeri mana-mana raja Melayu yang tidak akur dengan kehendak British.89[20] Jemaah Menteri Kerajan Britih menerima cadangan Sir Ralph Hone itu. Justeru kerajaan British telah mengeluarkan arahan kepada Lord Louis Mountbatten, iaitu Ketua Turus Angkatan Bersenjata Kuasa Berikat supaya menyiasat perilaku raja-raja Melayu semasa perang. Raja-raja Melayu telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: i. ii. Raja-raja yang sedia ada Raja-raja boneka yang telah dilantik oleh pihak Jepun dengan menurunkan Raja-raja yang sedia ada iii. Raja-raja yang dilantik oleh Jepun berikutan kemangkatan raja pemerintah90[21]

Sekembali pihak British ke Tanah Melayu maka keadaan keamanan dan kedamaian telah dipulihkan buat seketika di bawah Pentadbiran Tentera British (British Military

Adminstration). Tetapi tidak lama kemudian ketegangan-ketegangan sosial muncul semula setelah kerajaan British mengumumkan rancangan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu. Di bawah Malayan Union British ingin menubuhkan sebuah negeri yang bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum91[22]. Orang Melayu akan menjadi warganegara secara automatik , manakala bukan Melayu akan diberi kerakyatan melalui prinsip jus soli.92[23] Rancangan tersebut juga bertujuan menyatukan semua negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States) serta Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) kecuali Singapura93[24] di bawah satu struktur pentadbiran pusat. Di bawah rancangan Malayan Union, sultan-sultan atau raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan kedaulatan kerana kesemua negeri disatukan itu akan diperintah oleh Gabenor British yang mempunyai kuasa mutlak. Sementara itu, sultan-sultan hanya berfungsi sebagai raja kehormat sahaja dan Majlis Penasihat Pusat Malayan Union akan dianggotai oleh sulatan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. Akhbar Majlis melaporkan, Setiausaha Tanah Jajahan, George Hall berkata; Kerajaan British telah memberi pertimbangan cermat kepada masanya pada masa ke hadapan dan terhadap kepada perlunya memajukan perasaan bersatu dalam memberi hak menjadi rakyat yang akan menambah kekuatan dan kelayakan negeri itu apabila sampai masanya untuk berkerajaan sendiri dalam lingkungan yang terdiri di atas suara rakyat secara British.94[25]

92[23] Jus soli bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union
ditubuhkan, maka ia berhak menerima hak kerakyatan menerusi tempat lahir. Cara ini akan membolehkan orang asing mendapat taraf kerakyatan dengan mudah. Abdul Aziz Muhammad (pnyt) Negara Kita: Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan, Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara, 1980, hal. 39

93[24] Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan;
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor; dan juga dua buah Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Dalam rancangan Malayan Union ini, pihak British tidak memasukkan Singapura dan mengekalkannya sebgai tanah jajahan (crown colony) British yang berasingan.

94[25] Petikan ini sebenarnya secara jelas memperlihatkan cadangan British dalam melonggarkan konsep kerakyatan di Tanah Melayu. Lihat Majlis bertarikh 12 Oktober 1945

Selepas penerbitan Kertas Putih95[26] (White Paper) Kerajaan British yang mengandungi butir-butir tentang Malayan Union dan diumumkan perjanjiaan-perjanjian baru yang ditandatangani oleh sultan-sultan Melayu pada bulan Januari 1946, telah

membangkitkan protes dan kemarahan orang Melayu. Orang Melayu menganggap Malayan Union sebagai satu penjajahan langsung British yang akan menghilangkan terus kebudayaan dan status quo politik mereka di negeri sendiri.96[27] British bukan sahaja mencabuli maruah orang Melayu, malah telah mengancam kedudukan istimewa orang Melayu. Sebaliknya, orang Melayu juga menganggap Malayan Union hanyalah berfaedah kepada orang bukan Melayu.97[28] Sementara itu, ia juga merupakan satu tindakan untuk merampas kuasa dari sultan-sultan Melayu dan menurunkan darjat sultan dengan hanya berkuasa dalam hal agama Islam sahaja. Penentangan terhadap Malayan Union oleh orang Melayu juga dianggap sebagai satu prinsip ukuran kesetiaan mereka terhadap instutusi kesultanan. Pada tahun 1946, sultan masih memiliki status tradisional yang tinggi di dalam hati rakyatnya.98[29] 95[26] Untuk melaksanakan sistem Malayan Union ini, Kerajaan British melalui Kertas Putihnya
telah menggariskan beberapa syarat utama iaitu a. Semua negeri-negeri Melayu (9 buah ) bersama Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu unit politik pusat. Unit ini diketuai oleh seorang gabenor British yang dibantu oleh Majlis Kerja dan Majlis Undangan b. Singapura dipisahkan dari Malayan Union. Singapura berstatus Tanah jajahan Mahkota British yang diketuai oleh seorang Gabenor yang berasingan c. Semua kuasa politik dan pentadbiran Raja-raja Melayu diambil. Di dalam perjanjian dengan Rajaraja Melayu yang mana Mac Michael berjaya memperoleh tandatangan mereka disebut : His Highness the Sultan agrees that his Majesty shall have full power and jurisdiction within the State of Selangor CO 537/1539, Sir Harold Mac Micheal, Report on a Mission to Malaya, Oktober 1945- Januari 1946, dipetik dari Ramlah Adam , Dato Onn Jaafar pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 hal. 86 (mengambil sultan Selangor sebagai contoh namun negeri-negeri lain juga disebut)

96[27] Ramlah Adam, Kemunculan Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO pada tahun
1951 dalam Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (pngr) Pembangunan dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Utusan Publicatin & Distributors Sdn. Bhd, 2000, hal. 85

97[28] Cheah Boon Keng Asal-Usul dan Asas Nasionalisme Malaya dalam Nasionalisme : Satu
Tinjauan Sejarah , R. Suntralingam & Abdul Rahman Haji Ismail, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1985, hal. 94

98[29] Zainal Abdin Wahid, The Malayan Union : Its Abolition dalam Zainal Abidin Wahid
Glimpses of Malaysian History, Dewan Bahasa & Pustaka, 1980, hal. 104-114

Rulers signed new agreements ceding jurisdiction which are convinced they mean to stand by.99[30]

Tambahan pula, semasa Sir Harold Mac Micheal yang diutuskan oleh kerajaan British pada 12 Oktober 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menandakan persetujuan mereka terhadap rancangan penubuhan Malayan Union, beliau dikatakan memaksa dan mengugut setiap raja supaya mempersetujui rancangan itu. Mac Michael consistenly emphasized that they were not being asked to sign explanatory note, but to show willingness to co-operate with H.M.G. 100[31]

Dikatakan dalam mendapatkan tandatangan ini, Mac Michael telah melakukan kekerasan dengan mengugut raja-raja umpamanya akan diturunkan takhta sekiranya tidak menurunkan tandatangan persetujuan.101[32] Hasilnya , Mac Michael berjaya mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu daripada sembilan buah negeri.102[33] Malayan Union adalah satu rancangan yang dianggap oleh British sebagai satu usaha untuk membina semula Tanah Melayu dengan struktur politik yang baru bagi mewujudkan perasaan taat setia kepada Malaya dan kelicinan pentadbiran Tanah Melayu serta bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Tanah Jajahan bahawa: we are pledged to guide people along the road to self government within the framework of the British empire.to build up their social and economic

99[30] CO 537 / 1548, no.31 dalam [Pan-Malayan Malay Congress]: inward telegram no.08312
from HQ, British Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 Mar 1946, hal. 207

100[31] Ibid 101[32] Selain itu, tindakan British memecat dua orang raja Melayu selepas zaman pendudukan
Jepun dan salah seorang daripadanya ialah Tengku Ali Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Sultan Terengganu dan seorang lagi ialah Tengku Musauddin Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah , Sultan Selangor yang ke-7 . Untuk keterangan lebih lanjut rujuk Nik Anuar Nik Mahmud Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu dalam Jebat 28 (2001) hal 25 -42

102[33] Sultan Hishamuddin Alam Shah (Selangor), Sultan Ibrahim (Johor), Sultan Abu Bakar
Riatuddin (Pahang), Tuanku Abdul Rahman (Yam Tuan Negeri Sembilan), Sultan Badlishah (Kedah), Raja Syed Putra (Perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan Ismail (Terengganu)

institutions and we are pledge to developed their natural and resources .103[34]

Untuk mencapai cita-cita ini British terpaksa menakluk Tanah Melayu dengan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu dan memperkenalkan satu kerakyatan yang sama bagi semua penduduknya. Kertas Putih berhubung dengan cadangan Malayan Union ini hanya didedahkan kepada orang ramai selepas MacMicheal selesai mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu. Jika di bandingkan dengan peristiwa sebelum ini, pengenalan Malayan Union memperlihatkan penentangan orang Melayu yang menyeluruh. Penentangan orang Melayu yang bersungguh-sungguh sebenarnya telah menyelamatkan kedudukan politik mereka sebagai penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu juga Malayan Union telah mendorong penyatuan semua golongan masyarakat Melayu daaripada golongan diraja, golongan berhaluan kanan , berhaluan kiri, lelaki dan perempuan.104[35] Setelah meneliti ciri-ciri Malayan Union ini, secara keseluruhan orang Melayu mula menyedari bahawa mereka akan kehilangan kuasa di negara sendiri. Orang Melayu telah bangkit menentang Malayan Union atas beberapa faktor seperti: i. Malayan Union digubal oleh Kerajan British tanpa mendapatkan pandangan daripada orang Melayu. Malayan Union dirancang di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu. Malahan usaha perlaksanaannya begitu tergesa-gesa. Misalnya sultan tidak diberi cukup masa untuk membaca syarat-syarat dan menandatanganinya tanpa berpeluang berbincang dengan pembesar negri. ii. Kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat apabila Malayan Union diimplementasikan di Tanah Melayu. Menurut Mauzy apabila orang Melayu tergugat mereka akan kembali kepada pemimpin tradisi mereka105[36]. Rajaraja Melayu di bawah Malayan Union dilihat hanya berfungsi sebagai ketua adat istiadat dan agama Islam sahaja. Secara ringkasnya raja / sultan Melayu hanya akan menjadi raja boneka sahaja. Isu ini sangat sensitif kepada masyarakat Melayu yang selama ini memandang institusi raja dan raja itu sendiri sebagai lambang ketinggian dan perpaduan bangsa Melayu.

103[34] A.J. Stockwell British Policy and Malay Politic During The Malayan Union Experiment
1942-48 MBRAS, Kuala Lumpur , 1979, hal. 18

104[35] Pada peringkat awal menentang Malayan Union, orang-orang Melayu telah bersatu
padu. Contohnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang merupakan parti politik yang terulung selepas Perang Dunia Kedua telah turut serta dalam Kongres Melayu SeMalaya dan juga penubuhan UMNO di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 Lihat Zainal Abidin Wahid , Semangat Perjuangan Melayu dalam Jebat Bil. 7/8 tahun 1977/1978 hal. 2

105[36] R.S. Milne dan D.K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992, hal. 31

iii. Orang Melayu juga bimbang dengan pemberian hak kerakyatan terbuka106[37] dan begitu longgar kepada orang bukan Melayu. Kebimbangan terutamanya kerana khuatir bilangan majoriti mereka akan tergugat. Kehilangan majoriti akan juga mendorong terhapusnya hak-hak istimewa yang dimiliki oleh orang Melayu selama ini. iv. Kebiadapan dan sikap Mac Micheal telah menjadi faktor pencetus dan pemangkin kepada penentangan terbuka masyarakat Melayu. Ini mungkin disebabkan Mac Michael tidak mempunyai pengalaman mentadbir Tanah Melayu, justeru itu beliau tidak mengetahui dan tidak memahami adat resam Melayu, bahasa Melayu dan bersikap kasar dan lebih malang lagi apabila Mac Micheal mengugut Raja-raja Melayu merupakan suatu tindakan yang tidak dapat dimaafkan oleh orang Melayu. Jika dilihat secara menyeluruh , penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union memang hebat sama ada bentuk terbuka, perseorangan, akhbar-akhbar, surat, telegram malahan demontrasi. Di Selangor umpamanya, penentangan terhadap Malayan Union sangat terserlah. Jika di negeri-negeri lain gerakan penentangan disalurkan melalui persatuan anak tempatan, begitulah juga halnya dengan di Selangor. Persatuan-persatuan di Selangor digerakan sama ada mewakili daerah-daerah tertentu ataupun golongan professional. Sekurang-kurangnya 12 buah persatuan Melayu bergerak aktif di Selangor dalam penentangan ini. Misalnya Persatuan Melayu Selangor107[38] yang banyak menyalurkan bantahan melalui telegram dan surat-surat. 106[37] Kerakyatan terbuka di dalam Malayan Union bermaksud memberi kerakyatan kepada:
a. Orang yang lahir di Malayan Union atau di Singapura sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan dan bermastautin di salah satu negara itu pada tarikh kerakyatan dikuatkuasakan. b. Seseorang yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan bermastautin di Malayan Union dan telah tinggal 10 dari 15 tahun sebelum 15 Februarai 1942 c. Seseorang yang lahir di Malayan Union atau di Singapura pada atau setelah undang-undang kerakyatan ini dikuatkuasakan d. Seorang yang lahir di luar Malayan Union atau di Singapura pada atau setelah undang-undang dikuatkuasakan, yang bapanya menjadi warganegara Malayan Union e. Kanak-kanak yang belum cukup umur f. Telah tinggal selama 3 tahun sebelum permohonan atau 4 tahun dari 8 tahun sebelum permohonan: berkelakuan baik dan memiliki pengetahuan yang cukup tentang bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, mengangkat sumpah taatsetia kepada Malayan Union . Lihat Ramlah Adam, Kepentingan Selangor di dalam Gerakan Orang Melayu Menentang Malayan Union 1946 48 hal. 246

107[38] Persatuan Melayu Selangor diasaskan oleh sepupu Sultan Sulaiman iaitu Tengku Ismail
bin Tengku Mohd. Yassin sekaligus menjadi Yang Dipertua yang mendapat pendidikan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar, manakala Raja Bot bin Raja Yahya menjadi Naib Yang Dipertuanya. Pada dasarnya tujuan utama penubuhan persatuan ini menjadi badan pengumpul

Golongan wartawan juga antara pengerak aktif dalam penentangan terhadap Malayan Union. Perubahan struktur politik yang besar itu telah dibantah oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. Akhbar Majlis108[39] yang seolah-olah bertindak menjadi lidah utama orang Melayu telah memaparkan rasa tidak puas hati mereka. Pada 4 Januari 1946, akhbar Majlis telah menyiarkan surat pembaca bernama Abdullah Ayob yang secara berani membidas raja-raja Melayu yang telah menandatangani Perjanjian 1946 tanpa merujuk kepada rakyat . Ini kerana menurut beliau, kedaaulatan raja-raja Melayu terletak di tangan orang Melayu. Tulisan ini jelas mengambarkan sikap berani orang Melayu yang mempersoalkan kewibawaan raja-raja Melayu di tangan rakyat Melayu. Oleh itu Perjanjian 1946 dianggap tidak sah.109[40] Keadaan ini jelas menyebabkan para sultan mula gusar akan langkah mereka menurunkan tandatangan terhadap Perjanjian 1946. Berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh Mr. Creech Jones dalam laporannya menyatakan bahawa: Now, the sultans are aware that their people are skeptical of them and are turning from them to Malay Congress. So the sultans, to curry the popular favour they are in danger of losing, are demonstrating an obstinacy to Britain..110[41]

Namun begitu dalam masa beberapa hari selepas tibanya Mac Michael di Tanah Melayu, orang-orang Melayu menyuarakan tentang mereka terhadap gagsan Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu sibuk melaporkan dan menyiarkan surat-surat yang mengkritik dan menentang Malayan Union. Pendek kata dalam tempoh bulan Oktober 1945 hingga 22 Januari 1946 apabila Kertas Putih Command 6724 dikeluarkan, orang-orang Melayu sibuk menyusun barisan mereka membentuk pertubuhan dan persatuan di seluruh Tanah Melayu.111[42]
wang biasiswa untuk menghantar anak-anak Melayu ke Eropah dan Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Lihat W.R. Roff , The Persatuan Melayu Selangor : An Early Malay Politic Association, JMBRAS, vol.9, Mac. 1968, hal. 132

108[39] Akhbar Majlis mula diterbitkan di Kuala Lumpur pada 17 Disember 1931 oleh hartawan
terkenal iaitu Mohamad Amin bin Haji Yusof yang juga tuan punya The Selangor Press. Pengarang pertama Majlis ialah Abdul Rahim Kajai yang sebelum itu pernah berkhidmat sebagai pengarang akhbar Saudara di Pulau Pinang. Majlis memulakan edarannya dengan terbitan seminggu sekali, kemudian dua kali seminggu (Isnin dan Khamis), tiga kali seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat) sehinggalah menjadi akhbar harian pada tahun 1939. Pada zaman Jepun akhbar ini dikenali sebagai Perubahan Baharu. Penerbitannya ditamatkan pada September 1955.

109[40] Ramlah Adam, Kepentingan Selangor di dalam Gerakan Orang Melayu,hal. 280 110[41] CO 537/1548 ,dalam [The Pan Malayan Malay Congress ) : minute by Mr. Creech Jones
bertarikh 8 April 1946 hal. 220-221

111[42] Berbagai-bagai persatuan muncul seperti Persatuan Melayu Kelantan, Liga Melayu
Johor, Perak, Pulau Pinang, Pergerakan Melayu Semenanjung dan lain-lain lagi. Ishak Tadin

Demonstrasi telah diadakan di Kota Bharu dan Alor Setar. Orang perseorangan dan persatuan-persatuan negeri Melayu juga turut sama menghantar telegram-telegram bantahan kepada kerajaan England.112[43] Keadaan di Tanah Melayu seperti yang telah digambarkan oleh W S Morgan : The various movement Malay, Chinese and Indian appear to be unrelated and to pursue their activities quite separately, but altogether they show that the Malayan scene is seeing with political activity. , though how far the mass of the population are interested or responsive it is hard to say.113[44]

Di dalam suasana seperti itulah DatoOnn muncul sebagai pemimpin orang Melayu. Di dalam surat kepada Utusan Melayu pada 23 Januari 1946, DatoOnn mencadangkan satu kongres diadakan bagi membincangkan masalah itu. Begitu juga mengesyorkan satu pertubuhan kebangsaan diadakan bagi mewakili orang Melayu di dalam menentang Malayan Union. Pertubuhan itu dinamakan United Malays Organization (U.M.O).Dengan mendapat kerjasama daripada Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor pimpinan Zaba, Kongres Melayu 1946 diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan pembukaan kongres itu114[45]. Ia adalah perhimpunan raksasa orang Melayu yang penting sekali di dalam gerakan politik mereka sejak tahun 1900. Berdasarkan komen dari Ibu Pejabat PTB (Malaya) kepada War Office: 78 CO 537/ 1548, no. 31 bertarikh 5 mac 1946. Kongres Melayu ini telah dihadiri oleh wakil dari seluruh Malaya. Ia telah diiklan dengan meluas dan dihadiri dengan ramai. Hasil daripada kongres ini didapati: Proceeddings have been widely critised. Resolution passed far more hostile to new policy the anticipated. These due to depth of feeling among those present115[46]

melaporkan akhbar Utusan Melayu yang memainkan peranan penting dalam melahirkan UMNO. Lihak Ishak Tadin Dato Onn & Malay Nationalisme 1946-1951 dalam Journal of Southeast Asian History Volume 1, no.1 1960, hal . 63

112[43] A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politic During Malayan Union Experiment, 19421948, MBRAS, Kuala Lumpur, 1979, hal . 73-83

113[44] CO 537/ 1669 dalam [Local reactions to the Malayan Union] ; minute by W S Morgan
bertarikh 8 Mar 1946, hal. 79

114[45] Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka
Antara,1981, hal. 79

115[46] CO 537 / 1548, no.31 dalam [Pan-Malayan Malay Congress] : inward telegram no 08312
from HQ, Britisg Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 Mar 1946, hal. 207

Malayan Union juga telah ditentang oleh beberapa orang bekas pegawai British seperti R.O. Winstedt, George Maxwell, Cecil Clementi Smith dan Frank Swettenham. Mereka telah menulis surat bantahan kepada akhbar Times di London. Hal ini telah dinyatakan oleh Mr. Creech Jones dalam laporan tentang Kongres Melayu SeMalaya: Perkembangan di kalangan orang Melayu terhadap organisasi Melayu memang telah dijangka dan prospek pergerakannya meliputi Semenanjung tidak sepatutnya menjadi buruk sekiranya ia dikendalikan dengan persefahaman dan pertimbangan wajar. Hasutan di sini dari bekas pemerintah serta ahli Parlimen Konservatif .116[47]

Jika dilihat dari laporan di atas hasutan-hasutan dari bekas pegawai British yang dimaksudkan mungkinlah datangnya dari George Maxwell yang lantang mengkritik tentang kerakyatan di dalam Kertas Putih Commad 6724. Beliau adalah bekas Ketua Setiausaha Negeri-negeri Selat dan pernah menjadi Setiausaha di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Brtish hingga tahun 1908. Beliau telah menghantar kritikan sebanyak 9 muka surat yang menyentuh pelbagai hal tentang Kertas Putih Command 6724 ini. Walau bagaimanapun pendapat yang disalurkan oleh beliau tentang kerakyatan ini bukanlah menunjukkan beliau menentang kerakyatan Malayan Union di Tanah Melayu tetapi kerana pada pendapat beliau syarat-syarat kerakyatan yang terkandung ini tidak jelas. Antara kritikan yang dibuat oleh beliau ialah all those who have made the country their homeland should have the opportunity of a fairshare in the country political and cultural institutions117[48] Secara keseluruhan semua raja Melayu memberikan pendapat mereka mengenai isu kerakyatan Malayan Union kecuali Sultan Johor. Kesemua sultan yang memberikan pendapat mereka melahirkan rasa tidak senang dengan pemberian hak kerakyatan ini. Kebanyakan raja-raja Melayu mengemukakan alasan bahawa pemberian kerakyatan Malayan Union akan menyebabkan Tanah Melayu dibanjiri orang asing terutamanya orang Cina. Namun begitu pandangan dari Sultan Selangor berbeza .Antara lain baginda berpendapat .. di masa depan kedatangan penghijrah mesti disekat kecuali jika benarbenar terpaksa. Tambah baginda lagi ..oleh kerana salah satu syarat untuk mendapat kerakyatan ialah melalui kelahiran jika kedatangan penghijrah ini tidak disekat anak-anak penghijrah yang lahir sejurus ketika sampai ke Tanah Melayu oleh ibu mereka, secara automatik akan mendapat kewarganegaraan Malayan Union. Sultan Perak pula mengeluarkan pendapat bahawa kesetiaan sewaktu warganegara Malayan Union mestilah ditumpukan kepada raja-raja Melayu sekiranya mereka tinggal di negeri-negeri Melayu dan pada baginda King, jika mereka tinggal di negeri-negeri. Sultan Perak mahu setiap permohonan yang berdasarkan cara naturalisasi hendaklah diteliti. 116[47] CO 537/1548[ The Pan Malay Congress] minute by Mr. Creeh Jones bertarikh 8 April
1946 hal. 220-221

117[48] A Note on Malayan Union Citizenship by Sir George Maxwell CO 537/ 1542 136586

Baginda melahirkan rasa bimbangnya kerana di Perak hanya terdapat 335, 000 orang Melayu manakala 450, 000 orang Cina dan 200,000 orang India. Sultan Perak mengatakan, unless there is adequate safeguard the grant of equal citizenship will eventually result in the extinction of Malay race, because they will be submerged by the aliens.118[49] Sultan Perak juga berkata orang-orang Cina dan India mendapat hak kerakyatan di dalam Malayan Union ini adalah merupakan satu harta yang bernilai. Ini kerana mereka akan mendapat beberapa keistimewaan tempatan tetapi tidak perlu mengubah hatinya terhadap kesetiaan pada negara asal mereka. Selain itu baginda melahirkan rasa tidak puas hatinya tentang hal ini dan berharap agar pihak British akan mempertimbangkan lagi hal ini. Di samping itu baginda juga mahu kedatangan penghijrah disekat sehinggalah orang-orang Melayu mencapai 75% dari jumlah penduduk Tanah Melayu. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union mencapai puncaknya dengan tertubuhnya United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada 11 Mei 1946. Dato Onn Bin Jaafar menjadi presiden pertamanya. Di bawah pimpinan Dato Onn dan UMNO , kempen besar-besaran telah dilancarkan untuk membantah rancagan Melayan Union.Ini adalah kerana Dato Onn telah lama berhadapan dengan kepimpinan politik di kalangan Melayu dan memang dia mencipta untuk mengadakan dan mengekalkan persengketaan terhadap Malayan Union dan Perjanjian Mac Michael. Dia tidak pernah hilang semangat dalam usahanya untuk menyingkirkan peninggalan Malayan Union dalam Perlembagaan Persekutuan dan berusaha mengembalikan Perlembagaan Johor dengan sempurna seperti kewujudannya mengikut kelulusan Perjanjian Persekutuan. Dato Onn has throughout held political leadership amongst Malays and UMNO was his original creation to organize and maintain Malay political hostility to Union consitution and Mac Michel Treaties. He is never flagged in his effort remove constitution, and restore Johore Constitution as completely as existence of Federation Agreement permits.119[50]

Kelantangan tentangan orang Melayu hampir-hampir mengagalkan rancangan Malayan Union itu, di mana pihak British terpaksa menangguhkan rancangan penubuhan itu untuk beberapa bulan. Menurut komen daripada Ibupejabat Pentadbiran Tentera British di Malaya kepada Pejabat Perang menyatakan bahwa we can only implement new policy successfully with co-operation of Malays.120[51] Walau bagaimanapun, British tetap menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama.

118[49] ibid 119[50] Kenyataan tentang diri dan sikap Dato Onn Bin Jaafar ini telah dijel askan oleh Si Edward Gent kepada Mr. Creech Jones . Rujuk CO 537/2144, no 318 bertarikh 17 Disember 1947 , hal. 371 120[51] Pan Malayan Conggres : inward telegram from HQ British Military Adminstration (Malaya)
to War Office .Rujuk CO 537/1548, no.31 hal. 208 bertarikh 5 March 1946 hal. 207-208

Suasana orang Melayu semakin tegang dn bimbang dan berdasrkan maklumat yang diterima dari agen risikan sulit, pegawai-pegawai Bitish yang berada di Tanah Melayu condong untuk tunduk kepada tuntutan orang Melayu dan keberanian mereka telah sampai ke kemuncaknya, mereka tidak mahu beralah dan situasi orang Melayu pada masa digambarkan seperti dynamite yang tidak perlu disentuh banyak untuk meledakkannya.121[52] Sebagai langkah bantahan, wakil-wakil Melayu telah memulaukan Majlis Penasihat manakala sultan-sultan pula tidak hadir dalam upacara perlantikan Gabenor. Pihak British telah sedar bahawa penubuhan Malayan Union itu gagal kerana tiada sokongan daripada orang Melayu. Bagi orang Cina dan India pula rancangan ini menguntungkan mereka. Tetapi pemimpin mereka tidak memberi sokongan kepada rancangan itu, sebagaimana yang diharapkan oleh British. Memandangkan keadaan sedemikian, maka kerajaan British terpaksa membubarkan Malayan Union pada 31 Julai 1948. Allen telah menyifatkan penubuhan Malayan Union sebagai almost as much of a mystery to the historian as the fact that it was announced, promulgated and abandoned all within the space of a few months.122[53] Daripada rancangan Malayan Union, mendapati bahawa orang Melayu mula menyedari tentang kepentingan kedudukan istimewa kepada mereka dan hak kerakyatan bagi imigran luar tidak boleh disamakan dengan mereka kerana mereka merupakan penduduk pribumi di tanahair ini. Dengan itu, identiti Melayu dan bukan Melayu telah diperkukuhkan lagi. Selepas bubarnya Malayan Union, Persekutuan tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 yang meliputi Negeri-ngeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu serta dua buah negeri Selat kecuali Singapura. Sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk di bawah seorang Pesuruhjaya Tingi dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja. Di samping itu, sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 75 orang ahli juga ditubuhkan. Selain itu, sebuah Majlis Raja-raja ditubuhkan bagi menasihati Pesuruhjaya Tinggi.123[54]

121[52] Catatan dripada perundingan Perlembagaan Anglo-Malay dalam surat yang ditulis oleh
Sir Edward Gnt kepada Sir G. Gater. Rujuk CO 537/1530, no 303 bertarikh 5 November 1946, hal. 271-274

122[53] Allen, J.de.V. The Malayan Union, Monograph Series No.10. Wyoming : Southeast Asia
Studies, University of Yale, 1967 , hal. 1

123[54] Abdullah Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963),Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka, 1978, hal.29-30

Di bawah perlembagaan PTM , syarat untuk memperoleh kewarganegaraan akan diperketatkan iaitu hanya sesiapa yang lahir di Persekutuan akan diberi taraf

kewarganegaraan dan bagi sesiapa yang telah menetap di negeri ini selama 15 tahun daripada 20 tahun dan mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu serta dikehendaki mengangkat sumpah kewarganegaraan. Residen British di Negeri-negri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu akan digantikan oleh seorang Menteri Besar yang dibantu oleh seorang Setiausaha Kerajaan Negeri. Kedua-dua jawatan ini adalah khas untuk orang Melayu sahaja. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dikatakan telah berjaya mengembalikan semula status quo politik raja-raja, negeri-negeri dan orang Melayu. Ia juga membolehkan kerangka politik Melayu dihidupkan semula seperti sebelum perang dunia ke-2. Ini telah diakui sebagai kejayaan orang melayu dalam mengekalkan dsar pro-Melayu British dan konsep son of soil yang diterapkan sejak kedatangan British pada pertengahan kurun ke18.124[55]

Penutup

Dato Onn Bin Jaafar diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peribadinya yang luhur. Sebagai seorang nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas, Dato Onn telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu.Banyak babak yang menarik dalam hidupnya dan salah satu yang penting ialah apabila beliau berselisih faham dengan istana. Walau bagaimanapun Dato Onn Bin Jaafar lebih dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu iedeologi politik. Bagaimanapun sikap beliau yang anti-perkauman itu kemudiannya telah meminggirkan beliau daripada pesada politik negara ini. Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru menuntut kemerdekaan telah menyebabkan sumbangan besar tokoh ini kian dilupai. Tegas Dato Onn; UMNO did not claim Independence but the abrogation of

124[55] Ramlah Adam, Kemunculan Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO pada
tahun 1951 dalam Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (pngr) Pembangunan dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Utusan Publicatin & Distributors Sdn. Bhd, 2000, hal. 85

the Mac Michael Treaty125[56] Dato Onn pernah mengingatkan Sir Edward Gent dalam sepucuk suratnya menyatakan bahawa kehendak yang tidak kena pada tempatnya terhadap elemen-elemen yang selaras menurut konsep kerakyatan Persekutuan atau sebarang cubaan mana-mana pihak untuk mengurangkan hak dan keistimewaan orang Melayu akan mengakibatkan kejadian yang tidak diingini. Tambah Dato Onn lagi dalam surat yang sama menyatakan : I cannot conceal from you that the Malays will undoubtedly swing wide into a coaltion with parties defibitely anti-British if only because of frustration and despair at British hypocrisy.126[57]

Dato Onn Bin Jaafar sentaisa mendapat tempat istimewa dalam sejarah nasionalisme negara, apatah lagi kedudukan beliau sebagai pengasas dan Presiden UMNO yang pertama, parti yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional.Tanpa usaha dan langkah pertama Dato Onn lanskap politik negara mungkin berubah ketika orang Melayu bukan saha dhaif dari segi sosio-ekonomi malah kesedaran politik dikejutkan dengan rancangan licik kerajaan British memperkenalkan Malayan Union. Dato Onn telah berjaya menggarapkan api kemarahan orang Melayu terhadap Raja-raja Melayu yang menyerahkan kuasa mereka dan hak orang Melayu hingga akhirnya, akibat tekanan berterusan, British terpaksa akur terhadap suara lantang orang Melayu dan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.Dato Onn adalah seorang nasionalis sejati kerana jika hendak hidup senang, Dato Onn boleh memilih kekal sebagai Menteri Besar Johor tetapi atas semangat juang dan kecintaan kepada watan beliau memilih menjadi Presiden UMNO sepenuh masa. Meskipun beliau gagal menarik kaum Cina dan India dalam IMP, namun jika dilihat usaha murni dato Onn haruslah dipuji. Beliau berusaha menyatukan kaum-kaum di Tanah Melayu bernaung di bawah satu parti politik tanpa mengadaikan maruah dan hak istimewa orang Melayu. Gagasan Malayan Union gagal dilaksanakan di Tanah Melayu adalah satu rahmat kepada umat Melayu di negara ini, tetapi disebalik rancangan British itu terselit seribu rahmat yang telah berjaya menyatukan orang Melayu di bawah sebuah parti yang bercorak kebangsaan iaitu UMNO. Justeru itu seharuslah kita berbangga dan bersyukur kerana kita telah dianugerahkan seorang pemimpin yang berkarisme dan berkebolehan yang tiba pada waktunya; di saat umat Melayu perlukan seorang pemimpin yang tegas dan berkebolehan.

125[56] Laporan yang telah dihantar oleh Sir Edward Gent kepada Mr. Creech Jones mengenai laporan perhimpunan UMNO yang diadakan pada 10-12 Januari 1947. Rujuk CO 537/2174, no. 1 hal. 293 126[57] CO 537/2174,no.2 UMNOs reaction to federation proposals : letter from Dato Onn bin
Jaafar to Sir Edward Gent. Bertarikh 17 Februari 1947 , hal. 115

BIBLIOGRAFI

REKOD / DOKUMEN

CAB 98/41, CMB (44) 4 :Draft of a directive on policy in Malaya : Memorandun by mr. Stanley for War Cabinet Comitee on Malaya and Borneo bertarikh 15 Jan. 1944, hal. 70 CO 537/ 2144, no 318 dalam [Dato Onn] : inward savingram no. 52 from Sir E Gentto Mr. Creech Jones bertarikh 17 Dis. 1947, hal. 371

CO 825/42/3, no.28. dalam [Directives on policy]: letter (reply) from Admiral Mountbatten to Mr. Stanley bertarikh 6 Sept. 1944, hal. 86

CO 825/42/3. no.7, dalam [Publicity for postwar policy]: letter from Admiral Mountbatten to Major-General H. R Hone bertarikh 4 Feb. 1944, hal. 71-72

CO 825/42/3, no. 27 dalam [ Directive on policy in Malaya]: letter (reply) from Mr. Stanley to Admiral Mounbatten bertarikh 21 Ogos 1944, hal. 84

CO 825/35/6, no.14, Post war constituional arrangements for the mainland of Malaya: memorandum by Major-General HR Hone bertarikh 28 Julai 1943, hal. 53

CAB 98/ 41, CMB (44) 1, [Future policy]: minutes of the War Cabinet Committee on Malaya and Borneo bertarikh 22 March 1944 , hal. 73-74

CO 825/42/3, no.27 [Directive on policy in Malaya] letter (reply) from Stanley to Admiral Mountbatten bertarikh 21 Ogos 1944, hal. 84

WO 203/5642, no. 28/16/45 Initial relations with Malay sultans on the liberation Malaya: instructions from Admiral Mountbatten to General Sir M Demsey bertarikh 9 Sept. 1945.hal 129

CO 537 / 1548, no.31 dalam [Pan-Malayan Malay Congress]: inward telegram no.08312 from HQ, British Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 Mar 1946, hal. 207

CO 537/1548 ,dalam [The Pan Malayan Malay Congress ) : minute by Mr. Creech Jones bertarikh 8 April 1946 hal. 220-221

CO 537/ 1669 dalam [Local reactions to the Malayan Union] ; minute by W S Morgan bertarikh 8 Mar 1946, hal. 79

CO 537/1530, no 303 Catatan dripada perundingan Perlembagaan Anglo-Malay dalam surat yang ditulis oleh Sir Edward Gnt kepada Sir G. Gater bertarikh 5 November 1946, hal. 271-274

CO 537 / 1548, no.31 dalam [Pan-Malayan Malay Congress] : inward telegram no 08312 from HQ, British Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 Mar 1946, hal. 207

CO 537/1548 [ The Pan Malay Congress] minute by Mr. Creeh Jones bertarikh 8 April 1946 hal. 220-221

CO 537 / 1548, no.31 dalam [Pan-Malayan Malay Congress]: inward telegram no.08312 from HQ, British Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 Mar 1946, hal. 207

CO 537/2144, no 318 Kenyataan tentang diri dan sikap Dato Onn Bin Jaafar ini telah dijelaskan oleh Si Edward Gent kepada Mr. Creech Jones . bertarikh 17 Disember 1947 , hal. 371

CO 537/1548, no.31: Pan Malayan Conggres : inward telegram from HQ British Military Adminstration (Malaya) to War Office bertarikh 5 March 1946 hal. 207208

CO 537/2174,no.2 - UMNOs reaction to federation proposals : letter from Dato Onn bin Jaafar to Sir Edward Gent. Bertarikh 17 Februari 1947 , hal. 115

BUKU DAN JOURNAL:

A.J. Stockwell. 1979 British Policy and Malay Politic During Malayan Union Experiment, 1942-1948, MBRAS, Kuala Lumpur

Albert Lau. 1991. The Malayan Union Controversy (1942-1945). New York : Oxford Univerity Press

Anwar Abdullah. 1971. Biografi DatoOnn, Kuala Lumpur : Pustaka Antara

E. Thio. 1969. British Policy in the Malay Peninsula: 1860-1910, Singapore

Fawzi Basri dan Hasrom Haron, (pnyt). 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1840, Satu Perbandingan Pelbagai Aspek. Kuala Lumpur: Muzium Negara

Ibrahim Mahmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka Antara

Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (pngr) . 2000. Pembangunan dan Dinamika Masyarakat Malaysia, Utusan Publicatin & Distributors Sdn. Bhd

Nik Anuar Nik Mahmud. Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu dalam Jebat 28 (2001) Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

R. Suntralingam & Abdul Rahman Haji Ismail (pnyt).1985. Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

R.S. Milne dan D.K. Mauzy. 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Ramlah Adam. 1997. Dato Onn Jaafar pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ramlah Adam. 1997. Biografi Tokoh Pilihan Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya

Shaharom Hussein. 1985. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Bin Jaafar. Petaling Jaya : Fajar Bakti

W.R.Roff .1967. The Origin of Malay Nationalism. Singapura :University of Malaya Press

Zainal Abidin Wahid , Semangat Perjuangan Melayu dalam Jebat Bil. 7/8 tahun 1977/1978 Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Zainal Abidin Wahid . 1980. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Zainal Abidin Wahid ; Semangat Perjuangan Malayu, dalam Jebat Bil. 7/8 (19771978)

Zainal Abidin Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof Ibrahim, Nik Hassan Suhaimi dan Muhd. Amin Hassan (pnyt). 1992. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpr: Dewan Bahasa dan Pustaka

Posted 9th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

3.
May 9 SEJARAH KUALA LANGAT

MASJID SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH (1915) Bawah : Makam Sultan Abdul Samad

Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakty Diraja. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1898. PENGENALAN Pelancongan telah mula diberi kepentingan oleh Kerajaan Malaysia pada penghujung tahun 1960. Ini kemudiannya diikuti dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia pada 10 Ogos 1972. Selangor merupakan negeri yang

terletak di pintu masuk masuk negara (KLIA) sangat sesuai membangunkan industri pelancongan sebagai salah satu sumber ekonominya. Adanya faktor-faktor yang menggalakkan pelancong untuk berkunjung ke negeri Selangor menyebabkan negeri ini boleh menjadi destinasi penting dalam kelander pelancong asing setaraf dengan Melaka dan Pulau Pinang yang berjaya menarik ramai pelancong asing berkunjung ke negeri tersebut. Pelancongan adalah seperti suatu bentuk eksport yang tidak dapat dilihat tetapi memainkan peranan penting dalam memperkembangkan industri yang lain. Sebagai suatu industri ia dapat memungut mata wang asing. Dari segi ekonomi, pelancongan merupakan salah satu daripada punca pendapatan negara.

Pembangunan pelancongan di Malaysia amat ditekankan oleh kerajaan yang membolehkan kerajaan menikmati pendapatan yang bertambah. Objektif utama pembangunan pelancongan telah digariskan sejak RMK-4 dan RMK-5 lagi yang antara lain bertujuan: a. Menambahkan pendapatan tukaran wang asing melalui usaha menarik lebih ramai pelancong luar negeri untuk tinggal lebih lama lagi meningkatkan perbelanjaan mereka b. Menambah dan mempelbagaikan peluang pekerjaan melalui perkembangan industri pelancongan. c. Membantu mempergiatkan ekonomi wilayah dengan meningkatkan bekalan tempatan dan perbelanjaan di dalam sector pelancongan.

Pembangunan dan perkembangan industri pelancongan telah banyak membuka peluang pekerjaan baru agi penduduk negara ini. Bahagian perhotelan menggunakan sumber utama gunatenaga. Dalam tempoh RMK-4, gunatenaga yang terlibat meningkat dengan pesatnya. Bilangan pekerjaan yang terlibat secara langsung dalam pelbagai khidmat perhotelan telah meningkat daripada 17,600 orang pada tahun 1980 kepada 30,300 orang pada tahun 1985. Selain daripada khidmat perhotelan, bidang pelancongan juga menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pengangkutan. Dalam bidang pengangkutan pekerja diperlukan

untuk mengendalikan system penerbangan, bas pelancongan, teksi mewah dan kereta sewa. MAS juga mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan.

Faktor-faktor yang menggalakkan pelancongan di negeri Selangor: Kemasukan pelancong ke sesebuah negara atau perkembangan pelancongan sesebuah tempat adalah berdasrkan kepada factor-faktor tarikan yang menggalakkan pelancong ke tempat tersebut. Faktor-faktor ini dianggap sebagai keperluan umum untuk meningkatkan pelancongan sesebuah tempat. Var, Bek dan Laftus menyatakan ada lima perkara yang mendorong pelancongan iaitu: a. faktor persekitaran, b. faktor sosial dan kebudayaan, c. tinggalan sejarah, d. kemudahan rekreasi dan membeli-belah, e. prasarana serta kemudahan tempat tinggal Negeri Selangor yang memang terkenal di Malaysia mempunyai potensi lebih cemerlang, kompetatif dan berjaya dalam industri pelancongan jika dilihat daripada faktor-faktor yang mempengaruhinya: 1. Faktor geografi dan kedudukannya 2. Prasarana serta kemudahan tempat tinggal 3. Alam sekitar semulajadi 4. Tinggalan sejarah 5. Faktor sosial dan kebudayaan 6. Kemudahan rekreasi dan membeli-belah Tarikan utama pelancong ke negeri Selangor dapat dibahagikan kepada kumpulan rupabentuk binaan manusia, rupabentuk semulajadi dan aktiviti-aktiviti kebudayaan. Bagi

mengekalkan nilai-nilai sejarah, estetik dan sosial untuk generasi yang telah lepas, masakini dan akan dating, maka tempat-tempat bersejarah ini perlu dipelihara dan juga dikembangkan.

SEJARAH KUALA LANGAT

Institusi Kesultanan merupakan satu institusi yang tertua dalam konteks masyarakat dan kebudayaan Melayu. Institusi ini dapat dihubungkan dengan sistem politik dan konsep feudalisme Melayu sejak zaman berzaman lagi. Institusi kesultanan Melayu yang wujud sejak sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan telah meliputi konsep serta sistem sosial dan budaya masayarakat Melayu Kesultanan adalah lambang penting dan menjadi identiti Melayu. Institusi raja atau kesultanan sangat penting untuk mewujudkan satu sistem bermasyarakat dan berkerajaan.Bagaimanapun institusi kesultanan ini telah mengalami kemerosotan dan kejatuhan setelah kedatangan kuasa penjajah. Institusi ini terus merosot apabila British mula campurtangan dalam arena politik di Tanah Melayu.

Kesultanan Selangor Kesultanan Selangor telah diasaskan oleh Raja Lumu (putera Yam Tuan Muda Johor Daeng Chelak atau Daeng Pali.Raja Lumu telah ditabalkan menjadi pemerintah Selangor oleh Sultan Perak, Sultan Mahmud (Raja Kimas) pada 1766.Raja Lumu telah memakai gelaran Sultan Selehuddin dan menjadikan Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran.Keturunan baginda memerintah Selangor hingga ke hari ini.

Kuala Langat merupakan sebuah daerah dalam negeri Selangor yang pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad dan Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda menjadikan Bandar dan Jugra sebagai

pusat pentadbirannya .Bandar dan Jugra merupakan 2 buah kampung yang disatukan dan dikenali sebagai Mukim Bandar Jugra. Bandar dan Jugra terletak kira-kira 10 k.m dari Pekan Banting.

Asal-usul nama Jugra Bagi masyarakat Melayu, nama sesuatu tempat itu biasanya dirujuk daripada nama tumbuh-tumbuhan , nama binatang atau sesuatu peristiwa yang terjadi di tempat tersebut.Menurut ceritanya nama Jugra diambil dari satu peristiwa di mana sekumpulan orang-orang asli dikumpulkan oleh Tok Batin untuk melakukan sesuatu kerja. Tok Batin itu dianggap sebagai Juru Kerah Juru Kerah yang bermaksud Ketua.Dari perkataan Jurukerah maka muncullah nama Jugra.Tempat yang dinamakan Jugra meliputi kawasan dari kaki Bukit Jugra, Kampung Sungai Arak bersempadan dengan Kampong Kelanang dan Pekan Codoi.Menurut catatan Tun Seri Lanang (1612) dalam Sejarah Melayu ada menyebut nama Jugra , Jeram dan Selangor yang telah wujud di zaman Sultan Mansur Shah Melaka.

Pelabuhan Jugra ini juga pernah disinggahi oleh Laksama Hang Tuah di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dalam siri lawatannya ke Siam, India dan Ceylon. Hang Tuah dikatakan telah naik ke daratan dan menyabung ayam.Bukti kedatangan Hang Tuah ke Jugra dapat dilihat apabila terdapat kesan tapak kaki beliau di atas batu berhampiran dengan Pelabuhan Jugra yang didapati lekuk dan kesan ini masih dapat dilihat hingga kini.

Sultan Abdul Samad ialah putera Raja Abdullah, cucu Sultan Ibrahim yang diputerakan pada 1805 di Kuala Selangor.Baginda bukanlah putera sultan yang memerintah malah tidak pernah dilantik sebagai Raja Muda.Setelah berkahwin dengan Raja Atfah (iaitu puteri Sultan Muhammad), baginda telah dilantik memegang jawatan Tengku Panglima Besar dan berkuasa di kawasan lembah Sungai Selangor.Setelah kemangkatan Sultan Muhammad (1857), para pembesar istana, Raja Jumaat dan Raja Atfah telah berpakat dan mengenepikan Raja Mahmud yang baru berusia 11 tahun telah dilantik sebagai Raja Muda dan menyokong Raja Abdul Samad sebagai Yang Dipertuan Negeri Selangor(1859).Keadaan yang begitu meruncing tidak mengizinkan Sultan Abdul Samad terus bersemayam di Bukit Melawati Kuala Selangor.Baginda bersama pengikutpengikutnya yang taat telah berpindah ke Jugra dalam Daerah Langat (Kuala Langat) di suatu tempat yang dikenali dengan nama Bandar Temasha. Sesampai di Bandar Temasha baginda bersama-sama pengikutnya telah mendirikan sebuah istana , disamping beberapa buah rumah pengiring-pengiring baginda.Sultan Abdul Samad memerintahkan pengikutnya membina keperluan asas seperti jalan darat, pengkalan perahu di Kuala Sungai Langat serta kawasan pertanian.Keadaan yang begitu meruncing tidak mengizinkan Sultan Abdul Samad terus bersemayam di Bukit Melawati

Kuala Selangor.Baginda bersama pengikut-pengikutnya yang taat telah berpindah ke Jugra dalam Daerah Langat (Kuala Langat) di suatu tempat yang dikenali dengan nama Bandar Temasha. Sesampai di Bandar Temasha baginda bersama-sama pengikutnya telah mendirikan sebuah istana , disamping beberapa buah rumah pengiring-pengiring baginda.Sultan Abdul Samad memerintahkan pengikutnya membina keperluan asas seperti jalan darat, pengkalan perahu di Kuala Sungai Langat serta kawasan pertanian.Setelah dapat mengawal pengeluaran bijih timah, baginda mula membina istana baru di Jugra pada tahun 1872 yang lebih hampir dengan pelabuhan Batu Hampar bagi memudahkan pemunggahan bijih.Istana baru yang dibina oleh Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra di namakan Istana Sedang Masa.Istana yang dibina di atas sebidang tanah lapang di pinggir Bukit Jugra dianggap kedudukannya yang paling baik. Bangunannya bertiang batu, berdinding dan berlantai papan kukuh.Bangunan ini berbentuk dua tingkat di bahagian bawahnya setinggi 10 kaki, mempunyai tangga papan tebal, Atapnya dibuat dari daun nipah.Kini hanya terdapat kesan tapak Istana Sedang Masa yang menjadi kenangan.

Peti besi
Salah satu tinggalan Sultan Abdul Samad yang boleh kita lihat pada hari ini ialah peti besi yang tersimpan di rumah Yang Mulia Raja Kassim di Kampung Permatang Pasir.Peti besi ini pada mulanya di simpan di Istana Sedang Masa yang digunakan oleh baginda untuk menyimpan hartanya yang berharga ,dokumen-dokumen penting dan beberapa bilah keris kerajaan negeri Selangor. Peti yang berukuran 4 x 2 kaki persegi sentiasa diselimuti dengan kain kuning. Menurut ceritanya peti ini pernah di bawa ke Muzium Negara di Kuala Lumpur pada 1969 tetapi terpaksa dipulangkan semula ke istana ini. Dalam perjalanan ke Jugra dengan diiringi oleh polis dengan mengambil masa lama kira-kira 7 jam.Kereta yang membawa peti itu tidak boleh bergerak dengan laju seolah-olah membawa bebanan yang amat berat.Apabila sampai di perkarangan istana kren yang sudah sedia menunggu hampir patah ketika menurunkan peti tersebut.Akhirnya Pak Ungku (Raja Kassim) dapat menurunkan peti itu bersama seorang rakannya dan dimasukkan ke dalam istana tersebut dengan mudah.Yang peliknya walau tidak mangga peti besi yang padu itu sukar dibuka penutupnya.

Pusat Perdagangan
Kepentingan Sungai Langat memang tidak dapat dinafikan sebagai laluan utama perdagangan sebagaimana kelaziman dalam masyarakat Melayu tradisional. Keterangan ini dikemukakan oleh John Anderson umpamanya menyebutkan bahawa pada tahap awal abad ke-19 penduduk Selangor tertumpu di kawasan lembah sungai. Bagi Kuala Langat , keadaan ini turut ditandai dengan wujudnya laluan perdagangan di Sungai Langat sejak abad ke-19 sehingga timbulnya nama-nama seperti Sungai Lang dan Labohan Dagang.

Mengikut cerita penduduk kampung Permatang Pasir, pangkalan Batu Hampar di Jugra tempat tumpuan tongkang-tongkang dari Ulu Sungai langat membawa bijih timah, atap, rotan dan kelapa kering. Barang-barang tersebut disimpan di dalam gudang yang merupakan pejabat daerah sebelum kapal-kapal membawanya ke Singapura dan Pulau Pinang.

Campurtangan British di Selangor

Peristiwa serangan lanun ke atas kapal dagang milik British di Sungai Langat pada November 1873 dijadikan alasan oleh British untuk campurtangan dalam hal-ehwal pentadbiran negeri Selangor.Menurut ceritanya, Allang atau Tunku Allang ialah nama timang-timangan Raja Yaakub atau Tunku Yaakub, anak bongsu dan anak emas Sultan Abdul Samad dikatakan terlibat dalam rompakan tersebut bersama-sama Raja Mahmud dan Raja Bot.

Pada akhir Disember 1873 sebuah lagi kapal dari Melaka telah diserang tetapi tiada sebarang tindakan diambil.Lanun-lanun tersebut kemudiannya telah menyerang rumah api di Tanjung Tuan pada awal bulan Januari 1874. Rumah api itu telah didirikan oleh kerajaan British dengan kebenaran Sultan Abdul Samad pada 1872.Implikasi daripada peristiwaperistiwa itu, Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan Sultan Abdul Samad. Hasil daripada rundingan tersebut, seorang pegawai British (Frank Swettenham) telah ditempatkan bersama 20 orang sepoi untuk membantu sultan dan para pembesar menguruskan pemerintahan negeri.Menerusi perjanjian yang dibuat pada Disember 1874, British telah melantik James Guthrie Davidson sebagai Residen British yang pertama di Selangor dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen di Kuala Langat.Peristiwa itu meletakkan Selangor negeri naungan British Senarai Residen British di Selangor 1. James Guthrie Davidson 1875-1876 2. William Bloomfield Douglas 1876-1882 3. Frank Athelstan Swettenham 1882-1889 4. William Edward Maxwell 1889-1992 5. William Hood Treacher 1893-1896 6. John Pickersgill Rodger 1896-1901

8.

7. Henry Conway Belfield Edward George Broadrick

1902-1910 1910-1918 1919-1920

9. Arthur Henry Lemon

10. Oswald Francis Gerald Stonor 1921-1926 11. James Lornie 1926-1931 12. Theodore Samuel Adams 1932-1936 13. Stanley Wilson Jones 1936- 1938

Bagi melicinkan pentadbiran beberapa buah bangunan penting telah dibina antaranya ialah rumah kediaman pegawai daerah dan balai polis disekitar kawasan tersebut.Untuk menjaga keselamatan dan keamanan sebuah balai polis telah diwujudkan di Bukit Jugra pada tahun 1875 dan kedudukannya berhampiran dengan pelabuhan Jugra. Selain daripada memudahkan pengawalan lanun, bangunan tersebut juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan hasil bijih timah milik Sultan Abdul Samad.Mengikut sistem pemerintahan British setiap daerah ditadbir oleh seorang pegawai daerah. Rumah pegawai daerah yang pertama telah dibina di pinggir Bukit Jugra menghadap ke Kuala Sungai Langat dan kedudukannnya lebih tinggi dari kawasan makam almarhum Jugra. Apa yang nyata bangunan ini dibina ditempat yang menarik dengan udara yang dingin dan menyedarkan. Dari strukturnya, bangunan tersebut menggambarkan rumah itu jenis kelas atasan bagi pegawai penjajah Inggeris.Pegawai daerah pertama yang mentadbir Kuala Langat tidak dapat dikenalpasti. Namun tiga orang pegawai daerah daripada bangsa Inggeris sempat menjadi pegawai daerah iaitu Tuan Nomad, Tuan Adam dan Tuan Clayton.Kini bekas bangunan rumah kediaman pegawai daerah ini hampir musnah kerana tapak kediaman itu telah dikorek untuk mendapatkan tanah bagi menimbus kawasan rendah.

MAKAM JUGRA
Bukit Pertama (Bukit Jugra) digelarkan Bukit Makam kerana terdapat berpuluh-puluh buah makam. Boleh dikatakan 80% daripada makam-makam ini adalah makam keluarga diraja Selangor khasnya keluarga Almarhum Sultan Abdul Samad. Di antara beberap buah makam diraja di sini terapat Makam Almarhum Sultan Abdul samad yang telah mangkat pada 6 Februari 1898 (Ahad) jam 10.45 pagi ketika berusia 93 tahun. Baginda juga digelar Marhum Jugra. Di samping makam baginda terdapat makam-makam kerabat diraja Selangor seperti Makam Tengku Atfah , Makam Tengku Musa Tengku Ibni Shah, Makam Tengku Musa Abdullah, Makam Tengku Tahir @ Tengku Kahar.Makam Tengku Arfah, Makam Tengku Mahani , Makam Tengku Puteri Aminah,dan Makam Tengku Putih.Selain itu

terdapat juga makam isteri-isteri baginda Makam Tengku Mahrum.Jauh sedikit daripada Makam keluarga diraja terdapat beberapa buah makam para pengiring dan pengawal peribadi baginda yang dikenali sebagai Panglima Hitam. Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Raja Muda Musa , cucunda kesayangan Almarhum Sultan Abdul Samad telah diisytiharkan sebagai Sultan Selangor ke-V di Istana Jugra (Istana Sedang Masa). Majlis perisytiharan itu telah dihadiri oleh para pembesar negeri dan turut dihadiri oleh William Hood Treacher Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Istiadat pertabalan Tengku Sulaiman sebagai Sultan Selangor ke-V telah diadakan pada tanggal 22 Oktober 1903 di Istana Mahkota Puri Kelang, dengan gelaran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Baginda merupakan sultan yang pertama semasa pertabalan memakai mahkota yang bertatahkan intan berlian. Sebelum ini sultan yang ditabalkan hanya memakai sejenis songkok cara Bugis yang disebut Songkok Leleng (Liling). Mahkota Leleng ini diperbuat semuanya dri emas yang berasal dari Bugis. Disebabkan di dalam Islam orang lelaki diharamkan memakai barang-barang kemas maka mahkota ini turut dipecahkan oleh Shahibul Fadzillah Tuan Sheikh Ab. Ghani, seorang ulama Islam dari Bima Sumatera yang menjadi guru kepada Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor ke-3. Pada masa Sultan Abdul Samad baginda hanya memakai tanjak dari kain sutera dari Bugis sahaja.Apabila pertabalan Sultan Alauddin Sulaiman Shah ini hendak dilangsungkan sebuah mahkota telah ditempah daripada seorang tukang pandai jawa (Encik Hasan dan Encik Mat) dengan harga $ 12, 000.00

Istana Bandar (Istana 40 bilik) Istana Temasha dibina oleh Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada tahun 1899 dengan perbelanjaan baginda sendiri di sebuah perkampungan bernama Bandar. Istana ini dibina mengikut senibina di Timur Tengah dan mempunyai 40 buah bilik. Itulah sebabnya istana ini juga dikenali Istana 40 bilik. Pembinaan istana ini sungguh kukuh di bahagian tengahnya terdapat 2 tingkat mengandungi 4 bilik utama iaitu bilik peraduan, bilik mengadap, bilik tetamu dan persemayaman baginda sultan. Bahan binaan di bahagian atas istana ini diperbuat daripada kayu cengal dan diukir serta dilorek mengikut corak tertentu oleh tukang yang mahir yang mengambarkan seni Islam tulen.Dari bahagian tengah bersambung hingga ke pintu besar arah ke selatan.

Di bahagian mengarah ke utara di adakan beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding dengan kisi-kisi batu sebagi tempat berehat di waktu petang atau malam. Tempat ini juga pernah diadakan jamuan kecil diraja. Jika dipandang dari arah utara, istana ini mempunyai tiga bumbung berkembar tetapi jika dilihat dari rusuk istana ini mempunyai bumbung yang sejajar kecuali dibahagaian hadapannya. Jika ditilik dari perbuatan dan bentuk bangunan ini ada persamaannya dengan Istana Mahkota Kelang. Dari seni pahat dan ukirannya mengambarkan senibina Islam tulen di bahagian pintu dan tingkap keadaannya melengkung. Di setiap sudut terdapat tiang-tiang kecil meruncing ke atas dibeberapa tempat. Sesekali terbayang juga di hati kita istana ini mirip bangunan istana Alhambra di Granada, Sepanyol yang pernah disebut sebagai senibina moor (Moorish-architecture). Selain itu dari kawasan berdinding disediakan pula sebuah pintu kecemasan menghala ke kawasan tanah lapang bertembok setinggi 2 kaki. Dari kawasan lapang terdapat dua buah pintu untuk keluar. Kemungkinan pintu ini sebagai persediaan jika berlaku perkara-perkara yang mencemaskan. Susunan bilik-bilik di dalamnya diatur dengan rapi seolah-olaj merupakan petak-petak bilik pejabat kerajaan mengelilingi sekitar bangunan. Keadaan Istana Temasha ini kelihat masih kukuh tersergam indah di atas sebidang tanah lapang. Pada 1978 ada ura-ura kerajaan Selangor akan mengeluarkan suatu peruntukan yang besar untuk memperbaik istana ini supaya keadaannya terpelihara dan menjadi kesan sejarah lambang kegemilangan kerajaan Selangor di zaman silam. Ketika itu boleh dikatakan Istana Temasha ini adalah salah sebuah istana yang tercantik, bukan sahaja pada bentuk dan perhiasannya tetapi juga rekabentuknya. Jika dibandingkan dengan istana Sultan Deli yang dibina dalam tahun 1898, istana temasha adalah lebih indah dan menarik. Istana Sultan Deli ini lebih besar dan dibentuk menurut keadaan dan alam Deli, Sumatera Utara. Kiranya istana ini dapat dipelihara keasliannya dipercayaai boleh mendatangkan faedah yang besar kepada generasi akan dating, sekurang-kurangnya kita berjaya mempertahankan senibina Islam di negara ini Cadangan untuk menempatkan barangbarang purba ke dalam istana ini adalah suatu inisiatif yang baik dan sesuai. Sultan Sallahuddin Alam Syah (Sultan Selangor ke-7) diputerakan pada 8 Mac 1926 (cucu kepada Sultan Alaeddin Sulaiman Shah)

Pendidikan
Sekolah Melayu pertama Kuala Langat ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Yang asalnya merupakan Sekolah Agama Perempuan Bandar dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakty Diraja. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1898.Tapak sekolah yang pertama itu terletak di kawasan tanah lapang di hadapan Istana Bandar kirakira 200 meter dari Sungai Langat . Disebabkan masalah banjir apabila air pasang besar, sekolah itu telah dipindah ke suatu tempat berhampiran dengan ke Simpang Tiga Jalan Tengah, lebih kurang 400 meter dari kawasan istana. Kawasan ini sunyi dan sesuai untuk tempat sulok.

Sultan Alaeddin Sulaiman Shah merupakan seorang yang berminat dengan pendidikan agama telah mengarahkan sekolah tersebut dipindahkan ke dalam kawasan istana, iaitu terletak di bahagian Barat Istana Bandar . Disebabkan kawasan itu dijadikan tempat latihan askar sukarela dan tapak keramaian yang boleh mengganggu perjalanan persekolahan, maka sekolah tersebut telah dipindahkan ke kawasan yang ada sekarang dan siap dibina pada pertengahan tahun 1926.Pada tahun 2001 , Sekolah Kebangsaan Bandar ini telah menyambut Jubli Emas dan Tengku Idris (Raja Muda) telah berkenan merasmikan perayaan tersebut.

MASJID SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH

Salah satu kesan peninggalan pemerintahan Sultan yang masih kekal hingga ke hari ini ialah Masjid Sultan Alaeddin.Baginda terkenal sebagai seorang yang alim dan sering mengadakan majlis pengajian di istana.Atas sikap keperihatinan baginda ke atas syiar Islam akhirnya baginda membina sebuah masjid yangkukuh dan rapi pada 1915.Masjid itu dibina kira-kira 200 meter dari Istana Bandar. Menurut sumber tempatan, alat yang digunakan untuk menggantikan simen bagi melekatkan batu-bata di masjid itu adalah putih telor. Buatan tiang seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya agak unik yang diperbuat dari kayu tahan lama dan bermutu tinggi. Ukiran kalimah ayat-ayat suci menghiasi ruang masjid dikatakan mengikut kehendak Sultan Alaeddin sendiri Masjid ini boleh memuatkan 300-400 jemaah.

PENGKALAN PERAHU

Terdapat sebuah lagi tinggalan sejarah pada zaman Sultan Alaeddin iaitu Pangkalan Perahu yang terdapat di tebing Sungai Langat kira-kira 500 meter jauhnya dari Istana Bandar.Pengkalan ini terletak berhampiran dengan Pejabat Kastam. Ini membuktikan bahawa pangkalan ini merupakan kawasan perdagangan yang penting pada zaman itu.Pengkalan ini juga sering digunakan oleh sultan sewaktu berulang-alik dari Kelang.Gambar ini membuktikan Sultan Alaeddin Sulaiman Shah bersama Raja Permaisuri Tengku Zabidah berangkat tiba dri Kelang selepas upacara perkahwinan baginda.

Setelah istiadat pertabalan dilakukan di Istana Mahkota Puri , sultan lebih banyak bersemayam di Kelang menyebabkan Istana Bandar Temasha yang telah dibina baginda itu ditinggalkan begitu sahaja. Setelah memerintah selama 40 tahun Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 31 March 1938 di Istana Mahkota , Kelang dalam usia 72 tahun. Alamarhum telah dimakamkan di Kelang pada 4 April 1938 dan digelar Marhum Atiqullah.

Penutup

Sebenarnya usaha-usaha memperkembangkan pusat-pusat pelancongan ini secara keseluruhannya akan menunjukkan identity sesebuah negeri dengan mempunyai

keunikannya yang tersendiri. Perkembangan ini akan dapat membantu dalam meningkatkan sektor pelancongan. Para pelancong yang dating akan mengalami sendiri satu kehidupan seperti di zaman dahulu tetapi dengan menikmati segala kemudahan di zaman moden ini. Perkembangan ini juga boleh membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Perusahaan pelancongan ini akan menggalakkan wujudnya industri lain yang memberi kemudahan lain kepada sector pelancongan dan ini secara tidak langsung akan membantu negara meningkatkan ekonomi menerusi sector ini. Selain itu kualiti hidup masyarakat dan aktiviti kebudayaan akan meningkat selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh pusat-pusat pelancongan ini. Kesemua ini secara tidak langsung akan dapat memajukan kawasan-kawasan baru terutamanya pembangunan luar Bandar kerana projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan yang tidak

mempunyai kepentingan pelancongan. Sementara kawasan-kawasan atau pusat-pusat yang mempunyai potensi dan kepentingan sebagai destinasi pelancongan akan terus dimajukan.

Posted 9th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

2.
May 9 Peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan

Pengenalan: Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.127[1] Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara 128[2]. Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negaranegara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau ringkasnya SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah 127[1] Kobkua Suwannathat- Pian, Asia Tenggara : Hubungan Tradisional Serantau, 1997,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal. 8

128[2] Ibid., hal.54

MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini. Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.

SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini: a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia, b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah, c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis. d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-

ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ranting Asia Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.129[3]

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar. Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

Dasar Luar Malaysia


Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan

129[3] Persatuan Sejarah Malaysia, Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan , 1979, Kuala
Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia, hal. 358-360

mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa130[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau131[5]. Oleh itu kerjasama serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan. Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British. Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalanpengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia) Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.

130[4] Setiap faktor dianggap penting kerana mempunyai perkaitan dan saling mempengaruhi di
antara satu sama lain seperti faktor geografi, penduduk, ekonomi, kepimpinan dan fahaman politik.

131[5] Gobinthhran a/l Muniandy, ASEAN : Kerjasama Ekonomi Intra-Asean dan External-Asean
sejak Sidang Kemuncak Bali 1976 hingga 1990, 1994/1995, Tesis sarjana, Bangi; Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hal. 5.

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi. Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Keduadua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya. Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negaranegara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.

KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA


a. SEATO / SEAFET

SEATO atau Southeast Asia Trety Organization telah ditubuhkan pada 8 September 1954 di Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET ini tiada kerjasama serantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah

Melayu yang mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkan kerjasama sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa. Setelah mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Asociation of Southeast Asia) pda 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS). Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

b.

ASA

Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima, Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada 31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar. Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu

mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat setiakawan. Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah menjalankan dasar Ganyang Malaysia dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada tahun 1963-1966. Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai. Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama demi faedah bersama.

c.

MAPHILINDO

Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan Maphilindo. Ia adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung. Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan perbezaan perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand telah disekat. Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja. Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah menagalami bentuk penjajahan

yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.

d.

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 19631966. Ia telah membuka lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi tujuh matlamat iaitu:a) Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

b) Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) c) Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran. d) Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan

memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan kemudahan pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat. f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota. Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM BIDANG POLITIK

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga

kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976. Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)

Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara. Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar. Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara

dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Konsep pengecualian ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali. Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau. Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah regionalisme yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negaranegaranya. Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negaranegara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini. Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama

negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin. Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negara anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa. Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata. Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea. Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga menjinakkan Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri. Penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai oleh negara-negara

ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri. Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap tunggu dan lihat manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan. Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

PERJANJIAN SEANWFZ
Perjanjian SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini ditandatangani oleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan sebagainya.

Selain itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid. Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara agar penubuhan SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian SEANWFZ pada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuclear. Dipetik dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (Southeast Nuclear Weapon Free Zone) . Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN dalam menyelesaikan isu-isu keselamtan politik di dalam perhubungan luar negeri telah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini, kebimbangan mengenai gerakangerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori Domino serta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun bergelut dengan beberapa masalah peribadi namun usaha masih tetap diteruskan untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan kuasa asing.

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya. Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang

menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan. Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi

menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah. Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland

pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepada Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro. Hubungan ini perlu dipulihkan adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina. Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada manamana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain. Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun 1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancam oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatangani sebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

..let us face the facts, and the fact are that we have at our command an army of lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to build our forces to the strength which would require for defence of our country.

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomunis kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa: Today with the denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the interest of the big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of major powers with appears to be under various guises and with various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and a number of countries remain unsatisfactory. I submit that here the non-aligned countries have an extremely important role to play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof co-existence and to our basic tenets of nonalignment in our efforts to brings about a harmonization of international relations on the basic of respect for independence and integrity of states. 132[6]

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan

132[6] Foreign Affairs Malaysia, 1970 : 16

bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. 133[7] Contoh dasar luar yang banyak membantu dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan kestabilan penduduk di Asia Tenggara. Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi mempunyai kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan laluan laut TimurBarat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.134[8] Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak

133[7] http://www.mfa.gov.my/ malay/ ehwalluar/ polisis/dasarluar.htm 134[8] Bernama, Abdullah seru kuasa nuklear tandatangan perjanjian SEANWFZ, Utusan
Malaysia 23 Jualai 1997, hal.1-3

sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.135[9] Namun demikian, setelah hampir 20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara ASEAN yang lain tidak merasakan kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia Tenggara. Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang. Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.136[10] Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. 137[11] Hubungan diplomatik ini perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di

Kampuchea.138[12] 135[9] Abdul Karim Abdullah & Ghazali Basri, Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden,
1979, ADABI Sdn. Bhd. Hal. 307

136[10] http://www.geocities.com/malayisan888/ipage06.html 137[11] Abdul Karim Abdullah & Ghazali Basri, Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden,
1979, ADABI Sdn. Bhd. Hal. 307

138[12] Fuziah Shafei & Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, 2000, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah
Alam, hal. 54

Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa: kita hendaklah menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaikbaik dengan negara komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.139[13]

Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing.140[14]Sikap bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh terutamanya dari segi keselamatan. Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia

139[13] William Shaw, Tun Razak: Riwayat Hidup dan Zamannya, 1977, Kuala Lumpur,
Longman Malaysia

140[14] Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, Hubungan Luar Antarabangsa, 2003, PTS Publication &
Distributors, Kuala Lumpur, hal.35

diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR. Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera udara akan membuat tinjauan udara di Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini. Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan. Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.141[15] Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International Conference on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.142[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas 141[15] Adam Kadin, Masalah Pendatang Haram Vietnam, Dewan Masyarakat, 15 Februari 1979 142[16] http://www.geocities.com/malayisan888/jpage06.html

menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama. Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja. Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge. Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan makanan. Berasaskan sumber diplomatik tidak rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat melaporkan 1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.143[17] Namun begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu Samphan dan 143[17] Lihat joseph J. Zasloff & Mac Allister, The Passion of Kampuchea dalam Problem of
Comunism, Vol. XXVIII, Januari-Februari 1979

kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil. Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea. Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,

Ini adalah usaha kerajaan Malaysia Nampaknya usaha ini akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan tempat kepada mereka untuk upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang kemuncak mereka

Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai haluan.

Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan Pembebasan Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan

mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan perdamaian. Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama bersama ASEAN.

Kesimpulannya, peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam, Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan, malahan beberapa isu yang lain.

Kaedah Penyelesaian Isu Tuntutan Bertindih yang diamalkan Malaysia

Meskipun Malaysia sentiasa mendukung prinsip dasar luar yang adil dan saksama namun ini tidak bermakna Malaysia terlepas daripada sebarang pertikaian dan perselisihan dengan negara-negara jiran seperti Indnesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Contohnya, hubungan Malaysia dan Singpura telah mencapai tahap meruncing namun begitu ia masih dapat dipertahankan atas dasar yang ikhlas dan demi semangat setiakawan yang tinggi.dalam mengupas isu-isu ini sesunguhnya kematangan hubungan luar Malaysia telah banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi tegang. Berikutan dengan perkembangan dalam negara, strategi dasar luar negara kita sedang menuju ke arah perubahan. Perubahan-perubahan ini telah mendorong negara kita kepada satu dasar yang lebih fleksibel dan pragmatik demi keharmonian dan semangat setiakawan ASEAN.

Konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan

Isu ini merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya. Selain itu, ia juga merupakan kes pertama dari Asia yang dibawa ke ICJ melalui satu Perjanjian Khas. Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan tindakan Malaysia yang telah mengisytiharkan wilayah pelantar laut Malaysia. Di dalam perisytiharan ini Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam wilayahnya. Ini telah dibantah oleh

pihak

Indonesia.

Justeru

Malaysia

telah

membantah

dakwaan

tersebut

dan

mempertahankan akan kewilayahan yang dialami sebagi hak negara ini atas dasar ia telah ditadbir sejak sekian lama dahulu dn pengesahan itu telah diakui oleh Konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun 1930-an. Dalam perkara ini secara ringkasnya kita dapat kaitkan bahwa apa yang telah berlaku merupakan hasil ketidakjelasan perjanjian 1824 antara British dengan Belanda. Di dalam perjanjian ini kedua belah pihak lebih sekadar memenuhi tuntutan semasa dalam menyelesaikan maslah yang berlaku tetapi langsung tidak mengambilkira kesan jangka panjang. Lantaran itu dalam menangani isu tuntutan bertindih ini pihak Malaysia telah mengutarakan hujah Konvensyen 1891 sebagi bukti hak dan kedaulatannya. Melalui konvensyen yang telah diadakan di London pada 20 januari 1891, sempadan antara British dan Belanda termasuk Borneo telah ditakrifkan. Sebenarnya konvensyen ini hanya menunjukkan persempadanan di darat sahaj dan peta yang dikeluarkan pada 1919 menunjukkan dengan jelas kedudukan sempadan antara Borneo Utara dengan Borneo Belanda yang diakui sehingga kini. Berdasarkan hujah dan bukti tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan Malaysia di ICJ. Berdasarkan apa yang telah kita ketahui bahawa sekalipun masalah atau konflik ini berpunca daripada angkara kuasa penjajahan asing namun Malaysia dalam melaksanakan dasar luarnya sentiasa cuba menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ini secara adil dan saksama. Walaupun dari satu aspek memang diakui bahawa apaa yang menjadi perkara utama iaitu pertikaian ini telah berjaya diselesaikan secara aman, namun dalam konteks hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Konflik Pulau Batu Putih


Isu yang sentiasa menjadi persengketaan dan masih lagi belum menemui penyelesaian ialah tuntutan bertindih Pualau batu Putih (Pualau Pedra Branca). Jika dilihat dari segi geografi, Pulau Batu Putih ini mempunyai keluasan 2.2 km (0.2 hektar) persegi iaitu merupakan keluasan dasar pulau itu sendiri. Jaraknya dari Teluk Rumania negeri Johor ialah 12.8 km manakala dari singapura ialah 64 km. Dari segi sejarahnya pulau ini pada dasrnya adalah milik Kerajaan johor di bawah pemerintahan Sultan Hussin mauhammad Shah. Pada 2 Ogos 1824, satu perjanjian di antara British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Kerajaan Johor mengenai penyerahan Pulau Singapura kepada pihak British. Di dalam

perjanjian tersebut, Singapura telah diserahkan kepada British termasuklah persekitaran pantai sehingga 10 batu jaraknya dari pantai. Pulau-pulau lain seperti Pulau Batu Putih tidak diserahkan kepada British144[18]. Daripada isu wilayah yang telah diperkatakan di atas dapat kita lihat dengan jelas sikap tidak bertanggungjawab para penjajah asing terhadap negara negara yang satu masa dahulu pernah dianggap sebagai negeri naungannya. Selain itu juga dari aspek ekonomi kita dapat perhatikan di sini bahawa setiap perkara yang telah dilakukan oleh para penjajah adalah semata-mata untuk meastikan kelancaran dan perkembangan ekonomi mereka tidak terjejas. Situasi ini telah terserlah tanpa dapat diselindung lagi. British yang menganggap bahawa mereka lebih maju daripada negeri yang dinaunginya telah mengambil pendekatan yang cukup mudah sehingga memperkecilkan pihak berkuasa tempatan yang merupakan pemerintah sebenar ke atas wilayah Alam Melayu. British telah mengadkan satu proses hitam putih perjanjian denganpihak Belanda dalam menentukan kawasan-kawasan wilayah masing-masing. Namun dalam hal Pulau Batu Putih mereka hanya menggunakan kaedah lisan tanpa ada satu perjanjian yang jelas. Sikap yang telah British tunjukkan ini jelas membuktikan apakah tanggapan mereka terhadap negeri Melayu pada masa itu. Lantaran daripada angkara yang telah mereka lakukan ini kesannya dapat kita lihat berpanjangan dan tidak kunjung selesai sehingga meliputi lebih dua abad. Isu Pulau Batu Putih ini telah kerap kali menimbulkan ketegangan yang cukup getir antara kedua pihak yang bertelagah. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan kerana ia memperkatakan tentang kedaulatan dua wilayah yang merdeka. Selaras dengan konsep ini sudah semestinya kedua belah pihak perlu mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan masing-masing. Sayang sekali isu konflik wilyah ini telah dicetuskan oleh angkara kuasa penjajah asing. Mereka sehingga kini terus berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa mengambil tindakan susulan bagi meredakan isu yang bergelora sekarang. Pada hal apa yang berlaku pada masa ini merupakan kesan tindakan yang telah mereka lakukan pada masa lalu. Tindakan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan pihak ketiga iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia adalah saluran yang betul demi menjaga perpaduan dan semangat kejiranan. Oleh itu pada 6 Februari 2003, Malaysia dan singapura telah mengambil tindakan yang bijak dengan menandatangani perjanjian

144[18] Massa, Januari, 2003 hal. 26

untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.145[19] Dalam kes ini, ICJ menjamin bahawa isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu akan diadili dengan cara yang baik, menyeluruh, adil serta mengmbilkira semua factor sejarah dan realiti.ICJ juga mengesahkan bahawa akan mengkaji secara terperinci semua dokumen perjanjian yang dimiliki oleh bekas empayar Belanda dan British yang tersimpan di muzium sejarah di Belanda daan London. 146[20]

Isu Wilayah Pattani

Selain itu juga kita dapat melihat dengan jelas sebagai contoh bahawa isu-sisu wilayah yang kini menjadi pertikaian antara Malaysia dan negara jirannya adalah berpunca angkara penjajahan Barat tatpi menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Isu Pattani yang merupakan sebauah negeri Melayu yang sekian lama menerima ancaman daripada musuh tradisi negeri Melayu Utara iaitu Siam sehingga kini telah ditakluki oleh kerajaan Siam dari era pemerintahan raja-raja Dinasti Chakri sehinggalah ke zaman kerajaan Thailand. Melalui isu Pattani dapat kita perkatakan di sini bahawa ia juga adalah salah satu daripada konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya Thailand. Melalui isu ini pihak Thailand sering mencurigai Malaysia kerana dianggap memberi bantuan kepada gerakan pemisah Pattani yang merupakan bangsa serumpun dan seagama dengan orang Melayu di Malaysia. Malahan isu wilayah yang tertunda melibatkan Bukit Jeli juga kadangkala turut menjadi persoalan yang belum terjawab tentang status kedudukannya sama ada ia adalah milik Malaysia ataupun Thailand. Peristiwa Tak Bai dan tindakan ganas tentera Thailand terhadap penduduk Islam di Selatan Thailand telah menyebabkan Malaysia dituduh sebagai peranan dalam memberi sokongan kepada gerakan pemisah di Selatan Thailand. Namun, Malaysia telah cuba menggunakan saluran-saluran diplomasi untuk menjelaskan kedudukan dan peranan Malaysia dalam menangani konflik tersebut. Dengan memetik kenyataan Datuk Mohamed Jawhar Hassan, Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS), beliau menyatakan bahawa kenyataan dan spekulasi dari pelbagai pihak ini mungkin akan menjejaskan pihak berkuasa terutama Wisma Putra untuk membuat tuntutan.147[21] Kenyatan ini beliau lakukan lantaran wujud pihakpihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini di dada-dada akhbar yang boleh menyebabkan kenyataan itu disalahtafsirkan sehingga membawa provokasi kepada pihak lain. Seterusnya tindakan kerajaan Malaysia membawa isu ini ke ICJ dianggap bijaksana supaya ia dapat diadili dengan saksama. Dengan ini diharapkan kedua-dua pihak akan berpuashati dan redha akan apa juga keputusan yang dibuat oleh ICJ. Apa yang penting ialah hubungan kedua-dua pihak yang sedia terjalin terus harmoni dan berkekalan. 145[19] Berita Harian, 2003, hal.1 dan 4 146[20] http://www.UMNO.online.com 147[21] Berita Harian, Disember 2002, hal.2

Ini kerana kedua-dua negara saling bergantungan antara satu sama lain dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, politik ataupun social.

Isu Tuntutan Filipina ke atas Sabah


Mengenai isu wilayah Sabah yang menjadi salah satu konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya adalah salah satu bukti yang cukup jelas bahawa Malaysia telah cuba menyelesaikan isu tuntutan Filipina dengan cara diplomasi. Dalam menganalisa isu ini seperkara lagi yang ingin diutarakan mengenai sikap British yang telah membuat perjanjian tanpa pengetahuan semua pihak yang terlibat. British misalnya telah menandatangani perjanjian atau persetujuan dengan kuasa asing lain seperti Belanda, Sepanyol dan Amerika tetapi telah mengabaikan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang merupakan pihak yang paling utama. Dalam hal ini, kuasa-kuasa penjajah asing ini masing-masing berlagak seolah-olah wilayah Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu itu adalah hak milik mereka. Mereka dengan senagaja meminggirkan pihak-pihak ini dalam perjanjian yang mereka tandatangani dengan hasrat dapat memanipulasi wilayah yang dikuasai untuk memenuhi impian ekonomi mereka. Mereka telah memanipulasi isi kandungan perjanjian yang telah mereka tandatangani bersama untuk kepentingan mereka sahaja. Selain itu, mereka sengaja memperkenalkan konsep-konsep dan pelbagai peraturan baru yang kurang sesuai untuk diimplementasi di negeri-negeri Melayu dengan niat untuk menguasai sesuatu wilayah sahaja. Kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak British telah ditanggung oleh Malaysia di mana isu tuntutan Sabah oleh Filipina masih belum dapat diselesaikan. Ini disebabkan Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Lebih buruk lagi apabila Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia sekitar tahun 1968. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan melakukan pengkhianatan terhadap wilayah Malaysia di Sabah. Boleh dikatakan sekitar tahun 1968 hubungan Malaysia-Filipina dapatlah diibaratkan seperti Ranjau dalam Daging. Bagaimanapun , Malaysia tetap meneruskan usaha untuk berdamai dengan kerajaan Filipina. Malaysia tetap tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian ke atas isu ini. Rundingan demi rundingan telah diadakan beberapa kali di Bangkok tetapi semuanya menemui kegagalan. Sebaliknya Filipina telah menjadikan satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini telah dilakukan oleh

Filipina melalui satu Akta Perampasan Sabah. Tindakan ini telah menyebabkan terputusnya hubungan diplomatic antara kedua-dua negara.

Isu Malaysia-Singapura
Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menghantakan hubungan kedua buah negara seperti Isu kastam, imigresen dan Kuarantin (CIQ), Keratapi di Tanjung Pagar148[22], Isu Air149[23] dan Isu Tambak Laut150[24] .

148[22] Berhubung dengan kes KTM ini, terdapat dua lagi isu yang mempunyai sangkut paut
iaitu isu pemindahan kastam dan CIQ. Singapura dianggap bersikap mementingkan dii untuk menagih keuntungan di mana telah memaksa Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang diputuskan oleh pemerintah Singapura berpindah dari Tanjung Pagar ke Woodlands. Berdasrkan kepada rentetan peristiwa menunjukkan Singapura seolah-olah cuba mempermainkan Malaysia. Dalam kes ini Malaysia boleh dikira telah bertolak ansur dengan kerajaan Singapura. Desakan Singapura supaya kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) KTMB berpindah ke Woodlans mengambarkan taktik Singapura untuk menjatuhkan maruah Malaysia. Sehingga kini, isu ini belum menemui jalan penyelesaiannya. (untuk keterangan lanjut lihat: http://app9. internet.gov.sg/scripts/mfa/sections/press/report & http:// www.mita.gov.sg/sgmy/watertalks; malays

149[23] Sejarah pembekalan air dri Johor ke Singapura telah nbermula sejak tahun 1927 lagi.
Perjanjian rasmi pembekalan air telah dibuat melalui dua perjanjian. Perjanjian Pertama pada 1 September 1961 dan dijangka tamat pada 2011. Perjanjian kedua iaitu Perjanjian Air 1962 telah ditandatangani pada 29 September 1962. Bagi mengukuhkan perjanjian tersebut Kerajaan Malaysia melalui Kerajaan Johor berjanji akan membekalkan air secara berterusan dengan harga yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia melalui Akta Parlimen No.53, 1965, Perkara 14 yang menyebut: ..The government of Malaysia shall guarantee that the goverment of state of Johore will on and after Singapore day; also abide by the terms and conditions of said two water agreements.. (Perjanjian Air :1961) Dalam perjanjian tersebut juga dinyatakan tentang harga air dan tempoh semakan semula iaitu selepas 25 tahun perjanjian di tandatangani. Ini bermakna semakan Perjanjian Air 1961 dan 1962 perlu disemak pada tahun 1986 dan 1987 yang lalu. Namun kerajaan Malaysia dan Johor gagal berbuat demikian pada tahun tersebut. Ini menjadi salah satu hujah Singapura untuk bertegas bahawa Malaysia hilang kelayakan kerna tidak membuat perubahan harga air pada ketiak aitu. Bagi Singapura hak Malaysia untuk membuat semakan harga air terbatal dngan sendirinya apabila tempoh itu berlalu. Persoalannya kenapakah isu harga air yang baru tidak dibincangkan pada tahun tersebut? Keterangan lanjut lihat Dewan Masyarakat April 1998 hal. 32, Utusan Malaysia 11 Jun 1997

150[24] Aktiviti penambakan laut oleh Singapura telah dijalankan secara kecil-kecilan sejak tahun
1962 lagi. Kegiatan penambakan laut ini telah diperluaskan lagi sepanjang Marina East sehingga ke Changi, Pulau Tekong, Pulau Ubin, Pualau Serangoon dan Punggol Point. Antara projek yang sedang giat dijalankan sekarang ialah mencantumkan Pulau Tekong dan Pulau Ubin untuk

Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dipaparkan di atas, ternyata hubungan MalaysiaSingapura sentiasa panas kerana masalah yang menjadi kekangan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini kedua-dua negara saling menimbulkan provokasi di antara satu sama lain melalui media-massa. Konflik-konflik yang timbul akan menyebabkan wujud gambaran bahawa kedua-dua negara tidak mempunyai semangat kejiranan yang baik. Sungguhpun dari segi kedudukan geografi kedua-dua buah negara sangat rapat dan hampir tetapi dari segi hubungan diplomatic adalah sebaliknya. Pertelingkahan dan pertelagahan yang sering berlaku di antara Malaysia-Singapura boleh dianggap sebagai satu tradisi. Ini kerana isu-isu hangat yang sering menjadi punca pertelingkahan telah wujud sejak era pemerintahan Tunku Abdul rahman lagi. Seterusnya satu demi satu isu lain timbul walaupun yang sedia wujud belum dapat diselesaikan. Dalam kes ini kedua-dua buah negara sepatutnya mengambil tindkan bijaksanan bagi menangani isu yang wujud demi kepentingan bersama. Dalam hal ini juga kedua-dua pihak boleh menggunakan pihak ketiga iaitu ASEAN untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang tertangguh ini.

dijadikan kawasan tadahan hujan dan tempat rekreasi. Masalahnya ialah aktiviti penambakan laut oleh Singapura telah memberi implikasi kepada laluan kapal di Selat Tebrau menjadi sempit, berlaku pencemaran pantai di pantai Johor, pencemaran air yang semakin serius yang boleh memusnahkan tumbuhan dan hidupan laut yang menjejaskan pendpatan nelayan. Lihat Nik Anuar Nik Mahmud, Singapura Duri Dalam daging kepada Malaysia Dewan Masyaeakat Jun 2003 hal. 37 & Mohd. Zaki Pileh, Akibat Buruk Tambak Laut Singapura Massa, Mac 2002 hal.13

Kesimpulan: Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isuisu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya. Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini. Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang

menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya

dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

Posted 9th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

2.
May 9

YA ALLAH..... Luruskanlah hatiku, Semoga lurus agamaku, Bersihkanlah hatiku, Semoga ikhlas selalu, Tetapkanlah hatiku, supaya dapat menempuh ujian yang menipu daya. YA ALLAH..... Yang menjaga hatiku... Bersihkanlah hatiku.. supaya mazmumahku tidak merosakkan agamaku dan tidak merosakkan kehidupan orang lain Kuatkanlah hatiku semoga keyakinanku teguh dan tidak mudah berubah. YA ALLAH... Yang membolak balikkan hati ini Baikilah hati ku ini...supaya baik agamaku, Supaya tiada khianat.. tiada hasad dengki dan dendam sesama manusia. YA ALLAH.... Limpahkanlah dalam hatiku ILMU dan HIKMAH supaya dapat menyuluh hatiku supaya lahir dan batinku sentiasa bersyariat, supaya lahir dan batinku sentiasa taat... YA ALLAH kabulkanlah doaku ini. Posted 9th May 2012 by AZMAN
0

Add a comment

3.
May 8

Novel Panglima Awang Unsur Patriotisme dalam karya Novel Panglima Awang karya Harun Aminurashid (Harun Muhamad Amin) a. Bangga sebagai rakyat Malaysia Sebagai seorang penulis yang novel yang berunsurkan sejarah yang paling produktif bukanlah hanya untuk menulis sebuah cerita yang kosong sebaliknya Harun Aminurrashid pernah mengatakan bahawa: Dari cebisan-cebisan sejarah lama tanah airku yang bersepah-sepah, kukutip, kukumpulkan, kucantum-cantumkan, inilah kuhidangkan kepada peminat kesusasteraan Melayu.Mudah-mudahan tugasku yang sekelumit ini dapat menarik perhatian kepada insan-insan yang kehilangan pedoman dan panduan, mudah-mudahan tugasku ini dapat pula diperinci oleh angkatan baru bangsaku, khasnya kepada pemuda-pemudi yang menjadi penghuni bumi Alam Melayu yang terkenal subur dan makmur ini, marilah kenal lebih dekat zaman silam di bumi kita ini seupaya ada kuasa dan tenaga yang pernah gemilang dan kemudian menjadi pudar [] Ya, sungguh indah kalau gemilang dan pudar itu dikaji dan diperinci, mengapa dan siapa yang menjadi biang keladinya. Kuharap sekelumit cerita yang kukumpulkan ini dapat memberi ilham baru kepada tiap-tiap insan yang mahu insaf.

Dengan sifatnya yang amat meminati sejarah telah menyebabkan Harun Aminurrashid membaca semula sejarah orang Melayu menentang Portugis untuk mendalami cara berfikir masyarakat Melayu pada zaman itu sebelum beliau menggarapkannya dalam sesebuah novel. Matlamat beliau adalah jelas iaitu katanya: Saya mahu sedarkan bangsa Melayu ada negara, ada penglima yang kuat. Saya mahu buktikan kepada dunia bahawa Melayu kalah dengan Portugis kerana Portugis ada senjata moden, jika Melayu tahu ilmu alam tentu Melayu akan kalahkan Portugis. Portugis datang tidak ramai tetapi taktiknya baik. Orang Melayu lemah dan tidak ada sistem dan disiplin yang kuat dalam kehidupan sosialnya. Jadi mudahlah bagi Portugis mengalahkan orang Melayu. Tetapi kita juga akui bahawa orang Melayu gagah dan handal.

Malah jika dilihat dan meneliti karya-karya novel hasil tulisan Harun Aminurashid jelas menunjukkan bahawa beliau telah menggunakan peristiwa sejarah yang kemudiannya disusun kembali dengan teliti dan dapat memberikan sebuah kisah sejarah yang sukar dinafikan kejadiannya.

Mengikut karangan itu, Alfonso DAlbuquerque yang menjadi ketua orang Portugis itu telah menjualkan seorang Melayu yang menjadi tawanannya kepada seorang kapitannya bernama Fernao de Magalahes atau terkenal dalam buku-buku sejarah ialah bernama Magellan iaitu orang yang pertama mencuba mengilingi dunia dengan kapal layar dan ia juga orang yang pertama menetapkan pendapat yang dunia ini bulat. 151[1]

Dalam karya Panglima Awang, Harun Aminurashid telah melambangkan watak utama iaitu Panglima Awang dengan sifat kepahlawanan Melayu di zaman keruntuhan kerajaan Melaka yang bermati-matian berjuang untuk memelihara kedaulatan bangsa dan tanahairnya. Panglima Awang bukan sahaja seorang pahlawan Melayu yang berani tetapi juga seorang Melayu yang berjiwa kebangsaan yang tulen. Pengarang telah menggambarkan keberanian pahlawan-pelawan Melayu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan ingin merampas kembali kekuasaan mereka terhadap Melaka: Aku tak mahu undur dari bumi Melaka ini, biar berputih tulang, tidak akan berputih mata, jawab Panglima Awang dengan bernafsu152[2]

Kapten Fernado sendiri telah mengakui kehebatan orang-orang Melayu Melaka ketika berperang dengan bangsa Portugis di Melaka. Kenyataan ini telah dibuat apabila Panglima Awang tiba di rumah Fernado di satu kampung tidak jauh dari bandar di Lisbon, ketika 151[1] Harun Aminurrashid, Panglima Awang, Kata Pengantar Pengarang, hlm. iv)

152[2] ibid., hlm 31. Dalam perkelahian itu tiga orang dari kawan Panglima Awang tewas dan
seorang jatuh ke laut, tinggal Panglima Awang seorang diri berkelahi dengan hebatnya ia menetak dan menikam Peringgi dengan berani tetapi apa kan daya ia diperamai oleh Peringgi, lengannya luka dan ia jatuh kerana pukulan di kepalanya dengan buntut senapang.(Panglima Awang, hlm. 35); Engkau patut tahu Albuquerque, bangsa aku bukan penakut, sekarang kawankawan aku dengan diketuakan oleh berapa orang sedang mengatur barisannya untuk membunuh engkau, jangn engkau fikir engau dapat menghapuskan keberanian bangsa aku untuk melawan engkau yang datang merampas bumi Melaka ini.(Panglima Awang, hlm. 25) Dalam peperangan melawan pencerobohan Perenggi ke Melaka itu telah dapat beberapa kali menyerang Portugis dari sebelah rusok barat bersama kawan-kawannya yang sanggup sehidup semati, tetapi malangnya manakala patah perang orang Melaka ia dengan kawan-kawannya pun berundur sama tak mahu terperangkap oleh Portugis(Panglima Awang, hlm. 5)

menjelaskan perihal diri dan bangsa Panglima Awang kepada rakan-rakannya yang begitu berminat untuk mengetahui berita kemenangan Portugis di Melaka. Mereka bangsa ini sangat berani, mereka berperang dengan keris, lembing sahaja dengan tidak takut. Banyak juga bangsa kita yang mati olehnya, mereka kuat-kuat, tegap-tegap dan pandai mengalahkan musuhnya dengan satu kepandaian yang tidak ada kepada orang kita iaitu silat namanya153[3]

Kehebatan dan kegagahan orang Melayu dahulu agak ketara, sebaliknya sifat-sifat ini perlu diselidiki kembali oleh generasi pasca merdeka. Seharusnya membuat introspeksi bahawa sejak dahulu telah wujud sindiran terhadap pemuda-pemudi Melayu yang pergi belajar di barat tetapi apabila kembali ke tanahair lagaknya lebih barat daripada orang-orang putih di negara barat. Novel Panglima Awang telah membaca pembaca mengeliling dunia bersama-sama Panglima Awang dan Fernando de Magalhaes, orang Portugis yang menjadi warganegara Sepanyol itu. Latar belakang yang digunakan di dalam novel sejarah ini ialah Melaka, Sepanyol dan Filipina.

b. Bersemangat setia kepada negara / kerajaan Semangat cinta kepada kerajaan Melayu Melaka jelas dapat digambarkan oleh pengarang seperti di bawah. Meskipun Tun Tahir telah ditangkap dan berada dalam tawanan Portugis namun beliau tetap teguh mempertahankan maruah dan martabat sultannya apabila Alfonso de Albuquerque cuba untuk mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina kedudukan Yang Dipertuan: Ceh Benggali Putih, janganlah kamu menyebut Yang Dipertuan ku yang tidak berdosa itu, bangsa aku tidak pernah derhaka kepda Sultannya, jawab Tun Tahir dengan bernafsu. 154[4]

Semangat kepahlawanan dan keberanian yang dimiliki oleh para satria yang sanggup berjuang bagi melawan musuh jelas terpancar dalam dialog di bawah. Apabila Panglima

153[3] ibid., hlm. 90 154[4] ibid., hlm. 27

Awang sedang menyusun strategi bagi menyerang Melaka yang telah jatuh ke tangan Portugis. Kami tidak akan mencemarkan nama Melayu, kami semua akan bersama membela Melaka dari dicemarkan oleh Si Peranggi itu. 155[5]

Dalam satu lagi perisiwa yang digambarkan oleh Harun Aminurashid iaitu dalam Bab keempat, di mana Panglima Awang telah menerima surat daripada Duli Yang Dipertuan telah digambarkan dalam surat tersebut: Yang Dipertuan sangat sukacita mendapat tahu anakanda meneruskan perjuangan menetang musuh tanahair kita dari perkhabaran yang dibawa oleh Sang setia, kami doakan kepda Allah supaya anakanda diperlindungi dari segla bahaya156[6]

Walaupun Panglima Awang menukar namanyanya dan tinggal atau mengembara di negeri-negeri barat selama sepuluh tahun dan pernah digoda oleh seorang gadis jelita Peringgi, (Nona Meriam) namun jiwa kebangsaannya dan cintanya pada tanahair dan pada gadis Melayu tidak mudah diperdayakan. Semestinyanya sifat dan ciri-ciri keperibadian

yang dilambangkan oleh Harun Aminurrashid dalam watak Panglima Awang telah membuktikan kepada dunia bahawa orang Melayu itu sebenarnya gagah dan handal. Sejak bermulanya pengembaraan Panglima Awang yang telah dijual oleh Alfonso de Albuquerque itu dari Melaka ke Goa dan kemudian ke Sepanyol tinggal di rumah Fernado. Walaupun Fernando telah menukar nama Panglima Awang kepada Enrique untuk menghilangkan kecurigaan anak-anak kapal Portugis yang lain di dalam perlayaran dari Melaka ke Sepanyol tetapi, pengarang novel ini tidak menyatakan pula secara jelas bahawa Panglima Awang telah menukar agama kepada Kristian. Penukaran nama Panglima Awang kepada Enrique juga digambarkan secara samar. Malah tidak dijelaskan oleh pengarang, watak Enrique telah pergi ke gereja, kerana orang-orang Portugis terkenal sebagai penganut agama Katolik yang kuat.

155[5] ibid., hlm. 31 156[6] ibid., hlm. 5

c. Bersemangat kekitaan Sungguhpun Kesultanan Melayu Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 24 Ogos 1511, namun usaha dan semangat untuk menawan kembali Melaka dari tangan penjajah tidak luntur. Pahlawan-pahlawan Melayu Melaka sering berusaha untuk merancang dan menjahanamkan penjajah durjana itu. Hanya semangat yang tinggi tertanam dalam jiwa anak-anak muda Melaka pada ketika itu. Jika dibandingkan dari segi kekuatan senjata sudah tentulah jauh lebih canggih senjata musuh dari mereka. Dalam novel sejarah, Panglima Awang Harun Aminurashid menggambarkan seperti berikut: Kawan-kawan Panglima Awang mendengar rancangan itu merasa gerun juga, tetapi apa boleh buat telah bersumpah akan sehidup semati dengan panglima muda itu. Dengan tiada banyak cakap semua hendak berangkat, tetapi kemudian Panglima Awang berkata, Aku mahu dua orang kita malam ini membuat kerja besar, pergilah ke khemah askar Portugis itu mengamok dan bakar khemah-khemah itu seberapa yang dapat. Jangka kita bergerak selepas pukul dua malam nanti. Sekarang aku mahu engkau semua berehat dan tenangkanlah hati masing-masing , tak guna kita hidup kalau kita semua akan menjadi hamba Peringgi Kafir Putih itu. 157[7] Dalam setiap perjuangan dan pertempuran hidup dan mai tidak dapat ditentukan. Bagi pejuang-pejuang Melayu mereka lebih rela mati daripada bertuankan penjajah itu. Apabila melihat seseorang teman mereka tewas, sudah tentulah mereka berasa amat sedih dan kesedihan itu telah menguatkan lagi semanagt mereka untuk berjuang bagi membalas dendam terhadap kematian teman seperjuangan mereka yang telah gugur bagi mengembalikan kedaulatan negeri Melaka. Tun Isap yang telah berpeluang dapat melepaskan dirinya dengan perahu itu ketika mendengar tempik sorak orang-orang Peringgi itu di atas kapalnya, pada fikiran Tun Isap habislah semua kawan-kawannya dan Panglima Awang juga mati dalam pertempuran. 158[8]

157[7] ibid., hlm. 32 158[8] ibid., hlm. 38

Sejarah dan pengaruh Kerajaan Melayu Melaka amat luas dan keagungannya amat dirasai bagi seluruh kerajan-kerajaan kecil yang bernaung di bawahnya. Justeru dalam usaha mengembalikan semula kedaulatan Kerajaan Melayu Melaka, mereka telah turut sama mendapat bantuan daripada anak-anak Melayu dari Muar yang telah menjadi pengintip kepada Hang Isap yang telah cedera tatkala bertempur dengan tentera Portugis di atas kapal bersama Panglima Awang dua hari yang lalu. Perkara ini dinyatakan oleh pengarang: Kata Hang Nali, Biar esok aku bersama Hang Kasap belayar ke Melaka membawa ikan dijual di sana sambil mencari rahsia-rahsia apa yang terjadi dengan nasib Panglima Awang.159[9]

Berdasarkan intipan yang telah dilakukan oleh Hang Nali dan Hang Kasap mereka telah mendapat maklumat daripada saudagar yang Panglima Awang masih hidup tetapi kini berada dalam tawanan Portugis di atas kapal dan akan dibawa ke Goa bersama dengan lebih kurang seratus orang tawanan yang lain.

d. Berdisiplin Pengarang novel ini telah mengetengahkan prinsip perjuangan yang tinggi dalam jiwa pahlawan-pahlawan Melayu untuk menentang penjajah Melaka. Meskipun mereka tidak ramai dan menghadapi kekurangan senjata namun dengan semangat disiplin yang tersemat dalam jiwa mereka telah mengatur strategi bagi menggempur tentera Portugis di Melaka. Semangat juang yang kental dan disiplin yang tinggi telah menyebabkan mereka berjaya menggempur Melaka beberapa kali. Panglima Awang yang gagah berani itu telah kami lantik menjadi ketua kami sebab rancangan kami hendak menghalau Peranggi dari bumi Melaka. Pasukan kami telah banyak kali dapat menghancurkan kedudukan Peringgi itu dengan beberapa orang Melaka menolong kami yang tak sanggup mengikut Sultan berundur itu. 160[10]

159[9] ibid., hlm 44 160[10] ibid., hlm. 42

Seharusnya pengarang inginkan supaya khalayak pembaca mengambil iktibar daripada kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Semangat perpaduan yang tinggi serta ketaatsetiaan pada watan tanpa berbelah bahagi haruslah diutamakan agar jangan berlaku dalam sejarah negara buat kali kedua. Di sini pengarang telah menceritakan bahawa kejatuhan Melaka bukanlah hanya mendapat serangan dari Portugis sahaja sebaliknya wujud gerakan dalam negeri sendiri yakni saudagar bangsa asing. Pengarang menggambarkan: Baharulah pula kedua pemuda itu insaf, patutlah masa peperangan Peringgi dengan orang Melaka berlaku, semua saudagar-sauagar bangsa asing itu mendiamkan diri dan ada pula yang menolong Pernggi dengan bertukartukar barang makan, pada hal kalau ada orang-orang raja yang meminta tolong barang-barang makan tidak diberinya, dikatakan tak ada atau sudah habis, sebab niat mereka supaya Sultan Melaka kalah dalam perang itu terutama kaum kerabat Patol yang terang menderhaka kepada Sultan dan Bendahara [] Gerakan inilah yang dikatakan oleh orang orang tua, musuh dalam selimut dan menjadikan orang Melaka menghadapi dua musuh iaitu musuh dari luar orang Peringgi dan musuh dari dalam ialah orang-orang asing yang bercita-cita mendapat kebesaran di bumi Melaka. 161[11]

e. Berusaha dan produktif

Meskipun bilangan tentera Melaka tidak ramai, namun atas semangat perjuangan yang tinggi dan berkobar-kobar ingin mengusr Portugis dari Melaka, mereka telah dapat melepaskan tawanan perang iaitu Tun Gayah tunang kepada Panglima Awang dengan bantuan seorang Goa yang menyampaikan berita penahanan Tun Gayah kepada Dato Demang di Kampung Hulu. Pada malam itu, sepasukan pemuda Melayu telah datang untuk menyelamatkan Tun Gayah dan berjaya membunuh Kapten Pereira yang cuba mencabul kehormatan gadis Melayu itu. Albuquerque cuba menyiasat kejadian itu didapati kisahnya pada malam itu Kapitan Pereira cuba hendak mencabul kehormatan Tun Gayah, tiba-tiba ketika itu sepasukan pemuda Melayu telah dapat menyerangnya di khemah itu.162[12]

161[11] ibid., hlm. 47 162[12] ibid., hlm. 60

Jika lazimnya kita melihat dan membaca berbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan terhadap orang Melayu tetapi dalam novel panglima Awang, pengarang telah mengungkapkan kata-kata pujian daripada seorang gadis jelita Portugis yang bernama Meriam kepada Enrique ( Panglima Awang ) dengan menyatakan: Orang Melayu itu rajin bekerja dan sangat baik kelakuannya 163[13]

Pertemuan kembali Panglima Awang dengan Panglima Hitam di Selat Melaka telah mengabungkan semula semangat perjuangan yang telah terputus selama sedekad. Meskipun Panglima Awang berada di bawah tawanan Fernado tetapi Panglima Hitam yang berundur ke Jeram telah meneruskan perjuangan dengan menganggu kapal-kapal dagang yang belayar di perairan selat tersebut sambil memberi amaran supaya jangan menyebelahi pihak Portugis.

Kerja menyerang hendap di laut di selat dan di mana telok di sekitar pantai Tanah Melayu itu sudah terkenal kepada orang-orang Portugis, sehingga orang-orang Portugis sangat berjaga-jaga bila belayar di laut. Kalau disebut sahaja Panglima Hitam ketika kapal-kapal belayar di laut, semua orang kapal ketakutan, kerana alat angkatan Panglima Hitam itu tidak membilang lawan, siapa yang melawan dibunuh dan siapa yang menyerah dengan baik dilepaskan dan diberi ingat kepada mereka itu jangan bekerjasama dengan Kafir Puteh itu.164[14]

Kesimpulan yang dapat dinyatakan di sini sebagaimana pernah dinyatakan oleh Cheah Boon Keng dengan membandingkan Harun Aminurashid dengan Walter Scoots iaitu seorang pengarang Inggeris menyatakan bahawa: What Walter Scott is English literature , Harun Aminurashid is to Malay literature. Both are better known as writers of history novels, both outstanding and prolific. But the similarity end there. Where Scott was prepared to submerge his Scottish nationalism, despite his well known Jacobite

163[13] ibid., hlm. 96 164[14] ibid., hlm. 203

sympathaties, Harun was an uncompromising Malays nationalist would not let his reader forget his political sympathies.165[15]

Posted 8th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

4.
May 8 Patriotisme Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.166[1] Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, memandangkan rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Meskipun negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, ini tidak bermakna semangat patriotisme tidak lagi penting bagi rakyatnya. Malah jika dikaji dengan lebih mendalam, semangat patriotisme amat penting pada masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi yang menuntut semangat patriotisme yang tinggi. Era globalisasi167[2] dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir

165[15] Cheah Boon Keng, Everyman Story Teller dalam The Straits Times bertarikh 20
JanuarI 1973.

166[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, Kertas Kerja
Persidangan Kebangsaan : Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8- 12 Oktober 2001, hlm. 1

167[2] Istilah globalisasi dikatakan pertama kali digunakan oleh Roland Robertson dalam tahun
1980-an. Globalisasi ini boleh diertikan sebagai dunia tanpa sempadan. Sebagai contoh Margerat Thatcher pernah menggambarkan globalisasi sebagai There is no alternative TINA yang cuba memberitahu dunia bahawa globalisasi akan melanda seluruh pelosok dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Untuk maklumat lanjut mengenai globalisasi. Lihat Noraini Othman dan S.K. Mandal , (pnyt) Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau mangsa?,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,2000

anasir yang mampu merosakkan negara168[3]. Jangan kita membiarkan pemikiran rakyat dikuasai oleh sesuatu fahaman yang salah dan merugikan khususnya generasi muda. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neo-colonialism dan melanjutkan agenda western imperialism ke atas negara membangun. Sejajar dengan kemajuan teknologi ini, negara membangun dipaksa supaya tunduk mengikut arahan dan mematuhi pandangan yang dikeluarkan oleh diktator barat yang angkuh dan sombong. Kecenderungan media barat melaporkan sesuatu mengikut kaca mata mereka yang bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat timur seperti meniup dan melaga-lagakan isu budaya, agama, hubungan kaum, demokrasi, kebebasan akhbar dan memperkecilkan pencapaian dan kejayaan masyarakat timur merupakan sesuatu yang mengecewakan. Malaysia menghadapi pelbagai ancaman negatif dan destruktif media barat serta ada kalanya kritikan dan laporan yang begitu menggugat dan memberi kesan buruk kepada kepimpinan negara. Majalah The Economist keluaran 5-11 April 2003 mengupas kepimpinan Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun tidak berjaya membawa banyak perubahan terutama dari segi kepimpinan yang bersifat authoritarianism. Tulisan dalam laporan ini mengandungi kritikan yang bersifat destruktif dan memburukkan imej kepimpinan Malaysia. Media barat juga menjadi dalang kepada berlakunya pelbagai masalah yang menyulitkan dan mengancam keharmonian negara seperti kebencian terhadap kerajaan, memburuk-burukkan kredibiliti kepimpinan negara dan sebagainya. Keadaan ini lebih genting lagi apabila kesedaran mengenai patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistik dan materialistik. Apabila rakyat tidak cintakan negara, mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan. Justeru itu, semangat patriotisme ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969169[4] merupakan satu pengajaran kepada kita bahawa sekalipun negara telah 12 tahun mencapai kemerdekaan pada ketika peristiwa itu berlaku, kita masih menghadapi pelbagai kekangan untuk membentuk sebuah bangsa yang berjiwa Malaysia. Ini disebabkan Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik,

168[3] Media asing berperanan menjajah pemikiran masyarakat di negara membangun. Ini
menyebabkan masyarakat di negara membangun mudah terpengaruh dengan propaganda, laporan dan kritikan yang dibuat. Malah ada yang menyifatkan perang propaganda ini lebih hebat daripada perang ketenteraan dan persenjataan. Lihat Abd. Rahim Abd. Rashid, Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2004, hlm. 139-141

169[4] Ramai sarjana dan tokoh politik menulis tentang Peristiwa 13 Mei 1969, umpamanya
Tunku (1969) Sa-belum dan Sa-lepas 13 Mei; Slimming (1969) Malaysia: Death of a Democracy, Gagliano (1970) Communal violence in Malaysia 1969: the political aftermath; Goh Cheng Teik (1971) The May Thirteenth Incident and democracy in Malaysia ; Comber (1983)13 May 1969: a Historical survey of Sino-Malay relations. Peristiwa pertumpahan darah itu terus menerus berlangsung sehingga 31 Julai 1969, barulah keadaan kembali normal. Angka rasmi kematian daripada peristiwa tersebut seramai 196 orang ,manakala jumlah kecederaan pula ialah 439 orang. Di samping itu seramai 9143 orang telah ditangkap dan 5561 telah dihadapkan ke mahkamah. Lihat Malaysia, The 13 May Tragedy: A Report of National Operation Cou ncil, Government Press, 1969, hlm. 88-92

budaya, kepercayaan dan fahaman politik170[5]. Peristiwa hitam itu juga membuktikan bahawa kita masih gagal membentuk bangsa Malaysia yang tidak bersandarkan etnik dan kaum. Kefahaman dan semangat patriotisme generasi hari ini tidak sekuat semangat yang didukung oleh generasi sebelum merdeka. Ini kerana generasi sebelum merdeka hidup di bawah telunjuk imperialis, mereka terkongkong, tidak bebas dan menghadapi pelbagai sekatan daripada pihak penjajah British. Mereka mempunyai semangat patriotik yang meluap-luap dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kebebasan daripada kolonial British. Sebaliknya bagi generasi pasca-merdeka lebih memfokuskan ke arah usaha pengisian kemerdekaan yang menyebabkan mereka lalai dan lupa sejarah serta tidak pernah bersyukur bahawa segala nikmat yang dirasai hari ini adalah hasil perjuangan air mata dan darah serta pengorbanan wang ringgit pejuang terdahulu. Malah kebimbangan ini pernah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad: Patriotisme semakin hilang di kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha usaha pemupukan perlu dilakukan oleh orang-orang dewasa untuk menghidupkan dalam sanubari generasi muda tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan dan kesatuan arah-tuju negara.171[6]

Lebih malang lagi apabila para pelajar hari ini menganggap mata pelajaran sejarah tidak sepenting mata pelajaran sains dan matematik kerana tidak mempunyai nilai komersialnya. Sejarah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman oleh para pelajar zaman dan tidak begitu sesuai pada zaman millenium ini. Tanggapan seperti inilah yang perlu diperbetulkan oleh guru-guru, para pensyarah dan pemimpin negara agar kita tidak menjadi satu bangsa hanyut yang hanya tinggal nama sahaja kerana kesedaran sejarah adalah pra-syarat kepada

170[5] Dari aspek politik Malaysia masih bersifat perkauman dan masih belum mencerminkan
proses pembinaan satu bangsa Malaysia.Seolah-olah mengambarkan kita takut untuk melepaskan tradisi lama yang masih mengongkong rakyat untuk menggabungkan diri dalam parti yang mewakili etnik atau kaum masing-masing, Hal ini terbukti bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional masih kekal dengan politik berasaskan perkauman.Begitu juga parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP. PAS umpamanya masih memperjuangkan negara Islam dan majoriti ahlinya adalah orang Melayu.Manakala DAP pula didominasikan oleh orang Cina yang memperjuangkan kepentingan orang Cina. Abdul Samad Ismail, Sahabat dan Seteru dalam Politik, Dewan Budaya 4 Jun 1999, hlm. 4

171[6] Ramlah Adam (penytg), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme, Melaka, 2004, hlm. 44

patriotisme. Orang yang tidak mengetahui dan memahami sejarah, sukar menjiwai semangat patriotisme.

Perpaduan amat penting bagi negara Malaysia, ia tidak boleh diambil mudah sebaliknya kita seharusnya berusaha lebih gigih ke arah pemupukan perpaduan masyarakat dan negara yang berpaksikan identiti kebangsaan dan integrasi nasional. Walau bagaimanapun, dalam usaha memupuk semangat patriotisme ini perlu berhati-hati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara172[7]. Malaysia masih menghadapi masalah pertubuhan yang bersifat perkauman. Ini juga menjadi faktor penghalang untuk proses perpaduan kebangsaan di negara ini. Kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan kaum telahpun wujud di Malaysia sejak zaman kolonial lagi seperti Malay Club, Chinese Club dan Indian Club atau Ceylonese Club. Sebahagian besar pertubuhan perkauman ini telah melangkaui batasan-batasan toleransi atau bertindak ekstrem demi memelihara kepentingan kaum sendiri. Meskipun pertubuhan ini tidak

bermotifkan politik, namun tindakan mereka memperoleh sokongan yang kuat daripada etnik mereka sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2001, hubungan antara kaum tergugat sedikit apabila Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu)173[8] telah mengemukakan tuntutan terbuka 83 perkara kepada kerajaan yang mana sebahagian daripadanya telah menyentuh isu-isu sensitif tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Rentetan daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)174[9] mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara yang menuntut Menteri

172[7] Malaysia kita , Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, hlm. 446 173[8] Presidennya ialah Encik Quek Suan Hiong. Beliau merupakan Presiden kepada Dong Jiao
Zong (nama kolektif bagi dua badan peringkat nasional iaitu Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Berita Harian 7 Januari 2001hlm. 2

174[9] GPMS ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 . Ketika itu di bawah pimpinan Presidennya Datuk
Suhaimi Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Benta, Pahang.

Pelajaran berkuasa untuk menutup kesemua sekolah dan juga kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masing-masing dinaikkan kepada 70% dan 60% untuk pelajar bumiputera. GPMS juga menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan kepada Suqiu.175[10]
Salah satu kaedah yang sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia adalah kembali kepada sejarah. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan kita kepada negara. Dengan mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Malaysia memerlukan semua rakyatnya berjiwa patriotik yang tulen, rakyat yang sayang, kasih,dan cinta kepada pemimpin serta negara. Dengan berbalik kepada sejarah pembinaan negara dan bangsa, rakyat Malaysia akan lebih mengenali dan memahami asal-usul bangsa. Perkara ini sering ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir, beliau berpendapat sesuatu bangsa itu perlu sensitif terhadap perkembangan semasa di serata dunia untuk membandingkan dengan sejarah silam di negaranya sendiri dan sejarah silam di seluruh alam. Dengan cara ini sejarah akan menjadi cermin perjuangan176[11]. Dengan mengetahui dan memahami sejarah tanah air, akan membolehkan sesuatu bangsa menganalisis segala kelemahan dan kemungkinan yang akan terjadi. Sejarah juga akan membantu sesuatu bangsa menentukan gaya, cara dan merangka masa yang paling sesuai untuk melaksanakan segala strategi yang telah direncanakan secara halus dan teliti, demi keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kecemerlangan pada hari muka. Semestinya kita mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku pada zaman lampau dan memberi pengiktirafan kepada ahliahli sejarah yang telah memberi sumbangan dalam penulisan sejarah negara kita. Perkara ini ditegaskan oleh George Santayana ahli fikir Barat bahawa Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.177[12] 175[10] Ramlan Abd. Wahab, Integrasi Nasional semakin tercabar, Dewan Masyarakat, Mac
2001 hlm. 13

176[11] Mahathir Mohamad, Cermin Perjuangan Bangsa Malaysia dlm Patriotisme Malaysia
Penangkis Neoimperialisme, Kuala Lumpur, Utusan Publication Sdn. Bhd. 2005, hlm. 6

177[12] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan, Kertas Kerja
Persidangan Kebangsaan: Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8-12 Oktober 2001, hlm. 2

2.1 Definisi Patriotisme

Dalam negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, semangat patriotisme sangatlah penting bagi memastikan negara dan rakyatnya berada dalam suasana aman, harmoni dan stabil serta dapat menikmati kekayaan di bumi bertuah ini secara adil. Patriotisme berperanan penting dalam pembentukan bangsa Malaysia. Ia juga penting untuk mengukuhkan ketahanan nasional. Ini kerana patriotisme adalah semangat kenegaraan yang melangkaui batas-batas bangsa, agama, bahasa dan budaya. Semestinya patriotisme ini lebih mudah diterima oleh rakyat yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti Malaysia. Istilah patriotisme hanya mula digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990an. Sebelum ini, bagi menggambarkan patriotisme kebanyakan ahli akademik, sejarawan dan tokoh-tokoh politik kerap menggunakan istilah kewarganegaraan dan cintakan negara. Istilah patriotisme berasal dari perkataan patriot yang bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara atau pembela negara. Patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap negara.178[13] Istilah patriotisme dikatakan berasal daripada bahasa Latin iaitu Patriota dan patriote dalam bahasa Perancis dan patriot dalam bahasa Greek yang membawa pengertian individu yang mencintai negara sehinggakan sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan dan berpanjangan. Manakala isme pula merujuk kepada fahaman, perasaan dan juga semangat. Cantuman dua rangkai kata ini akhirnya telah melahirkan satu istilah baru dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu bagi menggambarkan semangat dan perasaan cintakan tanah air dan

178[13] ________,Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2002, hlm. 987

sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada musuh.179[14] Manakala menurut Webster, 1990; love of country or devotion to the welfare of ones country. Those who are loved their country simply because it is their country because it is the birth place and the mansion of their father. Selain daripada itu, beberapa definisi patriotisme telah diberikan berdasarkan kepada pandangan Barat seperti Bertrand Russel yang mengatakan patriotism is the willingness to kill and be killed for triviak reasons.180[15] Bernard Shaw pula menyatakan patriotism is the conviction that this country is superior to all other countries because you were born in it181[16]. Jika kita merujuk kepada Kamus Webster istilah patriotisme telah didefinisikan sebagai love of country, devotion to welfare of ones country: The virtues and actions of a patriot, the passion which inspires one to serve ones country.182[17] Manakala menurut Walter memberikan definisi patriotisme sebagai those who are love their country simply because it is because it is their country because it is the birthplace and the mansion of their father. Menurut Idris Mohd. Noor, patriotisme telah difahamkan sebagai satu bentuk penerimaan, pengamalan dan keupayaan untuk mempertahankan sesuatu asas atau pokok yang menjadi dasar negara.183[18] Dengan ini dapat difahami bahawa patriotisme adalah satu bentuk perasaan kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap negara sehinggakan sanggup mempertahankan kedaulatan dan maruah negara daripada individu yang dianggap sebagai pembelot negara. Menurut Mohd. Taib Osman, patriotisme adalah perasaan, sikap, world-view serta nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Perasaan seperti cinta, kasih dan menghormati terhadap objek yang ditujukan. Sikap pula difahamkan sebagai perlakuan yang positif seperti 179[14] ________,The Concise Oxford Dictionary, Ninth Edition, Oxford University Press, United
States of America, 1995, hlm. 1002

180[15] Maharoom Mahmood, Penerapan unsur patriotisme dalam kursus pendidikan negara
bangsa, Pusat Perkembangan Kurikulum, Ogos 2000, hlm.1

181[16] Ibid, hlm. 1 182[17] Ibid,hlm. 1 183[18] Idris Mohd. Noor, Erti Kemerdekaan: Cabaran dan Halangan Generasi Masa Kini dan
akan datang, Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2001, hlm. 2-3

sanggup berkorban terhadap sesuatu atau menyanjung tinggi terhadapnya. World-view pula ialah pandangan hidup bahawa negara itu melindungi hak-hak warganegara, iaitu sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Nilai diertikan sebagai satu pertimbangan yang tinggi lagi positif terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan tanahair.184[19] Patriotisme juga dilihat sebagai sesuatu yang abstrak dan mempunyai nilai-nilai dalaman yang berkaitan dengan perasaan dan emosi seseorang. Professor Nik Anuar Nik Mahmud mentakrifkan patriotisme sebagai kesetiaan dan ketaatan sesorang kepada negaranya sendiri, apabila segala amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme. Patriotisme itu adalah sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme yang ada pada diri seseorang itu dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku atau perbuatan seseorang itu185[20]. Menurut Saifuddin Abdullah dari Majlis Belia Malaysia, patriotisme merupakan sesuatu yang amat besar dan ia bukan sekadar semangat, bukan isu politik mahupun gimik kerana ia melibatkan setiap dan seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana patriotisme melibatkan aspekaspek yang meliputi keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia.186[21]Patriotisme juga boleh dimaksudkan sebagai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara khasnya apabila berhadapan dengan individu yang dianggap pembelot negara tanpa tolak-ansur. Istilah ini juga sering dikaitkan dengan kemerdekaan dan kebebasan. Seseorang itu akan dianggap patriot apabila mempunyai perasaan cinta, sentiasa menyokong negara dan mempertahankan negara secara berterusan dan berpanjangan.187[22] Berdasarkan beberapa definisi yang diberikan di atas, penulis dapat mendefinisikan patriotisme sebagai semangat cintakan tanahair dan berbangga sebagai warganegara merdeka di atas tempat kelahiran yang sama di bumi Malaysia.

184[19] Mohd. Taib Osman, Patriotisme Ala Malaysia dlm Journal IKSEP, Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme, Melaka, 1998, hlm. 1

185[20] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, hlm. 1 186[21] Saifuddin Abdullah, Patriotisme Alaf Baru, Kertas kerja Seminar Kongres Patriotisme
Negara, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) pada 24-26 Oktober 2002 anjuran Universiti Utara Malaysia dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, hlm. 1

187[22] http://www.25.brinkster.com/web.ht/btn.asp?lokasi =2&menuId=2

Islam merupakan agama yang syumul dan sudah pastinya patriotisme dapat dilihat sebagai sesuatu yang baik. Perpaduan merupakan senjata penting bagi sesuatu ummah, lebih-lebih lagi bagi bangsa Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbagai etnik dan keturunan. Kesatuan dan perpaduan yang dibina atas asas-asas ini melangkaui sempadan bangsa atau keturunan, malah sempadan geografi. Segala perbezaan bahasa dan pertuturan serta warna kulit akan tenggelam dalam perpaduan yang bersifat global ini. Nikmat perpaduan ini diperingatkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud: Dan ingatlah nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas kamu ketika mana kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menjinakkan hati-hati sesama kamu, justeru dengan nikmatNya itu kamu manjadi insan-insan yang bersaudara.

Bangsa yang selalu berpecah dan bermusuh sesama sendiri lebih mudah bagi manamana musuh hendak memusnahkannya. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud: Janganlah kamu berbantah-bantah (berpecah-belah) nescaya kamu akan lemah, hilangkan kekuatan kamu188[23]

Perpecahan pasti timbul di kalangan masyarakat apabila mereka mempunyai matlamat kehidupan yang berbeza. Perbezaan pendapat di kalangan manusia memang tidak dapat dielakkan189[24]. Itulah lambang keistimewaan akal yang dikurniakan kepada kita. Perbezaan inilah yang melahirkan kehidupan. Tetapi perbezaan pendapat mesti selari dengan asas yang ditetapkan oleh perlembagaan190[25] yang menjadi rujukan kita.

188[23] H. Oemar Bakry, Surah Al-Anfaaal (Rampasan Perang) ayat 46 dlm Tafsir Rahmat,
Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1988,hlm. 343

189[24] Dalam kontek hubungan kaum di negara Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah
menjelaskan bahawa: ..tidak wujud harmoni yang sebenarnya di antara kaum. Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian. Ada sedikit-sebanyak tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenar. Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan tidak berakar umbi secara mendalam.Mahathir Mohamad, Delimma Melayu, Times Book International, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 6

190[25] Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan yang mengandungi 183
Perkara yang dapat digolongkan dalam 15 bahagian. Perlembagaan yang diwujudkan pada 16

Sebarang idea yang bercanggah dan tidak selari dengan perlembagaan mesti ditolak dan dikesampingkan. Malah dua hadith Nabi s.a.w di bawah ini menjelaskan lagi bahawa Islam menganjurkan perpaduan bukan keganasan sebagaimana dilabelkan oleh pihak yang bersikap anti-Islam. Nabi bersabda yang bermaksud: Bersatu membawa rahmat dan berpecah mengundang seksa Sabda Nabi lagi yang bermaksud: Adakah kamu mengetahui amalan yang fadhilatnya lebih baik daripada darjat puasa dan sholat? Sahabat menjawab Ya. Nabi s.a.w bersabda: Menyelesaikan permusuhan dan berusaha mewujudkan perpaduan kerana sesungguhya kemusnahan ikatan mesra di kalangan masyarakat itu boleh mengundang kebinasaan.

Ajaran Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mempunyai semangat cintakan tanahair dan di dalam konteks Islam ia sering dikaitkan dengan watan. Ini dapat dirujuk berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa cintakan tanahair merupakan sebahagian daripada keimanan.191[26] Dalam hadith ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam tidak melarang umatnya berkelompok dan bersatu untuk mempertahankan negara tetapi tindakan yang diambil haruslah berlandaskan kepada hukum syarak yang telah ditetapkan. Patriot ialah orang yang memperjuang dan mempertahankan kebebasan dan hak tanahair kerana sayangkannya. Setiap patriot perlu menjaga harga diri, kehormatan, ada maruah dan mempunyai rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ciri-ciri patriotisme. Sifat-sifat lain yang sering dikaitkan dengan seseorang patriot ialah mempunyai semangat keperwiraan, keberanian, kepahlawanan dan kependekaran serta mempunyai rasa cinta kepada keluarga, bangsa dan tanahair. Patriot juga digambarkan seseorang yang mempunyai cita-cita untuk berjaya, berprinsip dan
September 1963 mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan dua dokumen perlembagaan yang terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

191[26] Adnan Hji. Awang (pyt), Pendidikan Dan Kewarganegaraan di Malaysia, Gabungan
Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 3

berpendirian tegas.192[27] Patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap negara. Dalam bahasa Melayu biasanya disebut cintakan negara. Dalam bahasa Arab patriotisme disebut wataniyyah bermaksud cintakan negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Sehinggakan seorang ulama Patani; Syeikh Daud bin Abdullah pernah menyatakan bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing adalah fardhu ain193[28]. Ini bermakna kita wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau luar negara. Perpecahan merupakan tajaan para pendurhaka kepada negara apabila mereka melakukan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada persengketaan. Justeru itu, kumpulan petualang ini perlu diingatkan supaya kembali sedar akibat daripada tindakan buruk mereka itu kepada negara. Patriotisme mempunyai perbezaan dengan apa yang dikatakan dengan perpaduan dan integrasi nasional194[29]. Ini kerana patriotisme merupakan tonggak utama kepada kewujudan perpaduan mahupun integrasi nasional. Perpaduan dan integrasi nasional boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Patriotisme pula dapat dirumuskan secara keseluruhan sebagai satu semangat cintakan negara dan taat setia kepada negara tanpa wujudnya batasan terutamanya daripada aspek perkauman dan juga kebudayaan yang berbeza. Patriotisme juga adalah suatu ideologi atau sesuatu kumpulan sikap dan kepercayaan yang merujuk kepada kasih sayang dan ketaatan individu kepada negara mereka.

2.2 Patriotisme Dari Sudut Pandangan Malaysia

192[27] Zainal Abidin Borhan, Pantun dan Peribahasa Melayu: Persoalan Jati diri dan
Patriotisme, Kertas Kerja Hari Sastera: Antara Patriotisme dan Globalisme , Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan GAPENA , 26-28 Mei 1995 , hlm. 5

193[28] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah hlm. 1 194[29] Integrasi dapat didefinisikan sebagai proses membawa kumpulan-kumpulan ethnik yang
berbeza untuk berkongsi satu identiti nasional dan bersatu padu menjadi satu bangsa.Tun Razak pernah menyatakan bahawa ..dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri sosial yang boleh diterima oleh semua bangsa dalam negara.Lihat Milne & Mauzy , Politik dan Kerajaan di Malaysia (terj.)Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhammad, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992, hlm. 419

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, patriotisme merupakan satu perkara yang sering dikaitkan dengan perpaduan serta keharmonian negara. Ini kerana tiadanya patriotisme maka segala dasar yang dibentuk dan diwar-warkan oleh kerajaan tidak akan terhasil. Perpaduan dan keharmonian negara hanya akan terbentuk sekiranya lahir semangat patriotisme di dalam jiwa setiap warganegara Malaysia. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perpaduan, keharmonian dan juga semangat nasionalisme merupakan jantung kepada patriotisme. Menyedari hakikat mengenai kepentingan semangat ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan begitu aktif mengadakan program-program yang dikatakan dapat membantu menanam semangat cintakan negara. Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan tegas mengatakan bahawa jika sekali merdeka tidak pasti selama-lamanya akan merdeka. Malaysia perlu bersedia untuk mengelakkan diri daripada bentuk penjajahan baru melalui konsep yang diperkenalkan oleh Barat yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menjajah dan menakluki apa yang dimiliki oleh orang lain. Beliau turut menyatakan bahawa patriotisme perlu ada pada setiap warganegara dan perlulah ditonjolkan melalui sikap seperti berdisiplin.195[30] Tun Dr. Mahathir menyeru semua rakyat agar berdisiplin bagi membentuk satu pasukan yang mantap untuk mempertahankan negara dalam memajukan negara. Semangat dan keberanian perlulah bertempat dan bukannya semata-mata berani tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada negara. Apa yang difahamkan di sini ialah semangat juang dan keberanian setiap warganegara perlulah berada di landasan yang betul dan bukan melulu tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. Setakat ini patriotisme sering digambarkan sebagai sesuatu yang mulia dan satu pegangan yang positif sehingga melahirkan satu slogan yang ditampilkan sebagai merujuk kepada patriotisme iaitu right or wrong, my country atau benar atau salah negeriku. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai pegangan yang sebegitu kerana pegangan ini akhirnya akan merosakkan negara. Oleh itu, saranan pemimpin Malaysia agar patriotisme yang disemai perlulah ada landasan yang sesuai. Dalam mewujudkan semangat cintakan negara kata-kata John F. Kennedy kepada rakyat Amerika boleh dijadikan panduan kepada kita. Kata-katanya berbunyi jangan fikirkan sangat apa yang negeri boleh manfaatkan kita tetapi fikirkanlah bagaimana kita boleh menyumbang kepada kebaikannya.

195[30] http://members.tripod.com/skypin/umum/uma.html.

Semangat patriotisme yang perlu ada pada rakyat Malaysia bukanlah seperti semangat asssabiyah196[31] yang tidak wajar. Oleh sebab itu, dalam memperjuangkan pemupukan semangat ini perlulah berhati-hati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara. Semenjak tahun 1957 lagi kerajaan Malaysia telah mengutamakan proses pembangunan dan pembinaan negara agar masyarakat mempunyai semangat dan identiti kebangsaan yang tersendiri dan benar-benar bercorak Malaysia. Patriotisme pada pandangan Malaysia bukanlah di dalam ruang lingkup yang sempit tetapi patriotisme yang dapat membina sebuah negara bangsa yang utuh. Patriotisme Malaysia tidak hanya dilambangkan melalui perlambangan bendera, jata negara atau logo semata-mata tetapi patriotisme Malaysia perlulah mempunyai nilai-nilai estetika yang murni serta berlandaskan kepada Rukunegara197[32], Perlembagaan Negara dan ajaran agama yang menjadi pegangan kaum masing-masing. Untuk mengejar cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, damai di samping mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan juga sosialnya seperti yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 196[31] Masyarakat Arab Jahiliah mementingkan semangat ini bagi menjaga kepentingan dan
kedudukan suku-suku kaum mereka. Semangat berpuak-puak dan mementingkan kaum sendiri telah menyebabkan sering terjadi pertelingkahan di antara kabilah. Semangat yang keterlaluan ini tidak mengenal kebenaran kerana apa jua yang dilakukan oleh suku-suku kaum mereka sentiasa benar. Ini merupakan semangat kebangsaan yang sempit. Pada bahasa Arabnya dipakai bagi sesuatu perjuangan yang berasaskan sentimen kepuakan atau kabilah. Konsep Assabiyah ini bermula dari konsep yang diperjuangkan oleh masyarakat Arab di zaman Rasulullah dahulu. Memandangkan perjuangan tersebut tidak membawa faedah kepada masyarakat Arab Islam sejagat maka baginda Rasulullah telah mengharamkan perjuangan yang sedemikian. Sabda Nabi: Tidak dari golonganku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah, tidak dari golonganku yang memperjuangkan assabiyah dan tidak dari golonganku mereka yang mati di atas jalan assabiyah. Riwayat Abu Daud. Lihat Utusan Malaysia, 31Ogos 1 985.

197[32] Rukun Negara telah diisytiharkan sebagai ideologi nasional pada 31 Ogos 1970 yang
mempunyai lima rukun untuk dijadikan asas keharmonian negara dan dianggap sebagi doktrin ketahanan negara .Lima Prinsip Rukun Negara iaitu I) Kepercayaan Kepada Tuhan, ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara iii) Keluhuran Perlembagaan iv) Kedaulatan Undang-undang v) Kesopanan dan Kesusilaan.Rukun Negara diilhamkan oleh Allayarham Tun Abdul Razak Bin Hussein menerusi MAGERAN yang dibentuk selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dicipta bagi mewujudkan satu negara dan satu bangsa Malaysia yang beridentiti, bersatu padu, sedia berkongsi matlamat dan aspirasi serta sanggup membela pertiwi dengan satu tekad dan satu hati. Lihat Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Penangkis Neoimperialisme. Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors , 2005, hlm.89-90

2020198[33] diperkenalkan. Demi mencapai cita-cita yang murni ini, didapati cabaran yang paling rumit untuk diharungi ialah cabaran yang pertama iaitu : Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilyah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehiduapan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.199[34]

Dalam cabaran tersebut, mendapati bersatu padu atau perpaduan yang dimaksudkan di atas bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah tetapi lebih dari itu. Negara Malaysia yang bersatu padu itu mestilah dicirikan oleh kesejahteraan rakyatnya yang bersama-sama menikmati kehidupan yang aman dan persamaan hak serta keadilan. Hanya apabila kesejahteraan hidup ini dicapai barulah proses pembentukan satu Bangsa Malaysia200[35] yang taat setia dan sanggup mengabdikan diri terhadap negara dan bangsa tersebut dapat menjadi realiti. Justeru itu, dalam melahirkan sebuah negara yang mantap semangat cintakan negara adalah lebih penting daripada semangat perkauman atau individualistik. Hasrat kerajaan Malaysia untuk mewujudkan bangsa Malaysia adalah satu langkah yang bijak. Dalam pada itu, perpaduan merupakan asas utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, segala cabaran Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu kesemuanya menekankan soal-soal perpaduan termasuklah aspek negara bangsa, identiti, sikap dan pendirian positif yang perlu ditanam pada setiap hati sanubari warga Malaysia. Wawasan 2020 juga membuka ruang yang lebih luas dan jelas untuk menghindari sebarang sejarah hitam seperti 13 Mei 1969 agar tidak berulang kembali. Malahan jika dinilai semula, Wawasan 2020 yang murni ini menggalakkan masyarakat yang berbilang kaum supaya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap perpaduan nasional. Ini

198[33] Sila lihat Lampiran 1 199[34] Zurinah Hassan, Huraian 9 Cabaran Wawasan 2020, Shah Alam, Penerbitan Pewarna
1994, hln. 1-9

200[35] Tun Dr. Mahathir mentakrifkan bangsa Malaysia sebagai penduduk yang dapat menyatukan diri mereka dengan negeri ini, bertutur dalam bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dan menerima Perlembagaan Negara. Mandal S.K., Bahasa Inggeris dan keperibadian nasional, Pemikir, Julai-Sept.1998, hlm. 65

adalah penting untuk memastikan cita-cita pembinaan sebuah negara bangsa dan mengukuhkan struktur sosio-budaya negara tercapai dengan jayanya. Patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Soal bangsa adalah sinonim dengan soal negara, oleh itu soal ketuanan Melayu menjadi tonggok kepada negara. Ketuanan Melayu merupakan satu konsep nasionalisme yang memerlukan satu kerangka bagi menonjol dan mendaulatkan Melayu sebagai satu bangsa yang mencorakkan negara. Soal-soal kemelayuan adalah lambang adalah identiti bagi negara. Meskipun ada bangsa-bangsa lain yang diberi tempat dan dibawa berkongsi dalam hal-hal kenegaraan, tetapi ia perlu bernaung di bawah panji-panji Melayu. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan segenap lapisan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar adalah satu tanggungjawab rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang amat penting. Unsur ini perlu ditanam di kalangan generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Nilai patriotisme seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Satu rangka bagi membangunkan semangat patriotisme perlu dilakukan melalui dasar pembangunan manusia, ekonomi, politik, sukan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisme. Nasionalisme dalam konteks ini merupakan satu langkah bagi menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa.

2.3 Unsur-unsur Patriotisme

Apabila memperkatakan tentang patriotisme ia merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya sesorang individu tersebut

mempunyai ciri-ciri201[36] yang dinyatakan maka ia bolehlah dikatakan mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme yang ada di dalam diri setiap individu.

a. Berbangga sebagai rakyat Malaysia Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam di kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang dikatakan patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat melalui perlakuan, tingkahlaku atau perbuatan seseorang. Sebagai contoh kita boleh menunjukkan perlakuan menghormati raja dan pemimpin negara. Selain itu bagi menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia boleh ditunjukkan melalui cara menghormati lambanglambang atau simbol-simbol negara seperti bendera negara atau negeri, jata negara, dan lagu kebangsaan atau negeri. Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah dengan cara memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini tentang peri pentingnya kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan dengan sejarah, bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi hari ini tidak dapat mengecapi erti nikmat kemerdekaan. Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan walaupun 201[36] Penulis mengambil ciri-ciri patriotisme ini kerana ia dilihat begitu signifikan dalam usaha
kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran yang menyemai, memupuk semangat patriotisme kepada para pelajar di peringkat sekolah. Lihat Maharoom Mahmood, Penerapan Unsur Patriotisme di Sekolah Rendah dn Menengah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000, hlm. 2-3

pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis Barat202[37].

b. Bersemangat Setia Negara Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting di dalam memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan kemerdekaan.203[38] Raja berpelembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja amatlah penting terutamanya untuk maksud perpaduan negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai sistem raja berpelembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mendokong Perlembagaan Negara dan mendokong institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan yang cukup istimewa. Fasal (1) Perkara 32 memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan

202[37] _______________, Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Buletin


IKSEP, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, Julai-Dis 2001, hln. 12-13

203[38] Razak Yahya, Chorak Perlembagaan Malaysia, Penerbitan Utusan Melayu Berhad,
Kuala Lumpur, 1967, hln. 2

Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan sesuka hati204[39]. Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir yang boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di negara ini kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh.205[40] Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita.

c. Bersemangat Kekitaan Semanagat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Bersemangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti sesebuah negara keamanan dan kemajuan negara merupakan perkara yang penting. Lantaran itu, kehidupan masyarakat yang bersatu padu, harmoni, bertolak ansur, bekerjasama, bersefahaman dan bermuafakat merupakan asas kepada semangat kekitaan. Dasar kebudayaan Kebangsaan, Kempen Kejiranan dan Masyarakat Penyayang merupakan usaha-usaha murni yang perlu diberi perhatian dalam membentuk sebuah masyarakat yang unggul.

204[39] Syed Hussin Ali, Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan, Vinlin Press Sdn. Bhd, Petaling
Jaya, 1993, hlm. 95

205[40] http://members.tripod.com/skypin/umum/uma.html

d. Berdisiplin Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks membentuk perpaduan di kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan setiap warganegara tidak akan menerima keistimewaan dari segi perundangan sekiranya melakukan kesalahan.

e. Berusaha dan Produktif Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah neagra perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah, sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigama terhadap sikap dan nilai daripada hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikap-sikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang

baru melalui proses R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Justeru itu, sekiranya wujud perasaaan patriotisme yang jitu di kalangan rakyat Malaysia memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah membangunkan dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju. Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bekerja kuat demi untuk memartabatkan maruah negara: Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan bekerja dengan rajin, buka sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.206[41]

f. Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri Untuk menjadi satu bangsa yang kuat dan disegani, masyarakat Malaysia hendaklah memiliki ilmu dalam segala bidang. Malah faktor penentu kejayaan kita ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 ialah penguasaan ilmu. Justeru sebagai seorang warganegara yang patriotik seharusnya kita menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, pekerja yang berilmu dan kewujudan budaya ilmu dalam masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat Malaysia bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu dunia. Perkara ini ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapan beliau: Justeru itu, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan pemerolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka

206[41] Ramlah Adam (penyt), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme, 2004, hlm. 54

yang secara membuta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain.207[42]

Menuntut ilmu bagi tujuan mengukuhkan ummah adalah suatu jihad. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan musuh. Tanpa ilmu pengetahuan, pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Malah agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu seperti dalam surah al-Mujahadah ayat 11: Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan kamu208[43] Kepentingan untuk menambah atau meningkatkan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu pernah ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di mana berliau berkata Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Selari dengan semangat sayang dan cintakan negara setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai rasa ingin tahu terhadap isu-isu yang berlaku di dalam atau di luar negeri. Tahap kepekaan yang tinggi sudah tentu dapat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Sebagai contoh kekejaman dan serangan tentera Israel ke atas Lubnan yang telah mengorban ratusan nyawa yang tidak berdosa telah menuntut negaranegara Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman tentera zionis itu. Perasaan simpati dan sedih terhadap mangsa peperangan yang entah bila selesainya itu dapat dijadikan iktibar bahawa setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan warna kulit mesti mempunyai kewajipan untuk mempertahankan negara daripada ancaman pihak yang tidak bertangungjawab.

207[42] Mahathir Mohamad, Ucapan Perdana, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka,2002, hlm. 12

208[43] H. Oemar Bakty, Surah Al-Mujaadalah (Mengajukan Perkara) ayat 11 dlm Tafsir Rahmat

Posted 8th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment Add a comment May 8 Tahap-tahap Pensejarahan di Malaysia Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan sejarah atau pensejarahan amat dipengaruhi oleh suasana politik dan sosial yang wujud apabila sesebuah karya itu dikarang serta persepsi dan pendirian penulis turut dicorakkan oleh keadaan persekitarannya atau pemikirannya. Penulisan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea, pemikiran, kritikan, maklumat dan pendapat terhadap sesuatu perkara yang mencakupi pelbagai bidang samada berkaitan masyarakat, agama, politik, bangsa dan negara. Hakikatnya penulisan merupakan satu perjuangan, peperangan atau satu cara jihad 209[1] untuk menegakkan kebenaran . Pendidikan merupakan elemen yang paling penting dan sering mempengaruhi penghasilan penulisan. Begitu juga dengan disiplin sejarah, dengan adanya tahap pendidikan sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sikap gemar mencatat, merekod dan menghasilkan sesebuah karya sejarah. Malah lebih tinggi tahap pendidikan yang diterima akan melahirkan satu sikap yang lebih kritis dalam sesebuah penulisan sejarah itu samada sejarah politik, sejarah ekonomi mahupun sejarah sosial. Demikianlah juga dengan pensejarahan Malaysia. Karya-karya sejarah yang dihasilkan pada tempoh-tempoh tertentu memaparkan ciri-ciri tersendiri dari segi tumpuan, kaedah dan pendekatannya. Dalam kajian ini penulis membahagikan tahap-tahap pensejarahan di Malaysia210[2] dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan ciri-ciri penulisan yang dihasilkan pada zaman tersebut: 209[1] Pengertian jihad menurut perspektif Islam adalah segala daya usaha muslim sehingga
sanggup mengorbankan nyawa harta untuk menghapuskan kemungkaran di atas muka bumi ini. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Surah Ash-Shaff ayat 10-11 yang bermaksud: Hai orang-orang beriman mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu mengetahuinya. Lihat Al-Faqir Ilallah Fadzlullah Shutib, Jihad Pada Jalan Allah, Penerbitan AlQalam, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 10

210[2] Istilah Malaysia yang telah digunakan secara meluas pada hari ini adalah merujuk kepada
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Nama Malaysia lahir secara rasminya apabila terbentuknya

a. Pensejarahan Tahap Tradisional (Pensejarahan Pribumi) b. Pensejarahan Tahap Kolonial manakala pada tahap kolonial, penulis membahagikan kepada dua iaitu i. Sebelum Perang Dunia Ke-2 (Sebelum 1941) ii. Selepas Perang Dunia ke-2 (Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu) Kajian tentang perkembangan penulisan sejarah ini menuntut kita meninjau pula tentang beberapa persoalan yang berkaitan dengan perkembangan persejarahan Melayu di Malaysia. Misalnya bilakah pensejarahan Melayu tradisi itu berakhir dan bilakah penulisan bentuk moden itu bermula? Apakah ciri-ciri pensejarahan Melayu pada setiap tahap. Bagaimanakah tahap perkembangannya dari tahap tradisi kepada pensejarahan bentuk moden? Tetapi bukanlah tujuan utama untuk penulis menghuraikan segalanya dalam kajian ini. Dalam bab ini penulis lebih menjelaskan kepada perkembangan pensejarahan tradisi kepada pensejarahan moden dalam bentuk makro dengan mengemukakan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan.

1.2.1 Tahap Pensejarahan Tradisional211[3] R.O. Winstedt pernah menyatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu kaya dalam bidang penulisan sejarah. Kenyataan Winstedt ini adalah merujuk kepada pensejarahan tradisional.212[4] Pensejarahan tradisional atau dikenali juga sebagai pensejarahan istana merupakan pensejarahan Melayu paling awal. Ianya telah wujud sebelum kedatangan imperialis Barat lagi. Pensejarahan Melayu di antara abad ke-16 dengan abad ke-19
Gagasan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, apabila negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Dalam kajian ini penulis merujuk nama Malaysia juga merujuk kepada sebelum tarikh 16 September 1963.

211[3] Tradisional berasal dari kata tradisi yang diertikan sebagai : A long -established custom
or practise that has an effect on a written law: specially any of the usages of a school of art or literature handed down through the generations and generally observed. Dipetik daripada Muhammad Yusof Hashim, Pensejarahan Nusantara.hlm. 5

212[4] R.O. Winstedt, A History Of Classical Malay Literature, Oxford University Press, 1977,
hlm. 155

memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi dan pemikiran. Bagi zaman pra-kolonial ini berbagai sumber pribumi boleh ditemui dan digunakan. Satu daripadanya ialah penghasilan bertulis yang bercorak sejarah, lahir dalam bentuk tradisi sejarah, salasilah, hikayat dan tawarikh yang merupakan historical text213[5] atau genre yang sekelas dengannya tetapi lebih umum coraknya, historical literature or referential literature tetapi..has been largely neglected214[6] Sebagaimana biasa dinyatakan, ia lebih merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja atau pemerintah. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan sebaliknya gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata jarang dipaparkan. Pensejarahan tradisional ini dilakukan atau ditulis kerana menjunjung titah pemerintah raja atau pemerintah. Raja adalah unsur yang paling asas adanya raja bermakna adanya kerajaan. Raja adalah punca segala kewibawaan215[7]. Orang Melayu pantang durhaka kepada raja dan dalam sejarah negeri-negeri Melayu kedudukan raja tidak pernah dicabar

213[5] Terdapat dua pihak yang menerima historical texts sebagai sumber sejarah dan golongan
yang menolak atau menafikan kesejarahan historical texts dengan tokoh-tokoh seperti J. Crawford, R.O. Winstedt, Kern dan lain-lain sehingga kedua-dua pihak ini memberi pengaruh bukan kecil di kalangan ahli sejarah sezaman, malah berlaku perbahasan ilmu mengenai teori dan metodologi penelitian serta penggunaan historical texts bagi menulis sejarah tempatan.Pihak yang menolak kerana pemikiran atau idea mereka terhadap konsep sejarah dan pensejarahan dirujuk kepada konsepsi Barat mengenai erti sejarah moden. Ada unsur-unsur anakronistik di sini. (2) golongan ini amat didorong oleh faktor pertama di mana sejarah harus dari sudut saintifik coraknya, humanistic isinya dan rasional komposisinya. (3) Mereka tidak berupaya untuk membezakan dua masyarakat yang berlainan iaitu Melayu Eropah, di mana keperluan dan keinginan yang berbeza maka sudah tentulah memiliki etos yang tidak sama. Malah kewujudan sikap ego-sentrik budaya menyebabkan golongan ini cuba menafikan hasil pensejarahan pribumi. Mohd. Yusof Hashim, Naskah-naskah Kesusasteraan Melayu Tradisional Yang bercorak Sejarah dan Pensejarah Malaysiadalam Siti Hawa Salleh, (pnyt) Cendikia Kesusasteraan Melayu Tradisional.., hlm. 36

214[6] ibid, hlm. 37 215[7] Jika dilihat dari segi kepentingan fungsi dan peranan Raja-raja Melayu (i) Sebagai
payung bangsa. Institusi Raja-raja ditakrifkan sebagai payung bagi bangsanya, umpama paying yang melindungi pemakainya dari terik kepanasan matahari dan basahan siraman hujan. Insitusi Raja-raja yang berhakikat sebagai pelindung pada kedaulatan bangsa dan agama yang dipayungi itu. Pentingnya peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak pelindung bangsa dan agama adalah umpama bapa sebagai ketua rumahtangga. Bapa diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penjaga dan pelindung isteri dan anak-anaknya. Sebagai tonggak keluarga, bapa perlu menjaga maruah dan kehormatan keluarga. Begitulah umpamanya peranan Raja-Raja Melayu. Mereka dipilih untuk menjadi tonggak sebuah keluarga besar yang dinamakan kerajaan Melayu. Raja tidak akan mencampuri urusan pentadbiran selama mana ia tidak mengugat kepentingan, keutamaan maruah serta perpaduan bangsa dan agamanya. Walaubagaimanapun, apabila ada pihak yang cuba mengugat, maka dengan peranan dan kuasa yang diamanahkan padanya, ia akan bertindak melindunginya kerana maruah bangsa dan agama adalah maruah Raja.

oleh orang kebanyakan216[8]. Pensejarahan yang dihasilkan pada tahap ini atas beberapa tujuan seperti melaksanakan titah perintah raja , penulisan dibuat untuk menyukakan hati raja yang bertujuan untuk memihak, menyanjung sesuatu golongan khasnya golongan pemerintah atau raja yang sedang berkuasa atau bertakhta. Sebagai contoh Raja Chulan , Misa Melayu adapun baginda itu (Sultan Iskandar, TM 1756-1770) terlalu arif bijaksana dan manis barang titahnya, makin bertambah kebesaran baginda itu . 217[9] Jika dikaji semula bahawa pensejarahan istana, pensejarahan Islam dan pensejarahan China218[10] pada zaman pemerintahan maharaja karya-karya sejarah dihasilkan atau ditulis atas arahan golongan pemerintah. Pendapat ini telah dinyatakan oleh Rosenthal dalam bukunya A History of Muslim Histriography yang dipetik oleh Muhd. Yusof Ibrahim; menyatakan bahawa kebanyakan monograf yang dihasilkan mengenai sejarah sezaman adalah terdiri daripada penulisan yang dilakukan atas perintah raja yang ingin jasanya ( dan kerap juga wangsanya) atau peristiwa yang penting dalam zaman pemerintahannya diabadikan dalam penulisan. Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menunjuk ajar,

pensejarahan pada tahap tradisional ini ditulis atas tujuan motif generasi menimbulkan kegemaran untuk moralising dalam pensejarahan iaitu bertujuan mengingatkan ataupun mengajar generasinya ataupun generasi akan datang tentang contoh teladan yang boleh didapati daripada sesuatu peristiwa sejarah itu. Motif generasi bertujuan untuk menunjuk ajar masyarakat dan generasi yang akan datang, itulah fungsi pensejarahan pada tahap tradisional ini. Motif generasi (moralising) ini juga dapat dilihat dalam pensejarahan tradisi

216[8] Tetapi pada tahun 1699, apa yang diertikan pantang menderhaka telah tercabar apabila
berlaku peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Johor di Kota Tinggi. Catitan peristiwa 1699 bukan sahaja dalam Sejarah Johor tetapi sejarah keturunan Kesultanan Melaka atau di Tanah Melayu. Pada tahun tersebut, pakatan pembesar Johor membunuh Sultan Mahmud dan orang yang bertanggungjawab pula ialah Megat Seri Rama. Selain berakhirnya sultan keturunan Melaka memerintah Johor berlakunya huru-hara dalam negeri Johor. Kemunculan Raja Kechil menyerang dan menakluk Johor pada 1718 dan menduduki takhta Kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Abdu Jalil Rahmat Shah kemudiannya mengundang penglibatan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam politik Johor. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali, Etika Dalam Penulisan Sejarah dalam Kertaskerja Bengkel Pascasiswazah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 19 Ogos 2006, hlm. 2-3

217[9] Raja Chulan, Misa Melayu, (Cetakan Ke-4), Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1966, hlm.
55)

218[10] Tradisi pensejarahan China telah wujud sejak abad ke-7 Masihi pada zaman Dinasti
Tang yang telah mempunyai sebuah institusi yang dikenali sebagai Pejabat Sejarah dan sejarawan rasmi dilantik untuk bertugas di pejabat itu. Negara China merupakan sebuah pemerintahan yang mengutamakan penulisan malah ada pendapat yang menyatakan raja-raja China telah melantik sejarawan rasmi di istana sejak kurang 1000 tahun sebelum zaman SsuMa-Chien (145 85 S.M) Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya , Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1988, hlm. 2

China. Contoh Ssu Ma Chien memuatkan penilaian moralnya di akhir setiap bab penulisannya iaitu penilaian ke atas peristiwa atau perkara yang telah dicatatkan219[11] Justeru itu, cara penyampaiannya kerap berasaskan konsep pengajaran yang disampaikan secara berkhutbah dan diselang-selikan pula dengan perbualan yang bertujuan untuk menimbulkan kesan yang mendalam serta keyakinan terhadap iktibar yang akan diperoleh. Secara amnya, iktibar yang dimaksudkan ialah sesuatu pengajaran ataupun tauladan daripada sesuatu peristiwa sejarah yang ditulis itu. Matlamatnya pula di samping bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang budaya dan warisannya, adalah untuk memperbaiki, mengekalkan dan mengukuhkan malah mewariskan unsur budaya dan warisan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka sama ada yang berbentuk sosial, politik, ekonomi mahupun agama dengan harapan anggota masyarakatnya sentiasa bersedia dan berwaspada menghadapi cabaran yang dibawanya.220[12] Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menghiburkan para pendengar dan pembesarnya serta pembacanya melalui penggunaan bahasa yang baik dan pemilihan peristiwa yang suka didengar seperti peristiwa peperangan, kisah pahlawan yang meninggikan semangat keperwiraan. Unsur lagenda atau dongengan bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi elemen ini dimasukkan untuk dijadikan sindiran atau kiasan terhadap perbuatan mahupun peribadi tokoh-tokoh tertentu dalam pensejarahan berkenaan.221[13] Hasil karya pensejarahan Melayu tradisional agak unik kerana wujudnya banyak cerita atau tradisi lisan tempatan. Juga dimuatkan unsur-unsur sastera seperti pantun, syair, puisi, kata-kata perbualan di kalangan tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam sesuatu pensejarahan itu.222[14] Dengan adanya unsur-unsur sastera inilah menyebabkan pengkaji sastera mendakwa hasil pensejarahan itu merupakan hasil sastera yang bercorak sejarah lantas diistilahkan sebagai sastera sejarah. Elemen sastera seperti dialog, pantun, syair ini

219[11] Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahayahlm. 6 220[12] Lihat W.G. Shellabear (pnyt), Sejarah Melayu, Oxford University Press, Kuala Lumpur,
1967, hlm. 3

221[13] Muhd.Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan , .hlm. 7 222[14] ibid., hlm 6

bukan sahaja terdapat dalam karya pensejarahan Melayu malah terdapat juga dalam karyakarya pensejarahan bangsa lain khususnya kata-kata bual / dialog. Herodotus, Thucydides dan Ssu ma Chien juga memasukkan kata-kata dialog dalam karya masing-masing. Bukan sahaja sebagai rencah tetapi juga untuk mengukuhkan kesejarahan tokoh-tokoh berkenaan. Ssu Ma Chien dalam karyanya sangat bergantung kepada ucapan-ucapan yang panjang yang mungkin sengaja diada-adakan yang disogokkan kepada tokoh-tokohnya untuk menerangkan dan menonjolkan moden tindakan kerap dan juga untuk bahawa mengasingkan sejarah tradisi tokohtidak

tokoh.223[15]Sejarawan

menganggap

menggunakan kaedah penyelidikan yang konsisten ataupun bersifat subjektif serta tidak menentu kebenarannya atau apa yang disifatkan oleh R.G. Collingwood tidak ada nilai sains224[16] ini tidak bermakna bahawa hasil pensejarahan tradisional tidak mempunyai kebenaran atau kenyataan / realiti sejarah. Umpamanya J.C. Bottom pernah menyatakan tentang pola penulisan sejarah orang Melayu secara umum: History to the Malays has not until recently been either a science or and art but an entertaiment. Accuracy, completeness, organized exposition are not the vital principles; what the best pleased were legend, fantasy and a pleasant hotchpotch of court and port-gossipThis fairly describes for instance, the Sejarah Melayu.

Kata-kata Bottom ini ada benarnya akan tetapi kebenaran itu tidak setepat mana yang didakwa oleh J.C. Bottom pada keseluruhannya terutama apabila beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu adalah sebagai seni hiburan. Di sini seolah-olah J.C. Bottom menyamakan hasil karya sejarah tradisional itu seakan-akan cerita penglipurlara atau karya sastera yang lain. Pandangan-pandangan sarjana terhadap pola pensejarahan tradisional Melayu ada berbagai-bagai. Malah Professor Roolvink tentang karya sejarah tradisional bahawa kebanyakan persejarahan Timur mempunyai dua bahagian dari segi isinya yang

223[15] Ssu Ma Chien, Records of the Historian, hlm. 4, Lihat juga J.B. Bury, The Ancient Greek
Historians, New York, Dover Publications, Inco., 1958, hlm. 42

224[16] R.G. Collingwood , Idea Sejarah, terjemahan Muhd. Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur ,
DBP,1985, hlm. 15

terdiri: Bahagian-bahagian dongeng dan pengalaman-pengalaman sendiri yang terjadi dalam masa hidupnya.225[17] Amat keterlaluan jika semua karya pensejarahan tradisi dianggap sedemikian kerana motif penulis karya-karya tradisional adalah memuatkan perkara yang mereka anggap benar sama ada kebenaran terbukti secara maujud mahupun secara sindiran atau kiasan. Para penulis ingin mewujudkan kebenaran dengan bersandarkan kepada pertimbangan nilai budaya mereka pada ketika itu. Tidak dapat dinafikan mungkin ada penyelidikan yang mereka lakukan mengikut kaedah yang mereka ketahui pada ketika itu yang mereka rasakan cukup mantap untuk menghasilkan karya-karya tersebut. Tun Seri Lanang amat berat hati ketika menerima tanggungjawab memperbaiki Sulatus Salatin. Dalam penulisan tersebut beliau menulis setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazimurakkabun ala jahili226[18] seterusnya Tun Seri Lanang mencatatkan . maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahdan memohon taufik kehadrat Allah, Tuhan saniil alam dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram, maka fakir karanglah hikayat ini..227[19]. Berdasarkan kenyataan itu menampakkan pengaruh daripada kaedah pensejarahan Islam tetapi menggambarkan juga kesungguhan tekad pengarangnya untuk menghasilkan karya pensejarahan yang baik mengikut ukuran atau tahap keilmuan pada ketika itu. Keberatan perasaan itu adalah kerana menginsafi kelemahan dirinya dan kurangnya ilmu pengetahuan. 228[20] Memang tidak dapat dinafikan bahawa ciri-ciri pensejarahan tradisional terdapat kelemahan jika dibandingkan dengan karya-karya pensejarahan yang dihasilkan selepas zaman itu. Menurut pandangan Khoo Kay Kim, karya-karya sejarah lama itu bukanlah bersifat pensejarahan dalam pengertian zaman sekarang; ia merupakan dokumen rasmi. Ia dihasilkan bukan untuk dibaca oleh orang ramai tetapi untuk disimpan di istana untuk

225[17] Mohd. Nor Long, Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu: Satu Perbandingan Bentuk Persejarahan, dalam Jornal Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Vol. VII, 1968/69, hlm. 58 226[18] Abdul Samad Ahmad, edSulatus Salatin ,..hlm. 2 227[19] Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan ..hlm. 9 228[20] ibid

rujukan keranan kedudukan seseorang raja sentiasa dicabar oleh sanak-saudaranya dan oleh anak raja dari negeri-negeri lain di dalam lingkungan Alam Melayu.229[21] Bagaimanakah sejarawan moden dapat menerima sejarawan tradisi dan masyarakat tradisi itu sebagai sejarawan dan hasil pensejarahan? Mangapa mereka perlu kita anggap sebagai sejarawan dan karya-karya yang dihasilkan sebagai karya pensejarahan dan bukannya karya kesusasteraan atau dongengan semata-mata.230[22] Bagi Tariff Khalidi Islamic Histriography telah memberikan dua panduan / pentunjuk yang boleh menjawab pertanyaan di atas. Sejarawan boleh dikaji secara bermakna dari dua sudut. Mereka boleh dilihat sama ada dari sudut kebenarannya iaitu secara amnya sebagai sumber-sumber ataupun seperti yang dilakukan di dalam kajian ini, dari sudut pandangan mereka terhadap sejarah dan asas-asas teorinya memikirkan kembali pemikiranpemikiran mereka sebagaimana yang dilakukan oleh R.G. Collingwood.231[23] Justeru itu hasil kajian pensejarahan mereka boleh ditinjau atau dikaji dari sudut tertentu. Jika ingin melihat kebenarannya maka kajian hendaklah dilihat dari sudut sejarah dan sumber-sumber yang digunakan oleh para sejarawan. Manakala dari sudut pemikiran mereka tentang sejarah yang dimuatkan dalam pensejarahan mereka sama ada secara jelas atau secara umum sahaja iaitu bergantung kepada penggunaan kata-kata dan adanya istilah yang bersesuaian pada ketika itu. Mereka sebenarnya sedar tentang fungsi dan kepentingan

229[21] Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan, hlm. 343

230[22] Seperti tanggapan Thucydides dan beberapa kajian sekitar kurun ke-19 terhadap karya
Herodotus yang berjudul Perang Parsi. Thucydides menganggap Herodotus sebagai penglipurlara dan beberapa orang sebelumnya menganggap Heodotus sebagai Bapa pembohongan. Herodotus telah memberikan penerangan yang panjang lebar terhadap apa yang diistilahkan sebagai Perang Parsi iaitu peperangan yang berlaku akibat daripada satu siri persengketaan di antara Yahudi dengan Parsi disebabkan oleh perbezaan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan agama di antara keduanya. Herodotus telah membuat tafsiran bahawa peristiwa Perang Parsi itu sebagai peperangan yang berlaku akibat daripada pertentangan dua budaya yang sangat jauh perbezaanya. Lihat Muhd. Yusof Ibahim, Sejarawan dan Pensejarahan,..hlm. 14

231[23] ibid., hlm. 10

asas bagi sejarah sebagai teladan atau contoh sebagai sempadan yang harus dilihat atau dijauhi. Bagi Dionysius dari Halicarnassus (Sejarawan Yunani) abad pertama Masihi pernah menyatakan bahawa sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh. Bagi mereka, sejarah itu ditakrifkan sebagi suatu laluan waktu yang terdiri daripada pelbagai peristiwa yang berlaku berturut-turut. Lantas apa yang dilakukan oleh mereka ialah menyusun karya pensejarahan masing-masing mengikut sesuatu urutan waktu ataupun tarikh-tarikh yang munasabah. Kesedaran ini menggambarkan hasrat sebenar seseorang sejarawan tradisi itu menghasilkan ataupun menyampaikan

pensejarahannya berdasarkan suatu susunan tarikh yang munasabah dari segi urutan waktu. Dengan demikian diharapkan apa yang disampaikan atau dipersembahkan adalah benar ataupun sekurang-kurangnya dianggap benar kepada mereka yang berpeluang membaca pensejarahannya pada zaman itu. Manakala bagi William Dunning- beliau telah mengingatkan agar kita jujur mengiktiraf bahawa apa yang dianggap benar oleh sesebuah masyarakat pada zaman itu, sesungguhnya benar bagi mereka dan zamannya. Sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh.232[24] Gaya penyampaian atau kerangka penulisan adalah berbentuk penceritaan / naratif karya zaman tradisi ini mengisahkan tentang asal-usul raja dan keturunan, kebangkitan, kemakmuran, kebesaran, kegagahan, kepintaran tokoh, rakyat , kerajaan dan empayar, (seperti Melayu Melaka), kesucian adat dan istiadat yang menjadi warisan masyarakat dan kerajaan di kepuluan Nusantara, amnya. Ini menunjukkan bahasa dan kebijaksanaan minda Melayu dalam tahap tradisional. Dalam aspek gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang terbaik, tidak terlalu panjang, berbelit-belit atau berulang, tidak terlalu ringkas tetapi cukup jelas dalam kebanyakan karya tradisi. Walaupun kebanyakan berjudul hikayat, penceritaan dan gaya bahasanya adalah jauh berbeza. Jelas di sini isi dan tujuan penulisan memberi pewarnaan kepada karya-karya tersebut. Tiap-tiap genre memiliki cara berfikir dan nilai yang dipegang

232[24] Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan, hlm. 12.Lihat juga William Dunning,
Truth in History and Other Essay, reprint with an introduction by J.G. de Rouhac Hamilton, New York, Kennikat Press Inc. 1965, hlm. 17

dalam perkembangan intelektual masyarakat tersebut yang jelas karya-karya tahap tradisi ini membawa pelbagai isi dan pemikiran.233[25] Selain dari perananya mengekal, mengembang dan mengabdikan bahasa untuk faedah kajian perkembangan bahasa Melayu, karya-karya pensejarahan zaman tradisi ini menurunkan kepada kita unsur-unsur peradaban silam, nilai tinggi budaya masyarakat dan pemikiran yang dimilikinya. Unsur inilah yang menjadikan manusia Melayu itu agak berbeza dan lain daripada manusia-manusia lain. Cara pemikiran, tindakan-tindakan yang diambil, adat-istiadat yang dipentingkan serta larangan-larangan tertentu menjadikan landasan perkembangan peradaban tersebut. Dengan demikian perlu ditegaskan bahawa, karya-karya Melayu zaman tradisi tetap kekal sebagai bahan terpenting yang dapat memberi gambaran tentang kehidupan nenek moyang kita dahulu disamping menerangkan jalan perkembangan yang diharungi pada masa kini. Malangnya generasi hari ini tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jatidiri bangsanya, pemikirannya dan pandangan hidup bangsanya. Hal ini menyebabkan mereka terpesona dengan pengaruh dan pandangan bangsa lain. Mereka tidak membaca karya tradisonal seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al- Nafis, Hikayat Siak ataupun Hikayat Abdullah.Bangsa yang tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jati diri bangsanya, pemikiran dan pandangan hidup bangsanya menyebabkan mereka sering terpesona atau tertipu dengan pengaruh pandangan bangsa lain.Oleh itu bangsa Melayu perlu membaca karya-karya persuratan Melayu tradisi kerana hasil-hasil karya sebegini mencerminkan minda dan tamadun bangsa kita. Dalam seluruh hasil karya Melayu tradisional, kita dapat melihat dan mengkaji minda peribumi atau minda asli Melayu yang cuba menggambarkan identiti dan budaya bangsanya melalui proses pemikiran kreatif, imaginatif dan rasional untuk membentuk pandangan hidup Melayu tentang alam, adat dan budi pekerti, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu, konsep kewujudan , undangundang, hubungan diplomasi dengan negara dan raja asing dan wira bangsa Melayu. Apabila orang Melayu membaca karya-karya tersebut, kita sebenarnya membaca tentang diri bangsa kita, karya-karya yang dapat meninggalkan kesan identiti kemelayuannya yang kekal dalam ingatan bersama bangsa Melayu sepanjang zaman. Jikalau terdapat unsur mitos, fantasi atau khayalan dalam karya-karya tersebut, itu cara

233[25] Siti Hawa Salleh, Cendikia Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1987, hlm. vii

biasa manusia cuba menangani alamnya melalui penulisan. Hal yang penting ialah mesej atau maksud yang hendak disampaikan di sebalik mitos itu.

1.3.2 Tahap Pensejarahan Kolonial Jika dibandingkan dengan karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh abad ke-16 hingga Perang Dunia II lebih banyak didapati telah diselenggarakan oleh penulis-penulis Barat berbanding dengan penulis tempatan. Namun demikian bukanlah bermakna masyarakat Melayu belum mempunyai tradisi persuratan. Tetapi menurut pendapat Khoo Kay Kim, kebanyakan golongan penulis adalah terdiri dripada golongan agama yang lebih cenderung untuk menghasilkan penulisan berbentuk kitab-kitab agama daripada menghasilkan karyakarya sejarah.234[26] Penulisan karya-karya sejarah Melayu pada tahap kolonial dapat dilihat dengan penghasilan sebuah penulisan yang berjudul Adat Raja-raja Melayu. Meskipun terdapat beberapa versi naskhah ini namun isi kandungan dan bahasanya menunjukkan ia mempunyai persamaan. Dalam karya ini dimuatkan juga peraturan keturunan bagi golongan atau bangsa raja, gelaran menteri, Asal-usul Nama Melayu dan fasal larangan. Muhd. Yusof Ibrahim mengklasifikasikan naskah ini penting sebagai sumber sejarah.235[27] Selepas karya ini, terdapat sebuah tulisan yang berjudul Bahawa Ini Cerita Kapal Asap236[28], yang merupakan satu karya menceritakan ketibaan kapal asap yang pertama di Singapura. Karya ini mengandungi unsur sejarah iaitu menceritakan sejarah asal dan kegunaan kapal asap. Terdapat juga kritikan sosial yang dimuatkan dalam karya ini. Bentuk 234[26] Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Syarahan Tun Seri Lananghlm. 3. Menurut
beliau terdapat dua faktor yang mendorong seseorang penulis mengarang: (a) ingin menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama , (b) bagi mengharumkan keagungan sesuatu wangsa atau pemerintah.

235[27] Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1994hlm. 78. Karya ini memberi gambaran tentang struktur masyarakat dan upacara yang diamalkan oleh golongan atas masyarakat Melayu tradisi.

236[28] Karya ini ditulis dalam tulisan jawi setebal 86 halaman pada tahun 1830 Masihi tetapi
tiada dinyatakan nama pengarangnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa karya ini dihasilkan oleh Abdullah Munshi berdasarkan kata awalannya yang dinyatakan : aku dipanggil oleh tuan-tuan Inggeris yang diam di dalam negeri Singapura pergi melihat kapal asap yang baru datang dari negeri Inggeris yang bernama Sisteris. Lihat ibid., hlm. 78

kritikan disampaikan dalam bentuk pesanan, nasihat malah mahukan orang Melayu mengubah sikap dan jangan terlalu mengikut telunjuk dan memuliakan orang Arab. Sungguhpun begitu, karya ini bukanlah sebuah karya pensejarahan yang lengkap, namun catatan tentang kapal asap itu boleh dianggap sebagai sejarah, manakala kritikan sosial yang terkandung dalam karya ini jelas memaparkan keadaan atau minda masyarakat Melayu pada ketika itu. Kisah Perlayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan237[29] merupakan karya atau catatan perjalanan yang telah dihasilkan oleh Abdullah Munshi pada tahun 1852. Dalam perlayaran ke negeri-negeri pantai timur itu, Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah catatan tentang tempat-tempat yang telah disinggahinya. Meskipun ia bukanlah sebuah karya pensejarahan sebenar tetapi karya ini merupakan catatan analisis semasa yang boleh dianggap sebagai sebagai sumber sejarah meskipun tidak sebagai karya pensejarahan dalam erti kata sebenarnya. Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudul Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah, di mana dalam karya ini beliau telah merakamkan apa yang dilihat dan menarik sepanjang pelayarannya ke Jeddah. Tulisan Abdullah Munshi telah diikuti oleh anaknya iaitu Muhammad Ibrahim Munshi yang berjudul Kisah Pelayaran Muhammd Ibrahim Munshi. Berbeza dengan bapanya Ibrahim telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang lebih objektif sifatnya. Ibrahim lebih adil dan seimbang dalam menghasilkan karyanya di mana beliau tidak memihak kepada sesuatu pihak apabila melakukan kritikan , jika beliau mengkritik orang Melayu, sifat kreatif juga membolehkannya mengkritik orang Inggeris.238[30]

237[29] Dalam karya ini Abdullah Munshi telah mencatatkan keadaan sosiopolitik dan ekonomi di
negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan dikatakan pemerintah tidak berlaku adil dalam menjalan pemerintahan sebaliknya memerintah mengikut hawa nafsu, masyarakatnya tidak mementingkan pelajaran , tidak mahu mempelajari bahasa dan memberi gambaran-gambaran yang negatif kepada masyarakat Melayu di ketiga-tiga negeri. Abdullah melahirkan rasa sedihnya dengan menyatakan apabila dibiarkan juga ak an segala hal ini, lama-kelamaannya kelak hilanglah nama Melayu dari dunia ini. Lihat Abdullah Kadir Munshi, Kisah Pelayaran Abdullah, Cetakan ketiga, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1964, hlm. 38

238[30] Dari segi kemelayuannya, Ibrahim telah mengambil berat tentang masyarakatnya, bukan
sahaja di Johor tetapi juga di mana sahaja beliau berada. Ibrahim gembira bila berada dengan orang-orang yang berbudi bahasa dan beradat; beliau juga memuji kerajinan orang-orang Melayu Melaka berkerja kuat setanding dengan bangsa-bangsa asing yang lain. Namun Brahim juga akan mengkritik masyarakat Melayu jika melihat keadaan yang tidak menyenangkan baik dari

Selepas karya Muhammad Ibrahim ini, telah diterbitkan sebuah buku yang berjudul Kitab Kumpulan Nama Melayu239[31] yang telah diusahakan oleh Ibrahim bin Dato Muda. Karya yang diterbitkan pada tahun 1924 mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian pertama ialah Pendahuluan yang memuatkan nama-nama Melayu dan gelaran-gelaran. Bahagian kedua pula dimuatkan senarai nama dan gelaran orang Melayu yang dikutip oleh pengarangnya daripada jadual peperiksaan murid-murid di sekolah-sekolah Melayu serta Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Persekutuan dan selebihnya dari negeri-negeri lain. Bahagian ketiga pula dimuatkan terjemahan daripada tulisan R.J Wilkinson yang diberi judul Kehidupan dan Adat-adat Melayu. Jika dilihat dari aspek pensejarahan bahagian satu dan tiga boleh dikategorikan sebagai penulisan sejarah tetapi tidak pada bahagian kedua. Kemudian kira-kira tujuh tahun selepas diterbitkan karya Ibrahim, Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Pakai Patut Melayu pada tahun 1931. Karya ini membicarakan tentang bentuk dan asal-usul pakaian Melayu terutamanya bagi negeri Johor iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak mengikut kesesuaian dan keadaan. Karya ini telah diterbitkan di Johor Bahru oleh Matbaah al-Attas dalam tulisan jawi setebal 50 halaman.240[32] Setahun selepas karya tersbut diterbitkan, Zainal Abidin Daud al- Sulaimani telah menghasilkan sebuah karya yang diberi judul Taman Penghidupan. Karya ini merupakan sebuah karya pensejarahan bukan sahaja menarik tetapi juga turut dimuatkan unsur-unsur nasihat, penerangan dan seruan kepada orang Melayu supaya mengukuhkan iman, menambah ilmu pengetahuan, mendidik anak dan menjadi pemimpin yang baik. Karya yang diterbitkan pada tahun 1931 dalam tulisan jawi setebal 77 halaman itu telah dibahagikan kepada enam tajuk kecil seperti: (1) Tarikh Dunia Diduduki Manusia; (2) Asal-usul Manusia (3) Keadaan Manusia (4) Sebab-sebab Manusia Berpuak-puak; (5) Kedatangan Agama dan (6) Tamadun Dunia.
segi adat, sopan-santun, agama dan penggunaan bahasa. Tetapi kritikannya tidaklah begitu keras berbanding dengan bapanya. Lihat Muhammd Ibrahim Munshi, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1980, hlm vi (Pengenalan).

239[31] Judul asalnya ialah : Bahawa Inilah Kumpulan Nama Melayu: Iaitu Menhimpun Segala
Nama dan Gelaran, Timang-timangan dan Tuah-tuahan yang Terpakai pada Sebelah Sini. Lihat Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayuhlm. 84

240[32] ibid., hlm. 85

Selain karya di atas, Zainal Abidin juga telah menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudul Pelayaran Dahulu Kala. Zainal Abidin telah menulis karya setebal 68 halaman itu dengan memerihalkan sejarah negara India, China dan Mesir purba serta meriwayatkan tentang kejayaan kuasa-kuasa Eropah dalam pembinaan kapal. Apabila kuasa Barat berjaya membina kapal membolehkan mereka menjelajah ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah dan meluaskan kuasa dengan menjalankan dasar imperialisme di Timur. Manakala dalam bahagian kedua pula Zainal Abdin telah memaparkan kisah kegigihan dan kecekalan Haji Batu belayar ke Makkah dengan tajuk Riwayat Pelayaran Haji Batu241[33]. Kisah itu merupakan kisah teladan untuk tatapan dan memberi semangat kepada bangsa Melayu. Ini jelas pada kenyataan pengarang: Sekarang renunglah oleh tuan-tuan pembaca bagaimana ketinggalan umatumat Melayu daripada bangsa yang maju di muka bumi ini tentang belayar dan membuka negeri dan menjelajah tempat seperti orang lain..242[34]

Seterusnya Zainal Abidin Daud al-Sulaimani telah berpesan kepada golongan muda seperti berikut: jangan lengah lagi, sementara kita ada harapan patut Melayu mesti berniaga sekarang di tanah airnya supaya kekayaan itu lempah makmur kepada bangsa kita, demikian juga kita seru patutlah orang kita mengarangngarang di dalam surat khabar eloklah banyakkan kisah-kisah berniaga.243[35]

Pada tahun 1938, Mejar Dato Haji Muhammd Said bin Haji Sulaiman menghasilkan karya yang berjudul Perihal Adat Melayu: Mengandungi Kanun Sultan Sulaiman Riau dan Ringkasan Kanun Sultam Muhammad Syah Melaka. Di samping memberikan takrif terhadap

241[33] Mengisahkan Seorang tokoh di utara Sumatera yang bernama Haji Batu yang
mempunyai cita-cita tinggi dan semangat yang cekal untuk ke Makkah. Cita-cita Haji Batu untuk belayar akhirnya tercapai tetapi pengalaman perlayaran dan perjalanannya untuk sampai ke Jeddah kemudian ke Makkah sangatlah mencabar dan mencemaskan melalui Selat Melaka, Laut Acheh, Lautan Hindi sebelum sampai ke Jeddah.

242[34] Lihat Zainal Abidin Daud al-Sulaimani, Pelayaran Dahulu Kala, The Teruna Press, Batu
Pahat, 1937, hlm. 15

243[35] ibid., hlm. 21

adat resam dan kanun Melayu yang pertama, kanun Sultan Mahmud Syah Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan kanun Melayu yang kedua iaitu Kanun Riau yang digubal semasa Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibnu Sultan Abdul Jalil IV menjadi pemerintah JohorRiau pada tahun 1772. Pada tahun yang sama, terdapat sebuah lagi karya yang berjudul Pusat Kekuasaan Inggeris di dalam Laut Mediteranean244[36] yang dihasilkan oleh Abdullah Thani Bin Raja Kecil. Berdasarkan kandungannya karya ini tidak begitu menonjol kepentingannya kerana hanya membicarakan dengan ringkas bagaimana dan mengapa pihak British membina beberapa pusat kekuasaannya di Laut Mediteranean seperti di Cyprus, Malta dan Jabal Tariq. Dari segi penerbitan karya ini dianggap penting kerana ia adalah antara karya pensejarahan politik yang awal. Abdullah Thani Bin Raja Kecil telah menyatakan bahawa beliau mengusahakan buku itu : dengan harapan moga-moga pemuda-pemuda bangsa Melayu dapat mengaliri satu-satu dasar siasat kerajaan Inggeris yang pintar , cerdik dan penaung kita yang maha adil itu adanya.

Sebagai karya pensejarahan pengarang telah menggunakan sumber-sumber seperti:

ingatan pelajaran..dibangku sekolah Inggeris dan kejadian baru ini saya petik daripada beberapa majalah dan akhbar Inggeris bacaan saya.

Abdullah Thani kemudiannya menjadi seorang nasionalis dan pemimpin politik radikal Tanah Melayu yang terkenal dalam perjuangan menentang penjajahan British, walaupun dalam karyanya ini beliau masih menganggap British yang maha adil. Beliau kemudiannya dikenali dengan nama samaran Ahmad Boestaman. Menjelang awal tahun 1942, Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan sebuah lagi karya pensejarahan yang diberi judul Semangat Nippon yang sebenarnya diuraikan. Karya ini bukanlah karya asli beliau tetapi ia merupakan karya A. Asahi dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan sebagai lampiran untuk akhbar Syonan Times (Ahad, 23 Ogos 2602 tahun Jimo = 1942). Namun Muhammad Said telah menterjemahkannya secara 244[36] Buku ini telah dikeluarkan oleh Shamsudin Salleh di Ipoh Malay Press, 1938 dalam huruf
jawi setebal 42 halaman.

bebas dan hasilnya seperti sebuah karyanya sendiri. Dari segi kandungannya karya ini meriwayatkan falsafah dan konsep keagamaan, kemasyarakatan malah ketenteraan Nippon (Jepun) yang telah membolehkan Jepun mencapai kemajuan dalam masa yang singkat. Dr. Burhanuddin al-Helmi pula seorang yang telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Perjuangan Kita : 17 Oktober 1945 17 Oktober 1946. Walaupun pada asasnya karya ini merupakan satu peringatan penubuhan penubuhan PKMM setahun sebelum itu, namun kandungannya turut memuatkan perbincangan yang agak kritis dan analitikal tentang bentuk sejarah dan geo-politik alam serta bangsa Melayu. Ini dapat dilihat daripada tajuktajuk kecil yang dimuatkan untuk dibincang dan dianalisis seperti Usul Kebangsaan Melayu, Melayu dan Bangsa Dagang, Pemerintahan di Gugusan Pulau-pulau Melayu dan Kebangsaan Melayu dan Politik245[37] Sebuah lagi karya Dr. Burhanuddin al-Helmi berjudul Asas Falsafah Kebangsaan Melayu yang telah diterbitkan pada tahun 1950. Malah Khoo Kay Kim mengatakan bahawa melalui karya ini Dr. Burhanuddin menerangkan asas atau latar belakang sejarah bagi falsafah politiknya. Pada tahun 1954, sebuah lagi karya beliau diterbitkan yang merupakan perkembangan karya awalnya yang diberi judul Falsafah Kebangsaan Melayu. Sebuah lagi karya yang boleh dianggap sebagai karya pensejarahan politik ialah Sejarah Malaya Merdeka yang ditulis oleh Zainal Abidin bin Daud yang juga merupakan penulis Riwayat Tanjung Malim. Berdasarkan pendahuluannya pengarang telah mengimbas kandungan dan tujuan penulisannya iaitu: meninjau sejarah masyarakat bangsa kita (Melayu) zaman berzamaniaitu dari riwayat-riwayat, mulut menjelma ke buku-buku, majalah-majalah, suratkhabar-suratkhabar kemudian difikirkan, dirundingkan oleh kumpulan-kumpulan daripada parti-parti persatuan, baik Melayu, Cina, India mahupun orang Eropah yang ada hubungan dengan Tanah Melayu ini.246[38]

245[37] Buku Dr. Burhanuddin al-Helmi ini telah diterbitkan dalam tulisan jawi setebal 88
halaman oleh PKMM, Cawangan Singapura pada Oktober 1946.

