Anda di halaman 1dari 1

Teknik Teater Pembaca

Teknik Teater Pembaca adalah teknik yang memerlukan murid-murid menguasai


kaedah membaca dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Teknik ini merupakan teknik
membaca yang akan memberikan pengetahuan secara tidak langsung mengenai cara
membaca dengan betul kepada murid-murid. Teater ini turut dikenali sebagai teater minda
kerana penonton akan membuat imaginasi masing-masing tentang situasi yang telah
diceritakan oleh pencerita dan pelakon. Penonton perlu untuk membayangkan babak dan
aksi daripada gerak badan dan mimik muka pelakon kerana pelakon hanya membaca
sahaja teks di atas kertas.
Teknik ini memerlukan murid-murid untuk membaca dengan menggunakan nada,
intonasi dan tanda baca. Aktiviti ini mengutamakan sebutan, bahasa tubuh dan mimik muka
yang betul ketika membaca atau melakonkan sesuatu penceritaan.
Teater Pembaca ini mempunyai dua cara untuk menjalankan aktiviti di kelas. Cara
yang pertama adalah pencerita berada di luar kelompok cerita. Seorang murid akan
membaca sebuah cerita yang pendek dan beberapa orang murid akan melakonkan watak-
watak yang terdapat di dalam cerita tersebut tanpa suara. Murid-murid yang akan berlakon
ini akan berdiri di hadapan penonton dan melakonkan peranan masing-masing dengan
menggunakan mimik muka dan gerakan badan. Setiap murid akan diberikan kostum atau
tagging nama watak supaya penonton akan lebih memahami jalan cerita yang disampaikan
oleh pencerita.

Anda mungkin juga menyukai