Anda di halaman 1dari 2

NAMA: AR HAPIS BIN ABDUL NALLY

NO KAD PENGENALAN: 950209-12-6739

Sejak berkurun lamanya setiap negara mempunyai matlamat dan tujuan yang
sama, iaitu untuk menjadi sebuah negara berkembang maju sesuai dengan perubahan
zaman yang serba moden dan serba canggih seiring dengan kehendak dan keperluan
manusia di seluruh dunia. Begitulah juga dengan negara kita Malaysia yang tercinta.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita juga mempunyai hasrat dan impian yang
ingin dicapai supaya negara kita seiring dengan negara-negara maju yang lain agar
tidak ketinggalan dan tercicir dalam arus pembangunan dan kemajuan dalam dunia
yang pada hari ini semakin mencabar. Segala Hasrat dan impian ini tidak akan tercapai
sekiranya tidak ada Kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya bagi
memastikan negara kita menjadi sebuah negara yang mapan dalam semua bidang dan
sektor. Oleh sebab itu marilah kita berganding bahu menggembleng tenaga untuk
menjana negara sejahtera dan Bahagia.
Negara yang sejahtera dan Bahagia mampu melahirkan masyarakat yang aman
dan harmoni disamping boleh menjadi suri teladan kepada dunia. Bebas dari segala
persengketaan dan mampu menjadi sebuah negara yang maju berkembang pesat
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kesejahteraan yang ada harus
dikekalkan kerana ianya mempunyai kaitan dengan mewujudkan sesebuah keluarga
ataupun sesebuah negara yang Bahagia. Sesebuah negara tidak akan dapat mencapai
sesuatu impian dan matlamat tanpa sokongan dan Kerjasama daripada semua rakyat
yang mana semuanya saling memerlukan antara satu sama yang lain. Berkerjasama
dalam satu kumpulan yang mana berusaha mencapai kestabilan dari semua aspek
termasuklah Pendidikan, ekonomi, sosial, kesihatan, keselamatan, dan banyak lagi
yang mana semua aspek ini menjadi keutamaan untuk mewujudkan sebuah negara
yang sejahtera dan Bahagia.
Menjana negeri sejahtera dan Bahagia bukanlah peranan dan tugas kerajaan
semata-mata akan tetapi peranan dan tugas tersebut terletak pada semua rakyat yang
cintakan tanah air. ‘Tak kenal maka tak cinta’ itulah ayat yang sesuai untuk
mengambarkan bagaimana supaya rasa cinta kepada tanah air itu sendiri wujud dalam
sanubari setiap rakyat Malaysia. Peranan untuk menimbulkan rasa cinta dan semangat
patriotik ini haruslah bermula sejak dari rumah lagi. Ibubapa yang tahu mengurus
keluarga dan untuk menjadi keluarga sejahtera dan bahagia harus mengajarkan kepada
anak masing-masing berkenaan dengan semangat patriotik kepada anak-anak.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi memastikan sejak dari rumah lagi anak-
anak sudah dididik dengan semangat sayangkan akan tanah air sendiri.
Selain itu bagi menjana negara sejahtera dan Bahagia juga kita haruslah
mempunyai situasi politik ataupun kerajaan yang stabil supaya segala perancangan
yang telah dibuat dapat dibuat dan memberi kesan yang baik kepada semua rakyat
Malaysia. Pelabur asing yang datang harus diberikan keyakinan supaya pelabur tidak
lari daripada melabur dinegara kita kerana ianya adalah salah satu sumber pendapat
negara. Semua ahli politik seharusnya berganding bahu dan Bersama-sama dalam
menerajui Hasrat dan impian negara bukan malah saling menjatuhkan dan berebut
kuasa semata-mata. Hal ini boleh merencatkan tujuan dan impian negara kita untuk
mencapai sebuah negara yang maju seiring dengan negara jiran kita. Oleh sebab itu,
setiap kita mempunyai perbezaan dari segi pendapat dan pandangan tetapi kita
haruslah menghormati dan menghargai pendapat dan pandangan daripada orang lain
supaya kata sepakat dapat dicapai negara sejahtera dan Bahagia sekiranya semuanya
saling menghormati antara satu sama lain.
Seterusnya, dalam menjana sebuah negara yang sejahtera dan Bahagia setiap
rakyat Malaysia haruslah menjadi individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
bermoral tinggi dengan nilai yang baik dalam diri masing-masing. Termasuklah nilai
tanggungjawab dan integriti dalam kehidupan seharian yang semakin terhakis dalam
kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Gejala rasuah berlaku dimana-mana demi
kepentingan sendiri dan akhirnya membawa kerosakan kepada individu, masyarakat
dan negara. Hal ini ini harus dibanteras supaya tidak lagi menjadi budaya kepada
rakyat Malaysia. Rasuah memberi kesan kepada kualiti pendidikan dan kesihatan
kepada negara. Sebagai contoh negara yang mengamalkan rasuah tidak dapat
melahirkan guru-guru yang cemerlang kerana proses pelantikan dan pemilihan guru
dalam jawatan tinggi juga sudah dicemari rasuah.
Kesimpulannya usaha ini harus dilakukan oleh semua pihak. Kita ingin negara
kita Malaysia menjadi sebuah negara yang berkembang maju seiring dengan negara
maju yang lain. Kemajuan dalam semua sektor dan bidang supaya dapat menjana
negera sejahtera dan Bahagia. Kehidupan setiap rakyat Malaysia akan bertambah baik
jika kita Bersama-sama berganding bahu tanpa mengira perbezaan kaum dan juga
fahaman politik. Kita juga mampu mengurangkan jurang kemiskinan dalam negara yang
mana golongan miskin tegas akan semakain berkurang dan mampu untuk hidup seperti
orang lain. Kehidupan yang harmoni akan menjadikan negara kita semua negara yang
disegani lagi dihormati oleh semua negara dipelusuk dunia. Akhirnya negara lain akan
percaya dan yakin akan kemampuan negara kita seterusnya menjadikan negara kita
sebagai negara tempat mereka untuk melabur dan seterusnya meningkatkan sumber
pendapatkan negara dan dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat
di negara kita. Marilah Bersama sama menuju negara sejahtera dan Bahagia.

Anda mungkin juga menyukai