246[38] Zainal Abidin bin Daud, Sejarah Malaya Merdeka, Sentosa Store, Kuala Pilah,1957,
Bahagian Pendahuluan. Karya ini diterbitkan dalam tulisan jawi setebal 50 halaman di mana penulis telah membahagikan karyanya kepada 5 bahagian yang merangkumi analisis politik tentang sejarah perkembangan serta cabaran dan perjuangan masyarakat Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sebuah lagi karya pensejarahan sosio-politik dikatakan bersifat objektif telah diterbit pada tahun 1953 hasil karya Abdul Aziz bin Zakaria yang berjudul Sejarah kenaikan dan Kejatuhan Kekuasaan Portugis di Melaka TM 1511-TM 1641. Karya ini dianggap sebagai antara karya pensejarahan terbaik sepanjang dekad 1950-an. 247[39] Terdapat juga beberapa buah karya pensejarahan yang lain dihasilkan oleh penulispenulis lain yang diterbitkan. Ibrahim Haji Yaacob umpamanya telah menghasilkan karya Melihat Tanah Air yang merupakan catatan perjalanan jika dilihat dari segi zahirnya tetapi pada hakikatnya karya tersebut merupakan karya politik yang telah menggunakan sejarah sebagai landasan penerangan serta penghuraiannya. Ibrahim Haji Yaacob telah menerangkan sejarah sistem pemerintahan British di Tanah Melayu secara terperinci sebagai latar belakang perjuangan politiknya. Selain itu Ibrahim Haji Yaacob juga telah menghasilkan tiga buah yang lain dan dikenalpasti diterbitkan di Jogjakarta, Indonesia. Karya-karya tersebut berjudul Sejarah Perjuangan di Malaya (Jogjakarta, 1948), Nusa dan Bangsa Melayu (1951) dan Sekitar Malaya Merdeka (1957).

1.3 Kesimpulan

Penulisan merupakan satu medium yang dapat mengemukakan idea, pemikiran, pandangan atau pendapat kepada khalayak pembaca. Penghasilan karya-karya pensejarahan sebenarnya memberi erti dan sumbangan yang besar kepada perkembangan sejarah dan pembangunan negara. Meskipun hampir setengah abad negara mengecap nikmat

247[39] Pengarang ini banyak terlibat dalam bidang penulisan terutamanya penulisan sejarah,
antara karya beliau yang awal iaitu sebelum 1960 lebih menumpu kepada sejarah sedangkan selepas itu lebih kepada pentadbiran.Karya-karya beliau selepas 1960 ialah Pengenalan kepada Jentera Pentadbiran Malaysia (1976), Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Kehormatan Persekutuan serta Cara-cara Memakainya (1978), Jentera Pentadbiran Kerajaan di Malaysia : Satu Pengenalan (1987), British-Japanese Independent Malaysia: A Memoir.

kemerdekaan peranan serta sumbangan tokoh-tokoh yang pernah berjuang membebaskan negara dari penjajah tidak harus dilupakan, samada mereka yang berjaya dalam perjuangan atau mereka yang telah terkorban dalam menegakkan maruah bangsa dan negara. Dengan adanya karya-karya pensejarahan di Malaysia, fungsi dan manfaatnya harus digunakan sebaik mungkin agar generasi yang baru dapat melihat kembali sejarah perjuangan bangsa dan sentiasa menghargai nikmat sebuah kemerdekaan negara. Dengan membaca, meneliti karya-karya pensejarahan ini membolehkan generasi baru memahami onak dan duri yang terpaksa dilalui oleh pejuang-pejuang tanahair. Bukan sahaja menghayati perjuangan mereka dalam gerakan penentangan bersenjata malah dapat mengikuti setiap gerak dan langkah pejuang yang berjuang melalui siasah dan ketajaman mata pena mereka. Dengan mengetahui, mengikuti dan memahami perjalanan sejarah negara memungkinkan kita dapat melahirkan sebuah generasi yang sentiasa bersyukur dan menjaga maruah bangsa dan agama di tanah air tercinta, agar tidak dijajah semula dalam gerakan neoimperialisme yang dirancang oleh pihak Barat yang sentiasa mendukung minat menjajah negara-negara yang lemah.

Posted 8th May 2012 by AZMAN


0

Add a comment

2.
May 8 Kegunaan Sejarah Kita sering mendengar para pemimpin negara menyuarakan hasrat agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha pembangunan negara. Dalam konteks ini, sejarah dapat memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Pembentukan bangsa Malaysia haruslah berteraskan pengetahuan dan kefahaman kepada sejarah tanahair ini sendiri. Kefahaman yang tinggi kepada sejarah negara akan dapat melahirkan rakyat yang sentiasa mendukung hasrat dan cita-cita murni pemimpin negara. Mengetahui asal-usul bangsa Malaysia248[1], mengambil iktibar daripada peristiwa yang 248[1] Untuk bacaan dan keterangan lanjut mengetahui sejarah kedatangan kaum imigran Cina
dan India sila lihat Sidek Fadhil, Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu, Penerbitan P.A.P , Kota

pernah berlaku di zaman lampau, meningkatkan perpaduan antara kaum dan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Sejarah boleh membangkitkan perasaan bangga terhadap bangsa dan negara, semangat patriotisme dan semangat kebangsaan (nasionalisme) sering dipupuk menerusi sejarah. Malahan sejarah adalah satu alat yang penting untuk mencipta keperibadian kebangsaan. Peri pentingnya disiplin ilmu ini terbukti dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Sdra. Anwar Ibrahim menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib bagi semua pelajar hingga tingkatan V. Sejak tahun 1950-an, telah banyak diperkatakan tentang sejarah terutama kepentingan menulis kembali sejarah tanahair berdasarkan Malaysian sentrik. Pada masa itu, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang mengharungi suatu tahap atau momentum yang memang menarik. Dikira dari segi pertembungan, hal ini terjadi bukanlah tanpa disedari. Persoalannya ialah mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini ditampilkan seolah-olah hasil-hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu pada masa-masa sebelumnya, sepanjang zaman kolonial dengan tokoh-tokoh penulisnya terdiri daripada penulis dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, John Anderson, T.J. Newboult, K.G. Tregonning. R.O. Winstedt, L.A. Mills dan lain-lain tidak menunjukkan penghasilan sejarah yang memuaskan249[2]. Ada kemungkinan pertentangan ini berlaku kerana sering didakwa hasil-hasil penulisan kolonial ini berbau atau condong ke arah penjajah. Perbincangan demi perbincangan telah diadakan serta pelbagai pendapat dan pandangan telah diutarakan menerusi akhbar-akhbar, majalah, jurnal-jurnal sejarah malah di dewan-dewan kuliah di pusat pengajian tinggi. Adalah menjadi tanggungjawab para sejarawan tanahair berusaha menjayakannya kerana kejayaan tersebut bukan sahaja membuka lembaran baru dalam penulisan sejarah tempatan tetapi juga dalam konteks yang lebih luas dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan negara.
Bharu, 1970, hlm. 24-36; Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-1875, University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 21; Joyce Ee, Chinese Imigration to Singapore 1896 1941 dalam Journal of Southest Asia History, Volume 2, Part 1, 1966, hlm. 42-44; A. Simontya, Oversea Chinese in Southeast Asian, A Russian Study, diterjemahkan oleh U.S. Joint Publication Research Service, Cornell University Press, New York, 1961, hlm. 17; Sinnappah Arasaratnam, India in Malaya and Singapore, Oxfrod University Press, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 3; Kernial Singh Sandhu, Indian in Malaya: Some Aspect of their Imigration and Settlement 1786-1957, Cambridge Universiti Press, Cambridge, 1969, hlm. 159-208 dan Oii Jin Bee, Bumi, Penduduk dan Ekonomi Tanah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968, hlm. 168-172

249[2] Muhammad Yusof Hashim, Pensejarahan Melayu Nusantara, TP Publishing, Kuala


Lumpur, 1988, hlm. 342

Konsep sejarah sebagaimana yang didefinisikan oleh E.H. Carr,250[3] satu proses perhubungan yang tiada putus-putus di antara pakar-pakar sejarah dengan bahanbahannya, suatu dialog yang tidak putus-putus di antara masa kini dengan masa lalu, memberi gambaran kepada kita bahawa pakar-pakar sejarah bergerak bersama geraknya sejarah dalam mana ia tidak mungkin melepaskan diri dari pergerakan tersebut. Ini bermakna bahawa apa yang wujud pada hari ini, dalam bentuk apapun sama ada berkaitan dengan individu atau negara mempunyai hubungan dengan keadaan yang wujud pada masa lalu. Malah Muhd. Yusof Ibrahaim ada menyatakan bahawa ahli sejarah sebagai seorang individu dan sebagai seorang ahli masyarakat, mempunyai ikatan yang sentimental terhadap masyarakat.251[4] Dalam hubungan ini jika kita mahu mengkaji tentang kewujudan sesebuah negara, tentang perkembangan dan kemajuannya, kita tidak terlepas dari membicarakan peristiwa masa lalu dalam semua aspek dan tidak hanya dalam aspek politik seperti yang sering ditekankan oleh penulis-penulis yang fikirannya berorientasikan pemikiran Barat. Hal ini pernah ditegaskan oleh Khoo Kay Kim ..not merely or even primarily past politic, it is also past economic, past society, past religion, past civilization in short past everything.252[5] Bagi menjelaskan kepentingan masa lalu ini terhadap diri individu dan juga negara, adalah menjadi tanggungjawab sejarawan dengan kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing seharusnya mengikis kekeliruan yang terdapat dalam pensejarahan tempatan dan diisi dengan kebenaran agar generasi akan datang memahami dan menghayati sejarah tanahair ini dengan kerangka minda berteraskan sejarah yang sebenar. Jika kita mengabaikan perkara ini sudah tentu matlamat pengajaran sejarah di sekolah tidak akan tercapai : (1) untuk melahirkan latar belakang sejarah tanahair kepada pelajar, (2) untuk memberi pengetahuan mengenai peristiwa masa lepas yang telah mempengaruhi

250[3] Carr E.H., What is History, MacMillan Company, London, 1924, hlm. 24 251[4] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1971, hlm. 26

252[5] Khoo Kay Kim, Recent Advance in The Study and Writing of Malaysian History, dlm
Peninjau Sejarah, Journal of Histrory Teachers Assoacition of Malaya, Vol. II, No.1, April 1968. hlm. 9

politik, agama, sosial dan ekonomi kita sehingga wujud keadaan seperti hari ini (3) untuk memahami masalah-masalah hari ini dan (4) untuk lebih menyintai negara253[6]. Juga telah dikatakan bahawa para sejarawan di abad ini bukan lagi hanya peraksi sebagai saintis historian yang semata-mata menjadi pemerhati yang berdiri di luar masyarakatnya. Mereka tidak mungkin bersikap begitu kerana sebagaimana yang didefinisikan oleh E.H. Carr, sebagai manusia biasa segala pergerakan masyarakat atau negaranya pasti menyentuh perasaannya dan terbawa-bawa dalam penulisannya. Bagaimanapun ia tidak semestinya menulis semata-mata berkiblatkan masyarakatnya kerana apa yang diutarakan mestilah didasarkan kepada bahan-bahan dan sumber-sumber yang sahih dan perlu dipertanggungjawabkan. Justeru itu, sejarawan sentiasa mendukung prinsip kebenaran demi keadilan dalam setiap usaha penyelidikannya. Untuk mencapai hasrat ini suatu yang amat mustahak ialah setiap sejarawan itu patut melihat peristiwa sejarah pada masa lalu itu menerusi pandangan masa kini dan dalam konteks Malaysia iaitu berasaskan nilai-nilai tempatan yang tidak berat sebelah. Selama ini sejarah kita dinilai menurut perspektif Barat dan penulisan-penulisan yang dihasilkan menjurus kepada aktiviti-aktiviti British sehingga menenggelamkan kepentingan tempatan atau local genius 254[7]yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri. E.H. Carr pernah menyatakan : ..we can view the past and achieve our understanding of the past only through the eyes of the present.255[8]Kenyataan ini selari dengan pandangan Khoo Kay Kim yang menyatakan : It is therefore necessary to write history not working forward from the past but by working backwards from the present. Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan ole para sejarawan akan dapat meningkat kesedaran sejarah atau historical awareness di kalangan generasi baru terhadap tanahair

253[6] Khor Hock Cheng, Content of History Syllabus in Secondary School, Peninjau Sejarah,
Journal of History Teacher Association of Malaya, Vol. II, No.1, April 1968, hlm. 9

254[7] Istilah ini telah digunakan oleh Khazin Mohd. Tamrin dalam menyanggah tulisan-tulisan
yang dibuat oleh orientalis Barat yang menafikan sumbangan pribumi dalam menjayakan dasar ekonomi kolonial. Beliau berpendapat bahawa orientalis Barat gagal memahami keadaan sebenar masyarakat pribumi tentang adat, budaya dan pemikiran masyarakat local.Lihat Khazin Mohd. Tambrin,Tradisi Merantau dan Syair Abdul Rahman , Kertaskerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu ke-2, Universiti Peking, Beijing, China pada 7-14 Oktober 2002, hlm.2

255[8] Car. E.H. What is History, MacMillan Company, London, 1924, hlm. 19

dapat direalisasikan. Kesedaran seperti ini amat penting kerana sekiranya rakyat seluruhnya hidup dalam rukun damai dan saling memahami lebih-lebih lagi dalam suasana negara yang berbilang kaum ini, kelancaran pembangunan akan lebih pesat dan dapat membantu menjayakan Wawasan 2020.256[9] Mengenai proses ke arah wujudnya masyarakat majmuk di negara ini, sesungguhnya berkehendakkan kepada penerangan serta penelitian secara teratur dari pakar-pakar sejarah kita. Pemaparan yang sejelas-jelasnya mengenai perkembangan setiap kaum sehingga terdapatnya keadaan seperti hari ini amatlah penting kerana ianya amat berpengaruh ke atas kaum-kaum tersebut. Dalam lingkungan masalah yang kita hadapi sekarang, keperluan memberi ketegasan yang wajar dari keterangan kepada soal seperti itu adalah nyata.257[10]

Berlakunya ketegangan antara kaum adalah disebabkan oleh kurangnya mengerti terhadap keadaan sebenarnya, kurangnya memahami sensitiviti sesuatu kaum. Justeru itu seharusnya pakar-pakar sejarah berusaha untuk mengatasi segala persoalan yang memungkinkan konsep yang sebenarnya disalahertikan. Misalnya dalam perkembangan kaum imigran di negara ini, William R. Roff pernah menegaskan pentingnya diterangkan: sort-social system from which they came, the principles and pattern of social organization they brought with them, the changes effected in these principles and patterns as a result of the new enviroment and the passage of time and whole of related question.258[11]

256[9] Wawasan 2020 lahir daripada cetusan fikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau
menyampaikan ucapan dasar Malaysia: The Way Forward ketika melancarkan mesyuarat penubuhan Malaysia Business Council pada 28 Februari 1991.Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dan kemajuan yang diinterpretasikan dalam segala bidang meliputi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Lihat Mohamad Jawhar, dlm Kamarudin Jaafar & Hazami Habib (pnyt.) Wawasan 2020, Institut Kajian Dasar, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 24dan Zahid Emby, Wawasan 2020 dlm Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnyt.) Kenegaraan Malaysia, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang 1997, hlm. 254

257[10] Khoo Kay Kim, Semenanjung Tanah Melayu Kurun Kesembilan belas dalam Sejarah
Malaysia Sepintas Lalu, Zainal Abidin Wahid (pnyt), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 63

258[11] Roff.W.R. Sosial History and Its Material in Malaysia dalam Peninjau Sejarahhlm. 14

Dan juga: we should be concerned with how our present society has come to be what it is; how various factors external and internal, social, political and perhaps even psychological instruct to produce our present society259[12]

Dengan penerangan dan pemahaman yang jelas setidak-tidaknya akan lebih meyakinkan wujudnya perasaan saling memahami dan menghormati dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan terutama yang berkaitan dengan dasar kerajaan.260[13]Seharusnya diingatkan bahawa persefahaman di kalangan rakyat sahaja tidak mencukupi jika keadaan politik negara tidak stabil. Ini disebabkan hubungan yang bertimbal-balik antara pemimpin dengan yang dipimpin. Tidak mungkin perpaduan akan wujud sekiranya pemimpin-pemimpinnya tidak cekap begitu juga sebaliknya. Justeru untuk menjamin kesejahteraan negara, para pemimpin sepatutnya menoleh ke belakang melihat kepada keadaan atau peristiwa sejarah yang boleh atau mungkin menimbulkan rasa tidak puas hari rakyat. Peristiwa-peristiwa sejarah seperti rampasan kuasa, pemberontakan, rusuhan kaum dan sebagainya harus diteliti sebab-musababnya agar dapat dihindarkan daripada berlaku dalam perkembangan politik era pasca merdeka ini. Meskipun penjajahan seperti abad XIX tidak mungkin berulang tetapi dalam bentuk neoimperialisme261[14] mungkin akan berlaku.

259[12] Khoo Kay Kim, op.cit hlm. 6 260[13] Sebagai contoh dalam perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Malaysia telah
menegaskan; jika sekiranya ada perbezaan-perbezaan cubalah fahamkan sebab-sebab terdapatnya perbezaan itu. Barulah kita dapat hidup dalam keadaan rukun damai dan mewujudkan semangat integrasi nasional Murad Mohd. Noor, Pendidikan Dalam Masyarakat dalam Dewan Masyarakat, Jilid X, Bil.12, Dewan Bahasa dan Pustaka, Disember 1972, hlm. 12

261[14] Neoimperialisme adalah ancaman bentuk baru yang menjadikan negara membangun
sebagai sasaran utama. Neoimperialisme dapat ditakrifkan sebagai suatu dasar, sistem, gerakan ataupun usaha negara maju untuk memperluaskan wilayah, pengaruh, kekuasaan dan ketuanannya ke atas sebuah negara membangun. Gerakan penjajahan bentuk baru ini diperjuangkan secara halus oleh sekelompok manusia atau negara maju bagi memperoleh martabat, kekayaan, kekuasaan dan ketuanan di negara miskin di dunia ini. Neoimperialisme dilakukan dalam pelbagai kaedah, cara atau strategi seperti melalui perdagangan, politik dan budaya atau juga menerusi terorisme mahupun peperangan. Lihat Ruhani Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia :Penangkis Neoimperialisme, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2005, hlm. 21-23

Keluhuran dan keteguhan para pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab adalah suatu yang penting kerana secara sedar generasi baru kini akan mengganti generasi pemimpin sekarang. Dengan kata lain, di samping pelajaran yang diterima, indoktrin kepimpinan juga turut bertanggungjawab memupuk nilai-nilai tersebut dalam fikiran generasi muda itu. Dengan ini menjadi tugas pakar-pakar sejarah kita untuk memaparkan peristiwaperistiwa sejarah yang pernah menghancurkan kegemilangan bangsa Melayu walaupun tidak sebagai nasihat, tetapi ia perlu direnungi dan diteladani oleh generasi pemimpin masa kini. Peristiwa 13 Mei 1969 umpamanya patut dijadikan tauladan dengan melihat implikasinya yang menghancurkan itu dan seboleh-bolehnya kita tidak mahu peristiwa hitam seperti itu berulang kembali. Dalam hal seumpama ini Mohd. Yusof Ibrahim menyatakan: Ianya akan menjadi suatu penyejuk kepada suatu yang tegang atau sekurang-kurangnya kita harapkan demikianlah hendaknya.262[15]

Peristiwa sejarah seperti ini tidak sahaja terpahat dalam ingatan malah boleh dijadikan sebagai langkah baru untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan. Seperti juga bagaimana Hitler telah menggunakan kehancuran negaranya yang telah dilumpuhkan semasa Perang Dunia I dalam membangunkan kembali semangat bangsanya yang telah dilumpuhkan dengan terjalinnya Perjanjian Versailles sehingga Jerman berjaya bangkit menjadi salah satu kuasa yang penting bagi mencetuskan peperangan dunia yang selanjutnya. Tegasnya meneliti semula sejarah masa lalu akan mengajar kita agar kesilapan masa lalu itu tidak akan berlaku lagi bahkan dengannya dapat dinilai kembali untuk faedah masa kini dan masa akan datang. Untuk terus maju, sesebuah negara itu memerlukan kedudukan ekonomi yang teguh. Kemerosotan ekonomi akan membawa kepada kemerosotan negara seluruhnya. Seperti juga dengan politik, para pemimpin harus berusaha menghindarkan unsur-unsur yang boleh merosakkan ekonomi dengan berdasarkan sejarah masa lalu. Negara Jepun misalnya, telah dapat dibangunkan dengan pesatnya setelah kehancuran semasa Perang Dunia II terutama dalam bidang ekonomi. Untuk itu: The historian must show the problems earlier generations faced and how they suffered, thought and solved those problems.263[16]

262[15] Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1971, hlm.129

263[16] John. A.G., How To Study History, Venture Press, New York, 1965, hlm. 12

Dalam konteks ekonomi Malaysia pada hari ini, keadaan di mana berlakunya inflasi, kenaikan barang-barang terutama barang-barang makanan sedangkan sumber untuk menghasilkannya masih banyak yang belum diusahakan secara optima, kenaikan harga minyak dan sebagainya harus diberi perhatian. Berdasarkan perlaksanaan rancangan pembangunan ekonomi yang telah berlalu, kita sepatutnya meneliti dan mempersoalkan kenapa dan mengapa matlamat rancangan pembangunan ekonomi yang telah dirancang dengan teliti oleh pakar-pakar ekonomi tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan? Di sinilah fungsi dan peranan ahli sejarah bersama pakar-pakar ekonomi menggunakan pengalaman sejarah dalam usaha menjamin keadaan yang lebih baik di masa hadapan agar setiap matlamat rancangan yang dilancarkan itu tercapai sekurang-kurangnya lebih berjaya dari yang sebelumnya. Negara yang berdaulat dan maju seharusnya mempunyai identitinya yang tersendiri. Oleh sebab itu dalam usaha membentuk keperibadian negara, ahli-ahli sejarah sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan tentang kewujudan, identiti dan kemajuan negara ini. Ketiga-tiga elemen ini adalah unsur asas sejarahnya yang tersendiri dan dalam perkembangannya masing-masing berhubung kait serta berterusan dalam jangka masa yang panjang. Identiti sesebuah negara misalnya memerlukan asas sejarah yang lama supaya ianya tidak terbentuk sewenang-wenangnya. Dalam hal ini Muhd. Yusof Ibrahim pernah mempersoalkan meskipun telah mencapai kemerdekaan Malaysia belum berjaya membentuk identiti nasional. bahawa antara lain ialah kerana kegagalan setengah-setengah pemimpin kita untuk mengendalikan asas dan tradisi sejarah yang sedia ada dan boleh mereka gunakan.264[17]

Justeru ternyata pakar-pakar sejarah adalah diharapkan memberi kesedaran sejarah terhadap sejarah tanahair tidak sahaja kepada golongan yang dipimpin malah yang lebih penting kepada pemimpin negara itu sendiri. Mereka hendaklah digalakkan mempelajari sejarah kerana sejarah adalah guru yang memberikan dan menunjukkan tauladan yang memungkin kita terlepas daripada mengulangi kesilapan. Kesedaran terhadap kepentingan sejarah akan dapat dilihat kepada kegunaan atau fungsi sejarah itu sendiri. Kefahaman ini adalah bermula dengan kesedaran terhadap proses sejarah itu sebagai suatu proses kesinambungan di mana sejarah itu merupakan suatu proses yang bergerak terus-menerus

264[17] Muhd. Yusof Ibrahim op.cit, hlm.130

yang melalui ruang dan waktu. Jika ada kefahaman ini, masyarakat akan sentiasa menoleh ke belakang, untuk mengambil iktibar atau pengajaran daripada pengalaman yang pernah dialami oleh generasi yang terdahulu. Perkara seperti ini amat sesuai dengan pandangan Dionysius iaitu sejarawan Yunani pada abad pertama Masihi yang menyatakan sejarah yang memberi pengajaran melalui contoh-contoh265[18]. Malah dalam masyarakat Melayu tradisional sendiri telah mempunyai kesedaran akan kepentingan sejarah. Jika ditinjau di dalam masyarakat Melayu secara khususnya, maka adalah jelas bahawa kesedaran sejarah itu memang telah wujud dalam budaya dan masyarakat Melayu sejak awal iaitu sejak dalam zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesedaran sejarah itu bukan sahaja tergambar seperti yang dapat dipetik daripada aspek kandungan karya-karya pensejarahan zaman tradisi itu, tetapi kewujudan karya-karya seperti itu sendiri telah menggambarkan adanya kesedaran terhadap sejarah itu sendiri. Sejarah atau hikayat menurut catatan Tun Seri Lanang misalnya sesuatu yang boleh memberi faedah kepada zuriat yang akan datang.266[19] Dalam keadaan beginilah bahawa kesedaran terhadap sejarah telah wujud dalam masyarakat Melayu tradisional dan golongan ini mahukan sesuatu yang boleh memberikan iktibar atau pengajaran yang berguna kepada generasi yang akan datang. Bagaimanapun kesedaran sejarah yang wujud pada ketika itu bukanlah sesuatu disiplin sejarah yang ilmiah seperti yang wujud pada hari ini. Kesedaran tahap itu lebih kepada fungsi dengan melihat sejarah memberi sesuatu kegunaan kepada manusia. Rentetan daripada kesedaran terhadap sejarah ini telah dapat membantu umat manusia untuk merancang sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakatnya. Dengan adanya kesedaran terhadap sejarah, manusia telah menggunakan sejarah sebagai landasan bagi perancangan yang akan dilakukan bagi memajukan ekonomi, meningkatkan kuasa politik ataupun bagi memajukan masyarakat mereka mahupun mengembangkan agama / kepercayaan mereka. Sejarah bangsa mungkin telah merekodkan zaman-zaman keagongan serta kebesarannya atau semata-mata suatu kegelapan sahaja, semua keadaan ini menimbulkan kesedaran yang baru. Titik kesedaran yang baru mungkin telah dicetuskan melalui pemikiran-yang akan disusuli atau diikuti dengan langkah tindakan yang dapat 265[18] H.E. Barnes, A History of Historical Writing, 2nd revised ed.,New York Publication, Tnc,
1963, hlm. 35

266[19] Abdul Samad Ahmad (peny.) Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu ), Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm.3

mengatasi masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi. Tujuan utama pemikiran dan langkah tindakan yang dilakukan adalah untuk memperbaiki keadaan atau bagi memajukan sesebuah masyarakat atau penduduknya. Sama ada tahap dan taraf pembangunan yang dikehendaki itu lebih tinggi ataupun rendah daripada apa yang telah dicapai di dalam sejarah adalah bergantung kepada tafsiran yang menyeluruh terhadap keadaan masa lalu. Kebiasaannya manusia akan cuba mencapai suatu tahap kemajuan yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicapai pada masa yang telah lalu, barulah ia diertikan sebagai kemajuan. Dalam hal ini sejarah itu akan bertindak sebagai kayu pengukur bagi menentukan pencapaian tahap atau taraf pembangunan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai