Anda di halaman 1dari 13

Terbakar dan melecur

Terbakar disebabkan oleh benda-benda


panas yang kering seperti api, arus
elektrik atau ubat-ubat yang keras lagi
tajam seperti air api, asid dan alkali.
Melecur pula disebabkan oleh benda-
benda panas yang berair seperti wap air
yang mendidih atau minyak panas.


Rawatan

Baringkan pesakit dan rawat ia daripada
terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya
kecuali jika basah disebabkan oleh
minyak petrol atau air atau api atau alkali
kerana pakaian melindungkan orang itu
daripada udara yang sejuk dan memberi
kepanasan kepadanya.
Lindungkan tempat yang terbakar atau
melecur daripada udara dengan
menutupnya dengan kain pembalut yang
bersih atau kain kering

Panggil doktor
berikan pesakit banyak minuman panas
(jka ia sedar dalam kebakaran tidak
teruk atau melecur tidak teruk)
Jika pakainnya disambar api,
selimutkannya dengan kain, baju atau
kain tutup meja. Biarkannya diatas.
Pergerakan akan menyalakan api.
Perhatian!
JANGAN gunakan ubat-ubat yang
berminyak
JANGAN cucuk gelembung-
gelembung melecur

Luka Terbakar Yang Ringan

Jika kulit tidak terkoyak, lalukan aliran air
sejuk ke seluruh bahagian yang terbakar
atau rendamkannya di dalam air sejuk
(bukan air ais). Pastikan tempat luka
direndam selama 5 minit. Walau
bagaimanapun, jika luka terbakar berlaku
di persekitaran yang sejuk jangan gunakan
air. Gunakan tuala yang bersih, basah dan
sejuk untuk mengurangkan kesakitan.
Tenangkan mangsa. Beri keyakinan
padanya. Luka terbakar boleh menjadi
teramat sakit.
Selepas melalukan air atau merendam luka tersebut
untuk beberapa minit, tutup luka dengan pembalut
yang steril atau kain yang bersih.
Lindungi luka daripada tekanan dan geseran.
Ambil ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli
dari mana-mana kedai farmasi untuk meredakan
kesakitan, keradangan atau bengkak.
Luka yang ringan biasanya akan sembuh tanpa
memerlukan rawatan lanjut. Walau bagaimanapun,
bagi luka terbakar peringkat kedua yang melibatkan
keluasan kulit berjejari (diameter) 2-3 inci, atau ia
berlaku pada tangan, kaki, muka, celah kelengkang,
punggung atau sendi utama, rawatkannya sebagai
luka terbakar yang teruk.

Luka Terbakar Yang Teruk

Jika seseorang itu sedang terbakar, jiruskan
mangsa dengan air (jika terdapat air),
selimutkan mangsa dengan kain yang tebal
dan tidak terbakar seperti kot bulu atau
kapas.
Hambal (tikar tebal) atau gebar/selimut
boleh digunakan untuk memadamkan api
atau baringkan mangsa dan gulingkannya di
atas tanah. Jika pakaian anda terbakar
lakukan teknik Berhenti, Baring dan
Berguling (STOP, DROP, ROLL)

Jangan menanggalkan pakaian yang
terbakar (kecuali ia mudah
ditanggalkan), tetapi pastikan mangsa
tidak bersentuh dengan bahan-bahan
yang membara.

Pastikan mangsa masih bernafas. Jika
pernafasan terhenti atau saluran
udaranya tersekat, buka laluan udara.
Jika perlu berikan bantuan pernafasan
dan CPR.

Jika penafasan tidak menimbulkan
masalah, tutup kawasan luka dengan
pembalut yang sejuk, lembab dan steril
atau kain yang bersih (jangan
menggunakan tuala atau selimut;
selapisan kain nipis telah memadai jika
kawasan terbakar adalah luas). Jangan
sapu sebarang minyak. Jangan pecahkan
lepuh pada luka tersebut.

Jika jari kaki atau tangan terbakar,
balutkan jari-jemari berasingan dengan
pembalut yang tidak melekat (non-
adhesive), kering dan steril.
Angkat sedikit atau tinggikan bahagian yang
terbakar dan elakkan daripada tekanan dan
geseran.
Ambil langkah-langkah untuk mencegah
renjatan. Baringkan mangsa di atas
perrmukaan atau lantai yang rata. Angkatkan
kaki setinggi lebih kurang 12 inci dan tutup
mangsa dengan kot atau selimut. Jangan
letakkan mangsa pada kedudukan ini jika
kepala, leher, belakang atau kakinya disyaki
tercedera atau jika ia boleh menyebabkan
mangsa merasa tidak selesa.
Teruskan memantau/mengawasi tanda-tanda
penting keadaan mangsa (nadi, kadar
pernafasan, tekanan darah) sehingga bantuan
perubatan tiba.
Jangan !
Jangan menyapu mentega, ais, ubat, krim,
sebarang ubat tradisional atau buatan
sendiri ke atas luka terbakar, menyembur
minyak atau membalut luka terbakar
dengan pembalut kapas yang gebu atau
pembalut yang melekat. Ia akan
mengganggu proses penyembuhannya.
Jangan biarkan luka dijangkiti. Elakkan
bernafas atau batuk ke atas luka
Jangan mengganggu kulit yang melepuh
atau membuang keruping.
Jangan memberi makanan atau sebarang
benda melalui mulut jika mulut mangsa
terbakar teruk.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai