Anda di halaman 1dari 20

DISEDIAKAN OLEH:

Abd Halim Bin Ab Latif


Nor Fazilah Jamil
Untuk membentuk seseorang supaya
bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia (memerima arahan dan menjalankan
arahan tersebut)

Membentuk anggota penguatkuasa supaya
berkerjasama dalam satu kumpulan

a. Berkawad adalah asas untuk panduan
membentuk tatatertib didalam Pasukan,
asas dan perpaduan tatatertib semasa
bertugas adalah berdasarkan kepada
kawad yang diperbaiki berkali-kali.
b. Apabila berkawad hendaklah
diterangkan apakah sebab-sebab
berkawad itu, berkawad sangat-sangat
dikehendaki oleh pasukan, bukanlah
sebagai hukuman atau mendera tetapi
untuk membina tatatertib serta darjat
sesuatu pasukan itu
Kesalahan-kesalahan biasa

1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan
sedutan nafas terbatas
2. Tiadak sedia dan mengerakkan mata.
3. Kaki dan badan tiadak menghadap kehadapan,
tumit tidak rapat
4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar
kehadapan.
5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan
dengan hal yang demikian membuka tulang
belikat dan menyesakkan dada.
6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka
jari telunjuk terlalu kebawah daripada jari lain.

Kesalahan-kesalahan biasa

1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan
tidak menghala ke kiri.
2. Membengkokkan lengan-lengan ketika
membengkokkan lutut
3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan
barisan jadi tidak lurus.
4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila
membetulkan kaki.
Kesalahan-kesalahan biasa

1. Menggerakkan kaki, dengan itu
menyebabkan hilang lurus barisan.
2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan
bercakap-cakap
Anggota yang baru (pelatih) dan untuk
permulaan berkawad hendaklah berteriak
panggilan masa pada semua pergerakan

1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham
masa itu apabila mereka berteriak beramai-
ramai.
2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan
belajar bersama-sama.
Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah sperti berikut:

MASA BERJALAN
Masa capat jalan biasa =116 120 langkah seminit
Masa cepat jalan rekrut =140 - sama
Masa perlahan jalan = 65 - sama
Masa berlari =180 - sama

JARAK LANGKAH
Masa cepat dan perlahan jalan =30 inci
Langkah panjang =33 inci
Langkah pendek =21 inci
Langkah berlari =40 inci
Langkah sebelah =12 inci
Senang diri =12 inci

*Masa berkawad kaki adalah dikira 40 pergerakan dalam satu minit
Untuk mendapatkan kawad yang baik
kepada platun atau skuadnya anda
mestilah tahu cara-cara memberi
bahasa hukuman kawad serta
mengunakan harkat-harkatnya:
1. Semasa berhenti iaitu 3 harkat seperti
1 2 3 1
2. Semasa pergerakan cepat jalan 4 langkah
3. Semasa pergerakan perlahan jalan 3
langkah
Sebagai pegawai perbarisan ia mesti tahu
cara-cara memberi bahasa hukuman
kawad:
1. Gunakan bahasa hukuman kawad dengan
teran dan jelas.
2. Gunakan suara dan harkat yang sesuai
mengikut bahasa hukuman kawad.
3. Percaya diri sendiri dan selalu membuat
latihan.
a. Beri bahasa hukuman sedia.
b. Bariskan dalam tiga barisan.
c. Beri bahasa hukuman buka barisan gerak.
d. Beri hukuman ke kanan lurus.
e. Bahasa hukuman pandang depan
f. Dari kanan nombor, jumlah anggota
a. Beri bahasa hukuman, rapat tumit,rapat
tangan, langut terus pandang depan.
b. Terus melapor, assalamualaikum atau selamat
pagi, petang, malam tuan atau encik.
c. Anggota berbaris seramai.........orang dalam
buka barisan sedia diperiksa atau menerima
taklimat dari tuan atau encik.
d. Mengiringi pegawai tersebut, bermula dari
kanan barisan hadapan dan seterusnya barisan
tengah dan belakang.
e. Pemerisaan barisan (Pegawai) memberi
taklimat atau terguran kepada anggota.
a. Beri bahasa hukuman tutup barisan.
b. Beri bahasa hukuman kekanan lurus dan
pandang depan.
c. Lapur kepada pegawai tuan, encik minta
kebenaran menjalankan tugas.
d. Beri bahasa hukuman senang diri dan rehatkan
diri.
e. Platun sarjan memberi taklimat dan teguran
kepada anggota semasa pegawai membuat
pemeriksaan atau taklimat, diatas kata-kata
nasihat dan membina
f. Beri bahasa hukuman sedia:
i.Apabila dapat arahan menjalankan tugas
ii.Beri bahasa hukuman keluar baris
anggota hendaklah diparaskan pada awal-awal
lagi.Paras boleh dilakuakan samada Yang
Tinggi ke Kanan, Rendah ke Kiri atau Yang
Tinggi di Tengah-Tengah. Ini boleh dilakukan
dengan cermat dengan menjadikan semua orang
ke dalam satu barisan dan menyusun mereka
mengikut tinggi rendah atau sebaliknya
sebagaimana yang dikehendaki. Ini boleh
dilakukan dengan cara bertiga-tiga atau
seberapa banyak sekalipun barisan yang
dikehendaki.
1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri dalam
satu barisan paras.
Semua anggota berpusing seperti dalam
berhenti, terus berjalan dan selepas itu
mengatur diri mereka mengikut paras tinggal
dalam keadaan sedia. Susunan yang betul
selepas itu diperiksa oleh Jurulatih.
2. Nombor
Skuad menyebut nombor dari kanan ke kiri.
3. Nombor ganjil satu langkah kehadapan,
nombor genap satu langkah kebelakang gerak.
Jurulatih mesti memeriksa pergerakan ini
4. Orang yang disebelah kanan sekali diam.
Nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri.
Barisan kanan dan kiri pusing.
Semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang
yang disebelah kanan sekali dibarisan hadapan yang
tinggal diam menghadap arah hadapan.

5. Jadikan tiga barisan cepat jalan
Skuad itu jadi tiga barisan, nombor genap mengikut
belakang nombor ganjil,misalnya nombor 1 dalam
barisan hadapan, nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah,
nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang, nombor
7 jadi nombor 2 dalam barisan hadapan dan seterusnya,
bila berhenti dalam kedudukan setiap orang berpusing
kehadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam
keadaan sedia atau senang diri.

Yang tinggi ke kanan rendah ke kiri.
Yang rendah ke kanan tinggi ke kiri.
Yang tinggi di tengah-tengah, rendah kiri
kanan
Yang rendah di tengah-tengah, tinggi kiri
kanan.
1. Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam
satu barisan paras
Buat satu barisan paras, yang tinggi sekali di
sebelah kanan bahu ke bahu dalam berdiri sedia
2. Nombor
Beri bahasa hukuman nombor, bermula orang di
sebelah kanan berteriak satu, orang kedua dan
seterusnya.
3. Nombor ganjil satu langkah ke hadapan,
nombor genap satu langkah ke belakang gerak.
Semua sekali membuat pergerakan tersebut.
4. Orang yang disebelah kanan sekali diam,
nombor ganjil ke kanan pusing,nombor genap
ke kiri pusing. Barisan kanan dan kiri pusing
Orang yang disebelah kanan sekali diam, yang
lain buat pergerakan kanan dan kiri pusing
dalam satu deretan.
5. Jadikan tiga barisan cepat jalan
Orang nombor 1 barisan hadapan, orang nombor
3 barisan tengah dan orang nombor 5 barisan
belakang dan seterusnya.
6. Beri bahasa hukuman senang diri dan
taklimat sebelum menjalani latihan kawad atau
arahan-arahan latihan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai