Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

UNIT : Hal Ehwal Murid

Tajuk Program : Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Tarikh Pelaksanaan : 4 Januari hingga 10 November 2017

Aktiviti yang dijalankan :

Program RMT telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia bermula tahun 1979. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah
untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari
luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu,
bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan
akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

Pihak sekolah telah meneliti kelayakan murid dan seramai 25 orang murid layak mendapat
kemudahan RMT mulai 4 Januari hingga 10 November 2017. Namun begitu, terdapat 3
orang murid telah pindah dan digantikan dengan murid yang layak.

Murid yang mengambil makanan dipantau dan dicatat perkembangan fizikal bermula awal
tahun dan akhir tahun.

Kajian Impak :

1. Dapat dilaksanakan / Tidak dapat dilaksanakan

2. Ulasan jika tidak dapat dilaksanakan

_______________________________________________________________

3. Cadangan untuk penambahbaikan

KEKUATAN :

Murid yang menerima makanan RMT mendapat khasiat yang diperlukan untuk
tumbesaran mereka.

KELEMAHAN :

Terdapat beberapa murid yang memilih menu makanan dan pantauan daripada guru
RMT sewaktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai