Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2021


Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:

Semester / Tahun : 1 / Tahun 2


Kod : BMMB3063 Ambilan: Jun 2020
Kumpulan: Unit V (Major BM)
Nama Kursus : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
06 Ogos 2021 19 Ogos 2021
1. Penulisan Esei I (PBS)
13 Julai 2021 02 Ogos 2021
2. Penulisan Esei II
01 September 2021 7 September 2021
3. Simulasi Kumpulan (KPPB - BMMB3073)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa dengan berkesan; (C2,
PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berdasarkan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS); (C4, PLO3, PLO6, CTPS3, LL1)
3. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu; (C6,PLO3, PLO6, CTPS4, LL2)
4. Menghubungkaitkan strategi dan pendekatan Modular Bertema dalam simulasi pengajaran
dan pembelajaran secara berkumpulan (C6, PLO5, CS1, TS1).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik dapat:

1. Menghuraikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa dengan berkesan.

2. Menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah semasa
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

3. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik berdasarkan aktiviti kemahiran
bahasa yang dibina menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan.

4. Membuat simulasi pengajaran dan pembelajaran dengan menghubungkaitkan strategi dan


pendekatan Modular Bertema secara berkumpulan.

1
Seorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu serta
membentuk amalan, sikap dan disiplin diri ke arah bersifat profesional. Sehubungan itu, guru
haruslah mempunyai ilmu tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu agar dapat memberi impak yang maksimum kepada murid.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI I (PBS) (20%)

1. Anda dikehendaki menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru di sekolah
rendah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

2. Analisis tersebut mestilah berdasarkan hasil pemerhatian dan analisis dokumen Rancangan
Pengajaran Harian yang dilaksanakan oleh guru di sekolah.

3. Perlu lampirkan RPH yang dianalisis dan gambar-gambar yang berkaitan.

4. Esei boleh disokong berdasarkan graf, rajah atau jadual.

5. Tugasan ini adalah tugasan individu dan hendaklah tidak melebihi 600 patah perkataan.

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI II (30%)

1. Bincangkan secara kritis tentang Teori Tranformasi Generatif dan hubung kaitnya dengan Teori
Mentalis.

2. Anda dikehendaki membandingbezakan pendekatan induktif dan deduktif dari aspek strategi,
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu.

3. Tugasan ini adalah tugasan individu dan hendaklah tidak melebihi 1000 perkataan.

4. Esei boleh disokong berdasarkan graf, rajah atau jadual.

TUGASAN 3: SIMULASI KUMPULAN (10%) KPPB

1. Anda perlu membuat simulasi pengajaran dan pembelajaran dengan menghubungkaitkan


strategi dan pendekatan Modular Bertema secara berkumpulan.

2. Simulasi ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk pengajaran selama 30 minit.

3. Menggunakan aplikasi Google Meet, mel suara atau aplikasi lain yang sesuai.

4. Rancangan pengajaran Harian (RPH) dalam perancangan pengajaran adalah berdasarkan


tugasan BMMB3073.

5. Tugasan ini berkongsi Big Idea iaitu Peneraju Guru Kalis Masa Depan dengan Kursus
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMMB3073).

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan 1 dan 2 merupakan tugasan individu, manakala tugasan 3 ialah tugasan kumpulan.
Ahli kumpulan tidak boleh melebihi 3 orang.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan.Namun
anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah
merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


3.1. Muka depan hendaklah dimuat turun dari Sistem Items.

3.2. Bentuk tugasan yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5
baris.

3.3 Rajah perlu dilabelkan dan kerja kursus yang dihantar perlu dikepilkan dengan:
Soalan Kerja Kursus

3.4. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association)

3.5 Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta
ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

6. Penulisan Akademik ini akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Rujuk rubrik yang dilampirkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ _________________________

(ROZITA BINTI HAJI OMAR) (PUAN HJH NOREHAN BINTI MUHAMAD)


Penyelaras Kursus BMMB 3063 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Ipoh. IPGK Ipoh.

Disahkan oleh:

________________ _______________
(ENCIK SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh
3
4

Anda mungkin juga menyukai